CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
Post time 23-5-2012 11:52 PM | Show all posts
rakus tak rakus sila next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2012 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 24-5-2012 23:21

BAB 57


Ifran menolak pintu  bilik yang dikongsi bersama Umairah perlahan. Entah apa yang dibuat isterinya setelah suasana yang kurang menyenangkan itu berlaku seketika tadi. Dia melihat Umairah yang duduk memeluk lutut disisi almari dengan wajah yang masam mencuka. Tiada tanda-tanda seperti gadis itu menangis. Mendengar pintu bilik mereka dibuka, pantas mata Umairah tersasar kearahnya. Lagaknya seperti helang ternampak anak ayam yang melintas didepan mata.


“ nak apa?” keras suara Umairah. Lebih garang daripada biasa.Matanya mencerun kearah Ifran yang berdiri dimuka pintu bilik mereka. Ifran mara kearah isterinya. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan demi mengurangkan bara dalam hati Umairah. Dia duduk setentang dengan Umairah.


“ tolong keluar...aku tak de mood nak gaduh dengan kau ni.” Marah Umairah. Dia menatap tajam kedalam mata Ifran. mahu terbakar rasanya jiwanya mengenangkan teguran abahnya tadi. Ifran memegang lembut tangan Umairah.Cuba memberi sedikit ketenangan kepada gadis itu... Umairah menolak kasar tangan Ifran. tenaganya 2 kali ganda lebih tinggi dari biasa.


“ mai...janganlah ambik hati sangat apa yang abah cakap tu...” pujuk Ifran. dia tidak tahu apa yang ingin dikatakan kepada Umairah. Dia memang tidak mahir dalam proses pujuk memujuk ni...


“ kau tak payah nak sibuk... tak de kaitan dengan kau pun.” Keras suara Umairah. Dia bangun mengadap tingkap biliknya. Baik mengadap tingkap berbanding memandang wajah Ifran. Hati makin sakit tatkala melihat wajah lelaki itu.. terasa lelaki itu sedang  menggelakkannya kerana dimarah oleh abah seketika tadi.


“ apa yang tak de kaitannya... aku ni suami kau kan...”tegas Ifran membalas. Dia tidak suka mendengar jawapan isterinya itu. Umairah diam. Dia malas nak bergaduh dengan Ifran. cukuplah hatinya sakit selepas dimarahi abahnya tanpa sebab yang munasabah. Umairah menekup mulutnya. Cuba menahan tangis. Sebab itu dia mahu bersendiri. Tidak mahu Ifran mahupun orang lain melihat dia menangis. Malu! Ifran memegang bahu Umairah. Berharap gadis itu memandangnya. Umairah menolak kasar tangan Ifran. Ifran memang sengaja cari gaduh gamaknya.


“ jangan nak sentuh aku..” marah Umairah. Ifran melihat mata Umairah yang merah. Tahu gadis itu sedang menahan tangis. Dia menarik Umairah kedalam pelukannya. Dia mahu Umairah bertenang. Ifran menggosok lembut kepala Umairah.Umairah menolak kasar badan Ifran. dia betul-betul naik darah dengan kelakuan Ifran yang tidak faham bahasa.


“ aku cakap jangan sentuh aku.. tak faham ke?” jerit Umairah namun tidak kuat. Dia menjeling tajam kearah Ifran supaya melepaskan dirinya. Ifran menguraikan pelukan itu perlahan. Dia tahu Umairah benar-benar marah kali ini. Dia tidak berminat untuk menaikkan lagi kemarahan gadis itu. Dia berfikir beberapa kali.Perlukah dia meninggalkan gadis ini sendiri sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memujuk Umairah. Akhirnya dia keputusan untuk meninggalkan Umairah. Dia patut memberi masa dan ruang untuk Umairah bersendiri. Kalau dia pun,dia mahu bersendiri waktu-waktu begini.


“ kalau kau nak nangis..nangis la... tapi aku rasa abah tak terniat nak marah kau pun tadi.. dia cuma nak ajar kau beradab dengan orang yang lebih tua... tu je... janganlah marah sangat.” Pujuk Ifran. umairah diam.Dia malas mahu mendengar bebelan Ifran.


