CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77001|Reply: 679

ibu graduate hantar anak ke asrama?

  [Copy link]
Post time 20-2-2012 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Salam, saya nak tanya kaum ibu semua khasnya yang graduate;

kawan dan sedara mara kata saya pelik sebab tak minat hantar anak ke asrama. Alasan saya; saya umur 13 tahun dah masuk MRSM. Yelah,mak ayah kami sekolah tak tinggi nak ajar kat rumah. Now saya full time housewife, rasa tak puas nak membesarkan anak sehingga mereka SPM. Pelik ke saya ni?

mana2 subjek yang anak  lemah, kalau saya tak boleh ajar....saya boleh cari pusat tusyen dan check cikgu tu betul-betul. saya dapat hantar kelas Ko-k, kelas mengaji, kelas taekwando, kelas renang, kem motivasi. Kenalan saya pun dah ramai (terdiri dari ibubapa) walaupun baru pindah sini. Hampir semua persatuan tu yang anak saya terlibat, lantik saya jadi AJK. PIBG sekolah saya jadi Timbalan Pengerusi. Pandu Puteri camping saya ikut. kat IPT dulu saya memang sangat aktif ko-k dan MPP.

mungkin bagi ibu-ibu yang bukan graduate, macam ibubapa saya, ada sedikit rasa kurang yakin nak didik remaja.

pelik ke saya tak pernah impikan anak saya ke asrama sekolah menengah elit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 09:49 AM | Show all posts
can't u just ask ur child what they want?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 10:49 AM | Show all posts
kalu carly lak.. tgk pada result... result ok & diterima masuk asrama.... hantar jer... sbb bleh hidup berdikari... tp kalu anak2 x nak, x leh gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 10:50 AM | Show all posts
bab hantar anak asrama ni apa yang saya tahu adalah untuk pelajar pintar (SPBT) di utamakan utk pelajar luar bandar tapi kalau mak ayah seorang yang graduate dan tinggal dalam kawasan bandar selalunya tak berminat nak hantar anak kalau minatpun dah sah tak lulus masa nak apply tuh............sebab KPM takan terima tapi ramai yg guna orang dalam utk memberi kelulusan keasrama..........diasrama sekolah anak buah saya ada yang mak deorang graduate tinggal diasrama atas sebab nakkan jaminan anak dapat result bagus........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 2# eniliana


    tak faham soalan awak. Adakah maksud anda budak tahun 6 (umur 12 tahun) dah boleh buat decision sendiri nak ke asrama ke tidak?

sebagai ibu,tak puas ke bersama mereka sampai Tahun 6 aje? Nanti lepas SPM entah ke mana mereka ni. Bila dah masuk alam kerja, dengan harga rumah mahal + inflasi, mungkin jarang kita akan bertemu mereka...mereka kena buat OT,part-time kerja sana sini nak bayar loan belajar/rumah/kereta. Kalau jumpa pun, mereka dah status ayah/ibu orang (cucu kita)...masih boleh lagi ke berpeluk manja baring atas riba kita?

melainkan, suami anda kerja Pengarah Taman NegaraPahang dan anda tinggal di Kuarters PERHILITAN Ulu Tembeling...jika macam ni eloklah anak ke asrama untuk pendedahan.

macam kes saya ni...kami tinggal 30 minit saja dari KL. Hari Ahad selalu jogging pagi di taman KLCC atau FRIM.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:14 PM | Show all posts
Reply 1# kaknor

berbeza ke kalo ibu tak graduate...hantar anak masuk asrama?

for me, graduate ke atau tidak ...bukan kayu pengukur anak2 patut atau tak patut masuk asrama

and bare in mind, fungsi asrama sekarang berbeza dgn zaman2 kita dulu...
pd i, setakat nak cemerlang dlm akedmik, duduklah mana pun...kita boleh usahakan PLUS anak2 rajin

tapi duk asrama nie, harap2nya boleh shape character anak2...yg kita tak bole buat kat umah
dlm society asrama tu nanti nak bagi kemahiran seperti leadership menyerlah ...
PLUS berdikari dlm hal2 urusan diri sendiri....

as i said before , fungsi asrama dah byk berubah lately....anak2 duk asrama sama malas dgn duk umah
balik mingguan, selonggok hantar baju kotor kat umah...so takde beza dgn anak2 duk umah dan bermaid

so...nak hanta ke, taknak ke....kena tanya gak pd anak2, apa yg depa nak?

