View: 114|Reply: 0
|
Masyarakat perlu peka isu budaya
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini perlu meningkatkan sensitiviti terhadap kebudayaan lain bagi mengelakkan terjerumus dalam kejahilan budaya, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Prof Dr Chandra Muzaffar.\rKatanya, sikap mengambil tahu kebudayaan lain bukan hanya perlu dimiliki orang Melayu, bahkan kaum lain di negara ini.\r\n\n\n\n\r “Contohnya, ada pihak yang menganjurkan acara yang bermula jam 7.30 malam, sedangkan ia menyukarkan orang Melayu beragama Islam untuk hadir tepat pada masanya kerana menunaikan solat Maghrib.\r\r\n\n\n\n\n “Begitu juga dengan menghidangkan jamuan yang mengandungi menu daripada daging lembu kepada undangan yang beragama Hindu,” katanya pada sidang media selepas Dialog Antara Budaya di Institut Integriti Malaysia di sini, semalam.\rBeliau berkata demikian menjawab isu PERKASA memberikan angpau dalam sampul putih yang dianggap tidak sensitif dalam budaya orang Cina.\rChandra berkata, isu itu perlu dijadikan peringatan kepada semua kaum untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap sensitiviti dan kebudayaan kaum lain, sekali gus tidak terhad kepada orang Melayu saja.\r“Jika PERKASA belum memohon maaf, mereka harus berbuat demikian kerana tunjukkan sikap tidak peka kepada sensitiviti kaum Cina yang soal warna adalah penting kepada mereka.\r\n\n\n\r“Isu tidak peka terhadap budaya ini sebenarnya menjadi isu global termasuk di Barat seperti satu kes yang berlaku di Norway apabila tidak menghiraukan perbezaan budaya pendatang dari India,\" katanya.\rTerdahulu, Chandra dalam ucapannya berkata, nilai dan prinsip yang diterima secara bersama di negara ini perlu ditekankan oleh institusi dalam pelbagai bidang dan agama.\r“Banyak nilai dan prinsip yang kita kongsi bersama meskipun dari pelbagai budaya seperti mementingkan keluarga, menghormati orang tua dan kesederhanaan, selain keadilan dan sikap mengasihani,\" katanya.\rDialog itu turut disertai Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|