“ aku keluar dulu... kau rehatlah dulu.. tenang-tenangkan kepala. Tak payah fikir sangatlah. Bukan masalah besar pun. Abah pun bukan sengaja tegur macam tu.” Pujuk Ifran lagi. Melihat Umairah diam dan tidak mahu melayannya menyebabkan dia hilang daya untuk terus berkata-kata. Dia keluar dari bilik yang sederhana besar itu.

Mahu membersihkan diri dan ke surau bersama bapa mertuanya kejap lagi. Selepas Ifran keluar..air mata umairah tidak berhenti-henti mengalir. Terasa amat sedih mencengkam jiwanya. Dia fikir dia sudah mampu menerima sekiranya abahnya lebih sayang terhadap Atikah namun nampaknya dia belum mampu. Dia terasa amat kecil bila diperlakukan begitu didepan ibu, adiknya, Atikah dan Ifran. sangat memalukan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 11:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 24-5-2012 23:32

BAB 58


Ifran masuk ke bilik milik Umairah jam 10.30 malam. Selepas bersolat isyak di surau dia sempat melepak bersama bapa mertua dan ibu mertuanya diruang tamu. Suasana didalam rumah sunyi sepi. Atikah telah pulang ke rumahnya untuk menjemput ibunya puan Zainab untuk tidur di rumah ini. manakala Sarah pula duduk didalam bilik. Mungkin tidak selesa dengan kewujudannya yang merupakan ipar lelaki.


Umairah pula masih didalam bilik.Merajuk! Sepanjang perbualannya bersama mertua seketika tadi ia lebih tertumpu kepada Umairah. Mereka memintanya menjaga dan menghargai Umairah. Mereka juga menceritakan tentang sikap-sikap Umairah yang terlalu sensitif orangnya.Dia tidak tahu pula gadis itu sensitif tapi dia tahu Umairah sangatlah ego orangnya.


Ketika Ifran masuk ke bilik perkongsian mereka, Umairah baru selesai menunaikan solat isyak. Ifran dapat melihat Umairah memandangnya bagaikan musuh. Umairah bangun lalu membuka telekungnya dan disidai pada hanger. Dia buat-buat tidak nampak suaminya yang menapak masuk ke bilik mereka. Namun jauh disudut hatinya sangatlah takut. Bagaimana dia mahu menghadapi malam ini. dengan perangai Ifran yang semakin gatal dua tiga menjak ini.


Ifran membaringkan diri diatas katil sambil merenung Umairah dengan pandangan yang menggoda. Sengaja dia berperangai begitu. Mahu menakut-nakutkan Umairah. Umairah tidak tenang. Terasa semua kerja yang dilakukan tidak kena. Umairah menyikat rambut ikal mayangnya. Dia tidak pasti untuk mengenakan tudung atau pun tidak. Tapi dia tetap perlu ‘free hair’esok hari kerana sangatlah pelik sekiranya dia bertudung didalam rumah sendiri secara tiba-tiba.



“ apa pandang-pandang.” Tegur Umairah geram tatkala melihat Ifran memandangnya bagaikan dia tak berbaju. Apalah yang ada dalam fikiran lelaki itu agaknya. Menggigil terasa di setiap genap tubuhnya.


“ you look sexy dear.” Balas Ifran sambil menghampiri Umairah yang memandangnya melalui cermin. Umairah mula menggelabah. Terus dia bangun dari depan meja solek dan mengambil apa sahaja yang mampu melindungi dirinya.


“ jangan dekat dengan aku.. kalau tak aku jerit.” Ugut Umairah. Ugutan bodoh baginya tapi dia tidak tahu apa lagi ugutan yang sesuai. Dia mengundur setapak demi setapak tatkala tubuh Ifran makin hampir padanya.


“ jeritlah.. tak kisah pun.” Balas Ifran selamba lalu mengunci pergerakan Umairah di tepi dinding. Dia dapat melihat badan Umairah menggigil ketakutan. Beberapa mutiara jernih turun dari pipi gebu itu. melihat air mata itu terus hatinya dilanda perasaan bersalah kerana  membuatkan gadis itu menangis begitu. Sudahlah gadis itu tertekan dengan isu Atikah pada petang tadi. Ifran berundur kembali lalu merebahkan badannya di atas katil.


