aku tolong tepek, tp mcm sekerat je citer psl ni sbb ada nota kaki kat bawah suh beli paper utusan
Pelakon Rita Rudaini tuntut tunggakan nafkah
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 April - Pelakon Rita Rudaini, 36, yang sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, akan menuntut tunggakan nafkah yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Utusan Malaysia difahamkan, dramatis popular itu akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil.
Ini termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
"Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri.
... Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |