CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kuman

Hakikat Kebenaran

[Copy link]
Builder This user has been deleted
Post time 4-9-2003 10:49 PM | Show all posts
Kenkid, masih sangsi lagi mengenai pengertian takdir secara universal!!??.
Anda memeluk agama Islam kerana takdir ker atau kerana pilihan anda? Takdir adalah sesuatu yg tidak dapat kita tentukan kerana batasan pancaindra termasuk akal. Pada pendapat dan pengetahuna awak adalah org selain dari org islam mengatakan penceraian suami siteri itu suatu takdir? kahwin lebih dari satu itu satu takdir? buang anak dalam masjid itu satu takdir?..... penagih dadah itu takdir?. kalau ianya soal panjang ukurannya adalah meter kalau ianya berat ukuranya adalah gram. terpulanglah pada anda untuk menentukan nilainya walaupun kedua-duanya boleh menggunakan perkataan Kilo apabila mencapai nilai seribu unit yg kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2003 09:20 AM | Show all posts
SEPH,

Dalam ertikata lain, kamu tidak akan berbuat apa2 yg akan mengubah keadaan selain dr bagi tahu mereka kesalahan mereka dan harapkan mereka akan ubah dgn sendirinya. Dan mereka yg fanatik sikit akan meminta kerajaan mengadakan Hukum Syariah kerana kononnya ia akan mengubah sifat anda sendiri. BEGITU?


BAGI SEORANG MUSLIM, HUKUM YANG TERMAKTUB DI DALAM AL QURAN DAN HADITH ADALAH TIDAK DAPAT TIDAK, WAJIB DILAKSANAKAN KE ATAS ORANG ISLAM. SAMA SEPERTI HUKUM BERSEMBAHYANG DAN BERPUASA, SEKIRANYA TIDAK DILAKSANAKAN AKAN MENDAPAT DOSA. HUKUM SYARIAH YANG HENDAK DILAKSANAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH-MASALAH SOSIAL YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM SELAIN UNTUK MEMATUHI KEHENDAK TUHAN. SUDAH PASTI TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BOLEH MENGUBAH MASALAH SESUATU MASYARAKAT. JIKA TIDAK, APA GUNANYA UNDANG-UNDANG? LEBIH BAIK KEMBALI KEZAMAN JAHIL, DIMANA MANUSIA BEBAS MELAKUKAN APA SAJA TANPA KEKANGAN MANA-MANA PIHAK BERKUASA.

Jadi ... dr mana kamu tahu yg surah tersebut tidak bermaksud utk peperangan sahaja KALAU Tuhan kamu tidak mengeluarkan surah lain yg menbenarkan poligami utk keadaan lain selain dr peperangan?

Kalau anda kata janda2, anak2 yatim dan wanita juga perlu pembelaan, ada tak surah yg menyarankan anda berkahwin dgn wanita2 spt ini supaya mereka dpt pembelaan sewajarnya?


TIDAK PERLU RASANYA SAYA HURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR TENTANG HAL INI KERANA TIADA SATU AYAT PUN DIDALAM ALQURAN YANG MENGHADKAN POLIGAMI KEPADA SITUASI PEPERANGAN. APA YANG ADA ADALAH SYARAT-SYARAT BERPOLIGAMI YANG PERLU DIPATUHI. PERLU DIINGAT BAHAWA KEADAAN-KEADAAN YANG SAYA NYATAKAN MERUPAKAN SITUASI-SITUASI YANG TERMAKTUB DI DALAM AYAT YANG DINYATAKAN SEBELUM INI. SILA RUJUK SEMULA UNTUK KEPASTIAN.

Tidak ... usaha kita yg menentukan samada kejayaan tersebut layak kita perolehinya atau tidak. Tuhan hanya memudahkan kita menperolehinya dgn mengalihkan masalah yg bakal kita hadapi kerana Dia sedar kita sudah menpunyai kelayakan utk mendaptkan kurnia tersebut.


JADI BERMAKNA TUHAN SAHAJA YANG BERHAK  MENGALIH MASALAH TERSEBUT, BUKANKAH ITU BERMAKNA AKHIRNYA TUHAN YANG MENENTUKAN?

Usaha tanpa bertakwa ini tak berguna, takwa sahaja tanpa berusaha sama juga, tak berguna. Setakat mana kejayaan kita perolehi bergantung kpd setakat mana usaha yg kita taburkan dan setakat mana hasil kita perolehi adalah berkait dgn setakat mana Dia rasakan kita layak utk mendapatkannya. Meletakan keputusan kpd Dia shj tak cukup.


SEKALI LAGI ANDA BERPUSING-PUSING DALAM HAL TAWAKKAL INI. SUDAH SAYA KATAKAN TAWAKKAL DALAM ISLAM ADALAH YANG TERAKHIR SELEPAS BERUSAHA DAN BERDOA. SEKALI GAGAL BUKAN BERERTI GAGAL SELAMANYA. USAHALAH LAGI, BERDOA DAN TAWAKKAL SEHINGGA BERJAYA. SAYA TEKANKAN USAHA, BERDOA DAN TAWAKKAL BERULANG KALI.  TAWAKKAL ITU SENDIRI ADALAH SEBAHAGIAN DARI KETAKWAAN KEPADA TUHAN KERANA KITA TIDAK MENGENEPIKAN HAKNYA SEBAGAI PENENTU SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS “SETAKAT MANA DIA RASAKAN KITA LAYAK UTK MENDAPATKANNYA”. BUKAN SEMATA-MATA BERSERAH.