Tidak berminat untuk meneruskan aktiviti mempermainkan Umairah. Dia simpati melihat gadis itu. Umairah lega tatkala Ifran mengundurkan dirinya. Dia mengucap syukur ke dalam hati. Tak sangka masih ada lelaki yang baik begini. Masih ada lelaki yang menolak perempuan meskipun wanita itu adalah haknya. Satu-satunya sikap Ifran yangmenyebabkan hatinya berdetak hebat. Umairah mara ke katil lalu mengambil sebiji bantal dan mencari selimut untuk digunakannya. Dia mahu tidur dibawah. Biarlah Ifran tidur diatas katil sekiranya keselamatannya lebih terjamin jika dia berbuat begitu.


“ tidur dengan aku kat atas ni...” arah Ifran. Umairah terkejut. Terus matanya memandang kearah Ifran. sangkanya Ifran sudah berputus asa. Baru sahaja hatinya memuji Ifran seketika tadi. Tapi tak sangka lelaki ini tidak sebaik itu. wajah Umairah mula pucat. Air mata kembali mencucuri pipinya.


“ tak nak..” balas Umairah tersedu sedan sambil menggeleng-geleng kepalanya.. kali ini dengan nada merayu. Dia berharap Ifran tidak membuat apa-apa keatasnya meskipun mereka halal untuk membuat semua itu. dia tidak bersedia untuk semua itu. lagipun, dia perlu memulangkan kembali Ifran kepada Atikah.


“ kalau kau tidur kat bawah tahulah nasib kau malam ni...aku janji kalau kau tidur dengan aku kat atas aku tak sentuh kau.. kita letak bantal sebagai sempadan.. tapi aku tak nak kau tidur kat bawah.. tak adil dan aku pun tak minat nak tidur kat bawah..”. balas Ifran.


“ tapi...” mendengar sahaja bantahan umairah terus Ifran bingkas bangun dan cuba membuka bajunya. Mahu mengugut Umairah! Umairah terkejut melihat tingkah laku Ifran. Terus dia bergerak dan memanjat katil. Mengikut arahan Ifran yang menyakitkan hatinya. Tetapi dia tidak mahu melawan. Takut maruahnya tergadai sekiranya dia terlalu melawan.


“ kan bagus macam tu... kau tak payah takutlah. Selama kita tinggal bersama aku tak pernah pun buat tak senonoh kat kau kan padahal peluang itu ada.. cuba mempercayai aku malam ni. Aku tak kan sentuh kau sekiranya kau tak nak.. aku masih ada perikemanusiaan... lagi pun aku sayang kat kau... takkan aku nak layan orang aku sayang macam tu..” balas Ifran lalu turut sama memanjat katil bilik mereka.


Dia membetulkan baju yang diangkat tadi. Kata-kata Ifran melegakan hati Umairah. Meskipun dia tidak mempercayai ayat terakhir lelaki itu namun ayat sebelum itu buat dirinya yakin untuk tidur sekatil dengan Ifran. dia yakin maruahnya terselamat. Umairah melihat Ifran meletakan bantal peluk sebagai penghadang diantara mereka lalu merebahkan diri untuk tidur. Nampak mulut lelaki itu terkumat kamit membaca sesuatu. Doa tidur barangkali. Umairah menghembus nafas lega. Dia turut merebahkan diri keatas katil. Diselimuti seluruh tubuh supaya Ifran tidak mampu mengintai sedikit pun tubuhnya.


“ tutup lampu.” Arah Ifran tiba-tiba memandangkan suis lampu berdekatan dengan Umairah. Umairah kecut perut. Dia takut tidur dalam gelap..


“ aku takut tidur dalam gelap.” Balas Umairah dengan perasaan malu. Terasa egonya tercabar dengan pengakuan itu tapi dia terpaksa.Dia rela malu begitu berbanding terpaksa tidur di dalam gelap.


“ jangan takutlah. Aku ada. Kalau ada apa-apa aku ada kat sebelah kau.. jangan risau okey... so pergi tutup lampu sekarang. aku tak boleh tidur dengan cahaya terang macam ni.” Suruh Ifran lagi. Umairah diam. Dia takut sekiranya tidur bersendirian dalam gelap tapi kali ini Ifran ada. Kenapa dia perlu takut. Perlahan-lahan Umairah bangun lalu menutup suis lampu biliknya.Kemudian dia melabuhkan kembali tubuhnya disisi suaminya.


