CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Barisan kedua negara layu

[Copy link]
Post time 18-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tewas kepada Jepun di separuh akhirBERPUAS hati sesudah mara ke pusingan akhir di Wuhan Mei depan, skuad Piala Thomas negara mengambil mudah pertemuan separuh akhir menentang Jepun dengan menampilkan barisan kedua di arena Forum Macau, malam tadi.\n\n\n\n  Namun, percaturan itu memakan diri apabila Jepun yang membariskan barisan terkuat menewaskan skuad negara yang tampil tanpa kelibat kapten Lee Chong Wei, 3-0.\n\n\n\n\n  “Walaupun kami menampilkan barisan kedua, saya gembira kerana berjaya memberi tentangan sengit kepada Jepun terutama Liew Daren yang bersemangat ketika berdepan Kenichi Tago.“Jadi, ini petanda positif dan mencapai matlamat kami untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada mereka,” kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.Kekalahan itu menyaksikan skuad negara akan menentang Indonesia dalam penentuan tempat ke-3/4 hari ini selepas lawan itu turut tewas dengan keputusan sama kepada China dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.Walaupun rekod pertemuan dengan Sho Sasaki memihaknya, Hafiz Hashim yang menggantikan Chong Wei sebagai perseorangan pertama gagal menyempurnakan tugasnya apabila tumpas kepada lawan itu 19-21, 16-21 dalam 37 minit.\n\n\nBangkit memenangi set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan, ia belum cukup membolehkan pasangan muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem yang mengambil alih tugas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 11-21, 21-11, 18-21.Ketinggalan 0-2, Liew Daren tetap tampil bersemangat apabila memberi tentangan kepada Kenichi Tago tetapi ia belum cukup untuk menyekat Jepun daripada meraikan kemenangan apabila tunduk 28-30, 19-21 dalam 59 minit.   “Saya cuba beri tentangan tetapi Tago membalas setiap pukulan. Namun, saya akui saya tampil dengan aksi lebih kemas berbanding sebelum ini kerana tidak tertekan,” kata Daren.KEPUTUSANSeparuh Akhir Piala ThomasMALAYSIA 0 Jepun 3  Perseorangan pertama Hafiz Hashim kk Sho Sasaki (19-21, 16-21)  Beregu pertamaLim Khim Wah-Goh V Shem kk Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto (11-21, 21-11, 18-21)  Perseorangan keduaLiew Daren kk Kenichi Tago (28-30, 19-21) JADUAL HARI INI PIALA THOMAS Penentuan Tempat 3/4 - MALAYSIA mln Indonesia, 1.30 petangPenentuan Tempat 5-8, 9 pagiPIALA UBER Final - China mln Jepun, 6.30 petangPenentuan Tempat 3/4 - Thailand mln Taiwan, 1.30 petang Penentuan Tempat 5-8, 9 pagi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list