CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22896|Reply: 15

Laluan Sejarah yang kian dilupai - Stesen Tampin/ Pulau Sebang Ke Melaka

[Copy link]
Post time 28-3-2012 01:27 PM | Show all posts |Read mode

Stesen KTMB Pulau Sebang/Tampin merupakan stesen kereta apibagi penumpang yang ingin ke Melaka menggunakan rel. Stesen ini sebenarnyaterletak di Pulau Sebang, Melaka bersebelahan dengan bandar Tampin, NegeriSembilan. Dari segi laluan, stesen ini terletak di antara stesen Seremban danGemas, kedua-duanya di Negeri Sembilan. Projek landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas akan melalui 28 kilometer dalam Negeri Melaka. Stesen KTMBPulau Sebang/Tampin sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatandan akan dilengkapi stesen KTMB Pulau Sebang yang moden, perhentian bas danteksi Pulau Sebang, Melaka. Apabila siap projek ini pengangkutan awam di siniakan dikenali sebagai Sebang Sentral. Kerajaan Negeri Melaka mahukan stesenyang baru ini tidak lagi dibayangi dengan nama Tampin, sebaliknya penggunamengetahui stesen KTMB yang baru ini dalam daerah Alor Gajah, Melaka dan bukanTampin Negeri Sembilan.



[size=85%]Perhatikan peta 'Melaka Town Railway 1936' terdapat terminal keretapi berhampiran Bandar Melaka


Mengikut sejarah, landasan kereta api dari Seremban ke PulauSebang telah siap dibina pada tahun 1905. Tidak lama selepas itu satu stesenkecil dibina dan dinamakan Stesen KTM Pulau Sebang. Walau bagaimanapunpembangunan pesat bandar Tampin yang berjiran dengan Pulau Sebang telahmenyebabkan pihak British pada ketika itu menukar nama stesen Pulau Sebangkepada Tampin walaupun kedudukan stesen itu dalam kawasan Melaka.



[size=85%]Gambar berhampiran Stesen Tampin (arah selatan) menunjukkan laluan (junction) ke Bandar Melaka sebelah kanan


Pada masa yang sama juga landasan kereta api dari PulauSebang ke Bandar Melaka telah siap dibina. Antara stesen yang terdapat dalamlaluan sejauh 34 km ini ialah Alor Gajah, Melaka Pindah, Durian Tunggal danMelaka. Walau bagaimanapun semasa pendudukan Jepun landasan laluan Melaka initelah dibongkar tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di Burma.Bekas laluan dan jambatan kereta api yang melintasi sungai masih jelaskelihatan pada hari ini. Sejak dari itu stesen Pulau Sebang/Tampin menjadi stesenkereta api utama bagi pengangkutan rel ke Negeri Melaka.


Suasana Stesen Melaka satu ketika dahulu


Sejak kebelakangan ini rakyat dan Kerajaan Negeri Melakaamat mengambil berat nama stesen KTMB Tampin itu. Beberapa saranan telahdiutarakan dalam surat khabar supaya nama stesen KTMB Tampin ditukar semulakepada Pulau Sebang memandangkan kedudukan stesen kereta api itu di sudutgeografi. Namun demikian KTMB tidak dapat menukar nama stesen itu kepada PulauSebang kerana orang ramai sudah sinonim dengan nama Tampin. Langkahpenyelesaian awal dibuat KTMB dengan menamakan stesen itu kepada Tampin/PulauSebang.


Tampin - Alor Gajah - Melaka

Opened: 1st December 1905
Status : Dismantled WW II
Length: 35.4km

Stations / Halts:
TANJONG RIMAU 6.4km
GADEK 8.1km
ALOR GAJAH 12.9km
MELAKA PINDAH 14.5km
BELIMBING 19.3km
BELIMBING DALAM 20.9km
DURIAN TUNGGAL 24.1km
BATU BERENDAM 29.0km
MELAKA 35.4km (Hits: 4732)


Stesen / Perhentian (Halt)suatu ketika dahulu[size=100%]


Kredit : http://www.malayarailway.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2012 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by sintalo at 28-3-2012 14:04

Merungkai Lokasi Tapak Sejarah Hentian

TANJONG RIMAU 6.4km
GADEK 8.1km
ALOR GAJAH 12.9km
MELAKA PINDAH 14.5km
BELIMBING 19.3km
BELIMBING DALAM 20.9km
DURIAN TUNGGAL 24.1km
BATU BERENDAM 29.0km
MELAKA 35.4km (Hits: 4732


Landasan Gangsa,Durian Tunggal Arah Selatan dari Lebuh Amj


Pertengahan platform kini jadi asas untuk dapur pemilik rumah




Ini struktur tinggalan dikesan berhampiran batu 8-Gangsa (durian tunggal) yang terletak berhampiran rumah Jabatan Bekalan Air batu 8


Suspek lokasi stesyen bandar melaka ( belakang Maybank Jln Hang Tuah,dahulu tempat ini ada lah quaters Tnb,sekarang rancak untuk pembinaan hostel Uitm.