Nasib baik cahaya lampu diluar masuk kedalam biliknya. Sekurang-kurangnya ada juga cahaya. Terasa tangannya dipegang seseorang. Dia cuba tarik namun tak mampu. akhirnya dia membiarkan sahaja.


“ aku tak akan buat apa-apa.. jangan risau yer.. lagipun kalau aku pegang tangan kau mesti hilang sikit perasaan takut kau tu kan.. atleast kau sedar bukan kau sorang kat dalam bilik ni. Tidur dalam gelap.” Ifran bersuara lagi. betul kata Ifran. Lagipun memang dia memerlukan seseorang ketika ini. sekurang-kurangnya bukan dia memegang tangan lelaki itu tetapi lelaki itu terlebih dahulu memegang tangannya. Jadi dia tidak perlu rasa malu mahupun terasa terhegeh-hegeh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 11:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 24-5-2012 23:39

BAB 59

Umairah membawa kek cokelat yang baru dibelinya sebentar tadi ke dapur. Dia mahu meletaknya didalam peti ais. Mungkin dalam 2 jam lagi mereka akan menyambut ulang tahun kelahiran abahnya yang ke 52 tahun. Ketika didapur dia berpapasan dengan Atikah. Umairah memasamkan muka. Dia memang tidak salahkan Atikah seratus peratus dalam kejadian semalam namun dia tetap ada rasa marah terhadap gadis itu. Dia tahu memang itu masalahnya dan dia belum lagi dapat mengawal perasaan marahnya itu dengan baik.


“ Mai pergi sorang je ke beli kek?” soal Atikah sekadar berbasa basi. Dia memang sedar yang Umairah pergi seorang diri. Dia ada dengar Ifran menawarkan diri untuk membawa gadis itu ke bandar namun ditolak oleh Umairah.Dia tidak tahu apa alasan gadis itu.


“ hmmm...” balas Umairah pendek.


“ berapa harga.. kita share lah.” Soal Atikah lagi. Masih cuba mengambil hati Umairah.


“ tak payahlah.. lagipun kau dah urus bahagian makanan ringankan.” Tolak Umairah. Dia memandang wajah Atikah yang lembut. Tiba-tiba teringat misinya untuk menyatukan Atikah dan Ifran. ye... dia tidak sepatutnya melengah-lengahkan tanggungjawabnya ini. Dia sudah penat hidup diantara Ifran dan Atikah. Dia mahu bebas. Bebas dari Ifran, bebas dari perasaan bersalah terhadap Ifran dan Atikah dan yang pasti bebas untuk mencari pasangan hidup yang akan bersamanya buat ke akhir hayat.


“ kau dah fikir belum apa yang aku tanya hari tu.” Soal Umairah tenang. Dia merenung wajah jelita didepannya kini.


“ fikir pasal apa pulak ni?” soal Atikah. Meski pun dia tahu apa maksud Umairah namun dia cuba buat-buat tidak faham.


“ pasal Ifran lah. Kalau kau setuju nak berbaik semula dengan Ifran, aku akan mintak dia ceraikan aku. pasal famili kita korang berdua tak payah risau. Biar aku je yang tanggung semua tu.” Balas Umairah. Cuba mengingatkan Atikah tentang perbualan mereka pada masa lepas.


“ aku tak bagi jawapan lagi ke hari tu...seingat aku, aku kata tak nak hari tu.” Atikah membalas tenang. Dia tidak akan sesekali kembali kepada Ifran apatah lagi kini dia merasakan Ifran sudah tiada hati padanya dan mula menyukai Umairah.


“ kau jangan nak buat lawak dengan aku Tikah... kau mesti bersama semula dengan Ifran. aku dah tak larat nak hidup bersama dia.” Arah Umairah sesuka hati. Dia mahu Atikah mengikut kata-katanya. Semua ini untuk kebahagian Atikah dan Ifran juga.


“ hei suka hati aku la... aku kata tak nak..tak nak la...ni pasal kebahagiaan aku. kenapa aku nak dengar cakap kau.” marah Atikah. Tidak puas hati apabila Umairah menyuruhnya bersama kembali bersama Ifran.