btw, ur nick familiar kan...dah ada sorang pakai nick nie, rasanya...rasa saja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2012 12:18 PM | Show all posts
Reply 5# kaknor


u tak faham soalan kan? so i clear soalan i ek.. yg u taip panjang2 tu berdasarkan ketidak pahaman soalan kan? so it supposed to be useless.. sampai laki sapa kerja apa pun jadi hal? dear, u nak tanya pendapat..so listen to pendapat. take it or leave it. it is up to you.
kalau u nak orang 100% agree to ur decision, tulis siap2 kat topik starter..
"sila jangan bangkang ideologi saya.kalau bangkang, saya lawann sampai idealogi saya jugak menang.. hoyeh!"




mcm ni, maksud soalan tersebut adalah. tanya apa anak nak. ini bukan bermaksud bagi anak buat decision.
sebagai graduate. rasanya u can differentiate between asking opinion and asking to make decision.


cuba explore apa yg anak nak.. lepas tu, baru kita decide. sapa kata, umo 13 saja umur utk masuk asrama? after pmr pun boleh..
siapa juga kata tinggal di KL tu dah cukup gerenti cukup pendedahan? pendedahan itu luas.. bukan bermaksud duduk tengah bandor aje..duduk tgh bandor, main PS depan tv.. pastu gi jogging taman KLCC sampai 18 tahun atau lebih kurang 6000hari bukan lah satu pendedahan, walaupun singgah ke aquaria tiap minggu.
campak tengah sawah,nampak lintah sekor..mengelupur mcm kena sawan..
in that case, anak seorang pengarah hutan simpan pahang(pahang jugekkk) lebih luas pendedahannya..

oh ye.. kalau sy cakap, saya masih belum ada anak.. mesti sy kena bantai.. ko takde anak, apa ko tau?? hehe..
hari2 saya berdoa utk dikurniakan anak.. tapi tak lengkap doa saya tanpa dihabiskan dengan, jgn lah anak itu nanti dianiaya oleh saya tanpa saya sedar, kerana kejahilan saya sendiri. Bimbinglah aku, menjadi hambaMU dan ibu yg seimbang dari segenap segi.
setiap hari, jika ada masa lapang, sy habiskan dgn study case utk mendidik anak.



i know u cakap mcm ni sbb u sayang anak u. tapi u kena igt, anak bukan pet atau teddybear yg kita nak puas2 ikut kepuasan kita membelai, bermanja2 di riba sampai besar gabak..tapi kalau anak u sendiri tak minat nak masuk asrama.. a bonus lah for you. tapi itu jugak bermakna u ada extra task nak ajar dia supaya berani, kuat dan tabah. taklah nanti, sikit2 lari kat riba dan ketiak mak.


satu nasihat iklan kat u..
sila jangan pandang rendah pada non-graduate moms. sometime mereka lebih matang dari graduates 1st class.
dan jangan pandang rendah pada org2 yg tidak tinggal di bandar. do you think student2 di sekolah berasrama skrg, terdiri dari anak non-graduate parents dan anak2 pengarah hutan simpan?


WALAUBAGAIMANA PUN... benda ni cakap -panjang mana pun. berbalik pada 2 benda je..


-dah u takmo bagi. tanya2 watpe lagi ye tak..?
-kalau result pun tak berapa nak cantik, takyah halang.. mmg tak dpt asramanye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 12:47 PM | Show all posts
it's all about choice and preference la takde kena mengena la mak pak graduate ke SPM ke, org kampung or org bandar ke..

the last friend of mine yg baru hantar anak ke asrama ada masters and teaching background lagik tp dah dia suka anak dia masuk asrama..apa salahnya

so kaknor, kalau tak suka anak masuk asrama, tak payah la hantar, takde apa yg peliknya.. cerah sikit peluang org lain yg nak masuk asrama tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 01:04 PM | Show all posts
tgk ah keadaan mcm ner....kalo jenih tak reti berdikari siapkan diri rsnyer aku antor msk asrama...jgn dia bwk balik bj busuk berbondong dah la...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:19 PM | Show all posts
If me, mmg aku target nk soh anak2 msk asrama since form 1... Psal, aku adik beradik sumer ddk asrama dr form 1.. Reason, aku nk anak2 brdikari.. Compete wt the best.. Ikot law yg ditetapkn... Time study, mkn, main, tido.. Etc2... If ddk Kt umah, aku brkerja siang2.. Hrpkn mlm jer la nk monitor aper yg patut, selain weekend.. Aku rsa, in terms of cntrl, kt asrama lgi bagus.. Ni aku refer to mrsm.. Star.. Sri putri.. Coz my siblings blajar kt cni.. Asrama2 lain aku x sure laaa... Selain dr tu, skolah asrama pnh ni lgi senang nk spt scholarship nnti... Big2 com mmg cari bdk2 ni utk tajaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 02:26 PM | Show all posts
Reply  kaknor


u tak faham soalan kan? so i clear soalan i ek.. yg u taip panjang2 tu berdasark ...
eniliana Post at 20-2-2012 12:18



1. oh...tak ada anak lagi rupanya? baguslah dah study teori cara nak didik anak.

