CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: toxicated

Ac Mizal's MFACE..Pg 7 60 retis dapat saham 100K pefeeling listed BSKL

  [Copy link]
Post time 27-12-2011 09:21 PM | Show all posts
Reply 131# hiloh2o



3 org lagi tu cinos ke melayu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2011 09:39 PM | Show all posts
nie produk dari cina lg ker???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:09 PM | Show all posts
tapi aku puji mamat ni... semangat dia tak luntur....{:4_500:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:40 PM | Show all posts
aku nak tunggu entry terbaru dr bro aidid muaddib psl mface neh
cmf_premierleag Post at 27-12-2011 17:47



    surely die kena benam dalam tanah sampai ke perut bumi ngan si aidid lorr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:57 PM | Show all posts
yang nie dah ader???
Mface tiru facebook?Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my





SIMBOLIK...barisan artis yang menurunkan tandatangan pada majlis pelancaran Mface.


DILAHIRKAN pada tanggal 14 Mei 1984, usianya kini 28 tahun. Namun sejak tiga tahun yang lalu yakni 2008 beliau sudah pun bergelar bilionair, sekali gus diumumkan sebagai juwatan termuda dunia. Kekayaan milik Mark Zuckerberg bukan warisan turun-temurun keluarga sebaliknya bersandarkan aset perniagaannya sendiri.
Facebook, yang berinteraksi sekitar Universiti Harvard pada 2004 mencetuskan fenomena seluruh dunia sehingga menjulang nama Mark.Kejayaan Mark dibaca, memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan remaja mengikuti jejaknya.

Berasakan Malaysia juga berkemampuan mewujudkan laman sosial sendiri setanding facebook, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface.

Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.



Majlis pelancarannya diadakan di Hotel Doubletree By Hilton, Ampang, Rabu lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Sathiya dan ramai lagi.




Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.

“Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.

“Cuma yang berbeza adalah kita wujudkan laman ini dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.

“Jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter secara percuma, penyertaan dalam Mface ini memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

“Setiap seorang artis meskipun mereka pasangan suami-isteri tetap akan diberikan 100,000 unit. Bagaimanapun, sebelum mendapat perolehan syer kita perlu mencapai satu juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham.

“Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka,” katanya.

AC menambah, dia berniat membantu golongan artis kerana kebanyakan mereka tidak berpendapatan tetap dan melihat Mface salah satu ruang niaga yang baik
“facebook mahupun twitter menjadi sangat terkenal kerana golongan selebriti turut menggunakan medium itu, sekali gus mempopularkannya tetapi apa yang mereka dapat sedangkan setiap hari pengasasnya bertambah kaya.

“Saya mewujudkan Mface ini supaya artis juga boleh mendapatkan hak mereka dengan melantik 60 artis terawal yang datang mendaftar di pelancaran ini sebagai pemilik syer, MFace.

“Hanya ini mampu saya lakukan untuk menyatakan keprihatinan saya sebagai anak seni dan agar suatu hari apabila sudah tiada saya akan diingat kerananya,” katanya.

Cara mendaftar Mface cukup mudah sama seperti facebook atau twitter tanpa memerlukan sebarang modal atau bayaran.

Sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun Mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

“Pemilik akaun Mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

“Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan diberi kepada individu yang sama meskipun kita boleh menjangkakan siapakah artis yang mempunyai paling ramai pengikut berdasarkan populariti mereka,” katanya.

Merancang untuk meluaskan jaringan Mface ke negara serantau Asia, AC yakin ia bakal diterima rakyat negara ini, sekali gus mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang.

Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me. Temubual yang sama, AC turut mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

Pengesahan AC itu sekali gus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan itu sebelum ini kepadanya.

“Saya menerima surat pengurniaan Datuk dua tahun lalu pada hari keputeraan baginda yang ke-79. Cuma pengurniaan darjah itu belum dilaksana secara rasmi pada satu majlis dinamakan pengkalungan.

“Apabila ada wartawan menemubual saya, benarkah saya memperoleh gelaran datuk saya mengakulah kerana memang itulah perutusan yang saya terima. Entah bagaimana hal itu menjadi kontroversi.

