CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)

  [Copy link]
Post time 23-12-2011 09:59 AM | Show all posts
ni citer yg fresh2 ke copy paste ni cik fiiz? {:4_229:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 10:23 AM | Show all posts
waaaa....best betul cita ni.....tqqqqqqqqqqqqqqq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 10:27 AM | Show all posts
Reply 41# lengkuas8883


kenapa tanya mcm tu ya? Ada cerita copy paste ke?

aku pulak yg naik herannn.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:45 AM | Show all posts
hehhe.. apa yang buat aku ke sini..sebab tajuk dia ..KAU JANGAN MENANGIS AKU TAK SUKA..macam arahan pulak..sila sila..sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:13 AM | Show all posts
sambung lagi fizz best
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by lengkuas8883 at 23-12-2011 11:26

Reply 43# fizziany


perhaps the story is based on your personal experience .. Sorry if I misunderstood your stry....


eemmm...please continue n 4get my comment k..: D
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 46# lengkuas8883


nebermain.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:48 AM | Show all posts
nak lagi nak lagi ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 12:13 PM | Show all posts
fizi...sila sambung lagiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:53 PM | Show all posts
best ... mcm semua cerita2 fizz

tak sabar nak tunggu sambungan

bila baca perkataan packing list teringat plak zaman juna kerja kat Trade finance di bank
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:42 PM | Show all posts
harap fizz tak ilang lama2... sbb rasa tersiksa nunggu sambungan tau... dah ler cite dia suma bestttt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:27 PM | Show all posts
sambung lagiii......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2011 07:33 AM | Show all posts
Reply 51# asyriqa

asyriqa,

minta maafla kalau tetiba hilang tu.
kadang-kadang kerja tak menentu. Ada waktunya, peak season yang boleh buat kerja menimbun 2 kali ganda banyaknya.
Jadi, waktu2 mcm tu, memang susah nak dapat peluang pegang komputer.


Kat ofis aku, tak ada internet. Harap balik rumah je la boleh surfing....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 08:38 AM | Show all posts
AZAH nie bestlah sempoi je ngan bos...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 10:49 AM | Show all posts
best..best.nk lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2011 03:18 PM | Show all posts
ye la fizzi... baca cite2 hang pun dah tau dah... tu seme bidang keje fizzi ekk... tapi tabiz springggg kat fizzi ler... dlm sibuk2 tuh masih sempat letak cite kat sini... dah tu best n sempoi plak tuh... mmg terbaekkkk la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2011 08:11 PM | Show all posts
“Kau angkut semua baju kau ke?” soal Azah sebaik memasukkan dua buah beg baju besar ke dalam bonet kereta MYVInya. Lantas bonet kereta ditutup. Hujung minggu nanti, dia perlu menghantar Aina ke Kelana Jaya pula.

“Taklah…cuma separuh saja. Aina ingat nak minta pinjam baju Kak Ngah waktu nak masuk asrama nanti…” kata Aina yang baru masuk ke dalam perut kereta. Azah yang baru hendak menghidupkan enjin kereta lantas memandang Aina di sebelah.

“Kau ni, asyik nak melaram je. Kerjala dulu…nanti bila dah kerja, dah ada duit sendiri…haaa…sukahati kaulah nak beli baju apa pun….” Azah menggeleng. Sejak di bangku sekolah lagi, Aina inilah yang paling suka meminjam baju-baju dia dan baju Kak Longnya. Mujurlah mereka satu saiz.

“Mak sihat?” soal Azah lagi tatkala kereta sudah mula bergerak menuju ke rumah sewanya yang terletak di Bandar Klang.

“Sihat. Abah dah berhenti kerja. Sakit kaki katanya…” kata Aina lagi perlahan. Azah terdiam. Sakit kaki? Kenapa? Sebelum ini, ada juga bapanya itu mengadu tidak boleh berdiri lama.

“Kak Long dah tahu?” soal Azah lagi. Tidak tahu mengapa, sejak Kak Longnya berkahwin, sebarang berita jarang disampaikan kepada kak Longnya terlebih dahulu seperti sebelum dia berkahwin. Barangkali, mak dan abah segan dengan suami kak Long yang agak pendiam itu.

“Hmm..belum lagi. Abah baru berhenti 4 hari lepas. Nanti bila kak Long balik kampong, baru mak bagitahu kot…” kata Aina lagi. Azah diam lagi. Jika bapanya berhenti kerja bermakna ibubapanya sudah tidak ada sumber pendapatan. Jadi , pastinya kali ini itu akan menjadi tanggungjawabnya untuk menghulur barang tiga-empat ratus bagi perbelanjaan keluarganya di kampong.

Jika kak Longnya dapat membantu dalam seratus dua, jadi mungkin cukup perbelanjaan mak abah di kampong. Azah berharap benar agar kak Longnya yang bekerja sebagai pegawai di Gombak itu dapat turut sama membantunya.

Azah mengetap bibir, sambil memandang jalan di hadapannya. Aina di sebelahnya pula, sibuk mengunyah keropok lekor yang dibeli di perhentian bas tadi. Lapar barangkali!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 08:11 PM | Show all posts
Azah segera membelokkan keretanya ke dalam kotak parking yang cuma tinggal satu. Biasalah…kalau datang lewat begini, tempat parkir kereta akan penuh. JIka hal itu terjadi, maka terpaksalah  meletakkan kereta di hujung jalan yang kira-kira 1 kilometer jauhnya.

Azah senyum lebar sebaik enjin kereta dimatikan. Kereta Honda Civic berwarna hitam di belakangnya yang sudah kalah dalam pertarungan berebut parking berundur perlahan2. Azah terus keluar dari kereta. Beg sandang disilangkan ke dadanya. Hari ini, dia berbaju kurung sahaja. Malas hendak memilih baju di dalam almari pagi tadi untuk digosok.

