|
PENGELUARAN getah asli pada Disember 2011 meningkat 17 peratus kepada 79,726 tan berbanding dengan bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam.\rDalam perbandingan tahun ke tahun, pengeluaran dicatatkan merosot 6.5 peratus.\r\n\n\n\n\r Katanya, sektor pekebun kecil menyumbang 93.8 peratus daripada keseluruhan pengeluaran dengan baki 6.2 peratus disumbang oleh sektor estet.\r\r\n\n\n\n\n Eksport getah asli Malaysia pada Disember 2011 mengembang 14.8 peratus kepada 76,144 tan berbanding dengan November 2011 tetapi menurun 4.2 peratus berbanding Disember 2010.\rKebanyakan getah asli Malaysia dieksport ke China (39 peratus), diikuti Jerman (12.4 peratus), Korea Selatan, Iran, UK, Portugal, AS, Belanda, dan Turki. \rSementara itu, pengimportan 62,918 tan getah asli pada Disember 2011 mencatatkan peningkatan 5.2 peratus berbanding November 2011 tetapi merosot 1.2 peratus berbanding dengan bulan sama pada 2010.\rThailand adalah pembekal utama (62.9 peratus) getah asli, diikuti oleh Vietnam (12.3 peratus) dan Filipina, Indonesia, Kemboja dan Myanmar.\r\n\n\n\rPengguna domestik getah asli meningkat 0.2 peratus kepada 33,896 tan pada Disember 2011 berbanding dengan November 2011, tetapi merosot 7.4 peratus berbanding bulan yang sama 2010.\rPada akhir Disember 2011, stok getah asli meningkat 5.5 peratus kepada 143,432 tan dari November 2011, dan naik 0.7 peratus berbanding bulan yang sebelum itu.\rPurata harga bulanan lateks pekat menurun 3.5 peratus kepada 668.26 sen pada Disember 2011 berbanding November tahun yang sama. Ia turun 29.2 peratus berbanding bulan yang sama pada 2010.\rBilangan pekerja di estet getah pada Disember 2011 dicatatkan 10,900 orang, dengan gaji dan upah keseluruhan yang dibayar berjumlah RM15.6 juta.\rDalam perbandingan bulan ke bulan, keseluruhan bilangan pekerja dicatatkan menurun 216 orang manakala tahun ke tahun ia meningkat 90 orang atau 0.8 peratus. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|