“ sebab kau tu kakak tiri aku. lagi pun kau dengan Ifran saling suka menyukai... jadi aku nak satukan korang berdua semula sebagai tanda aku nak menebus kesalahan yang aku pernah buat kat korang berdua. Aku nak tengok korang bahagia semula macam empat tahun yang lepas.” Umairah membalas tegas. Dia berharap sangat gadis berbadan tinggi didepannya memahami keinginannya ini.


“ no need... aku tak perlukan kau buat macam tu untuk tebuskan kesalahan kau...” belum lagi Atikah menghabiskan ayatnya, Umairah sudah memotong kata-katanya.


“ kau sebenarnya nak balas dendam kat aku kan sebab aku dah rampas Ifran dari kau dulu kan. Kau sengaja nak tengok hidup aku menderita...kau tau tak kenapa aku buat macam tu dulu... sebab aku benci kan kau yang suka berlagak baik tapi sebenarnya kau tak lah baik sangat...aku bukan suka pun kat Ifran tu tapi sebab dia boyfriend kau barulah aku jadikan dia laki aku...tapi...”


“ apa kau dok malalut ni Mai?” jerit satu suara yang betul-betul mengejutkan Umairah dan Atikah. Masing-masing melihat wajah lelaki yang mencerun marah kearah Umairah. Disamping lelaki itu terdapat ahli keluarganya yang lain. Umairah menjadi berang tiba-tiba. Teringat pergaduhan antara dia dan lelaki itu semalam.


Encik Ismail menghampiri Umairah dengan perasaan terbakar. Dia tidak pasti apa yang dah dia dengar dari mulut Umairah namun apa yang jelas dia mendengar Umairah menyuruh Atikah menerima Ifran dan dia ingin bercerai dengan suaminya itu.


“ apa yang kau cakap dengan kakak kau tadi... cakap”.Tengking encik Ismail. Dia sudah lama mengesan sesuatu yang tak elok antara hubungan Ifran dan Umairah namun dia tidak sangka seburuk ini hubungan mereka berdua.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 24-5-2012 23:44

“ kenapa abah?... abah nak marah Mai sebab Mai dah hancurkan kebahagiaan anak kesayangan abah... sebab Mai dah rampas boyfriend kesayangan dia demi balas dendam atas sikap abah yang pilih kasih antara Mai dengan anak kesayangan abah ni... abah ingat Mai nak sangat ke kawin muda...Mai tak hingin pun bah... Mai buat kerja bodoh dan giler tu pasal nak seksa hidup anak kesayangan abah ni.” Balas Umairah keras.


Semua mata yang memerhati terkejut dengan kata-kata Umairah. Puan Zaleha sudah mula menangis teresak-esak. Sarah tidak mampu berkata apa-apa manakala Ifran sekadar diam dengan wajah yang risau. Apalah yang bakal berlaku selepas sesi meluah perasaan ini.


“Ifran...” panggil Umairah kasar.


“ kau kan nak sangat bersama kembali dengan Tikah kan... ni lah peluangnya. Kau ceraikan aku sekarang dan ambiklah Atikah tu jadi bini kau.. aku dah tak hingin nak hidup dengan kau.” jerit Umairah lagi. Ifran tersentak. Dia menjeling ke arah Umairah namun tidak bersuara. Dia tidak mahu melayan amarah Umairah yang sedang menggila. Tiada gunanya.


“ Umairah.” Jerit suara encik Ismail. Mengejutkan seisi rumah.


“ kenapa abah... Mai ni dah cukup baik nak bagi balik laki Mai kat anak tiri abah tu... kenapa abah sayang sangat Tikah tu..dia bukan anak abah pun. Anak orang lain..orang yang Mai pun tak kenal.” Jerit Umairah. Dia sudah malas menyimpan segala-galanya didalam hati. Dia sudah tidak dapat menahan segala-galanya seorang diri.


“ pang.” Lima jari kasar melekat kemas pada pipi Umairah. Semua pemerhati terkejut. Apatah lagi Atikah. Dia menjadi serba salah. Sekali lagi kerananya Umairah dan encik Ismail berkelahi.