Kebetulan, baju kurung yang sudah sedia tergantung di dinding masih elok untuk dipakai. Tak payah digosok, terus Azah sarung saja ke tubuhnya pagi tadi.

Kiukk!! Bunyi keretanya  bila dikunci. Azah memandang  kereta hitam Honda Civic yang masih bergerak perlahan sambil mencari parkir kosong. Cermin kereta diturunkan, lalu ternampaklah wajah si pemandu.

Laa…..si Mr. Cool ni rupanya…..Azah tersengih sebaik berbalas pandang dengan Harris yang masih tenang mencari parkir kosong di kawasan sekitar syarikat itu. Azah terus mengatur langkah menuju ke pejabat. Dia sudah lewat hari ini 15 minit! Mampus…….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 08:12 PM | Show all posts
“Hohoho….berdarah mata aku macam ni…” Azah menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Harris di sebelahnya masih selamba, diam tak berkutik. Mereka sama-sama merenung puluhan laporan yang perlu disiapkan secepat mungkin.

“Assalamualaikum….dah breakfast Azah?” entah dari mana, tiba2 Halim menyapa di pintu bilik Azah. Pantas Azah menoleh sambil menghadiahkan senyuman. Harris masih diam membatu. Tidak memberi sebarang reaksi.

“Waalaikumsalam….Belum! “ jawab Azah jujur.  

“Haa…kalau macam tu, eloklah. Abang nak gi breakfast kat luar ni. Nak ikut?” soal Halim tersenyum2. Harris menoleh ke belakangnya.

“Aku, kau  tak nak ajak?” soal Harris dalam nada jengkel. Ada awek cantik depan mata, kawan lama pun buat2 lupa…Harris mendengus.

“Hehh…kau pun ikut sekalila…Takkan aku nak tinggalkan kau…” kata Halim dengan senyuman terkulat2.

“Tapi, tak apa ke kita keluar? Kalau En. Rashid cari nanti macam mana?” soal Azah gusar.

“Ala…pandaila abang kautim nanti. Jomlah..sebelum dia cari kita..” balas Halim. Harris terlebih dahulu bangun dan memaut bahu Halim.

“Kau belanja!” Harris menepuk bahu Halim. Azah bangun dan membuntuti langkah mereka. Halim sengih melebar melihat Azah yang mengikuti langkahnya menuju ke kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2011 08:13 PM | Show all posts
“Insya-Allah, esok , lepas kerja Azah balik kampong sekejap.Azah nak juga tengok kaki abah tu macammana..,” ujar Azah di telefon. Di hujung talian, Mak Nab mengukir senyum lega. Mujurlah ada anak seperti Azah yang sudi membantu. Hendak meminta pada anak sulungnya, dia segan pula.

“Kalau macam tu, tak apalah. Nanti kalau apa-apa, mak bagitahu kamu. Aina macammana kat asrama?” soal Mak Nab lagi.

“Okey je. Budak tu, terkinja-kinja seronok dapat masuk kursus pramugari tu. Mak janganlah bimbang. Bila Ngah free, nanti Ngah pergi tengok dia…” tutur Azah buat menyedapkan hati ibunya.

“Hmm..kalau macam tu, tak apalah. Mak letak telefon dulu ya, Asaalamualaikum,” seraya, talian diputuskan. Waalaikumsalam…bisik hati Azah sambil merenung telefon bimbitnya yang kembali sepi.

Azah menarik nafas dalam-dalam. Ibunya meminta agar dia menghantar RM200 ke kampong untuk belanja rawatan kaki ayahnya yang semakin sakit. Azah mula mengira jumlah baki wang di dalam akaunnya. Masih cukup. Walaupun gajinya tidaklah sebanyak gaji kak longnya yang berkelulusan university itu, tapi dia masih mampu menyimpan wang setiap bulan untuk keperluannya dan keluarga.

Seta merta, ingatannya tiba-tiba teringatkan kakak sulungnya. Ibu dan bapanya sudah jarang memohon bantuan kewangan dari kakaknya selepas kakaknya berkahwin. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Kakaknya juga seperti sudah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak untuk membantu sedikit sebanyak keluarganya.

Keluarganya bukan orang senang. Ayahnya cuma seorang nelayan. Hanya dengan pendapatan nelayan itulah, mereka empat beradik bersekolah. Kakaknya berpeluang melanjutkan pelajaran ke university. Manakala Azah pula, hanya dapat meneruskan pengajiannya ke peringkat diploma kerana terpaksa bekerja lebih awal memandangkan kesihatan abahnya yang makin merosot.

Dahulu, semasa kecil, Azah dan kak Longnya, Nuramirah itu selalu berkata bahawa bila mereka besar, mereka mahu membantu mak dan abah.

“Nanti abah tak payah kerja lagi bila kak long dah kerja,” itu kata Nuramirah kira-kira 4 tahun dahulu.

Tapi, sewaktu kakaknya itu berada di semester terakhir university, Azah seakan hendak pengsan bila ibunya mengatakan bahawa kakaknya mahu berkahwin! Akhirnya, kakaknya berkahwin juga ketika beliau masih berada di akhir pengajian.

“Betul kak Long nak kahwin? Paling koman pun, kerjalah dulu….tolong abah,” Ujar Azah tidak setuju dengan keputusan Kak Longnya.

“Kak long kahwin ni pun sebab nak tolong mak dan abahlah! “ getus Nuramirah. Azah garu kepala yang tidak gatal sebaik mendengar jawapan kak Longnya. Bantu macammana pulak dengan kahwin?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.083395 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list