Dan kamu pula harus tahu yg semua ujian yg diberikan bukan sepatutnya berakhir dgn kegagalan.
SETUJU! SELAGI KITA USAHA DENGAN IZINNYA KITA AKAN BERJAYA.
Baik.

Persamaan antara kita hanya satu sahaja ... menyerahkan usaha kita utk Tuhan.
SETUJU ! TIADA APA YG PERLU DIRUNGKAI LAGI.
Baik.

Hanya hidup dan mati ...
SETUJU SETAKAT ITU PERSAMAAN KITA. JADI BETULLAH AKHIRNYA TUHAN YANG TENTUKAN?
Baik.


RENUNGKAN PERBAHASAN KITA. SAYA BERPENDAPAT TIDAK PERLU LAGI KITA BINCANGKAN SOAL TAWAKKAL INI KERANA SAYA DAPATI ANDA MEMANG BERSETUJU DGN SAYA. ITULAH SOAL POKOK PERBINCANGAN KITA. CUMA ANDA SENGAJA MEMBELIT KESANA-SINI, BERULANG-ALIK DAN MUNDAR-MANDIR DGN ISU-ISU BARU MANJADIKAN SEOLAH-OLAH KITA TIDAK SEKATA DALAM HAL INI. MUNGKIN HANYA SATU USAHA SEMATA-MATA UNTUK SEKADAR MEMBERI RESPON (FOR THE SAKE OF RESPONDING), BUKAN MENCARI KEBENARAN.

HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI.

[ Last edited by kyas on 5-9-2003 at 09:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 09:45 AM | Show all posts
by KENNKID

Izinkan saya mencelah. Hanya satu soalan yang saya ingin bertanya kepada Sephi - apakah kefahaman anda atau agama (your understanding or your religion's understanding) anda tentang 'taqdir'?

Tak tahulah apa maksud anda tentang kefahaman agama tentang takdir, tetapi kefahaman saya satu je - Takdir memang sudah ditetapkan tetapi ianya boleh diubah oleh manusia menerusi usaha dan kecekalan hati dia sendiri.

HANYA Kelahiran dan Maut sahaja tidak boleh diubah oleh sesiapa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 09:48 AM | Show all posts
by kuman

Dan apa panduan kamu untuk melaksanakan ajaran2 agama kamu? contohnya seperti kami melalui alquran dan al-hadis.

Hati saya sendiri panduan bagi saya, saya tidak perlu agama dan buku utk melakukan sesuatu.

Bukankah saya sudah bertanya soalan tentang kecekalan hati kpd kamu sebelum ini? Masih nak tanya ke?
Reply

Use magic Report

KENNKID This user has been deleted
Post time 5-9-2003 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by Builder at 4-9-2003 10:49 PM:
Kenkid, masih sangsi lagi mengenai pengertian takdir secara universal!!??.
Anda memeluk agama Islam kerana takdir ker atau kerana pilihan anda? Takdir adalah sesuatu yg tidak dapat kita tentukan kerana batasan pancaindra termasuk akal. Pada pendapat dan pengetahuna awak adalah org selain dari org islam mengatakan penceraian suami siteri itu suatu takdir? kahwin lebih dari satu itu satu takdir? buang anak dalam masjid itu satu takdir?..... penagih dadah itu takdir?. kalau ianya soal panjang ukurannya adalah meter kalau ianya berat ukuranya adalah gram. terpulanglah pada anda untuk menentukan nilainya walaupun kedua-duanya boleh menggunakan perkataan Kilo apabila mencapai nilai seribu unit yg kecil.


Jawapan anda yang sinis memberi gambaran yang anda tidak faham maksud soalan saya kepada Sephi. Soalan saya apakah kefahaman sephi atau agamanya tentang apa yang dikatakan taqdir. Saya bukan mempersoalkan atau menafikan ataupun mempertikaikan secara pro ataupun kontra tentang 'taqdir' dalam konteks perdebatan di antara sephi dan ahli forum yang lain dalam topik ini.

I was merely asking what is sephi's understanding of 'taqdir'. Since you have responded and sephiroth hasn't, perhaps you would care to enlighten me on how you understand the term 'taqdir'.

Daripada solan-soalan yang bertalu-talu dan agak emosi yang anda ajukan kepada saya di atas, sama ada penceraian etc etc itu taqdir, jawapan saya segala-galanya adalah taqdir. Saya duduk atas kerusi sekarang adalah taqdir, saya menaip pada keyboard ini taqdir..segala-galanya.

Setujukah anda? bagaimana kefahaman anda. Samakah kefahaman kita? Kalau tak sama kenapa? kalau sama bagaimana persamaannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2003 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 2003-9-5 09:48 AM:
by kuman

Dan apa panduan kamu untuk melaksanakan ajaran2 agama kamu? contohnya seperti kami melalui alquran dan al-hadis.

Hati saya sendiri panduan bagi saya, saya tidak perlu agama ...



Ok..baru saya faham kedudukan anda sephiroh , anda tidak terikat kepada mana-mana ugama tetapi kamu mempercayai ujudnya tuhan semesta alam. dan anda hanya berpandukan gerak hati untuk mencari kesempurnaan.


