|
Salinan pasport tablet jadi buktiQUEBEC: Seorang lelaki Kanada yang terlupa membawa pasport dan baru sedar mengenainya ketika berada hampir dengan sempadan Amerika Syarikat, menggunakan iPad untuk dibenarkan meneruskan perjalanan ke dalam negara itu awal minggu ini.\n\n\n\n Martin Reisch berkata, pengawal sempadan Amerika menunjukkan reaksi marah tetapi membenarkannya masuk ke negara itu dari Quebec, selepas dia menunjukkan salinan imbasan pasportnya dalam iPad miliknya.\n\n\n\n\n Reisch yang berada dekat sempadan Amerika, Selasa lalu memutuskan untuk cuba masuk dan tidak berpatah balik mengambil pasportnya.Dia memberitahu pengawal sempadan tujuannya masuk ke Amerika bagi memberi hadiah Krismas kepada anak rakan.“Saya fikir perlu dapatkan kebenaran masuk. Pegawal itu mengambil iPad dan masuk ke pondok kecil kawalan sempadan itu. “Agak lama saya menanti dia keluar. Dia datang semula, menunggu seketika sebelum mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada saya.” Reisch berpendapat, pegawai itu membuat satu pengecualian dalam kes itu.\n\n\nRakyat Kanada perlu menunjukkan pasport dan bukan lagi lesen memandu sebagai bukti pengenalan diri sebelum dibenarkan masuk dari sempadan Amerika pada 2009.Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika berkata, pihaknya hanya menerima pasport, lesen memandu terbaru atau pas Nexus daripada warga Kanada yang mahu memasuki sempadan.Syarat masuk tidak menyebut bukti menerusi atau salinan dokumen. Jurucakap jabatan itu tidak membalas segera persoalan sama ada pasport diimbas diterima masuk ke Amerika.Reisch, 33, mengambil sekeping gambar imbas pasportnya bertahun lalu kerana bimbang hilang atau dicuri ketika melakukan perjalanan. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|