View: 125|Reply: 0
|
12 peratus francaisor tadika
[Copy link]
|
|
Kementerian pantau harga perkhidmatan pusat asuhan kanak-kanak\rSHAH ALAM: Francaisor membabitkan sektor pusat pembelajaran dan asuhan kanak-kanak mencatatkan peratusan menggalakkan dengan 12 peratus daripada 594 perniagaan francais berdaftar di negara ini sehingga akhir bulan lalu.\r\n\n\n\n\rMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata francaisor dalam bidang itu berada di tempat kedua selepas perkhidmatan makanan dan minuman dengan 34 peratus.\r\r\n\n\n\n\n“Walaupun dari segi peratusan perkhidmatan tadika masih agak jauh di belakang berbanding perkhidmatan makanan dan minuman, ia perkembangan baik terutama dari kalangan pengusaha Bumiputera di negara ini,” katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan cawangan ke-19 Genius Aulad di Seksyen 7 di sini, semalam. Hadir sama, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Genius Aulad Learning Consultancy Sdn Bhd, Zaliza Alias dan pengusaha Genius Aulad cawangan itu, Rohayu Mohd Yusoff.\rIsmail berkata, kementeriannya sentiasa memantau harga perkhidmatan yang dikenakan tadika swasta di negara ini dalam usaha memastikan ia berpatutan dan bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.\rKatanya, pihaknya mengawal secara tidak langsung harga yang dikenakan termasuk yuran bulanan dengan meneliti setiap permohonan francais yang dibuat pengusaha terbabit.\r\n\n\n\r“Apabila menerima permohonan francais misalnya, kita akan teliti perkhidmatan serta pakej ditawarkan sama ada berpatutan atau tidak kepada pengguna. \r“Tidak dinafikan terdapat perbezaan harga antara satu tadika dengan yang lain. Ia munasabah mengikut pakej ditawarkan dan perbezaannya tidak terlalu besar,” katanya. \rIsmail Sabri berkata, kanak-kanak yang dihantar ke tadika akan lebih berkeyakinan kerana mendapat pendedahan awal apabila melangkah ke Tahun Satu berbanding mereka yang tidak mengikuti kelas tadika atau prasekolah.\rKatanya, tadika turut mempersiapkan kanak-kanak supaya mempunyai pengalaman awal sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar daripada aspek fizikal, mental dan sosial.\rZaliza pula berkata terdapat 20 Tadika Genius Aulad di negara ini di beberapa negeri iaitu di Negeri Sembilan, Melaka dan Lembah Klang.\rBeliau berkata, 20 lagi Tadika Genius Aulad dijangka dibuka tahun ini termasuk di Johor.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|