CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Amerika dalang pemusnah dunia

[Copy link]
Post time 11-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NGO Barat cuba kuasai proses pilihan rayaAPA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?\rPasti banyak jawapan  diterima. Mungkin ada orang  akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.\r\n\n\n\n\rCubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan  biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia.  Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.\r\r\n\n\n\n\nAkhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.\rIa juga menunjukkan kedua-dua institut itu  mempunyai  hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.\rIa menerima  AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada ke-rajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.\rNGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.\r\n\n\n\rAda bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\rDi negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia. Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.\rIni bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.\rIndividu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti  Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.284399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list