CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Mewah Bahasa: Air pokat

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Di sebuah restoran ayam penyet di pinggir bandaraya ….\rMilah: Restoran apa ni Zah? Hiasan macam kat Indonesia je.\r\n\n\n\n\rZah: Ni la restoran ayam penyet ….\r\r\n\n\n\n\nMilah: Ayam penyet?? Apa tu? Ayam kena lenyek dek kereta ke?\rZah: Hahahaa … ada ke ayam lenyek dek kereta pulak. Ini menu dari Indonesialah, sekarang ni tengah popular di Kuala Lumpur ni.\rMilah: Ooo ... aku tak pernah makan.\rZah: Haa … tu pasal aku bawa kau datang sini, cuba makan ayam penyet ni!!\r\n\n\n\rMilah: Ha ... kau order la, aku tak tau. Orang yang nak ambil order pun dah sampai ni.\rZah: Ok, bagi dua set ayam penyet ….\rPelayan: Minumnya??\rZah: Saya bagi jus jeruk ….\rPelayan: Satu lagi?\rZah: Hah!!  Milah, kau nak minum apa? Cepatlah order ….\rMilah: Apa aa?? Apa yang sedap dan lain dari yang ada kat tempat makan lain?\rPelayan: Cubalah apokat.\rMilah: Air pokat? Air apa pulak tu?? Hey!! Awak jangan nak main-main dengan saya tau!!\rPelayan: Betul! Betul cik,  apokat ….\rMilah: Uh!! Tak hormat pelanggan langsung, cakap kotor macam tu!!  Saya boleh tuduh awak sexual harassment tau!!\rPelayan: Eh! Cik ….\rZah: Hah!! Apa hal pulak kau ni Milah? Tiba-tiba aje naik angin?!  Ribut idak, hujan pun idak …. Kau dah marah-marah, apa hal pulak ni?!\rMilah: Eh!! Orang dah cakap kotor kat kita, kau nak bela dia pulak?!\rZah: Cakap kotor apanya pulak?\rMilah: Ni la!!  Yang cakap air pokat, air pokat ni, tak cakap kotor ke?! Lucah tu, kelucahan melampau … gangguan seksual tau!!\rPelayan: Maaf cik, memang ada dalam menu kami jus apokat.\rZah: Hah! Ni ha Milah, kau tengok dalam menu ni, kan ada jus apokat ni ….\rMilah: Jus apokat? Eh! Apa sebenarnya jus apokat ni??\rPelayan: Jus avakado cik. Tapi di Indonesia dipanggil apokat.\rMilah: Ooo … cakaplah dari tadi, ingatkan benda lain tadi. Oklah, bagilah saya jus apokat tu, nak cuba ….\rZah: Hah! Kenapa marah-marah sangat tadi tu??\rMilah: Aku dengar tadi di kata air pokat.\rZah: Kenapa pula dengan air pokat?\rMilah: Air pokat, kalau dalam bahasa kampung aku kat Negeri Sembilan maksudnya air pekat.\rZah: Kalau air pekat pun apa salahnya, kenapa kau kata lucah, gangguan seksual!!\rMilah: Ya lah, pelayan tu kan ke lelaki? Dia kata air pekat, aku ingat dia cakapkan air pekat dia lah!!\rKau tau aje lah lelaki sekarang ni, suka cakap-cakap lucah dan makna tersembunyi!!\rZah: Hehehee … aku rasalah kan, kau tu yang otak biru! Mentang-mentang le budak tadi tu hensem sikit, kau mula fikir yang bukan-bukan.\rMilah: Isy!! Kau ni, ke situ pulak dia!! Eh! Dah jangan cakap lagi pasal ni, malu aku kalau dia dengar nanti. Tu ha dia dah datang bawa air ….\rPelayan: Airnya cik, jus jeruk dan jus apokat ….\rMilah: Huh!! Memang pokat pun ….\rGlosari\rApokat    (Indonesia)          -       buah avakado\rJeruk         (Indonesia)       -       buah limau\rPokat   (Negeri Sembilan) -       pekat\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.315807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list