CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6781|Reply: 13

Tawaran biasiswa untuk pelajar Sains Tulen [TUTUP 12 Feb 2012]

[Copy link]
Post time 31-1-2012 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 31-1-2012 23:20

Tawaran biasiswa NyBrainSC untuk pelajar Sains Tulen


PUTRAJAYA - Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi," katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.

"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti," katanya.

Beliau berkat pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain pembelajarannya sukar dan membosankan.     
     
"Pelajar seharusnya membayangkan kerjaya yang menarik dan menguntungkan selepas tamat pengajian dan bergelar ahli sains," katanya.

Mohamed Khaled meminta pengurusan tertinggi IPT melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi negatif pelajar.

"Pelajar cemerlang perlu diterapkan rasa keghairahan untuk mempelajari sains dan dapat merasakan kursus sains adalah suatu yang menyeronokkan serta penuh cabaran minda dan penerokaan baru. Lebih penting ialah kerjaya sains menjanjikan pengiktirafan dan pulangan yang lumayan," katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Mohamed Khaled berkata mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc yang bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPTA.

Beliau juga mahukan IPTA membangunkan institusi penyelidikan sama ada dalam bentuk institut, pusat atau makmal dengan memperkenalkan jawatan baru bergelar Akademik Penyelidik sebagai keperluan asas untuk mengekalkan bakat.
     
Universiti juga perlu memberi perhatian kepada perancangan dan kemajuan yang berlaku di persekitaran khususnya pembangunan wilayah agar hasrat universiti menjadi pemacu pembangunan tempatan akan tercapai selain sebagai satu cara menambah sumber pendapatan, kata Mohamed Khaled.

Beliau mencadangkan semua IPTA mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bagi memastikan usaha pembudayaan dan kecemerlangan penyelidikan serta kesinambungan semua program yang direncanakan, dilaksanakan dengan sempurna.

Mohamed Khaled juga berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan dikuatkuasakan nanti, bukan sebagai tiket kebebasan mutlak bagi pelajar IPT sehingga mengganggu keselamatan awam.

"Saya tidak pernah menghalang mahasiswa bersikap kritikal tetapi biarlah sikap itu disalurkan melalui pendekatan yang berhemah lagi beradab. Mahasiswa juga merupakan rakyat dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab kepada negara sama seperti pihak lain dalam masyarakat," katanya.- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2012 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 31-1-2012 23:21

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN:  https://payloan.mohe.gov.my/MyBrainSc/index.php



A.        PENGENALAN PROGRAM


   
Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang  atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League.     
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
   

B.        BIDANG PENGAJIAN

      
  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik
              

C.        SYARAT PERMOHONAN

   
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut:   

1) Ph.D;

         
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau  swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa  ini;
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat  sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
  • Calon sedang  mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian  dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
      
2)Peringkat Sarjana:
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
      

3) Ijazah pertama;

         
  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 30/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT; dan
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
        

D.        PERJANJIAN

   
Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;   
  • Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
        

E.        PERMOHONAN

           
  • Permohonan dibuka setahun sekali untuk tempoh sebulan
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui Portal KPT
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawal / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
  • Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:i) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda :
    • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
    • Gambar berukuran  passport
    • Slip  Keputusan SPM
    • Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/IB/A-level/Diploma/SAT
    • Surat Tawaran Universiti  (jika ada)
    ii)        Permohonan peringkat Master :
    • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
    • Gambar berukuran  passport
    • Slip  Keputusan SPM
    • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
    • Rancangan penyelidikan
    • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
    iii) Permohonan peringkat PhD :
    • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
    • Gambar berukuran  passport
    • Slip  Keputusan SPM
    • Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
    • Transkrip penuh Master
    • Rancangan penyelidikan
    • Surat Tawaran Universiti  (jika ada)
        

F.        KAEDAH PEMILIHAN

   
  • Ujian saringan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang  sains tulen; dan
  • Penilaian oleh panel penilai penemuduga yang dilantik; dan
  • Pemilihan bersama dengan agensi penaja lain seperti JPA, MARA dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 11:18 PM | Show all posts




            
            
                                                                                MALAYSIA                       
                                                                                                                            1                    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA  
                                                                       
                    2                    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
                                                                       
                    3                    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
                                                                       
                    4                    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                                                                       
                    5                    UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
                                                                       
                    6                    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
                                                                       
                    7                    UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
                                                                       
                    8                    UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
                                                                       
                    9                    UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
                                                                       
                    10                    UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
                                                                       
                    11                    UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
                                                                       
                    12                    UNIVERSITI MALAYA  
                                                                       
                    13                    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
                                                                       
                    14                    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
                                                                       
                    15                    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA  
                                                                       
                    16                    UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
                                                                       
                    17                    UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
                                                                       
                    18                    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
                                                                       
                    19                    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA  
                                                                       
                    20                    UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
                                                                               
                        UNITED KINGDOM                       
                                                                                                                            1                    UNIVERSITY OF CAMBRIDGE
                                                                       
                    2                    UNIVERSITY COLLEGE LONDON
                                                                       
                    3                    ROYAL HOLLOWAY, UNIVERSITY OF LONDON
                                                                       
                    4                    UNIVERSITY OF EDINBURGH
                                                                       
                    5                    UNIVERSITY OF OXFORD
                                                                               
                        AUSTRALIA                       
                                                                                                                            1                    UNIVERSITY OF ADELAIDE
                                                                       
