CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2012 07:29 PM | Show all posts
Reply 179# vios11


   sbb ayah mai sayang lebih kt tikah... tp skrgkn mai dh insap...hehe...   sila bace kt belakang sbb dh cerita dh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 07:29 PM | Show all posts
Janganlah sambung sedih kat sini.....
Nicki_Meow Post at 3-6-2012 19:20


wehhh takkan la nk gelak org dh nak bcerai-berai tuh

emosi kn siuman ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 07:30 PM | Show all posts
Reply 178# sarizu


   sbr yer... sedihnya x lme pon...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:35 PM | Show all posts
ok, next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 07:41 PM | Show all posts
Reply 184# sarizu


   esk la bru sakura tmbh n3... mlm ni kne stdy...   esk pekse...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:41 PM | Show all posts
semakin menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2012 08:07 PM | Show all posts
sedihnye..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 08:09 PM | Show all posts
next plzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 10:01 PM | Show all posts
Reply 181# misssakura


   o..............ayah dia x adilll!!!!!!!!!!!!!!1
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:38 PM | Show all posts
Reply  sarizu


   esk la bru sakura tmbh n3... mlm ni kne stdy...   esk pekse...{ ...
misssakura Post at 3-6-2012 19:41


all d best!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:44 PM | Show all posts
Reply  sarizu


   esk la bru sakura tmbh n3... mlm ni kne stdy...   esk pekse...{ ...
misssakura Post at 3-6-2012 19:41



   Bila nak sambung nie...ooo TT pekse yek...good luck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 05:23 PM | Show all posts
Reply 190# sarizu


   thank sarizu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 05:24 PM | Show all posts
Reply 191# zameyla


   thank zameyla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 05:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 4-6-2012 17:32

BAB 71


Ifran memakirkan keretanya dikotak yang telah disediakan. Setelah mengunci kereta, dia mara ke kedai buku yang jaraknya agak jauh dari tempat keretanya di parkir. Dingin mula terasa tatkala badannya masuk ke dalam perut kedai yang sederhana besar itu. Air cond dipasang agak kuat di kedai buku itu.


Sengaja dia ke kedai buku hari ini kerana mahu mencari majalah. Sudah lama tidak membaca. Sekurang-kurangnya dia boleh mencari idea baru untuk mengembangkan perniagaan bapanya. Sedang dia membelek-belek majalah business,satu tepukan hinggap di belakang tubuhnya. Sakit menyengat terasa pada kulitnya.


Ifran memusingkan badannya. Siapa lah agaknya yang sengaja cari gaduh dengannya waktu-waktu begini. Nak kena agaknya. Terpandang satu wajah yang asing pada matanya namun tidak pada ingatannya. Jejaka yang telah berjaya merampas hati gadis yang paling dicintai.


“ kau Ifrankan...” sapa lelaki itu dengan senyuman sambil menghulurkan tangan. Ifran membalas senyuman sambil mengangguk lalu menyambut huluran tangan dari Haikal. Dia tidak faham apa maksud senyuman itu.


Adakah senyuman itu senyuman kemenangan tatkala jejaka itu sudah berjaya memiliki insan yang paling dia sayang.

“yer...Haikal?” soal Ifran pula meski pun hatinya 100 peratus yakin itu adalah Haikal. Mustahil dia lupa wajah yang berjaya merampas Umairah darinya. Lelaki di depannya kini sekadar mengangguk.


“ tak sangka boleh jumpa kau kat sini....” balas Haikal.


“ aku ade mesyuarat tadi.. alang-alang dah jumpa kedai buku masuk kejap... kau pulak dari mana ni..” soal Ifran pula. Sekadar berbasa basi.. terintai-intai juga dia. Manalah tahu Umairah ada bersama lelaki ini.


Sudah hampir 2 bulan dia tidak bersua dengan wajah lembut itu. rindu mencucuk ulu hatinya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan dia tidak boleh mencari Umairah tapi dia mahu akur pada kata-kata gadis itu. dia mahu beri Umairah masa untuk berfikir.


Mungkin dengan masa yang diberikan itu mampu menggamit rindu ke dalam hati gadis itu dan pasti gadis itu akan kembali padanya tetapi kalau tidak dia terpaksa untuk mengambil jalan terakhir dalam hubungan mereka. Mungkin mereka tidak di jodohkan untuk bersama-sama.


Dia tahu Umairah pasti akan menjaga air mukanya sebagai suami meski pun mereka tidak tinggal sebumbung lagi. Dia percayakan gadis itu lebih dari mempercayai diri sendiri.


