|
LOS ANGELES: Beliau muncul dalam single bapanya ketika baru beberapa jam dilahirkan, justeru tidak hairanlah jika anak perempuan Beyonce dan Jay-Z, Blue Ivy adalah satu jenama yang bakal bersinar.\rPasangan itu memfailkan permohonan dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika untuk melindungi nama Blue Ivy daripada digunakan pihak lain.\r\n\n\n\n\r Permohonan itu difailkan menggunakan syarikat Beyonce, BGK Trademark Holdings dan masih menunggu pengesahan, menurut MTV.\r\r\n\n\n\n\n Jika diluluskan, Beyonce, 30, dan Jay-Z, 42, boleh menggunakan nama anak perempuan mereka untuk mana-mana jenama atau penajaan, namun kelihatan mereka mengambil tindakan itu bagi melindungi anak mereka daripada digunakan pihak lain.\rPeguam keluarga Vikki Ziegler memberitahu MTV: “Mendapatkan tanda dagang menghalang pesaing daripada menggunakan nama anak itu dan atau pihak ketiga daripada cuba menjual nama bayi itu tanpa pengetahuan pasangan.\r“Mereka kemungkinan cuba melindungi hak atau ciptaan mereka, atau boleh kita katakan dengan menanda dagang nama Blue Ivy,” katanya. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|