CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Penjawat awam perlu lebih efektif, responsif

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Najib mahu barisan hadapan cekap yakinkan rakyat terhadap sistem kerajaanKUANTAN: Penjawat awam, termasuk peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi barisan depan kerajaan perlu lebih cekap menambah keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.\n\n\n\n   Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sektor awam yang bertanggungjawab dan efektif adalah barisan depan pentadbiran kerajaan kerana persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kerajaan banyak terbentuk melalui pengalaman mereka ketika berurusan dengan barisan depan agensi awam.\n\n\n\n\n   Katanya, mereka perlu memahami dengan jelas Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) yang juga satu daripada komponen Pelan Transformasi Nasional, supaya dapat memperkasakan sistem penyampaian menerusi penggunaan teknologi terkini.\"Ini kerana penjawat awam termasuk PBT adalah penyedia perkhidmatan kerajaan yang paling hampir dengan  rakyat. Tanggapan rakyat dibentuk daripada interaksi mereka dengan PBT,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan PSTM (2011-2015) PBT & Hari Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI)  Projek Permulaan (EPP8) e-Government Pahang di sini, semalam.Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.  \n\n\nKerajaan Pahang yang pertama membangunkan PSTM secara serentak bagi semua 11 PBT dengan menggunakan pendekatan penggunaan sumber dalaman sepenuhnya.\"Saya difahamkan projek pembangunan PSTM untuk semua PBT di Pahang adalah model pembangunan bersepadu yang pertama dilaksanakan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Ia dapat mempercepatkan proses pembangunan dengan penjimatan kos amat ketara.\"Kos untuk membangunkan pelan ini hanya membabitkan sekitar RM100,000 berbanding jika dilaksanakan secara ‘outsource’ yang boleh menjangkau sehingga lebih RM1 juta,\" katanya.Oleh itu, Perdana Menteri berharap model itu dapat diteruskan kepada agensi, kerajaan negeri dan PBT lain kerana ia bukan saja menjimatkan kos pembangunan PSTM tetapi boleh dijadikan platform baru pembangunan kepakaran dalam bidang strategik ICT.Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan ang pau dan barangan keperluan asas kepada warga tua dan miskin di Tokong Tow Koo Keong di Jalan Haji Junid, di sini.Sementara itu, pada majlis penyerahan Skim Insentif Tanaman Semula (SITS) kelapa sawit kepada peneroka di FELDA Chini Timur 3 dekat sini, Najib berkata, lebih 5,000 peneroka daripada 36 skim FELDA di seluruh negara dijangka menerima insentif tanam semula dalam tempoh terdekat.\"Peneroka yang akan menerima insentif ini adalah mereka yang menanam semula   sawit sebelum skim insentif ini dilaksanakan antara 1 Disember 2008 hingga 30 Jun 2009,\" katanya.Teks ucapannya dibacakan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.Najib berkata, insentif itu disediakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menggalakkan pekebun kecil menanam semula ladang mereka dengan benih baru yang lebih baik.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list