CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Awie, Ella bikin gegar

[Copy link]
Post time 9-1-2012 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Menjanjikan aksi bertenaga apabila digandingkan di atas pentas IBPERSIAPAN konsert yang menggabungkan dua lagenda rock, Awie dan Ella yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 15 Januari ini di Istana Budaya (IB) berjalan lancar.\n\n\n\nTinjauan Hip di Studio Neo Gendang Record, Damansara menyaksikan Awie dan Ella begitu bersungguh-sungguh latihan bersama pemuzik yang bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam setiap hari sejak seminggu lalu.\n\n\n\n\nMenariknya konsert yang dibawakan Tall Order Productions milik Hans Isaac turut memperkenalkan persembahan berkonsep penceritaan menerusi lagu yang akan didendangkan. Ibarat kisah Uda dan Dara yang bercinta turut mengangkat tema persembahan yang jarang berlaku pada sesuatu konsert berskala besar.Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44 gabungan bersama Ella pada konsert itu akan mengimbas kembali perjalanan seni sepanjang lebih 25 tahun mereka di dalam industri. Di konsert itu nanti mereka menyanyikan 20 lagu. “Saya dan Ella nyanyikan bersama secara medley tanpa henti dalam tiga segmen. Kerjasama dengan Ella sebenarnya tidak banyak menghadapi masalah kerana kami memang mempunyai keserasian.\n\n\n“Sejak zaman dulu lagi memang kami ada menyanyi bersama tetapi tidak banyak. Apabila hari ini saya dapat bersama Ella, peluang ini tidak akan kami tolak sama sekali,” kata Awie.Dalam kesungguhannya menghadiri latihan setiap hari, vokalis kumpulan Wings ini mengakui debaran tetap dirasai untuk menantikan hari persembahan yang bakal tiba.Awie yang juga terkenal dengan watak Husin dalam filem komedi popular Hantu Kak Limah Balik Rumah, berkata dia sentiasa melakukan persiapan terbaik dari segi vokal mahupun fizikal sepanjang dua jam persembahan itu nanti. “Saya pernah menyanyi lebih tiga jam tanpa henti, alhamdulillah tidak ada apa-apa masalah. Namun untuk konsert ini apa yang saya risau adalah kesihatan saja kerana sudah sebulan batuk tidak berhenti. “Sudah beberapa doktor saya jumpa untuk memastikan vokal di tahap maksimum,” katanya yang kini sentiasa menitik-beratkan bersenam, tidur yang cukup dan sentiasa meminum air suam.Pengalaman demam yang teruk pernah dilalui sebelum menjayakan sesuatu persembahan besar, sudah tentu merisaukan perkara yang sama bakal berulang lebih lagi untuk menjayakan konsert eksklusif dalam skala yang sama.“Sebenarnya bila kita demam, vokal cord kita membengkak. Saya takut kotak suara luka dan susah hendak baik, sudah dua kali buat pembedahan,” katanya. Dia yang pernah membintangi filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Zombie Kampung Pisang, mengakui mengagumi pengalaman dan keunikan Ella sehingga berasa selesa apabila digandingkan di atas pentas.“Ella mempunyai suara sedap, dia komited dalam latihan dan profesional terhadap kerjayanya. Dia juga ada satu kelunakan suara yang saya sendiri meminatinya setiap kali dia membuka mulut.“Kami saling hormati satu sama lain, dan peluang yang ada ini kita mahu memenuhi kehendak peminat kami, kerana mereka hanya pernah melihat kami menyanyi satu atau dua lagu saja bersama sebelum ini,” katanya.Konsert  yang akan menggunakan khidmat sistem pencahayaan dan jurutera bunyi profesional bersama pereka pentas terbaik di negara ini, Raja Malik turut menjadi keterujaan buat ratu rock Ella.Kata Ella, konsert itu mengingatkan kembali kenangan di awal pembabitannya dalam dunia hiburan.“Konsert ini menceritakan banyak mengenai cinta yang indah. Cinta bukan saja sesama manusia tetapi kepada Allah, kawan dan keluarga.“Permulaan percintaan, kesetiaan, kegembiraan, kesedihan, pencapaian dan sebagainya akan disampaikan menerusi susunan lagu yang terbaik dari saya dan Awie, ” katanya yang seronok membayangkan perjalanan konsert itu nanti.Lebih membuatkan Ella teruja menjayakan konsert itu apabila dia akan menyanyikan beberapa lagu popular Wings.“Saya menyanyikan lagu Bernafas Dalam Lumpur. Ini adalah cabaran saya tetapi memang sejak dulu lagi teringin untuk mencuba. Saya akan membuat cara saya sendiri dan ia direstui Awie. Malahan Awie juga akan menyanyikan lagu saya itu Permata Biru,” jelas Ella.Pada masa sama, Ella turut mengagumi Awie dan bangga apabila diberikan peluang bergandingan di pentas utama IB.“Awie memiliki suara yang sedap dan matang, keperibadiannya yang romantik, gentlmen, kelakar dan tahu apa yang dia nak buat. Sudah tentu konsert ini menjadi yang paling terbaik kerana dia ada banyak perbezaan seperti penceritaan, bertukar-tukar lagu, pemilihan lagu menarik, penonton akan dibuai dengan pencahayaan yang sangat cantik, itu saya sudah dapat bayangkan,” katanya.INFO Konsert Awie dan EllaKonsert Awie dan Ella diadakan di Panggung Sari, IB bermula 12 hingga 15 Januari ini.Barisan pemuzik yang mengiringi konsert mereka ialah Edrie Hashim sebagai Pengarah Muzik selain Ujang Exist (dram), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (perkusi), Kudin (keyboard) dan Jason Voo (keyboard).Konsert ini dianjurkan Tall Order Productions milik Hans Isaac, mensasar 8,000 tiket.Tiket ini dijual pada harga RM40 hingga RM450 yang boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau segala pertanyaan mengenai tiket boleh dibuat di talian 03-41478600.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.045368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list