CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Hot FM Kelantan, Terengganu mulai Januari

[Copy link]
Post time 24-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SUASANA pantai timur cukup terasa di Saloma Bistro, Selasa lalu, daripada sajian hiburan disediakan hinggalah kepada juadah yang dihidang. Bahkan kemunculan Fara Fauzana dan Faizal Ismail yang menggunakan loghat Kelantan dan Terengganu membuatkan tetamu seperti berada di kedua-dua negeri itu.\rSudah tentu ia cukup bersesuaian dengan matlamat majlis - memperkenalkan penyampai dua saluran baru stesen itu, Hot FM Kelantan dan Hot FM Terengganu kepada umum.\r\n\n\n\n\rPenyampai Hot FM Kelantan terdiri daripada Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz), Syed Mohd Farid Mohd Noor (Farid), Mohamad Hafizie Roslan (Fizie), Wan Zuraini Wan Hasan (Rennie) serta Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul). Manakala bagi edisi Terengganu ialah Mohd Rafly Rahamat (Rafly), Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul), Mohd Hermansani Aminudin (Bell), Muhammad Azri Ismail (Azri) dan Nurul Ain Omar (Ain).\r\r\n\n\n\n\nMereka berusia antara 22 hingga 28 tahun dan terdiri daripada pelajar, eksekutif perkhidmatan pelanggan dan penolong pegawai perubatan.\rPenyampai Hot FM Kelantan, Shazwani atau Shaz, 26, berkata tugas yang digalas itu akan dilaksana sebaik mungkin supaya mampu menarik lebih ramai pendengar untuk mendengar radio terbabit.\r“Saya boleh bercakap loghat Kelantan dengan baik kerana berasal dari negeri itu. Walaupun latar belakang pendidikan saya adalah sains komputer, ia bukan halangan kerana minat saya dalam penyiaran cukup mendalam,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai pentadbir laman web.\rBagi Nurul Ain Omar, pemilihannya daripada ratusan yang hadir pada uji bakat itu sebagai rezeki dan amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak ada pengalaman selain pernah mengikuti kelas latihan radio ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika bergelar pelajar. Lagipun saya tidak ada masalah untuk bercakap loghat Terengganu kerana saya berasal dari situ. \r“Saya pendengar setia Hot FM dan meminati Fara. Dia idola saya dalam barisan penyampai yang ada. Saya meminatinya tetapi sebagai penyampai baru, saya mahu menjadi diri saya sendiri ketika beraksi di konti,” katanya.\rSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, berkata perkembangan stesen radio milik Media Prima Berhad itu disifatkan sebagai pertumbuhan positif dan relevan, melihatkan industri penyiaran radio yang semakin kompetitif.\r“Dalam memikirkan cara lebih kreatif dan terus berada di hati pendengar, maka muncullah Hot FM Terengganu dan Hot FM Kelantan. Pemilihan kedua-dua negeri ini dibuat mengikut kajian potensi kerana negeri terbabit unik dari segi kebudayaan serta latar belakang, berdasarkan kajian serta maklum balas dari pendengar di sana,” katanya.\rSeelan memberitahu, kajian terperinci berkenaan pemilihan lagu, konsep dan sebagainya sudah dijalankan dan dihantar ke Amerika Syarikat kerana kepakaran analisis muzik tidak dimiliki negara ini.\r“Jika ditanya berkenaan pemilihan lagu, kami masih mengambil kira pilihan pendengar kerana kami berpendapat, pemilihan lagu layak dipilih pendengar dan bukannya pihak kami. Ini amat penting dan kami juga membuat kajian berhubung muzik dan lagu yang diminati di kedua-dua negeri terbabit,” katanya sambil memberitahu, jumlah pendengar di Pantai Timur kini mencecah 600,000 orang.\rMereka turut berharap jumlah itu akan meningkat sehingga 20 peratus.\r“Kita ada sasaran kita sendiri. Jika naik antara 15 hingga 20 peratus, ia sudah memadai. Kita juga masih mengekalkan siaran Hot FM Am Krew yang menampilkan Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG dan Usop kerana ia adalah segmen yang mendapat perhatian utama pendengar. Ia adalah ‘masterpiece’ kita. Jadi segmen di Kelantan dan Terengganu akan bermula pada jam 11 pagi,” katanya yang memaklumkan, siaran di kedua-dua buah negeri itu akan bermula pada 2 Januari, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.\rKata Seelan lagi, pengukuhan jenama itu bakal memperincikan pengisian mengikut dua negeri yang berada di kawasan Pantai Timur dan inti pati program akan diacu mengikut konsep pengisian yang lebih berperibadi mengikut negeri masing-masing. Hot FM turut memperkenalkan Hot FM Cakno bagi Kelantan dan Hot FM Cakne di Terengganu yang bakal bersiaran setiap jam dengan memberikan informasi mengenai acara terkini di negeri itu.\rStesen radio itu juga akan mengadakan konsert mini bersempena pelancaran kedua-dua konti terbabit, masing-masing pada 6 Januari di Kuala Terengganu dan 7 Januari di Kota Bharu, yang diberi nama Hot FM Klate Yeah Yeah dan Terengganu Yeah Yeah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.481716 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list