                    2                    UNIVERSITY OF MELBOURNE
                                                                               
                        UNITED STATES                       
                                                                                                                            1                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA BERKELEY
                                                                       
                    2                    MASSACHUSETTS INSTITUTE OF TECHNOLOGY
                                                                       
                    3                    UNIVERSITY OF MICHIGAN
                                                                       
                    4                    WASHINGTON UNIVERSITY SAINT LOUIS
                                                                       
                    5                    DARTMOUTH COLLEGE
                                                                       
                    6                    PRINCETON UNIVERSITY
                                                                       
                    7                    COLUMBIA UNIVERSITY
                                                                       
                    8                    CORNELL UNIVERSITY
                                                                       
                    9                    DUKE UNIVERSITY
                                                                       
                    10                    UNIVERSITY OF PENNSYLVANIA
                                                                       
                    11                    BROWN UNIVERSITY
                                                                       
                    12                    RICE UNIVERSITY
                                                                       
                    13                    UNIVERSITY OF WASHINGTON
                                                                       
                    14                    HARVARD UNIVERSITY
                                                                       
                    15                    BOSTON UNIVERSITY
                                                                       
                    16                    JOHNS HOPKINS UNIVERSITY
                                                                       
                    17                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA DAVIS
                                                                       
                    18                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA LOS ANGELES
                                                                       
                    19                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA SAN DIEGO
                                                                       
                    20                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA SANTA BARBARA
                                                                       
                    21                    UNIVERSITY OF CALIFORNIA SANTA CRUZ
                                                                       
                    22                    STANFORD UNIVERSITY
                                                                       
                    23                    CALIFORNIA INSTITUTE OF TECHNOLOGY
                                                                       
                    24                    UNIVERSITY OF COLORADO
                                                                       
                    25                    YALE UNIVERSITY
                                                                       
                    26                    UNIVERSITY OF CHICAGO
                                                                       
                    27                    UNIVERSITY OF ILLINOIS - URBANA
                                                                       
                    28                    NORTHWESTERN UNIVERSITY
                                                                       
                    29                    UNIVERSITY OF WISCONSIN
                                                                               
                        CANADA                       
                                                                                                                            1                    MCGILL UNIVERSITY
                                                                       
                    2                    UNIVERSITY OF TORONTO
                                                                       
                    3                    UNIVERSITY OF BRITISH COLUMBIA
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:45 PM | Show all posts
setahu aku dulu mmg ramai yg nk masuk aliran sains tulen ni..
tp lain pulak hakikatnye yek..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 11:49 PM | Show all posts
Reply 4# midory

betul...realitinya..

dr 4 major utama sains tulen itu, physics ranking plg rendah dr segi bilangan acedemiannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 11:49 PM | Show all posts
Reply 4# midory

midory mau apply ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 11:57 PM | Show all posts
Reply  midory

betul...realitinya..

dr 4 major utama sains tulen itu, physics ranking plg rend ...
dauswq Post at 31-1-2012 23:49



   ramai yg dh berpaling pd lain..
aku pernah dengar yg akan datang tak perlu akauntan sebab nnti ade mesin yg akan buat smue kerje2 akauntan...
so peluang pekerjaan makin kurang..

motip tibe2 cite pasal akauntan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:58 PM | Show all posts
Reply  midory

midory mau apply ke?
dauswq Post at 31-1-2012 23:49



   ngeh ngeh...
peluang dh diberi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 01:21 PM | Show all posts
i,m believe the best ever subject is PHYSIC !!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:32 PM | Show all posts
sepatutnya kerajaan mencari inisiatif untuk buka peluang pekerjaan dalam bdg sains...ramai graduan bdg sains x mendapat pekerjaan..situasi ni same dengan saya dan kawan yang lain..rata-rata sambung study, xpun jadi PSH (Pekerja sambilan harian) dia institut2 milik kerajaan...ade yang keje bank, kerani, kerja2 yang langsung x berkaitan dgn bidang yg diambil..
kawan2 saya advise adik2 dorang jangan amik aliran sains sbb x menjamin pape. keje macam buruh, gaji pun x lumayan...even kawan2 yang ade master pun xde keje? mase kat sekolah kami dicanang oleh cikgu mengatakan aliran sains ni bagus dan byk peluang pekerjaan...dusta semata..lagi menyesal ade la....ramai yg jadi penganggur terhormat..paling bagus pun jadi RA je yang gaji bwah 2k..
dengan keadaan kitorang yang macam ni...ade ke adik2 sanggup belajar susah2 dan at last x dapat pape...?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 05:02 PM | Show all posts
bila aku dah habih belajar baru keluar biasiswa ni.

pada adik-adik yang nak sambung belajar eloklah mintak scholarship ni boleh buat kat oversea lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 09:50 PM | Show all posts
royal Holloway ? hmm interesting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 07:44 PM | Show all posts
tawaran nampaknya telah ditutup..jumpa lagi minggu depan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2012 07:45 PM | Show all posts
Reply 11# cepheid

bukan ade tawaran tuk phd ke?
ker cepheid dh jadi doc?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066037 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list