2. leadership? rasanya kalau anak Ketua Pengawas + Ketua Pengakap + sorang lagi Komander Kadet ....saya rasa
kat sekolah biasa pun dia dah cukup leadership. Saya dulu PALAPES/ROTU sebab itu saya tekankan leadership ni
pada anak-anak.

3. maksud nak bermanja dan manjakan lain, anak2 saya masuk semua tu di samping;
-taekwando
-kelas renang dan saya wajibkan ambil sijil Life Guard. Tak semua sekolah asrama ada ni.

untuk both tu,saya sendiri join kelas mereka, terpaksa saya start dari mula white belt taekwando
walaupun saya dah black belt karate.

4. mereka juga ambil kelas Tahfiz separuh masa (ulang-alik sejak Tahun 1 lagi) di sebuah sekolah sistem pondok berdekatan.
Tak semua sekolah asrama ada ni.

5. saya tak pandang rendah pada non-graduates.Mak ayah saya tak sekolah,hantar saya ke asrama sampai berjaya dpt Masters dari overseas...bukankah kerajaan buat sekolah2 asrama ni utk ibubapa yang kurang confident atau sibuk nak besarkan sendiri anak-anak?
TPM Muhyidin (Menteri Pelajaran) sendiri pernah cakap...sebenarnya sekolah asrama adalah HAK golongan ini. Kalau ada lebih-lebihan
barulah anak2 orang senang. Tapi TPM Muhyidin sendiri dah kata sistem ni dah jadi terbalik.

6. tujuan saya tanya ; nak tahu dari forumer adakah saya ni golongan yang tidak betul pemikirannya?  sebab  in
real life, memang ada orang kata saya hilang akal tak nak anak masuk asrama.

7. pasal result...dengan subjek mereka lemah, dapat private tutor...of course lah, jenis yang suratkhabar
interview masa result Tahun 6 keluar. (bukan meriak, terpaksa beritahu, takut kalau2 ada forumer kata,"anak bodoh,
tak layak pastu kata tak nak masukkan asrama").

8. lagi satu...semua ujian masuk asrama anak saya pergi dan lulus contohnya ujian fizikal+IQ utk Maktab Tentera DiRaja-MTD (the latest SHAMS di Negeri Sembilan, murid kene interview sorang)hanya untuk test power,bila dapat...tolak...berikan kepada mereka yang lebih berhak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 02:29 PM | Show all posts
If me, mmg aku target nk soh anak2 msk asrama since form 1... Psal, aku adik beradik sumer ddk asram ...
nurryn Post at 20-2-2012 14:19



this one i agree...kalau hebat macamana pun si ibu tapi kalau full time kerja, memang susah control anak.
Saya ni adalah part time sikit2 mengajar nak IPTA/IPTS dekat sini. belum berani nak komited full time.Tunggu
si bongsu lepas SPM, ok lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by eniliana at 20-2-2012 14:41

Reply 11# kaknor


   ya saya masih belum ada anak walaupun telah lama berkahwin. saya bersyukur dengan takdir Allah ni. ini yg terbaik utk saya. saya tak risau kalau org nak kata, takde anak tapi nak memandai2. sy dah faham. certain manusia mmg rasa mereka sgt pandai hingga boleh perlekehkan takdir Allah. jgn risau, takde sape kata anak u bodoh.. i didn't see anyone typed that word except from u, urself.


yg sy cakap, benda ni last sekali akan berbalik to u & and to their result.


satu lagi nasihat ikhlas..
tak perlu peduli apa org kata. why u care much about what people say about ur kids?
perasan tak, sekali pun sy tak tekan kan.. my own background studies, aktiviti bulan sabit merah ke ape kat sini? or my niece ,cousin punya ke? tak perlu pun.heheeehehehhee
but that doesnt mean i ni skolah takat upsr je ye..


pastu part leadership and others yg bukan dtg dari sy.sy rasa my point given takde lak sebut??
i think u should quote those yg keutarakan benda tu and tell them.
however, tenkiu sbb quote saye jawab semua org lain sekali punya kat saye.. terharu woooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 02:53 PM | Show all posts
actually i malas nak sambung sbb i can see where it goes..

