CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

TNB minat bina jana kuasa di Bangladesh

[Copy link]
Post time 4-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Loji RM7.525 bilion  dibangunkan secara  kerjasama\rTENAGA Nasional Bhd (TNB) berminat untuk membangunkan loji jana kuasa berasaskan arang batu 1,400 megawatt (mw) di Cox\'s Bazar, Bangladesh bernilai RM7.525 bilion secara kerja sama, bagi memenuhi permintaan tenaga di negara berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Wakil Khas (Infrastruktur) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri Samy Vellu, mendedahkan syarikat utiliti terbesar negara dan Lembaga Pembangunan Tenaga Bangladesh (BPDB) sudah mengesahkan bahawa mereka berminat untuk membangunkan projek itu dan keputusan mengenainya adalah akan dibuat kelak.\r\r\n\n\n\n\n  “Akan ada pelaburan daripada kedua-dua pihak tidak lama lagi,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, semalam.\rMalah menurut sumber, kerajaan Bangladesh  mengadakan pertemuan dengan TNB dan menghantar surat hasrat yang mana menyatakan minat untuk menubuhkan satu kerjasama bagi tujuan berkenaan.\r“Kini kedua-dua pihak sedang berbincang untuk mencapai persetujuan mengenai perkongsian ekuiti serta kos pengeluaran elektrik bagi loji tenaga mega berasaskan arang batu import itu,” kata sumber yang enggan dikenali itu.\r“TNB adalah syarikat yang memiliki bertahun-tahun pengalaman dalam penjanaan tenaga dan Bangladesh memerlukan tenaga yang banyak. Ia adalah sebab mengapa (kerajaan Bangladesh) mahu bekerjasama dengan kita.\r\n\n\n\r“TNB sudah pergi melihat kawasan berkenaan dan mereka kini sedang melaksanakan kajian daya maju pelaburannya,” katanya.\rJika urus niaga terbabit menjadi kenyataan, usaha sama berkenaan akan menjadi mercu tanda penerokaan TNB dalam sektor tenaga Bangladesh.\rDalam perkembangan berkaitan, Samy Vellu berkata, memandangkan Malaysia memiliki kepakaran dalam penjanaan tenaga, Dhaka sudah menyatakan minat mereka untuk memeterai pakatan kerjasama tenaga dengan Malaysia.\rBeliau berkata, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Kabinet Persekutuan, serius mengenai perjanjian kerjasama tenaga itu.\r“Dari apa yang saya lihat dalam lawatan ke sana baru-baru ini, perbincangan masih lagi berlangsung,” katanya.\rSehubungan itu satu memorandum persefahaman (MoU) antara Kuala Lumpur dan Dhaka berhubung pakatan kerjasama tenaga, bakal dimeterai apabila Ketua Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Muhammad Enamul Huq mengadakan kunjungan ke  Malaysia tidak lama lagi.\rLaporan yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan, hanya 40 peratus penduduk di Banglagesh  memiliki akses kepada elektrik dengan penggunaan per kapita 136 kilowatt (kWh) setahun. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051409 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list