CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Azraai puji aksi anak didik

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOHD Azraai Khor Abdullah memuji persembahan anak didiknya selepas membuktikan kemampuan sebenar ketika melakar kemenangan pertama saingan Liga Super dengan menewaskan Johor FC, 2-0 di gelanggang lawan, kelmarin.\rKetua jurulatih Negeri Sembilan itu menyifatkan kemenangan  bukan saja meletakkan kembali skuad Hoben dalam kelompok dihormati, tetapi juga sebagai hadiah sempena keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Katanya, dia berpuas hati dengan aksi semua pemain walaupun berdepan cabaran sengit daripada anak didik K Devan yang dibarisi pemain berpengalaman.\r\r\n\n\n\n\n   “Lebih menarik, persefahaman antara Effa (Jean Emmanuel Effa Owona) dengan Ahmad Shakir Ali di barisan depan mulai menampakkan peningkatan ketara apabila kedua-duanya saling membuat hantaran tepat dan berkualiti untuk melakukan jaringan.\r“Komitmen tinggi pemain sayap seperti Shahurain Abu Samah dan S Kunanlan juga banyak membantu bahagian depan untuk melakukan penyudahan lebih berkesan,” katanya, semalam.\rMenurut Azraai, aksi permainan kelmarin juga menyerlahkan kemampuan beberapa pemain muda, walaupun ramai beranggapan Negeri Sembilan hanya menyandarkan harapan kepada Effa.\r“Walaupun berstatus pemain muda, Ahmad Shakir membuktikan dia boleh melaksanakan tanggungjawab dengan menjaringkan kedua-dua gol dan saya berharap kedua-dua penyerang akan terus berusaha menambah jaringan selepas ini,” katanya.\r\n\n\n\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.093865 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list