CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Dagangan dua hala Malaysia, Singapura meningkat

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERDAGANGAN dua hala Malaysia-Singapura keseluruhan 2011 dijangka sekali lagi mencatat angka positif dengan pertumbuhan dua angka di tengah-tengah persekitaran ekonomi global yang tidak menentu susulan kesan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat serta  krisis hutang zon euro.\rPesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi Singapura, Naim Abdul Rahman, berkata perdagangan keseluruhan Malaysia dengan Singapura bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu  meningkat 11.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2010.  \r\n\n\n\n  \r  “Ia disumbang peningkatan eksport dan import yang masing-masing meningkat 4.6 peratus dan 21.7 peratus.”  \r\r\n\n\n\n\n  “Eksport ke Singapura bernilai RM73.31 bilion manakala import RM61.41 bilion,” katanya di Singapura, semalam.\rProduk elektrik dan elektronik (E&E) terus menjadi eksport utama Malaysia ke Singapura pada nilai RM26.89 bilion atau 36.7 peratus daripada keseluruhan eksport.\rIa diikuti  petroleum bertapis (RM16.08 bilion, 21.9 peratus); jentera, peralatan dan alat ganti (RM3.80 bilion, 5.2 peratus), logam dikilang (RM3.41 bilion, 4.7 peratus) dan kimia dan produk kimia (RM3.07 bilion, 4.2 peratus).\rWalaupun eksport E&E ke Singapura turun berikutan kemelesetan permintaan dunia, Naim berkata, ia diseimbangkan oleh pertumbuhan  dalam barang yang dikilang.  \r\n\n\n\rKatanya kadar pertumbuhan eksport yang ketara dicatatkan oleh peralatan pengangkutan yang berkembang 40.7 peratus; petroleum bertapis (37.4 peratus); minyak sawit (31.1 peratus); besi dan produk keluli (19.1 peratus); dan peralatan optik dan saintifik (12.2 peratus).\rNaim berkata, Singapura terus menjadi rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia selepas China. \r“Dari Januari hingga Oktober lalu, perdagangan negara bandar itu mencecah RM134.72 bilion atau 12.8 peratus daripada perdagangan keseluruhan Malaysia dengan dunia yang dicatatkan RM1.05 trilion,” katanya.\rRepublik itu katanya pernah menjadi rakan perdagangan Malaysia yang terbesar pada 2008, iaitu ketika kemelesetan ekonomi AS.\rBagaimana pun, China sudah mengatasinya bermula 2009 sehingga sekarang, katanya.\rNaim berkata, Singapura menjadi destinasi eksport terbesar Malaysia selama hampir sedekad tetapi ia akan diatas China jika momentum untuk menambah import dari Malaysia meningkat.\rKatanya eksport Malaysia ke China bagi tempoh itu dicatatkan RM76.49 bilion, yang mengatasi eksport ke Singapura hanya sebanyak RM3.18 bilion.  \rTanpa mengambil kira perkara berkenaan, Naim berkata, Singapura terus menjadi destinasi pilihan eksport produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia kerana pelbagai faktor seperti berdekatan, saling melengkapi, saling berkaitan dan mudah melakukan perniagaan di negara masing-masing.  \r“Perkara sama berlaku bagi syarikat Singapura yang mana Malaysia sentiasa berada pada senarai destinasi teratas bagi mereka untuk melakukan perniagaan,” katanya.  \rNaim berkata, Matrade akan terus mengelakkan syarikat Malaysia untuk menimbangkan Singapura sebagai pasaran eksport utama mereka.  \r“Singapura, yang dikenali sebagai hab dagangan di rantau ini, menjadi batu loncatan pengeksport Malaysia bagi meneroka pasaran seberang laut.  \r“Syarikat Malaysia sentiasa boleh menggunakan Singapura bagi menguji produk dan perkhidmatan masing-masing bagi memastikan penerimaan pasaran, daya saing dan kemampanan sebelum meneroka ke pasaran asing yang lain,” katanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042786 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list