“ aku baru balik dari sekolah.. teringat nak cari barang sekolah sikit... sorang je ke?” soal Haikal. Tercari-cari juga dia sekiranya Ifran bersama Umairah... gadis yang pernah dicintai sepenuh hati. Namun kini dia sudah pasrah. Jodohnya bukan bersama Umairah. Dia sudah membuat solat sunat istikharah sebelum ini. Dia ada nampak seseorang melalui mimpinya.. tapi hatinya kuat mengatakan gadis itu bukan Umairah. Dia yakin Allah sudah menentukan yang terbaik buatnya.


“ sorang je la..nak datang dengan siapa lagi...” balas Ifran tenang. Namun hatinya tiba-tiba terdetik. Kalau betul Haikal kekasih Umairah takkan lelaki itu tidak tahu mereka sudah berpisah. Duduk asing-asing kini. Mungkin bukan Umairah yang ditanya lelaki ini.. Ifran terus bermonolog sendiri.


“ aku ingat kau datang dengan Umairah.. dah lama aku tak jumpa dia.. last sekali pun tahun lepas rasanya...” balas Haikal pendek.Langsung tidak tahu jawapannya itu berjaya memberi sinar ke dalam hati Ifran.Ifran terkejut mendengar jawapan dari Haikal yang dirasakan tidak berbohong...


Adakah Umairah dan Haikal sebenarnya tidak berhubung antara satu sama lain. Kalau betul tekaannya kini, ini bermaksud kata-kata wanita itu sebelum ini tipu sahaja lah... Haikal perasan wajah Ifran yang berubah tatkala mulutnya menyebut nama Umairah.. hatinya dilanda gelisah. Dia takut sekiranya lelaki itu cemburu dan menyebabkan pergaduhan antara Ifran dan Umairah.


“ opp sorry..aku tak bermaksud apa-apa.. just bertanya sebagai sahabat.. jangan salah faham.” Pinta Haikal. Ifran tersedar dari khayalannya.


“ eh, tak de la cuma aku teringatkan sesuatu je... emm tak pe lah..aku pergi dululah...” pinta Ifran. Dia menyalami lelaki itu yang sekadar mengangguk dengan kata-katanya sebentar tadi.


“ nanti ada masa jemputlah datang rumah...kalau dah nak kawin jangan lupa jemput aku..” sempat lagi Ifran memesan sebelum tiba ke kaunter pembayaran.


“ insyaallah...” balas Haikal pendek. Hiakal sekadar melihat Ifran berlalu ke kaunter pembayaran sebelum dia menghilang ke ruangan alat tulis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 4-6-2012 18:00

BAB 72


Ifran merenung siling rumahnya. Teringat kata-kata Haikal petang tadi. Dia dapat merasakan malah dia yakin Umairah hanya menipunya. Umairah dan Haikal bukan kekasih. Jika Umairah betul menyukai Haikal pasti dia sudah lama menerima Haikal yang ternyata masih menyayanginya.


Kenapa Umairah menipunya. Adakah kerana mahu penceraian yang segera. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan kini. Perlukah dia membebaskan gadis itu pada waktu ini.Tiada sekelumit rasa sayangkah dalam hati gadis itu buatnya.


Otaknya mengimbau segala kenangannya bersama Umairah sepanjang 4 tahun perkahwinan mereka. Langsung tiada kenangan manis antara mereka. Yang hanya adalah pergaduhan, pertengkaran,saling sindir menyindir diantara mereka.


Dia tidak salahkan Umairah kiranya gadis itu tidak mencintainya. Mana mungkin gadis itu mampu mencintainya dengan sikapnya yang teruk selama ini terhadap gadis itu. teringat segala kekasarannya terhadap Umairah selama ini. Malah dia juga pernah menampar Umairah. Perkara itulah yang paling dia menyesal dalam hidupnya.


Dia sekali pun tidak pernah meminta maaf atas kesilapannya. Pasti Umairah sudah banyak terluka dengannya selama ini. Mungkin kerana itu hati gadis itu begitu keras untuk mencintainya. Ifran mara kearah bilik isterinya. Terasa rindu mencucuk-cucuk hatinya. Hanya dengan duduk dibilik isterinya itu mampu mengurangkan bebanan rindu yang menyesak di jiwa.


Dia membaringkan dirinya diatas katil milik Umairah. Bilik yang sikit pun tidak berubah semenjak pemergian sang isteri tersayang. Air matanya tumpah lagi. Dia rasa begitu lemah sekali. Perasaan sayangnya terhadap Umairah terlalu kuat.


Tapi sayang perasaan itu hanya dia seorang sahaja merasainya. Umairah langsung tiada hati padanya. Buntu dia memikirkan perkahwinannya yang tak seperti perkahwinan orang lain. Entah bila dia dan Umairah patut hidup begini. Entah mengapa dia seolah-olah sudah berputus asa untuk memikat hati Umairah.