Ok, untuk pengetahuan sephiroh gerak hati banyak dipengaruhi oleh dua makhluk 1.Malaikat 2. Syaitan. Mana satu yang kuat dialah yang akan berkuasa pada masa-masa tertentu. Disini kita diberi pula kelebihan akal untuk menimbangkan keputusan akhir. Andaikata nafsu pula menguasai akal maka susah juga. Disini akal manusia bersifat pancaindera yang terhad. Akal manusia semata-mata tidak dapat menjangkau sesuatu di luar kemampuannya.

Disinilah petunjuk Agama diperlukan supaya kita tidak tersesat didalam pemikiran dan gerak rasa.

Di dalam agama islam terdapat satu cabang ilmu yang banyak membahaskan tentang rahsia keajaiban hati yaitu Tasawwur. Kitab tasawwur karangan yang termashur didunia adalah Ihya Ulumiddin Karangan Imam Ghazali. Jika anda berminat silalah melihat-lihatnya di kedai-kedai buku.


Klik disini untuk membaca n Al-Quran

Surah An-Naml

[1]Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),
[2]Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
[3]Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
[4]Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
[5]Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
[6]Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
[7](Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.





[ Last edited by kuman on 5-9-2003 at 11:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2003 12:25 PM | Show all posts
by kuman

Ok..baru saya faham kedudukan anda sephiroh , anda tidak terikat kepada mana-mana ugama tetapi kamu mempercayai ujudnya tuhan semesta alam. dan anda hanya berpandukan gerak hati untuk mencari kesempurnaan.

Faham pun ...

Biar saya menerangkan juga kenapa saya menbuat keputusan spt ini. Saya sejak kecil lagi mengaji macam2 agama ... agama Hindu (pengaruh Nenek sebelah Emak), Buddhism (pengaruh Emak), Christianity (pengaruh dr salah seorang wanita istimeva ), Islam semasa di bangku sekolah.

Dr semua pengaruh ini, keputusan yg saya dapati adalah ... Tuhan memang wujud tetapi manusia sering gagal mendekatiNya kerana kesilapan diri sendiri. Mereka menetapkan had terhadap sesuatu spt Minda dan Akal dan cuba mendekati Tuhan dalam lingkungan had tersebut. Jadi saya mengambil keputusan utk mengenepikan unsur2 agama yg menghadkan yg tertentu utk mencapai Tuhan.

untuk pengetahuan sephiroh gerak hati banyak dipengaruhi oleh dua makhluk 1.Malaikat 2. Syaitan. Mana satu yang kuat dialah yang akan berkuasa pada masa-masa tertentu. Disini kita diberi pula kelebihan akal untuk menimbangkan keputusan akhir. Andaikata nafsu pula menguasai akal maka susah juga. Disini akal manusia bersifat pancaindera yang terhad. Akal manusia semata-mata tidak dapat menjangkau sesuatu di luar kemampuannya.

Ini memang betul tetapi bukan semuanya. Pada pendapat saya, Malaikat dan Syaitan (samada wujud atau tidak kisah lain) TIDAK menpengaruhi sifat kita tetapi kita sendiri.

Pancaindera memang terhad, tetapi keupayaan manusia tidak hanya terhad pd pancaindera tersebut. Akal manusia tak mampu menjangkau sesuatu diluar kemampuan diri, TETAPI ia dapat menjangkau sesuatu di dalam lingkungan keupayaan dia sendiri. Anda mengatakan Tuhan berikan 9 Akal dan 1 Nafsu utk lelaki ... antara semua tu, berapa banyak yg dapat kamu kuasai atau cuba kuasai? Kamu sudah kuasai Nafsu? Perasaan Marah? Ego?

Semua ini TIDAK mungkin dikuasai dlm jangka masa yg pendik ... ia perlukan masa seumur hidup dan itulah apa yg saya sedang buat sekarang, cuba mengawal dan menguasai Akal dan Nafsu diri sendiri.

Di dalam agama islam terdapat satu cabang ilmu yang banyak membahaskan tentang rahsia keajaiban hati yaitu Tasawwur. Kitab tasawwur karangan yang termashur didunia adalah Ihya Ulumiddin Karangan Imam Ghazali. Jika anda berminat silalah melihat-lihatnya di kedai-kedai buku.

Mungkin satu hari nanti, saya akan jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 12:40 PM | Show all posts
by  kyas

Maaf kalau tertunggu2 sekian lama ... Saya menjawabnya pagi tadi tetapi PC hang beberapa kali dan saya jadi malas sikit utk menjawabnya.

BAGI SEORANG MUSLIM, HUKUM YANG TERMAKTUB DI DALAM AL QURAN DAN HADITH ADALAH TIDAK DAPAT TIDAK, WAJIB DILAKSANAKAN KE ATAS ORANG ISLAM. SAMA SEPERTI HUKUM BERSEMBAHYANG DAN BERPUASA, SEKIRANYA TIDAK DILAKSANAKAN AKAN MENDAPAT DOSA. HUKUM SYARIAH YANG HENDAK DILAKSANAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH-MASALAH SOSIAL YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM SELAIN UNTUK MEMATUHI KEHENDAK TUHAN. SUDAH PASTI TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BOLEH MENGUBAH MASALAH SESUATU MASYARAKAT. JIKA TIDAK, APA GUNANYA UNDANG-UNDANG? LEBIH BAIK KEMBALI KEZAMAN JAHIL, DIMANA MANUSIA BEBAS MELAKUKAN APA SAJA TANPA KEKANGAN MANA-MANA PIHAK BERKUASA.

Hukum? Kawan ... Hukum tak akan menbendung masalah social kerana masalah tersebut datangnya dr diri sendiri. Agama hanya akan berkesan kalau pengamalnya dpt menbentuk hati yg baik.