“ kau sedar tak kau cakap apa...Nur tu kakak kau...kakak kandung... bukan kakak tiri... kau faham tak... Nur tu anak abah...bukan anak lelaki lain...” kuat suara encik Ismail memarahi anaknya. Mahu bergegar seluruh rumah ini..


“ ini semua salah ibu...ibu tak sangka anak ibu pun buat perangai macam ibu... dulu ibu yang rampas abah dari mak uda kamu dan sekarang kamu pulak rampas Ifran dari Nur... ni memang balasan untuk ibu...” tiba-tiba puan Zaleha terjerit kecil... semua mata memandangnya..Dia terbayang segala dosa-dosa yang pernah dilakukan dizaman mudanya dulu. Sarah memeluk erat puan Zaleha. Meminta ibunya bersabar... walaupun ada perkara yang tidak difahami pada masa ini namun dia sabarkan hati. Dia perlu menenangkan ibunya dulu...


“ apa ibu dengan abah merepek ni?” soal Umairah tersekat-sekat... dia seolah-olah tertinggal sesuatu maklumat penting dalam kehidupannya. Dia merenung wajah ibu dan abahnya silih berganti. Perit dimuka kerana dilempang abahnya terasa hilang.


“ sebelum ibu kawin dengan abah, mak uda kamu merupakan isteri abah dan wujud Nur antara mereka berdua.. tapi sebab ibu ni pentingkan diri sendiri..ibu yang pisahkan mereka berdua demi mendapatkan abah kamu... Nur memang anak abah... ibu yang salah... kalau Mai nak marah..Mai marahkan ibu.. jangan salahkan abah ataupun Nur. Mereka tak bersalah.” Puan Zaleha berkata bersama linangan air mata. Dia sudah terduduk dilantai.


Dia tahu dia sudah mendapat pembalasan tatkala melihat anak kandungnya sendiri mengulang benda yang sama apa yang pernah dilakukan dahulu. Puan Zainab dan Sarah memeluk puan Zaleha sambil menangis. Masing-masing bersimpati dengan wanita tua itu. ikhlas puan Zainab mengakui bahawa dia sudah lama memaafkan puan Zaleha dan sangat berterima kasih apabila wanita itu membenarkan encik Ismail mengahwininya semula.


Umairah memandang wajah encik Ismail meminta kepastian sebelum beralih kearah Atikah. Masing-masing diam dengan mata yang berlinang air mata. Ifran menggosok lembut bahu Umairah. Cuba menenangkan isterinya yang kelihatan terkejut dengan berita yang baru diketahui. Dia sendiri terkejut dengan khabar yang baru diketahui itu. Dia tidak pasti apa yang difikirkan isterinya. Umairah menolak kasar tangan Ifran lalu melarikan diri.


Dia terus menaiki kereta wiranya dan memandunya tanpa tujuan. Ifran terkejut..begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.. namun dia tidak mengejarnya. Mungkin Umairah memerlukan ruang untuk menenangkan diri. Ifran melihat encik Ismail memeluk puan Zaleha supaya wanita itu bertenang dan banyak kali dia mendengar pujukan abahnya itu yang mengatakan segala yang berlaku bukanlah silap puan Zaleha... Ifran diam di situ. Dia risaukan keselamatan Umairah. Dia risau Umairah buat kerja gila tatkala melihat gaya pemergian isterinya sebentar tadi. Dia berdoa supaya Umairah akan kembali dengan keadaan yang tenang dan selamat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 24-5-2012 23:55

BAB 60


Encik Ismail melihat Atikah dan Ifran silih berganti. Dia perlu berkata sesuatu kepada anak dan menantunya ini. Dia akui dia sudah menyayangi Ifran seperti anak sendiri meski pun agak kecewa dengan sikap Ifran dan Umairah yang seolah-olah bermain dengan perkahwinan mereka. Namun semua tudah terlambat. Tiada gunanya lagi dia memarahi mahupun membenci Ifran. Lagipun,dalam hal ini terang lagi bersuluh kesalahan itu terletak pada bahu Umairah.