Mungkin Umairah akan lebih bahagia tanpa dia di sisi. Dia akan tunggu sedikit masa sahaja lagi. Kalau perasaan Umairah masih sama terhadapnya dia tahu dia patut mengambil jalan terakhir dalam hubungan mereka. Dia tak nak memaksa hati Umairah untuk menerimanya.


Kalau betul gadis itu sayang padanya pasti gadis itu akan kembali padanya. Dan sekiranya benar jodohnya dan Umairah masih panjang pasti segala-galanya tetap akan baik sahaja. Hampir satu jam Ifran duduk melayan perasaan di dalam bilik isterinya itu. Akhirnya dia mara keluar dari bilik gadis itu. dia tidak mahu terus melayan perasaan jiwangnya di situ. Dia mahu mengadap Allah. Mahu mendapat ketenangan jiwa yang pasti. Hanya pada Allah dia berserah segalanya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:24 PM | Show all posts
xsabar nk baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 12:17 PM | Show all posts
like 100%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 6-6-2012 13:05

BAB 73


Umairah khusyuk menanda kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun pelajarnya. Kadang-kadang kala mulutnya membebel sendirian melihat cara anak-anak muridnya menjawab peperiksaan. Orang ajar lain dijawabnya lain. Geram betul rasanya.


Dah puas diajar perkara yang sama namun kesalahan yang sama terus diulangi pelajar-pelajarnya. Sejak berpisah dengan Ifran,dia kini duduk menyewa dikawasan berdekatan sekolahnya bersama seorang guru muda di sekolahnya juga.


Guru muda itu atau dikenali sebagai Fatihah merupakan guru yang dia paling rapat di sekolah. Semasa tiba di rumah sewa ini, Fatihah ternyata terkejut. Masakan tidak dengan keadaannya yang menangis dan membawa beberapa buah beg yang besar.


Pada masa itulah Umairah menceritakan segala-galanya tentang masalahnya dengan harapan gadis itu faham dengan situasinya. Alhamdullilah, Allah pertemukannya dengan orang baik. Fatihah membenarkannya tinggal bersama-sama dan berjanji untuk merahsiakan masalah Umairah dari pengetahuan orang lain disekolah mereka.


“ hoi.... apa yang kau berangan tu...” sapa Fatihah bersama tepukan pada bahu temannya. Umairah tersentak. Dia tersengih bak kerang busuk..


“ berangan apa kebendanya pulak...aku tengah tanda kertas periksa la...” balas Umairah sambil menyibukkan diri dengan kertas peperiksaan anak-anak muridnya.


“ macam lah aku tak nampak apa yang kau buat tadi...kau tanda budak kelas mana ni..” soal Fatihah sambil meletakkan minuman nescafe disebelahnya. Bau aroma nescafe yang menusuk hidung itu membuatkan Umairah tidak tenang.


Dia teringatkan seseorang. Rindu menusuk sanubarinya. Ifran adalah peminum tegar nescafe. Bukan nescafe 3 in 1 tetapi nescafe yang perlu dibancuh sendiri.


“Mai...Mai” sapa Fatihah. Dia melambai-lambai didepan Umairah.Apa kena pulak minah ni. Dah pekak ke apa..


“ yer...apa?” soal Umairah tersentak. Dia merenung wajah Fatihah yang sedang merenung kearahnya.


“ kau ni kenapa...dari tadi termenung... sampai aku tanya pun kau tak jawab.” Bebel Fatihah. Dia membelek-belek kertas ujian yang sudah separuh siap ditanda oleh Umairah.


“ tak de apa-apalah.. kau tanya apa tadi?” Umairah malas mahu melayan perasaan rindunya. Kalau dilayan makin teruk rasanya nanti.


Dia merenung gadis cantik dihadapannya kini. Gadis yang sudah bertunang namun tidak pernah mengenali tunangnya itu tersenyum kearahnya.


“ lupakan je lah soalan aku tadi.. aku dah tahu pun kelas mana kau tengah tanda sekarang ni..” balas Fatihah tenang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 01:05 PM | Show all posts

“ Ifran tak telefon kau ke?” soal Fatihah. Dia tahu Umairah sangat mencintai Ifran meskipun gadis itu tidak pernah mengakuinya. Dia pernah nampak gadis itu menangis sambil menatap gambar suaminya.


Dia tahu gadis itu sangat merindui suaminya cuma Umairah di dalam dilema. Umairah takut melakukan kesalahan yang sama terhadap sahabat baiknya. Sebab itu dia sanggup mengundur diri. Dia tidak mahu merampas lelaki yang dia sayangi buat kali ke dua.


