Post Last Edit by bdk2 at 12-12-2011 02:11
Assalamualaikum semua!
Since rumah HK yang dah kene locked, harap Mod tak marah la ye aku bukak umah baru ni.
Untuk rumah-rumah yang lepas
Rumah 1 : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=254105&;highlight=hong%2Bkong
Rumah 2 : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=477751&;highlight=hong%2Bkong
Aku akan tepek sedikit sebanyak info yang dapat aku cari. InsyaALLAH.
Jom kita mengimarahkan lagi umah Hong Kong!
Info mengenai Hong Kong:
Hong Kong terletak di pantai tenggara China di muara Sungai Pearl yang mengadap Laut China Selatan. Meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi (425 batu persegi), wilayahnya terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan Wilayah Baru. Teras utamanya ialah Pelabuhan Victoria, yang memisahkan Pulau Hong Kong dari Kowloon serta Wilayah Baru hingga ke sempadan Tanah Besar China. Wilayah Baru ini juga meliputi lebih 260 kepulauan, termasuk Lantau di mana terletaknya lapangan terbang is located.
Walaupun kawasan bandaran yang padat, tetapi lebih 70 peratus keseluruhan keluasan Hong Kong adalah kawasan desa, termasuk kira-kira 40 peratus taman-taman Negara yang dilindungi dan mudah dikunjungi.
Perlukah VISA untuk masuk ke Hong Kong? Jawapan : TAK PERLU
Matawang Hong Kong : Jawapan : HONG KONG DOLLAR (HKD)
Sifir HKD : Jawapan : HKD100 = RM50 (+/-)
Musim-musim di Hong Kong :
1) November - Febuari : Winter
2) Mac - Mei : Spring (the best season to visit) 3) Jun - Ogos : Summer (panas melekit dan berkemungkinan ada typhoon melanda) 4) September - Oktober : Autumn (best season but sometimes ada typhoon jugak)
|