Dia juga bersalah kerana membenarkan anaknya itu berkahwin terlalu awal tanpa memeriksa terlebih dahulu faktor utama perkahwinan antara Ifran dan Umairah.Sangkanya Umairah dan Ifran saling mencintai antara satu sama lain. Sebab itu dia membenarkan sahaja anak menantunya berkahwin terlebih dahulu meski pun mereka masih menuntut di universiti pada waktu itu. Dia risau mereka berdua terlibat dengan kancah maksiat sekiranya tidak disatukan dengan segera.


Namun rupanya sangkaannya meleset. Umairah berkahwin dengan Ifran kerana berdendam dengan Atikah yang merupakan kekasih Ifran manakala Ifran pula berkahwin dengan Umairah kerana paksaan keluarganya disamping cuba melupakan Atikah yang dikatakan curang sebelum ini. Namun kini apa sudah jadi dengan perkahwinan mereka? Mungkin Ifran tiada jodoh dengan Umairah. Siapa tahu kerja yang maha Esa.


“ betul ke apa yang Mai cakap tadi... betul ke Mai kahwin dengan Ifran sebab marah dengan Atikah...” soal encik ismail perlahan. Puan Zaleha sekadar memandang. Dia lebih memikirkan Umairah yang belum pulang setelah hampir 3 jam pergaduhan besar itu berlaku. Ifran mengangguk lemah. Dia tidak tahu apa pandangan orang tua ini terhadapnya kini.


“ ye bah.” Jawabnya perlahan. Encik Ismail terdiam sejenak. Dia perlu mengatakan perkara ini demi kebahagiaan kedua-dua anak perempuannya.


“ kalau Ifran masih cintakan Nur...abah harap Ifran lepaskan Mai... abah tak kisah sekiranya Ifran nak bersama kembali dengan Nur tapi mungkin bukan masa sekarang. mungkin tunggu setahun dua lagi... tapi abah harap sangat Ifran lepaskan Mai sekarang. abah simpati dengan dia. Mungkin dia terlalu kecewa dan sedih dengan perkahwinan antara dia dan Ifran menyebabkan dia minta Tikah terima kembali Ifran. lagipun dia tak cintakan Ifran dan Ifran dan Tikah pula saling menyukai... jadi, abah rasa betul juga rancangan Mai tu. Cuma abah harap Ifran boleh bersabar. Tunggu setahun dua lagi.. abah tak nak Mai malu dengan status janda bila kakaknya sendiri kahwin dengan bekas suaminya. Abah harap Ifran faham.”


Panjang lebar encik Ismail berkata. Dia sangat berkenan Ifran sebagai menantunya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya mereka berdua tetap tidak bahagia meskipun sudah 3 tahun lebih berkahwin dan dia tidak kisah Ifran ingin bersama Atikah cuma dia mahu Ifran bersabar. Semua ini untuk Umairah. Dia mahu menjaga air muka Umairah dari dikutuk oleh orang kampung yang tidak tahu apa yang berlaku dalam keluarganya.


Memang dia salahkan Umairah dengan tindakannya mempermainkan perkahwinan namun dia tahu tiada gunanya dia salahkan Umairah dengan apa yang sudah berlaku. Atikah sendiri mengaku yang Umairah meminta dia menerima Ifran semula demi membaiki kesilapannya dahulu. Ini bermaksud Umairah sudah sedar kesilapan yang dia sudah lakukan dahulu. Ifran pula tidak boleh disalahkan seratus peratus. Baginya Ifran merupakan mangsa dalam kes ini. Menurut Sarah yang tau sedikit sebanyak kisah perkahwinan Umairah dan Ifran... Ifran sabenarnya dipaksa oleh keluarganya untuk berkahwin dengan Umairah kerana ibu dan neneknya sangat menyukai Umairah.


Ifran langsung tidak tahu niat jahat Umairah disebalik perkahwinan mereka.Sebab itu dia tidak kisah sekiranya Ifran dan Atikah mahu bersama kembali tetapi masa yang diperlukan kini. Dia tidak mahu tergesa-gesa seperti perkahwinan Umairah dan Ifran.


“ saya takkan ceraikan Umairah bah.” Jawapan tegas dari Ifran mengejutkan semua yang ada disitu. Atikah turut terkejut. Meskipun dia sendiri sudah dapat mengagak perasaan lelaki itu terhadap adiknya namun dia tidak sangka Ifran seberani dan seyakin itu. Tidak sama seperti zaman mereka bercinta dulu. Lelaki itu selalu mencurigainya.