“Bertitik-tolak daripada kes saya, pihak istana memberi arahan selagi tidak tiba hari pengkalungan maka gelaran datuk tidak boleh diguna walaupun sudah memperoleh surat penganugerahan darjah,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:10 PM | Show all posts
“Bertitik-tolak daripada kes saya, pihak istana memberi arahan selagi tidak tiba hari pengkalungan maka gelaran datuk tidak boleh diguna walaupun sudah memperoleh surat penganugerahan darjah,” katanya.

Bukanke dia sendiri yang bubuh Dato' dalam segala urusan harian dia? Masa kecoh2 gelang tu pun dia da sebuk guna. Buat program sendiri banner pun bubuh gak. Kat facebook bubuh gak, smpaikan ahli2 dia khai rosma tu panggil dia dato'. Gila isim dia ni.

Dalam ramai2 artis yg terlibat tu, aku x sangka la afdlin pun masuk senarai. Sebab aku slalu rs afdlin ni mcm terpelajar sikit orangya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2011 11:20 PM | Show all posts
malas nak jenguk thread ni...mesti rasa nak maki hamun jah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:48 PM | Show all posts
alamak... jv dgn scammer? red cafe?  adoiii apa laa lembab sgt otak artis2 mesia nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 12:00 AM | Show all posts
Jangan kate retis mesia yang sesuam kuku, kalo die letak Britney Spears sekalipun belum tentu orang nak bayar. Dah ada social networking sites yang free dan user friendly cam Fb dan twitter, so sape je yang bodo nak gunakan sesuatu yang berbayar dan menyusahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 12:12 AM | Show all posts
mana bff ku mek santiera...xnk masuk ke thread ac kiok neh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 01:24 AM | Show all posts
“Bertitik-tolak daripada kes saya, pihak istana memberi arahan selagi tidak tiba hari pengkalungan  ...
siasia Post at 29-12-2011 23:10

there are book smart and street smart
afdlin ni tak tau yg mane satu
sbb die dulu tak la sampai menara gading pun
lebih korang ac jah
tp sbb die leh speking england
so nampak la smart
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 03:57 AM | Show all posts
skali ac ni dah pnh nipu sampai mati la aku tak caye dah....toksoh la nak kate nak bg share ratus ribu...mulut die mmg pandai berkata2..ibarat org jual ubat kuat kat tepi jalan..cakap ngalahkan dokter...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 05:49 AM | Show all posts
“Bertitik-tolak daripada kes saya, pihak istana memberi arahan selagi tidak tiba hari pengkalungan  ...
siasia Post at 29-12-2011 23:10


aku rasa dia artis/manusia pertama di Malaysia yang guna gelaran dato' sebelum tiba waktu penganugerahan. Biarlah dia asal dia bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 08:46 AM | Show all posts
Reply 231# asamfish


    seingat aku afdlin masuk itm ambik architecture. tapi rasanya separuh jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 09:38 AM | Show all posts
dato??? ishhhh hahahahahhaha larikkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 05:18 PM | Show all posts
afdlin yg bersekongkol ngan namawee tu??..hmmm...no wonder...~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2011 07:38 AM | Show all posts
"Majlis Pelancaran MFace telah berlangsung di Double Tree Hotel di sini malam tadi. MFace merupakan  ...
hiloh2o Post at 23-12-2011 03:26



    "Majlis Pelancaran MFace telah berlangsung di Double Tree Hotel di sini malam tadi. MFace merupakan produk keluaran Syarikat milik AC Mizal dengan usahasama MBI International, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia."

my thought exactly ... tak pernah di dengar orang MBI International ni, tah tang mana yang TERKEMUKA DI DUNIA tu.

AC yg sewel!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 08:05 AM | Show all posts
AC terima surat pengurniaan gelaran datuk 2 tahun lepas tp baru skang terima anugerahnya?



ramai giler q nk terima anugerah dr Sultan Pahang. 2 tahun waiting listnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 09:23 AM | Show all posts
pape je la..

slmt maju jaya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 10:40 AM | Show all posts
WHAT???????

mau listed kat BSKL??????   giler ker apa AC nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.620538 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list