  Umairah sekadar menggeleng. Perasaan sebak mula menguasai hatinya. Pantang disebut nama Ifran pasti dia terasa sedih. Dia tahu dia sudah terlalu sayang pada Ifran. Dia cuba fokus kepada kertas peperiksaan di hadapannya kini. Dia malas berfikir tentang suaminya itu lagi.


“ kau tak nak jumpa dia ke? Tak eloklah buat macam ni..”soal Fatihah lagi. Dalam hatinya memarahi Ifran yang tidak reti-reti datang mencari isterinya. Bukan dia tidak suka Umairah tinggal dengannya cuma dia tidak suka melihat Umairah bersedih begini.


Dia tahu Umairah masih bersedih meskipun gadis itu cuba berlagak riang. Dia faham keadaan Umairah kerana dia pernah melalui perasaan frust bercinta. Dia pernah di kecewakan malah keadaannya lebih teruk berbanding Umairah. Hampir satu tahun dia bersedih dan meratap. Payah untuk melupakan orang yang kita sayang sepenuh hati.


“ aku tak bersedialah Ihah.. suatu hari nanti dia akan tetap datang cari aku. tu pun kalau dia nak berbahagia dengan orang yang dia sayang.” Balas Umairah. Dia yakin Ifran akan datang juga untuk melepaskannya.Walaupun hatinya tak rela tapi dia tahu perkara itu adalah kenyataan.


Dia harus berani menghadapi kenyataan. Dia tidak perlu membohongi diri lagi. Lagi pun Ifran masih lagi memasukkan nafkah bulanan kepadanya setiap bulan. Ini bermaksud mereka masih sah sebagai suami isteri. Takkan Ifran tidak mahu menceraikannya jika dia ingin bersama Atikah melainkan lelaki itu sudah tidak mencintai Atikah.


“ kau betul ke nak bercerai dengan dia...aku yakin dia cintakan kau... kalau tak takkan dia boleh menangis bila kau cakap kau dah suka kat orang lain. Dia pun pernah cakap dia sukakan kau.. tak ke sangat rugi kalau korang bercerai. Kau pun sayangkan dia kan..” Fatihah memberi pendapat.


“ aku tak sure la dia suka ke tidak kat aku... aku tak nak ambik risiko. Lagi pun kitorang dah kawin 4 tahun tapi tak de apa-apa progress pon..mungkin memang kita orang tak de jodoh..” Umairah berkata lemah.


Dia menutup kertas peperiksaan yang sedang di tanda. Hilang selera mahu menanda kertas-kertas peperiksaan itu. bukan hanya kerana Ifran tetapi juga kerana rimas melihat cara pelajarnya menjawab soalan peperiksaan. Lain diajar lain dibuatnya.


“ aku yakin Ifran sayangkan kau... korang sebenarnya salah faham antara satu sama lain. Kau rasa dia tak cintakan kau begitu juga Ifran..aku sarankan bila kau dah jumpa dia nanti bagitau lah perasaan sebenar kau. mungkin keputusan yang kau bakal terima berbeza.” Cadang Fatihah. Dia nampak Umairah diam. Mungkin Umairah memikirkan cadangan yang dia lontarkan sebentar tadi.


“ malas lah nak fikir pasal dia... entah-entah dia sedang bergembira sekarang...aku aje yang terlebih emotional.” Umairah berkata sambil berdiri. Mahu merenggang-renggangkan urat yang terasa terbelit disana sini.


“ Ihah...” panggil Umairah lembut sambil memandang wajah rakan sekerja merangkap teman rumahnya itu. Ternampak isyarat mata Fatihah yang bertanya mengapa dirinya dipanggil.


“ petang ni kawan aku dari kl nak datang. Dia nak tidur 3 hari kat sini. Hari isnin ni dia cuti. Boleh kan.” Soal Umairah. Dia tahu Fatihah tidak kisah namun dia tidak mahu memandai-mandai. Inikan rumah sewa Ihah.


Sebelum ini gadis itu tinggal bertiga di rumah sewa ini. tapi semenjak kedua-dua teman rumahnya berkahwin, tinggallah Fatihah sorang-sorang di rumah sewa ini.


“ boleh... apa salahnya. Siapa?” soal Fatihah.. sekadar ingin tahu. Bukannya dia tidak mempercayai Umairah.


“ Zizie...” balas Umairah ringkas.


“ aku masaklah hari ni...” Umairah berkata lalu berlalu ke dapur. Fatihah tersenyum senang. dia memang suka Umairah masak. Best.


“ meh aku tolong.” Fatihah membalas lalu membontoti Umairah ke dapur rumah sewa mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 09:36 AM | Show all posts
haha...bila la nak terlerai dua-dua nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.079984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list