Bekas jambatan di pangsapuri tun perak, Bandar Melaka


Satu lagi struktur jambatan,300 meter dari stesyen bandar melaka,terk ini sudah di bina pangsapuri tun perak berhampiran Fajar supermarket


Rumah atas bekas trek                           


Mungkin kayu alas landasan yang biasa


Kayu berukuran 6 inixi X 5 inci X 6 kaki ini di jumpai tertimbus di bawah rumput tebal dengan separuh tertanam berada lebih 30 kaki dari platform kg bakar batu bachang.MUngkin ini pelapik bawah landasan.Sata pun tak pasti tapi betul2 berada di jajaran lama


Bekas binaan untuk keretapi, mungkin track ada bersebelahan dgn binaan ini,kini sudah jadi sebahagian dari parking kereta Kg Bakar Batu Bachang




Mungkin tempat orang naik keretapi sebab nampak tinggi, Kg Bakar Batu Bachang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2012 02:03 PM | Show all posts

Bekas Laluan - Gambar di ambil dari kesan struktur keretpai memandang ke arah utara, Kg Bakar Batu, Bachang melaka


Bekas laluan landasan keretapi


Alor Gajah station location


Belimbing Crossing


Struktur Binaan terakhir yang didapati di selatan sepanjang Tampin - Melaka


Jambatan Batu Berendam


Jambatan Keretapi Durian Tunggal yang kini diturap








Kesan sejarah yang masih dapat dilihat sehingga kini


Jambatan Melaka Pindah




Papan tanda Alor Gajah








Jambatan Berhampiran Gedek


Tapak laluan keretapi ke arah Melaka

Kredit : http://www.malayarailway.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 12:49 AM | Show all posts
aisii...good info..baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 12:49 AM | Show all posts
aisii...good info..baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 12:13 PM | Show all posts
dah lama aku tak jejak kaki kt keretapi tampin..last aku ada di situ 1998,hantar atok nak balik butterworth

byk memori aku di situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 11:31 AM | Show all posts
pernah nek dr tampin turun KL Sentral..ayoo almost 5 hours..tobat x nak nek lagi.. nek komuter pegi seremban then nek bas g tampin lagi copet...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 04:52 PM | Show all posts
Merungkai Lokasi Tapak Sejarah Hentian

TANJONG RIMAU 6.4km
GADEK 8.1km
ALOR GAJAH 12.9km
MELA ...
sintalo Post at 28-3-2012 13:49

bini aku nyer nenek cakap dgn aku stesyen keretapi kat melaka terletak dekat dgn kg morten.. kebanyakkan laluan keretapi ni dah jadi jalan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2012 04:45 PM | Show all posts
aku bangga jadi anak jati melaka walaupun secara halus org2 sana sini halau aku balik KL(satu saat dulu) sedangkan aku x ada buat apa2 kat org sana.. sedih giler..
kini pulang aku ke melaka secara senyap dan pulang ke KL pun senyap melainkan hanya utk majlis kawen, kematian atau perayaan, baru dihebohkan..
kalau idak lebih baik org2 sana x tahu aku ada di melaka..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 01:37 AM | Show all posts
Reply 3# sintalo


   upload balik gambau...x nampak pun....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 04:21 PM | Show all posts
nak tgk gambar.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 05:28 PM | Show all posts

Landasan Gangsa,Durian Tunggal Arah Selatan dari Lebuh Amj

Pertengahan platform kini jadi asas untuk dapur pemilik rumah


Ini struktur tinggalan dikesan berhampiran batu 8-Gangsa (durian tunggal) yang terletak berhampiran rumah Jabatan Bekalan Air batu 8

Suspek lokasi stesyen bandar melaka (belakang Maybank Jln Hang Tuah,dahulu tempat ini ada lah quaters Tnb, sekarang rancak untuk pembinaan hostel Uitm)

Bekas jambatan di pangsapuri tun perak,bandar melaka

Satu lagi struktur jambatan,300 meter dari stesyen bandar melaka,terk ini sudah di bina pangsapuri tun perak berhampiran Fajar supermarket
  
Rumah atas bekas trek

Mungkin kayu alas landasan yang biasa

Kayu berukuran 6 inixi X 5 inci X 6 kaki ini di jumpai tertimbus di bawah rumput tebal dengan separuh tertanam berada lebih 30 kaki dari platform kg bakar batu bachang.MUngkin ini pelapik bawah landasan. Tak dapat dipastikan tapi betul2 berada di jajaran lama

Bekas binaan untuk keretapi, mungkin track ada bersebelahan dgn binaan ini,kini sudah jadi sebahagian dari parking kereta Kg Bakar Batu Bachang


Mungkin tempat orang naik keretapi sebab nampak tinggi, Kg Bakar Batu Bachang

Bekas Laluan - Gambar di ambil dari kesan struktur keretpai memandang ke arah utara, Kg Bakar Batu, Bachang melaka

Bekas laluan landasan keretapi

Alor Gajah station location

Belimbing Crossing

Struktur Binaan terakhir yang didapati di selatan sepanjang Tampin - Melaka

Jambatan Batu Berendam

Jambatan Keretapi Durian Tunggal yang kini diturap




Kesan sejarah yang masih dapat dilihat sehingga kini

Jambatan Melaka Pindah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 09:09 AM | Show all posts




Papan tanda Alor Gajah


Jambatan Berhampiran Gedek

Tapak laluan keretapi ke arah Melaka

Kredit : http://www.malayarailway.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 11:12 AM | Show all posts
Reply 1# sintalo

now.. this is worth to call 'untold history'....

goood job!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 01:45 PM | Show all posts
Org melaka sendiri pun ramai yang tak tau pasal sejarah nie..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:44 PM | Show all posts
Landasan lama tu betul2 kat belakang rumah aku dulu utk laluan Bakar Batu-Bachang. Skrg penuh dgn rumah org. Sempat jugaklah tengok track dia dulu masa kecik2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.110669 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list