Sifat kamu inginkan Undang2 utk menbantu kamu memerangi masalah social adalah SAMA macam apa yg masyarakat di Barat mengharapkan dgn Sains dan Teknologi mereka juga ... mereka harapkan ianya akan menbawa penyelesaian kpd masalah social mereka tanpa mengetahui yg cara hidup mereka adalah punca masalah tersebut.

TIDAK PERLU RASANYA SAYA HURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR TENTANG HAL INI KERANA TIADA SATU AYAT PUN DIDALAM ALQURAN YANG MENGHADKAN POLIGAMI KEPADA SITUASI PEPERANGAN. APA YANG ADA ADALAH SYARAT-SYARAT BERPOLIGAMI YANG PERLU DIPATUHI. PERLU DIINGAT BAHAWA KEADAAN-KEADAAN YANG SAYA NYATAKAN MERUPAKAN SITUASI-SITUASI YANG TERMAKTUB DI DALAM AYAT YANG DINYATAKAN SEBELUM INI. SILA RUJUK SEMULA UNTUK KEPASTIAN.

Kalau itu betul, KENAPA kamu tidak menyuraikan ayat2 yg menbawa kpd kebenaran yg diberikan utk poligami dlm keadaan selain dr peperangan dan keinginan utk Zuriat?

Satu2 kepastian yg saya dapati di sini adalah kelencungan kamu dari agama kamu sendiri. Kebenaran utk beristeri lebih dr satu utk tujuan yg baik (Zuriat dan masalah peperangan) telah kamu lencungkan sampai ianya jadi kebenaran utk kamu beristeri lebih dr satu dlm semua keadaan. Itulah kepastian yg saya dapati dr sini.

JADI BERMAKNA TUHAN SAHAJA YANG BERHAK  MENGALIH MASALAH TERSEBUT, BUKANKAH ITU BERMAKNA AKHIRNYA TUHAN YANG MENENTUKAN?

Jawab Dua soalan dan kita boleh tamatkan perbincangan ini :

1. Kalau seseorang manusia tidak bertakwa dgn Tuhan tetapi giat berusaha, bolehkah dia berjaya dlm usahanya?

2. Kalau seseorang manusia bertakwa dgn Tuhan tetapi kurang berusaha, bolehkah dia berjaya dlm usahanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2003 12:49 PM | Show all posts
Semua ini TIDAK mungkin dikuasai dlm jangka masa yg pendik ... ia perlukan masa seumur hidup dan itulah apa yg saya sedang buat sekarang, cuba mengawal dan menguasai Akal dan Nafsu diri sendiri.


Sephiroh,
Tapi kemanakah matlamat anda untuk menguasai semua itu. Untuk apa? untuk siapa? siapakah yang akan menilainya? Apakah yang anda cari sebenarnya?

Bagi kami, semua yang kami buat berlandaskan panduan yang telah diberikan.

Di dalam islam akal itu terlalu besar fungsinya dan nafsu juga ada fungsinya cuma nafsu dan akal perlu dikawal.
Dan nafsu pula mempunyai 7 tingkat.

Nafsu kamiliah(kalau tak silap saya) adalah nafsu yang terpuji yang mana semua nabi-nabi berada di tahap ini.
Dan yang paling rendah ialah nafsu Ammarah yaitu nafsu yang paling hina.

Didalam islam terdapat ilmu atau jalan bagaimana untuk mencapai dari satu tingkat ke satu tingkat tapi bukan senang. BEB
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 01:08 PM | Show all posts
by kuman

Sephiroh,
Tapi kemanakah matlamat anda untuk menguasai semua itu. Untuk apa? untuk siapa? siapakah yang akan menilainya? Apakah yang anda cari sebenarnya?


Saya cari Tuhan, Saya cuba menguasai semua ini utk Tuhan. Saya nak buat demikian supaya bila saya mati esok dan berdiri di hadepanNya, saya tidak akan malu dgn cebis2 kecil amal yg saya buat.

Bagi kami, semua yang kami buat berlandaskan panduan yang telah diberikan.

Yakah? Jadi berapa banyak antara kamu yg CUBA menguasai semua ini? Kamu macam mana?

Di dalam islam akal itu terlalu besar fungsinya dan nafsu juga ada fungsinya cuma nafsu dan akal perlu dikawal.
Dan nafsu pula mempunyai 7 tingkat.

Nafsu kamiliah(kalau tak silap saya) adalah nafsu yang terpuji yang mana semua nabi-nabi berada di tahap ini.
Dan yang paling rendah ialah nafsu Ammarah yaitu nafsu yang paling hina.

Didalam islam terdapat ilmu atau jalan bagaimana untuk mencapai dari satu tingkat ke satu tingkat tapi bukan senang. BEB


Tak ada orang yg pernah berkata menguasai nafsu itu senang ... tetapi kalau kamu rasa kesusahan tersebut utk tidak menguasainya besar sangat dan tak mampu, itu pilihan anda. Saya telah memutuskan utk menguasainya dan itu pilihan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by FaithHealer3 at 23-8-2003 12:36 AM:
  Tahukah kamu siapa yang mencipta ALLAH kamu itu?

Kalau jawapannya tiada siapa pun yang mencipta Tuhan kamu, kenapa kamu tak boleh menerima hakikat yang sama iaitu tiada sesiapa yang m ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2003 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 2003-9-5 01:08 PM:
by kuman

Sephiroh,
Tapi kemanakah matlamat anda untuk menguasai semua itu. Untuk apa? untuk siapa? siapakah yang akan menilainya? Apakah yang anda cari sebenarnya?


Saya cari Tuhan ...



Saya rasa niat sephiroh adalah baik dan betul dan saya berbangga, tetapi sephiroh perlu berada dilandasan yang betul. Jika tidak segala pengorbanan dan amalan akan menjadi sia-sia umpama fatamorgana di tengah padang pasir, disangka air yang boleh menghilangkan dahaga tetapi sebenarnya hanyalah bayangan yang tiada dapat membantu.

Didalam islam terdapat cabang ilmu yang luas dipanggil ilmu tasawwur ilmu ini sesuai untuk sephiroh mendalaminya. Ilmu ini lengkap untuk seseorang yang benar-benar ingin menyucikan hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2003 03:45 PM | Show all posts
SEPH,

Hukum? Kawan ... Hukum tak akan menbendung masalah social kerana masalah tersebut datangnya dr diri sendiri. Agama hanya akan berkesan kalau pengamalnya dpt menbentuk hati yg baik.

Sifat kamu inginkan Undang2 utk menbantu kamu memerangi masalah social adalah SAMA macam apa yg masyarakat di Barat mengharapkan dgn Sains dan Teknologi mereka juga ... mereka harapkan ianya akan menbawa penyelesaian kpd masalah social mereka tanpa mengetahui yg cara hidup mereka adalah punca masalah tersebut.


SALAH TU SEPH. MUNGKIN SILAP SAYA MENGGUNAKAN PERKATAAN MEMBENDUNG DGN ANGGAPAN IA SEERTI UNTUK MENGAWAL ATAU MENGURANGKAN. SETELAH MERUJUK KAMUS, RUPANYA SAYA TERSILAP. MAAFKAN SAYA. APA YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH HUKUMAN BOLEH MENGAWAL ATAU MENGURANGKAN MASALAH SOSIAL. BAYANGKAN KALAU TIADA APA-APA HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG. APA AKAN JADI? BAYANGKAN PULA KALAU PENGEDAR DADAH AKAN DI DENDA SEBANYAK 10 SEN SAHAJA. DAN BANDINGKAN PULA HUKUMAN UTK KESALAHAN YANG SAMA IALAH TALI GANTUNG. YANG MANA AGAKNYA LEBIH BERKESAN? KENAPA BEGITU?

Kalau itu betul, KENAPA kamu tidak menyuraikan ayat2 yg menbawa kpd kebenaran yg diberikan utk poligami dlm keadaan selain dr peperangan dan keinginan utk Zuriat?

Satu2 kepastian yg saya dapati di sini adalah kelencungan kamu dari agama kamu sendiri. Kebenaran utk beristeri lebih dr satu utk tujuan yg baik (Zuriat dan masalah peperangan) telah kamu lencungkan sampai ianya jadi kebenaran utk kamu beristeri lebih dr satu dlm semua keadaan. Itulah kepastian yg saya dapati dr sini.


DAN JIKA KAMU TAKUT TIDAK BERLAKU ADIL TERHADAP PEREMPUAN-PEREMPUAN YATIM (APABILA KAMU BERKAHWIN DENGAN MEREKA), MAKA BERKAHWINLAH DENGAN SESIAPA YANG KAMU BERKENAN DARI PEREMPUAN-PEREMPUAN (LAIN): DUA, TIGA ATAU EMPAT. KEMUDIAN JIKA KAMU BIMBANG TIDAK AKAN BERLAKU ADIL (DI ANTARA ISTERI-ISTERI KAMU) MAKA (BERKAHWINLAH DENGAN) SEORANG SAHAJA, ATAU HAMBA-HAMBA PEREMPUAN YANG KAMU MILIKI. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH DEKAT (UNTUK MENCEGAH) SUPAYA KAMU TIDAK MELAKUKAN KEZALIMAN. (QURAN 4:3)

AYAT ITU MERUPAKAN KEBENARAN UNTUK BERPOLIGAMI DENGAN SYARAT MAMPU BERLAKU ADIL DAN TIADA KEZALIMAN. ITU SAJA. TIADA SYARAT-SYARAT LAIN.

Jawab Dua soalan dan kita boleh tamatkan perbincangan ini :
1. Kalau seseorang manusia tidak bertakwa dgn Tuhan tetapi giat berusaha, bolehkah dia berjaya dlm usahanya?
2. Kalau seseorang manusia bertakwa dgn Tuhan tetapi kurang berusaha, bolehkah dia berjaya dlm usahanya?


SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI. (QURAN 13:11)

DAN SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH (DENGAN MENGERJAKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA), NESCAYA ALLAH AKAN MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR (DARI SEGALA PERKARA YANG MENYUSAHKANNYA), SERTA MEMBERINYA REZEKI DARI JALAN YANG TIDAK TERLINTAS DI HATINYA. DAN (INGATLAH), SESIAPA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH, MAKA ALLAH CUKUPKAN BAGINYA (UNTUK MENOLONG DAN MENYELAMATKANNYA). SESUNGGUHNYA ALLAH TETAP MELAKUKAN SEGALA PERKARA YANG DIKEHENDAKINYA. ALLAH TELAHPUN MENENTUKAN KADAR DAN MASA BAGI BERLAKUNYA TIAP-TIAP SESUATU. (QURAN 65:2-3)

