|
APRESIASI Ilmu dan Kreativiti dipilih sebagai tema Malam Puisi Riong anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang dijadualkan berlangsung di Laman Bestari, Istana Budaya (IB), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 3 Disember ini, jam 8.30 malam.\rMesyuarat pusingan kedua yang dipengerusikan Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron, sebulat suara bersetuju dengan cadangan tema yang menggabungkan dua aspek utama dalam visi ITNM dalam menyebar ilmu pengetahuan melalui penulisan kreatif dan proses penterjemahan karya bermutu.\r\n\n\n\n\r“Acara percuma yang dibuka kepada semua peminat puisi mahupun yang baru berjinak-jinak dengan genre ini akan berlangsung secara santai bagi keselesaan semua. Khalayak berpeluang menyaksikan deklamasi puisi persembahan penyair dan lagu puisi popular dendangan artis tanah air.\r\r\n\n\n\n\n“Mereka juga berpeluang membeli buku terbitan ITNM pada harga potongan di samping beberapa penerbit buku lain akan turut sama membuka gerai masing-masing untuk membolehkan mereka yang hadir pada malam terbabit turut membeli pilihan mereka,” katanya pada mesyuarat hampir sejam di Ibu Pejabat ITNM\rMalam Puisi Riong BH-ITNM turut mendapat kerjasama Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan IB yang menggunakan konsep warung kopi itu turut membuka gerai makanan untuk jualan bagi kemudahan khalayak yang ingin menikmati deklamasi puisi, lagu puisi serta popular sambil menikmati juadah.\rMohd Khir berkata, antara penyair yang bakal menggegarkan pentas Malam Puisi Riong BH-ITNM-PENA-IB ialah Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2007, 2005, 2004, 2010 dan 2011, Rahman Shaari, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr Zurinah Hassan, Zaen Kasturi dan SM Zakir, manakala IB akan diwakili Rahimidin Zahari.\r“Pakar Geografi yang juga Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Ramzah Dambul dan dua pelajar jurusan Pengajian Melayu berasal dari Korea serta Jepun iaitu Cho Min Sung dan Yukari Noguchi, akan turut beraksi di pentas puisi malam itu,” katanya.\rDi samping penyair hebat, tiga penyanyi hebat tanah air iaitu Pemenang Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Pedoman duet bersama kumpulan VOU pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18), Nora; Juara program realiti, Mentor Musim Ke-3, Black dan penyanyi lagu puisi, Taheera Rosheena Mohamed, akan turut memeriahkan acara.\rTidak ketinggalan, Mohd Khir sendiri akan beraksi di pentas puisi, di samping Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Pengerusi PENA, Dr Mohammad Saleeh Rahamad, mewakili organisasi masing-masing.\rHadir sama pada mesyuarat terbabit ialah Editor Sastera Berita Harian, Salbiah Ani; Pengurus Kanan Jabatan Korporat ITNM, Siti Rafiah Sulaiman dan Eksekutif Kanan Unit Perhubungan Awam ITNM, Mohd Khairulanuar Manshor.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|