“ saya takkan ceraikan Mai sebab saya memang cintakan dia. Mungkin dulu saya kahwin dengan dia dengan alasan terpaksa namun kini saya masih mahu bersamanya kerana saya memang cintakan dia. Saya minta abah merestui sekali lagi hubungan saya dan Mai.. saya sangat sayangkan dia dan saya janji saya akan jaga dia elok-elok lepas ni..” balas Ifran tenang. Dibuang rasa malu yang menjerut tangkai hati demi mendapat restu orang tua itu semula.


Dia mahu semua orang tahu perasaan sucinya terhadap umairah. Dia sudah tidak mahu ada sebarang masalah kerana merahsiakan perasaan ini daripada pengetahuan orang ramai. Cukuplah perkara itu berlaku sekali dalam hidupnya dahulu. Kerana sikap egonya suatu ketika dulu menyebabkan dia terlepas mendapatkan wanita itu.. dan sekiranya Umairah tahu bertapa dalamnya cintanya pasti hubungan mereka tidak akan jadi begini. Pasti tidak susah untuk dia meraih cinta dan kepercayaan gadis itu pada waktu ini.


“ tapi Mai cakap If sukakan Tikah...” balas encik Ismail perlahan namun dalam hatinya sangat bersyukur. Dia bersyukur kerana tiada penceraian bakal berlaku. Kalau ikutkan hatinya memang dia tidak mahu Ifran dan Umairah bercerai tapi sekiranya tiada jodoh dia tidak mampu untuk berkata apa-apa.


“ itu dulu... Mai dia tahu If memang sukakannya namun dia ragu-ragu  kerana perasaan ini masih baru dalam diri If. Tapi ikhlas If katakan memang If sayangkan Mai dan If takkan ceraikannya walau apa pun yang berlaku.” Balas Ifran tenang. Dia mahu seisi keluarga itu mengerti rasa hatinya.  Encik Ismail tersenyum senang mendengar kata-kata pemuda didepannya kini manakala Sarah dan puan Zaleha pula mengucap syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi.


“ tapi.... Nur macam mana? Nur tak marah kat Mai ke?”soal puan Zaleha pula.. dia tidak mahu bersikap mementing diri sendiri..kebahagiaan Atikah juga penting buatnya. Atikah tersenyum manis dengan pertanyaan puan Zaleha. Dia menguatkan hati untuk menempuhi cabaran yang menimpa diri. Lagipun, ini sebenarnya harga yang dia perlu bayar kerana cuba merampas Ifran dari Umairah suatu ketika dahulu. Dia masih ingat kenangan empat tahun lepas. Dia dan Umairah sama-sama menyukai Ifran dan memang dia menyedari Ifran menyukai Umairah pada waktu itu.


Namun, dia sendiri tidak tahu mengapa,tiba-tiba sahaja Ifran menunjukkan minat kepadanya pula. Dan dia dengan pantas menerima perasaan Ifran dengan harapan Ifran akan berputus asa terhadap Umairah dan Umairah juga berhenti mengharapkan Ifran. Lagipun, dia dapat rasakan perasaan Umairah kepada Ifran ketika hanyalah minat.. tidak sepertinya.Perasaan dia terhadap Ifran adalah cinta yang suci dan murni. Lagipun, dia yakin Umairah pasti tidak kisah dengan perkara itu. Mereka berdua pernah berjanji yang lelaki tidak akan menjadi faktor yang merosakkan hubungan mereka.


Mungkin ini adalah balasan kepadanya kerana terlalu tamak suatu ketika dahulu. Sebab itu, setelah kehilangan Ifran dia sudah berjanji untuk tidak bersikap tamak begitu lagi.Cukuplah sekali dia melakukan kesilapan terhadap Umairah secara tersembunyi begitu. Dan kini sekarang, jelas lagi nyata jodoh antara Umairah dan Ifran lebih kuat.


“ Nur dah lama redha mak... Nur pun harapkan yang terbaik untuk Mai.” Balas Atikah lembut. Sarah segera memaut bahu kakaknya. Dia tidak pasti apa yang dirasai Atikah namun kalau dia lah ditempat Atikah belum tentu dia akan menjadi sebaik ini. