dalam perlahan nafasmu kau hela
sewaktu jasadmu dan rohmu tidak bersama
sesuatu datang menjelma
didalam ruangan minda
saat mata terpejam
saat minda kosong tanpa tumpuan
ada yang membawa erti
ada pula sekadar mainan duniawi
kerana kau leka memikiri
perkara yang kau harapkan terjadi
itulah namanya mimpi
namun apa yang dilalui
tidak semestinya sama dengan hakikatnya sebalik mimpi
apakah makna yang tersembunyi
dalam erti sebuah mimpi
ceritakanlah mimpimu disini,
agar tokmanting dapat mentafsirkannya
jangan dibiarkan hidup anda dalam teka teki yang penuh misteri
dalam indah malammu dibuai mimpi lena
[ Last edited by otakotak at 13-5-2009 17:59 ] |