ANDA MAHUKAN JAWAPAN? ITU DIA JAWAPAN SAYA. USAHA, TAKWA DAN TAWAKKAL SEMUA DITEKANKAN DALAM ISLAM. SEKIAN
Reply

Use magic Report

KENNKID This user has been deleted
Post time 5-9-2003 04:26 PM | Show all posts
Sephiroth,

Bolehkah anda terangkan dengan sejelas mungkin tentang kefahaman anda tentang taqdir? Looks like my question has been left hanging and unanswered. Saya bukan hendak menguji anda - saya cuma ingin mendalami dan berinteraksi dengan anda tentang konsep taqdir. Silalah huraikan. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Builder This user has been deleted
Post time 5-9-2003 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by KENNKID at 2003-9-5 09:50 AM:
Jawapan anda yang sinis memberi gambaran yang anda tidak faham maksud soalan saya kepada Sephi. Soalan saya apakah kefahaman sephi atau agamanya tentang apa yang dikatakan taqdi ...

Ehmmmmmmm!!!!.....
Kalau nak lihat dari segi definisi atau pengertian mengikut budaya dan keyakinan, mungkin saya setuju dengan awak kalau saya beragama islam. Kerana saya beragama Christian saya percaya takdir adalah ketentuan tuhan yg mana diluar kemampuan kita utk mengubahnya. Kerana bagi saya perlu kita lihat moral istilah itu walaupun ia bukan satu kata kerja atau kata nama sebaliknya ia sekadar istilah sandaran pada limitation of our paradigm. Saya duduk di atas kerusi bukan kerana takdir wlaupun ia satu kecapainan melaui keredaan tuhan. Itu adalah lumrah alam di tahap pertama. tahap ke dua batasan usaha kita yg mana jawapannya tidak dapat dipastikan. sementara tahap ke tiga ialah takdir yg mana kita tiada punca utk mengubahnya. Mungkin pendapat saya ini juga bercanggah dengan pendirian seph kalau dirujuk kenyataannya di atas itu!... Itulah dipanggil forum, semua org perlu menyumbang mengikut kemampuannya berfikir dan batasan pengalaman dlm hidup.
Reply

Use magic Report

KENNKID This user has been deleted
Post time 6-9-2003 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by Builder at 5-9-2003 09:16 PM:
Ehmmmmmmm!!!!.....
Kalau nak lihat dari segi definisi atau pengertian mengikut budaya dan keyakinan, mungkin saya setuju dengan awak kalau saya beragama islam. Kerana saya beragama Christian saya  ...


Baiklah, terima kasih. Respons anda dihargai.

Izinkan saya memberikan fahaman saya. Perkara mengenai taqdir ini sangat panjang lebar dan mengambil masa yang panjang untuk dikupas. Namun demikian, biarlah saya cuba mulakan.

Sebenarnya fahaman sebenar Islam tentang taqdir tidak sama langsung dengan fahaman 'nasib', 'fate' ataupun 'predestination' yang lumrah difahami.

Malangnya begitu ramai sekali manusia yang beragama Islam di dunia ini yang juga berfahaman demikian (nasib, fate or predestined), akibat daripada terpengaruh ataupun kesan daripada peninggalan fahaman nenek moyang dahulu kala  (sebelum Islam) yang berfahaman demikian, yang belum lagi dihakis, dan terpengaruh pula dengan fahaman manusia umumnya, yang juga berfahaman demikian.

Bukanlah maksud saya hendak menjatuhkan fatwa ataupun hukum, kerana saya cuma manusia biasa yang mahu mendalami kefahaman, demi mencari kebenaran.

Perkataan taqdir itu sendiri adalah perkataan Arab, yang lumrah digunakan semasa zaman nabi Muhammad (s.a.w) dan para sahabat baginda.

Then we will see how the Magian influence slowly changed this meaning to its now "acquired" meaning which in English is translated as destiny, fate, or predestination etc.

Makna asas perkataan taqdir datang dari kata dasar (root word) q-d-r (bunyinya 'qadar'). The meaning of this root is: a measure or a standard. Misalnya, jika saya berkata  "saya mengukur sesuatu benda", ia  membawa erti "saya melakukan sesuatu kepada benda itu menurut ukurannya."  

Oleh itu, makna dasar/asas/root meaning bagi taqdir ialah supaya sesuatu itu bersesuaian dengan sesuatu ukuran ataupun standard ataupun piawaian. Dan Miqdarun pula membawa makna model, pola (pattern) ataupun standard/piawaian menurut bagaimana sesuatu itu dibuat ataupun dicipta.

In order to make something fit a pattern or standard, one has to have complete control over that thing - Untuk membuat sesuatu itu supaya sesuai dengan sesuatu pattern ataupun standard, sesorang itu perlu mempunyai dayakuasa untuk menciptanya mengikut standard..

Sebaliknya, jika kita lihat keadaan yang lumrah di kalangan orang yang beragama Islam hari ini, kebanyakan tindak tanduk mereka, mereka sandarkan kepada taqdir dalam konteks "sudah ditentukan Allah, kita tidak ada kuasa, terima sajalah, apa boleh buat" - Ini adalah sama seperti fahaman orang yang bukan Islam tentang 'nasib, 'fate' & 'predestination' ------WALHAL,  sebenar-benarnya, kefahaman dalam erti sebenar taqdir Allah (sw) lah yang sentiasa menjadi 'driving force' (daya penggerak) kepada kejayaan dan kecemerlangan para perintis Islam. Pada saya, sikap ataupun pendirian orang islam lumrahnya, pada hari ini, sama dengan (walaupun tanpa disedari mereka sendiri) mempersalahkan Allah atas kegagalan diri mereka sendiri, padahal mereka diberi kebebasan (seolah-olah kuasa, sungguhpun pada hakikatnya yang berkuasa hanya Allah) untuk membuat pilihan (free will) di dalam menentukan kejayaan diri mereka, di dunia mahupun di akhirat.

