CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
Post time 2-6-2017 08:59 AM | Show all posts
Goldkey....
Anda memang hebat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2017 09:00 AM | Show all posts
It will take me aeon to create acrostics like yours....kudos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2017 11:37 AM | Show all posts
frinyx replied at 2-6-2017 08:59 AM
Goldkey....
Anda memang hebat...

terima kasih


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2017 05:00 AM | Show all posts
AL QURAN

Allah
Lailahailallah

Quran
Untuk mengingatkan
Ramai yang rugi
Amalan tak  menepati
Nikmat-Nya yang mana engkau dustakan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2017 08:30 AM | Show all posts
SEDEKAH

Sedekah
Elak dri dari jadi sampah
Di akhirat datang pertolongan Allah
Engkau selamat InsyaAllah
Kerana azab-Nya tiada helah
Angkara lalai menyembah
Hingga bawah padah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 12:23 PM | Show all posts
Bang...

Sungguh berat hati ini
Abang telah tinggalkan kami
Abang sukar dicari ganti
Rasa kehilangan menusuk emosi
Indahnya ukiran ribuan memori

Abang
Berehatlah dengan tenang
Duniamu cemerlang gemilang
Unggul bab kerdipan bintang
Lagenda terbilang

Harapan kami semua
Allah kurnia sejahtera
Menikmati alam bersara
Ingatan kami terpelihara
Di sini kami sentiasa mengutus doa.

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2017 07:10 PM | Show all posts
IKLIM

Insaflah
Kerana hidup  hanya sementara
Leka kita mengejar dunia
Ibadat jangan dilupa
mati itu pasti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2017 07:16 PM | Show all posts
ABAD DUAPULUH SATU

Abad duapuluh satu
Beri cabaran kepada guru
Ayah ibu datang melutu
Di dakwa guru bertindak melulu

Dulu ayah ibu
Unggul membantu
Anak diserah kepada cikgu
Pukullah janji tak jadi hantu
Usah cuba mengadu
Lebat lagi diluku
Umum merestu
Haluan hidup ditentu guru

Sayang, kini tak macam dahulu
Anak-anak ramai yang haru
Tersalah pilih ilmu
Ungkapan paling jitu.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2017 12:34 PM | Show all posts
SENYUM

Senyumlah
Ekspresi wajah
Nukilan terindah
Yang disukai Allah
Ukhuwah satu ibadah
Menyubur amalan sedekah.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2017 07:39 AM | Show all posts
HUJAN

Hujan
Untuk isi alam
Janjikan senyuman
Allah limpahkan kurniaan
Nikmat tiada tandingan

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2017 05:11 PM | Show all posts
BANJIR

Banjir
Alam menzahir
Natijah tindak tak berfikir
Jalan-jalan dinaiki air
Isyarat tambah baik urus tadbir
Rencanakan pembangunan ingin dikelir.

CNM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2018 12:24 PM | Show all posts

KEPERITAN

Keperitan
Erti sebuah perjuangan
Peluang mengecapi kejayaan
Esok tiada sesalan
Rebut setiap kesempatan
Ikhtiar dengan kesabaran
Tabah melunas tugasan
Allah jua pemberi ganjaran
Nikmat mana hendak didustakan?

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2018 03:19 PM | Show all posts
GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Guru
Umum tahu
Rela membantu
Urusan awam didahulu

Pemangkin padu
Era ketinggian ilmu
Membina modal insan maju
Acuan sendiri penentu
Corak hala tuju
Ummah ke mercu

Transformasi Pendidikan
Rancangan Kementerian
Abad duapuluh satu punya cabaran
Negara perlu ke depan
Saingi Pemodenan
Formula kemenjadian
Organisasi miliki keserasian
Rentak sealiran
Menuju kegemilangan
Amanah dipertahan
Sistem dilaksanakan
Intelektual dilahirkan

Pendidik kini
Ego ditolak ke tepi
Nasib anak didik dipeduli
Dahulukan murid melebihi diri
Ibarat lilin membakar menerangi
Dugaan menyeligi
Ibu bapa sering jadi duri
Kesilapan dicari
Alpa akan memakan diri
Namun semuanya tabah didepani.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2018 02:47 PM | Show all posts
KESIHATAN

Kesihatan
Elemen terpenting dalam kehidupan
Syukur andai masih tak perlu ubat-ubatan
Imej sihat sejahtera kekalkan
Hidup perlu mengutip bekalan
Amalan digandakan
Taubat sebelum menerima panggilan
Akan terselamat dunia dan akhirat yang berkekalan
Nikmat Allah dianugerahkan kesihatan berpanjangan.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2018 02:01 PM | Show all posts
Hala Tuju

Hati tercuit
Amalan didik genarasi dengan duit
Lama kelamaan hutang membukit
Anak cucu yang sakit

Tanggung beban
Usung keperitan
Jejas masa depan
Urusan hidup terkesan.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2018 04:55 PM | Show all posts
HARAPAN

Harap ada perubahan
Ambil yang baik lupa yang menekan
Rakyat bijak memilih untuk kesejahteraan
Apa pun sajian gimik membeli pilihan
Pengundi sudah matang dengan permainan
Allahu, kurniakan kami pemerintah berkeprihatinan
Nasib rakyat didahulukan tadbiran negara dinobatkan.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2018 05:32 PM | Show all posts
Warkah Buatmu

Warkah buatmu calon PRU
Amanah yang rakyat beri
Realisasikan dengan seikhlas hati
Kembalikan kekayaan negara
Anak bangsa angkat ke muka dunia
Hapuskan ketirisan urus tadbir wang disatukan

Bina kepercayaan generasi ke generasi
Ulung bangunkan negara ke peringkat tertinggi
Acuan bangsa menepati sunnah dan kalam Ilahi
Tempatmu pasti terjamin
Musim ke musim dihargai
Ubahlah ke arah harmoni.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2018 06:58 PM | Show all posts
SEMBILAN MEI

Sembilan Mei
Esoknya diketahui
Menteri yang mentadbir
BN atau Pakatan
Ini pilihan rakyat
Lantunan kehendak
Akur dan muhasabah
Nantikan PRU15 undi lagi

Melayu Cina India
Elok fikir dan pilih
Institusi yang tiada rintih.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2018 06:50 PM | Show all posts
MOTIF

Motif
Orang bersuara ada sebab
Tolak atau terima soal kedua
Ingat, bukan hanya kita yang meneliti
Frasa kita pegang biar tidak menyimpang.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2018 08:03 PM | Show all posts
PROFESIONAL

Profesional
Rungkai isu secara rasional
Orang mampu terima
Fenomena tiada jawapan dielak
Elemen persoalan diberi pencerahan
Sistem jangan sekali disalahkan
Input diminta
Output mesti berstatistik
Negatif positif
Ambil langkah intervensi
Lenyapkan spekulasi.

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.074311 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list