tapi i tertarik dgn statement ni

8. lagi satu...semua ujian masuk asrama anak saya pergi dan lulus contohnya ujian fizikal+IQ utk Maktab Tentera DiRaja-MTD (the latest SHAMS di Negeri Sembilan, murid kene interview sorang)hanya untuk test power,bila dapat...tolak...berikan kepada mereka yang lebih berhak.


just nak tanya.. how do you manage to get your children to do all this test but at the same time they know diorang buat test ni semua bukan utk betul2 pergi?
what did u tell them the purpose of doing all this? saja nak test terer ke tak? so that they can tell their friends that they can go if they want and feel good about themselves?



sorry to say, bila dapat offer then tolak punya attitude i personally dont like(kalau offer without apply lain la.ni apply, mcm beria nak pegi. bila dpt, tolak.what's the point? nak meriak bgtau layak tapi takmau pegi?). org2 ini telah MENCURI satu tempat org lain di intake tersebut. igt masa tolak tu terus org lain dpt?
org lain tu hanya akan dpt in 2nd intake. org lain tu juga mungkin bukan org senang, yg dah keluar duit masuk sekolah biasa. dan kemudian kena keluar duit lagi utk ke sekolah idaman.
takmau masuk sudah, takyah la gedik2 apply..adoihh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:04 PM | Show all posts
pendapat saya..ok la tu nak jaga anak sndri..sbb berkemampuan nak didik dorg
masuk asrama bukan wajib pn..sbb memg ada ibu bapa yg graduated x berminat nak anak msuk asrama..sbb rasa bole bantu dorg dpt result yang lebih baik..kecuali lepas spm...

pasal anak nak pilih samd msuk asrama @ x..kalu dorg masih bwh 17 thn biasanya ibu bapa yg konstruk mind dorg..kalu parent kata masuk asrama bole jamin result dorg so dorg akan rasa lebih confindent duk asrama begitu juga sebaliknya..
tp bg saya duk umah @ asrama dua2 bole dpt result terbaik asalkan anak2 tu ada usaha, xputus asa & tawakal..insyAllah..dorg bole berjaya..

sementara ibu bapa yg graduate ni ada klbihan nak pantau anak2 mereka..so xla mengharap sgt / depend pd guru2 & sekolah shj..so far saya pn akan buat mcm tu gak..
sbb saya xnak anak rasa cepat masa berlalu..x sempat nak berbakti pd keluarga..da kna jaga keluarga sndiri..(maksud kat sini..tolg mak buat air, cucikn bju mak, tolg mask, tolg abah bersihkn kwsn umah dll)

kalu masuk asrama, jarang2 dirumah...lpas asrama msuk u plak..lpas abis u.. nak kawin plak..kalu jodoh cepat maka cepatlah dia berkeluarga...kita mak abah nak minta tolg xsdap plak rasanye sbb anak2 da ada tggjwb sndri..xpuas memanjakan dan dimanjakan anak2...hiihii...apa hal xde ibu bapa yang x mahu melihat anaknya berjaya di dunia mahupun akhirat..kerana ibu bapa xpernah putus mendoakn kebhgiaan anak2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2012 03:12 PM | Show all posts
actually i malas nak sambung sbb i can see where it goes..

tapi i tertarik dgn statement ni


...
eniliana Post at 20-2-2012 14:53



pergi test sebab saja-saja bukan MENCURI ok!

tapi bak kata TPM Muhyidin...mereka yang mewah, parents educated tapi TERIMA masuk,itulah yang mencuri.
OK, Muhyidin tak gunakan perkataan MENCURI...dia kata falsafah HAK sekolah asrama sebenarnya utk anak luar
bandar yang miskin.

saya tak tunggu result rasmi keluar pun, call tanya aje. Mereka pun tak payah kasi result rasmi,cakap kat
phone aje sebab dah tahu saya tak nak terima. Sekolah asrama macam MTD ni mana ada SECOND INTAKE? Mereka
ada istilah yang dipanggil CALON SIMPANAN. Calon sebenar dan calon simpanan akan masuk melapor pada hari
yang sama.

awak hebatlah pasal teori anak-anak ni...buku apa awak baca? Saya yang anak sulong form 4 ni pun tak
sehebat awak dalam hal pendidikan anak-anak. Kalau dalam PIBG sekolah saya, saya mesti sangka awak ibu murid
form 5.

