CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Kegiatan domestik sokong pertumbuhan ekonomi negara

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS mencapai sasaran pertumbuhannya bagi tahun lalu, penganalisis ekonomi menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang tahun ini, iaitu pada kadar antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus walaupun tinjauan ekonomi dunia kekal tidak memberangsangkan.\rMengikut mereka, pertumbuhan ekonomi negara itu akan terus disokong oleh kegiatan domestik.\r\n\n\n\n\r  Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus dalam suku keempat tahun lalu di sebalik persekitaran ekonomi dunia yang mencabar dalam tempoh itu.\r\r\n\n\n\n\n  Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan bagi seluruh 2011 pada kadar 5.1 peratus, selepas berkembang 5.2 peratus pada suku pertama, 4.3 pada peratus suku kedua dan 5.8 peratus pada suku ketiga.\rHong Leong Investment Bank, dalam nota penyelidikannya semalam berkata pertumbuhan pengeluaran yang dijangka perlahan sepanjang tahun ini kesan daripada persekitaran faktor luar yang lembap akan dapat diserap oleh pelaburan modal sektor pembinaan, sekali gus memberikan manfaat kepada kegiatan hiliran.\rEkonomi negara juga, katanya dijangkakan menikmati pemulihan dalam pengeluaran sektor perlombongan apabila loji pengegasan semula Sungai Udang yang dijadual beroperasi pertengahan tahun ini akan menyediakan sokongan kepada pertumbuhan.\r“Pertumbuhan perbelanjaan swasta dijangka kekal kukuh tahun ini dipacu oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil, prospek pekerjaan menggalakkan serta beberapa langkah diumumkan pada Bajet 2012.\r\n\n\n\r“Kenaikan eksport komoditi pula mempelbagaikan lagi struktur eksport Malaysia dan menjadikan negara ini kurang terdedah kepada kelembapan permintaan sektor elektronik dari negara maju,” katanya.\rBagaimanapun firma penyelidikan itu berkata, risiko terbesar terhadap sektor eksport adalah kelembapan lebih buruk daripada jangkaan berlaku di China.\r“Buat masa ini, kami mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lapan peratus untuk China namun sebarang isyarat kurang daripada tujuh peratus akan mencetuskan semakan semula terhadap unjuran pertumbuhan Malay-sia,” katanya.\rBank Negara Malaysia pula, katanya dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus sehingga akhir tahun kerana menjangka permintaan domestik kekal kukuh sepanjang 2012.\rOSK Research pula berkata, keadaan persekitaran luar yang terus tidak menentu dijangkakan tidak akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dengan ketara tahun ini.\r“Dijangkakan beberapa usaha diterajui kerajaan untuk merangsang ekonomi menerusi pemberian tunai serta mempercepatkan perbelanjaan infrastruktur dan projek berkaitan ETP akan menyerap kelemahan faktor luar. \r“Ini memberi bayangan perbelanjaan dan pelaburan swasta akan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan tahun ini,” katanya.\rSementara itu, MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, ekonomi negara boleh berkembang sehingga 5.5 peratus dengan jangkaan pertumbuhan global tahun ini berada pada 3.7 peratus.\r“Kami menjangkakan pembaharuan struktur dan kewangan awam memainkan peranan penting untuk menjana pertumbuhan lebih seimbang.\r“Selain itu, terdapat keperluan segera untuk menambah baik iklim perniagaan, meningkatkan persaingan dan kemahiran pekerja serta mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.276199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list