Seolah-olah kita lihat orang Islam hari ini menggunakan taqdir sebagai alasan untuk menjustify atau mem'benar'kan kealpaan, ketidak-majuan mereka dan sikap tidak bertanggungjawab mereka terhadap agama Allah.

Satu point yang sangat penting untuk difahami ialah bahawasanya segala taqdir adalah taqdir Allah, bukan taqdir manusia.

Konsep taqdir yang dipersembahkan di dalam Al-Qur'an mengikis segala pertentangan (contradiction) sebegini.

Saya mohon ma'af kepada saudara/saudari seagama dengan saya, jika saya menyinggung perasaan mereka, kerana hasrat dan niat saya adalah ikhlas.

...akan disambung, insyaAllah.


[ Last edited by KENNKID on 6-9-2003 at 12:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2003 08:48 AM | Show all posts
by kyas

APA YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH HUKUMAN BOLEH MENGAWAL ATAU MENGURANGKAN MASALAH SOSIAL. BAYANGKAN KALAU TIADA APA-APA HUKUMAN DALAM UNDANG-UNDANG. APA AKAN JADI? BAYANGKAN PULA KALAU PENGEDAR DADAH AKAN DI DENDA SEBANYAK 10 SEN SAHAJA. DAN BANDINGKAN PULA HUKUMAN UTK KESALAHAN YANG SAMA IALAH TALI GANTUNG. YANG MANA AGAKNYA LEBIH BERKESAN? KENAPA BEGITU?

Undang2 memang penting tetapi memupuk akhlak mulia lebih penting dr itu. Hukuman gantung diberikan kpd pengedar dadah dan ianya mengurangkan sedikit sebanyak orang2 yg mengedarkan dadah, tetapi masalah dadah masih wujud. Orang yg ingin mengedarnya masih wujud dan mereka cuba mengedarkannya dlm bentuk baru spt mengedarkannya dlm bentuk pill Ectasy di Klab Malam dll.

Apasal masalah dadah tidak dpt diselasaikan dgn Undang2? Kerana Penagih masih wujud dan permintaan utk dadah masih tinggi. Jadi apa Undang2 anda nak buat utk penagih? Penjara? Pusat Serenti? Itu je ... selagi mereka tak ubah, kamu buat Undang2 apa pun, mustahil masalah ini akan hilang atau dibendung.

DAN JIKA KAMU TAKUT TIDAK BERLAKU ADIL TERHADAP PEREMPUAN-PEREMPUAN YATIM (APABILA KAMU BERKAHWIN DENGAN MEREKA), MAKA BERKAHWINLAH DENGAN SESIAPA YANG KAMU BERKENAN DARI PEREMPUAN-PEREMPUAN (LAIN): DUA, TIGA ATAU EMPAT. KEMUDIAN JIKA KAMU BIMBANG TIDAK AKAN BERLAKU ADIL (DI ANTARA ISTERI-ISTERI KAMU) MAKA (BERKAHWINLAH DENGAN) SEORANG SAHAJA, ATAU HAMBA-HAMBA PEREMPUAN YANG KAMU MILIKI. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH DEKAT (UNTUK MENCEGAH) SUPAYA KAMU TIDAK MELAKUKAN KEZALIMAN. (QURAN 4:3)

AYAT ITU MERUPAKAN KEBENARAN UNTUK BERPOLIGAMI DENGAN SYARAT MAMPU BERLAKU ADIL DAN TIADA KEZALIMAN. ITU SAJA. TIADA SYARAT-SYARAT LAIN.


Rasa2nya saya terpaksa juga akur dgn poligami ini kerana ianya hal orang Muslim. Bagi non-Muslim, kahwin dgn seorang sudah mencukupi. Kalau tak dpt zuriat dlm apa2 cara pun, ambil je anak angkat.

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI. (QURAN 13:11)

DAN SESIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH (DENGAN MENGERJAKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA), NESCAYA ALLAH AKAN MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR (DARI SEGALA PERKARA YANG MENYUSAHKANNYA), SERTA MEMBERINYA REZEKI DARI JALAN YANG TIDAK TERLINTAS DI HATINYA. DAN (INGATLAH), SESIAPA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH, MAKA ALLAH CUKUPKAN BAGINYA (UNTUK MENOLONG DAN MENYELAMATKANNYA). SESUNGGUHNYA ALLAH TETAP MELAKUKAN SEGALA PERKARA YANG DIKEHENDAKINYA. ALLAH TELAHPUN MENENTUKAN KADAR DAN MASA BAGI BERLAKUNYA TIAP-TIAP SESUATU. (QURAN 65:2-3)

ANDA MAHUKAN JAWAPAN? ITU DIA JAWAPAN SAYA. USAHA, TAKWA DAN TAWAKKAL SEMUA DITEKANKAN DALAM ISLAM. SEKIAN


Itu sudah menjawab satu bahagian iaitu mereka yg bertakwa tetapi tak berusaha. Bagaimana dgn mereka yg tak bertakwa dan berusaha dgn giat?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2003 08:58 AM | Show all posts
by KENNKID

Bolehkah anda terangkan dengan sejelas mungkin tentang kefahaman anda tentang taqdir? Looks like my question has been left hanging and unanswered. Saya bukan hendak menguji anda - saya cuma ingin mendalami dan berinteraksi dengan anda tentang konsep taqdir. Silalah huraikan. Terima kasih.