Saya akui anak luar asrama, kalau tak concentrate betul-betul boleh jadi slow. Contohnya si abang yang masuk Tahfiz sejak sekolah rendah, baru hafaz 20 juzuk aje. Dia part time.Sedangkan pelajar tahfiz full time biasanya hafaz 30 juzuk dalam masa maksima 3 tahun sahaja. Ada anak-anak yang masuk full time, se awal umur 7 tahun ambil masa setahun sahaja Hafaz 30 Juzuk. Semakin kecil mereka...tiada dosa lagi...duduk asrama...tak ada gangguan luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2012 03:27 PM | Show all posts
pendapat saya..ok la tu nak jaga anak sndri..sbb berkemampuan nak didik dorg
masuk asrama bukan wa ...
entah_xtau Post at 20-2-2012 15:04



wah...bestnya dapat jumpa orang sama idea dengan saya. Even adik-beradik saya sendiri pun
kata saya mental tak betul sebab tak target anak ke asrama.

bestkan dapat siang malam bersama mereka? saya yakin masa itu akan cepat berlalu...mereka akan 'hilang'
selepas SPM. Saya ada tengok Tanyalah Ustaz TV9...entah sapa nama penceramah tu...dia kata elok
anak ni depan mata kita sehingga umur 17 tahun, kalau kita berkemampuan.

masa tengah tengok TV, tiba2 anak bujang/dara urut kita atau berikan segelas air....fuh! nikmatnya tak
terkata! terubatlah hati tengok bahan tesis phd saya tersadai dalam almari. Insyaallah, kalau ada rezeki....sebab tu
saya masih keluar masuk kampus walaupun sebagai part time tutor, elaun ikut jam.

emak saya pernah cakap menyesal hantar saya ke asrama,sebab tak puas tengok saya membesar. Tapi nak buat
macmana, keluarga kami daif...tak mungkin saya dapat ke oversea. Emak ayah tak yakin dapat
tumpukan perhatian pada persekolahan saya. Terima kasih MARA!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:51 PM | Show all posts
Reply 16# kaknor

awak hebatlah pasal teori anak-anak ni...buku apa awak baca? Saya yang anak sulong form 4 ni pun tak
sehebat awak dalam hal pendidikan anak-anak. Kalau dalam PIBG sekolah saya, saya mesti sangka awak ibu murid
form 5

   
this is by what i said before.
when i said i'm not interested in replying anymore becoz i can see where this gonna led..
thank you very much by proving what i thought earlier is correct. yeay!

this also the prove, that u're not here for seeking opinion. u nak org sokong u saje.
kena setuju ngan awak baru bagus. kalau bangkang. siap la kena bantai dgn perli..hahaha


apa yg paling menyedihkan.. awak ni ibu sorang pelajar form 4 rupanya. i tought ibu muda kpd budak2 lagi.  



ps: kalau berilmu setakat dari buku bukan ilmu namanya..

semoga panjang umur.. tataa..
assalamualaikum..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 03:59 PM | Show all posts
Jangan jadi macam kakak saya sudahlah.......anak duduk asrama sebab result UPSR bagus..dah duduk asrama pulak time cuti anak selalu nak kerumah rakan-rakan..langsung tak ada masa duduk dirumah sendiri......bila result SPM keluar dapat result bagus jugak 10A+ terus apply biasiswa JPA dan dapat pulak sambung study kat Mesir sekarang ni....baru umur 20tahun anak dia dah siap planning nak kawin dahhhhh..............baru dia rasa terkilan dia lansung tak ada masa nak bermanja dengan anaknya.........dan utk pengetahuan kakak saya tu bukan graduate dan tinggal kat luar bandar.....dah ada jugak saudaramara saya yg graduate anak dapat bagus UPSR konon nak anak berdikari bila masuk asrama penuh tapi atas sebab gaji tinggi maka semua permohonan kesekolah asrama di tolak..................tapi sebab nak jugak anak nya duduk asrama terpaksalah cari sekolah biasa yang bukan bertarap asrama penuh....bila dah dapat pulak anak buat perangai di asrama (sengaja buat perangai sebab tak mahu duduk asrama)....sudahnya terpaksa jugak ikut kemahuan anak.....time SPM si anak dapat bagus jugak ....
Yang penting tanyalah anak dahulu jangan kita guna kaedah memaksa sebab makbapak juga yang susah...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:59 PM | Show all posts
i think isu sebenar mak/ayah hantar anak2 pi asrama bukan sebab apa...selain drp peluang dan harap2 anak dpt biasiswa...

kalo dah TT cukup duit, konfiden anak bole lepas utk present diri dia mendapat kelayakan biasiswa...apa yg susah hati sangat?...buat je lah as u wish...

susah2 sgt nak justify...kenapa?...
lainlah kalo TT jutawan dan anak2 pakai biasiswa gomen...pastu org tak puas hati
logik lah kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068283 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list