CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Fragmen: Penganjur konsert tak ikhlas

[Copy link]
Post time 9-1-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
BARU-BARU ini, ketika diundang untuk menjadi tetamu program bual bicara yang terbaru, PING!, saya sempat berbual sedikit dan secara spontan saja dengan Aliff Satar dan Atilia mengenai pengalamannya sebagai penyanyi undangan untuk penyanyi atau kumpulan muzik dari luar negara.\rDari tutur kata mereka, kita dapat rasakan penganjur yang membawa penyanyi luar negara sekadar mempergunakan penyanyi tempatan bagi memenuhi syarat membawa masuk artis import itu mengadakan konsert di negara ini.\r\n\n\n\n\rMisalnya, Aliff ketika diundang membuat persembahan pembukaan untuk seorang penyanyi antarabangsa, mendedahkan betapa kru konsert masih kelam-kabut dengan soal pentas yang tak sedia, sistem suara masih diuji begitu juga dengan sistem cahaya. Sedangkan pada waktu itu, dia sedang menyanyi di atas pentas. \r\r\n\n\n\n\nPenganjur pilih kasih dan tidak bersungguh-sungguh untuk meletakkan penyanyi di tempat sewajarnya. Persiapan untuk penyanyi tempatan yang dipilih dan diundang ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka lebih menumpukan kepada persiapan dan persembahan penyanyi luar.\rBahkan, kemunculan awal penyanyi tempatan pada pembukaan persembahan sesuatu konsert dilihat sebagai \'alat\' untuk menguji sistem suara, cahaya dan teknikal lain, sebelum penyanyi sebenar iaitu orang luar ini muncul di pentas. \rSebab itu, ada penyanyi tempatan mula mengeluh kerana sistem suara yang tidak bermutu. Akibatnya, penyanyi kita kena \'boo\' oleh penonton. Ini memberikan persepsi tidak bagus kepada penyanyi kita di kaca mata penyanyi luar. Bagi penyanyi antarabangsa, mereka memandang rendah kebanyakan penyanyi kita kononnya persembahan penyanyi tempatan tidak bagus.\rPermit untuk membawa masuk penyanyi atau kumpulan muzik luar tertakluk kepada sebuah jawatankuasa di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. \r\n\n\n\rAntara syarat itu ialah mewajibkan ada penyanyi tempatan diambil untuk menjadi artis undangan. Matlamat kerajaan dan jawatankuasa ini sudah tentu untuk memberi peluang kepada penyanyi atau artis tempatan mempelajari pengalaman serta kelebihan penyanyi antarabangsa itu daripada segala aspek.\rJusteru untuk memenuhi syarat ini, penganjur konsert antarabangsa ini kadang-kadang melakukannya sekadar \'tangkap muat\' saja, apabila memanggil artis tempatan. Mereka tidak memberikan perhatian bersungguh-sungguh dalam aspek itu.\rJarang sekali kita melihat penyanyi tempatan yang diundang ini, diberi peluang bergandingan sekurang-kurangnya menyanyi satu atau dua lagu dengan penyanyi import yang dibawa masuk. Kalau ini tidak dibuat, apa erti atau fungsi mengambil penyanyi tempatan?\rKalau tidak, lebih baik tak perlu panggil penyanyi tempatan. Ini kerana dengan persiapan dan persediaan yang sempurna, penyanyi kita kita mampu memberikan persembahan terbaik, malahan boleh menjadi lebih bagus serta hebat lagi daripada penyanyi antarabangsa. \rAda penyanyi dan kumpulan muzik yang sememangnya cukup dikenali pada peringkat antarabangsa. Namun, tidak dinafikan juga ada penyanyi antarabangsa ini ada kalanya lebih gah pada nama dan status mereka, hakikatnya daripada aspek persembahan, tidaklah sehebat mana. \rOleh itu, Jawatankuasa Penyenaraian Persembahan Artis Luar di bawah KPKK ini harus juga sesekali memantau sikap penganjur konsert artis luar dalam memberi layanan terhadap artis tempatan. Adakah mereka jujur atau sekadar nak dapatkan permit keizinan menganjurkan persembahan penyanyi luar.\rApa salahnya memberi layanan yang terbaik kepada penyanyi kita. Memanglah kelebihan tetap kepada penyanyi yang diimport. Bukanlah itu juga yang diharapkan oleh penyanyi tempatan? Tapi berilah kita dengan persiapan konsert yang terbaik juga daripada semua aspek di atas pentas, daripada sistem suara sehinggalah kepada perkara teknikal lain.\rSungguh tidak beretika dan kurang bertanggungjawab apabila segelintir penganjur pentas mempergunakan penyanyi tempatan sebagai \'bahan ujian\' untuk memastikan segala-galanya sempurna bagi persembahan penyanyi luar negara yang dibawa mereka. - [email protected]

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.050528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list