Maaf ... ingat tadi sudah menjawab.

Bagi saya, Takdir memang sudah tentukan oleh Tuhan (non-Muslims yg bukan beragama Christian menganggapnya sbg Karma ... kesan dr perbuatan diri sendiri samada di hayat ini atau hayat yg lepas).

Takdir ini ditetapkan tetapi dgn kecekalan hati dan giat berusaha, Takdir boleh diubah tetapi mengubahnya bergantung kpd kehendak Tuhan. Kalau tanyakan dr mana saya dpt konsep ini, rasa2nya saya dptnya semasa menbaca Bhagavad Gita (saya jenis yg banyak menbaca) beberapa tahun yg lalu.

Anything else?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2003 09:20 AM | Show all posts
by kuman

Saya rasa niat sephiroh adalah baik dan betul dan saya berbangga, tetapi sephiroh perlu berada dilandasan yang betul. Jika tidak segala pengorbanan dan amalan akan menjadi sia-sia umpama fatamorgana di tengah padang pasir, disangka air yang boleh menghilangkan dahaga tetapi sebenarnya hanyalah bayangan yang tiada dapat membantu.

Mereka yg berpegang teguh pd agama pun ada kalanya tidak tahu samada mereka di landasan yg betul ke atau tidak.

Kebenaran tidak berubah walaupun Manusia berubah. Manusia mampu menemui kebenaran tersebut selagi dia tidak benarkan diri dia terperdaya oleh illusi dirinya sendiri. Tumpukan perhatian kpd Kebenaran dan anda akan sampai kpdNya.

Didalam islam terdapat cabang ilmu yang luas dipanggil ilmu tasawwur ilmu ini sesuai untuk sephiroh mendalaminya. Ilmu ini lengkap untuk seseorang yang benar-benar ingin menyucikan hatinya.

Saya tak jumpa banyak resources dlm Internet ... samada ianya subject yg tidak begitu popular ataupun tak banyak orang yg sanggup mengharunginya. Manusia sekarang agaknya memang lemah :re:
Reply

Use magic Report

KENNKID This user has been deleted
Post time 6-9-2003 05:02 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Sephiroth at 6-9-2003 08:58 AM:
by KENNKID

Maaf ... ingat tadi sudah menjawab.

Bagi saya, Takdir memang sudah tentukan oleh Tuhan (non-Muslims yg bukan beragama Christian menganggapnya sbg Karma ... kesan dr perbuatan diri sendiri samada di hayat ini atau hayat yg lepas).

Takdir ini ditetapkan tetapi dgn kecekalan hati dan giat berusaha, Takdir boleh diubah tetapi mengubahnya bergantung kpd kehendak Tuhan. Kalau tanyakan dr mana saya dpt konsep ini, rasa2nya saya dptnya semasa menbaca Bhagavad Gita (saya jenis yg banyak menbaca) beberapa tahun yg lalu.

Anything else? (quote sephiroth)

No, sephi, nothing else. Jawapan anda menunjukkan 'predestination', 'karma' or fate that I was talking about dalam jawapan saya kepada 'builder' di atas.

Ia berbeza sekali dengan fahaman taqdir dalam Islam - tetapi malangnya ramai sekali orang yang mengaku dirinya beragama Islam, termasuk mereka yang 'bergelar' ulama sekalipun berfahaman seperti fahaman anda dan agama anda. Tidak hairanlah juga orang ramai di kalangan orang Islam pun ikut serta berfahaman begini.

Al Qur'an berkata:


Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.

There is no harm in the Prophet doing that which Allah has ordained for him; such has been the course of Allah with respect to those who have gone before; and the command of Allah is a decree determined.


(33:38)

The above means that Allah抯 command (directive) took a definitive pattern (model). Perintah Allah itu adalah menuruti satu model yang tetap. Ketetapan inilah yang dimaksudkan dengan ketentuan ataupun 'taqdir'. Ia tidak bererti yang Allah telah menentukan yang kita akan menjadi apa, berjaya, gagal, kaya, miskin, dll.

Jadi, seperti yang kita lihat di bawah, Allah has made a standard for everything.


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

And will provide for him from (a quarter) whence he hath no expectation. And whosoever puts his trust in Allah, He will suffice him. Lo! Allah bringeth His command to pass. Allah hath set a measure for all things.


(65:3)

Seperti yang kita lihat di atas, Allah (SW) has made a standard for everything.
Standard ataupun piawaian ini di dalam fahaman ataupun terminlogi saintifik moden ialah apa yang kita tahu sebagai "the law of nature"
.

Isn抰 it amazing to note that this was said more than 1400 years ago when the world did not know anything about science. [By the way, this is one way to realize (and provide proof) that the Qur'an is THE Word of God].

Ya, alangkah menakjubkan yang ini telah difirman oleh Allah 1400 tahun yang lalu semasa mana dunia belum lagi tahu menahu tentang sains.


...saya akan sambung lagi dengan contoh-contoh untuk mendekatkan faham, insyaAllah dan kita akan lihat bagaimana sebenarnya taqdir itu patut difahami, terutamanya oleh orang Islam..


[ Last edited by KENNKID on 6-9-2003 at 05:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077341 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list