CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Pesakit mati lebih cepat jika masuk hospital hujung minggu

[Copy link]
Post time 13-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu lebih cepat untuk mati berbanding mereka yang datang pada hari biasa, kata satu kajian terbaru yang mengesahkan perkara itu.\rPeluang untuk pulih terjejas berikutan doktor kanan tidak bekerja manakala ujian dan imbasan tidak dapat dilakukan dengan segera.\r\n\n\n\n\r   Satu kajian membabitkan 14 juta pesakit yang dimasukkan ke hospital NHS mendapati bahawa pesakit hari Ahad mempunyai 16 peratus lebih tinggi peluang untuk mati dalam masa 30 hari seterusnya berbanding mereka yang dibawa ke hospital pada hari Rabu.\r\r\n\n\n\n\n   Sekumpulan penyakit yang menyedari keadaan itu memberi amaran kepada pesakit yang ke hospital pada hujung minggu menjadikan penting bahawa mereka mendapatkan standard perhatian perubatan yang tinggi.\rIni berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya  yang tinggi berikutan kecederaan berkaitan dengan mereka yang mabuk dan masa yang diberikan oleh doktor menyebabkan kebanyakan pesakit tertangguh untuk mendapatkan rawatan.\rKebanyakan negara terus terbuka kepada keperluan umum pada hujung minggu, perhatian kepada pesakit sepatutnya adalah sama.\r“Dengan membuka beberapa perkhidmatan selama tujuh hari seminggu, lebih ramai pesakit akan mendapat penjagaan dan rawatan yang diperlukan mereka. Dalam beberapa bahagian di NHS, perkara ini sudah berlaku.\r\n\n\n\rSetiausaha kesihatan, Andrew Lansley berkata bahawa tidak dapat diterima bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu atau Ahad bertahan lebih lama dan mempunyai keputusan yang teruk.\r“Pada Sabtu dan kadang kala Ahad, beberapa perkhidmatan mempunyai imbasan untuk menyediakan ujian, turut menjalankan pembedahan dan mempunyai lebih ramai kakitangan kanan.”\rKatherine Murphy, ketua eksekutif Persatuan Pesakit berkata: “NHS perlu memastikan bahawa penggunanya diberikan penjagaan kesihatan terbaik, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.\rIa tidak dapat diterima bagi seseorang berhadapan dengan risiko kematian hanya disebabkan mereka bernasib malang kerana mengalami kecederaan atau sakit pada hari Sabtu atau Ahad berbanding hari lain dalam masa seminggu.\rPenyelidik dari Universiti College London yang menjalankan penyelidikan di bawah Jabatan Kesihatan memantau kira-kira 14.2 juta kemasukan ke hospital sepanjang 2009/10.\rDalam Jurnal Royal Society of Medicine, penyelidik merumuskan bahawa: “Banyak aspek penjagaan dikaitkan dengan kemasukan hujung minggu yang memberi banyak kekurangan kepada pesakit.\r“Beberapa keadaan penting memerlukan rawatan segera dan beberapa kes berikutan cara urusan pada hujung minggu mungkin akan tertangguh.\rKajian disokong satu laporan pada November oleh Dr Foster Intelligence yang membocorkan kadar kematian tinggi di hujung minggu dengan masalah kekurangan kakitangan.\rKebanyakan perunding mahu bekerja pada waktu pejabat dan pada hujung minggu kebanyakan wad dikendalikan doktor junior.\rSebagai tambahan, jabatan bertanggungjawab bagi imbasan dan ujian darah ditutup sehingga Isnin.\rPenyelidik merumuskan bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu mungkin mengalami sakit yang lebih serius. Beberapa pesakit yang sakit teruk pada Jumaat cuba untuk bertahan sehingga Isnin, di mana mereka sepatutnya perlukan rawatan yang akhirnya menyebabkan kepada perlunya rawatan kecemasan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041858 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list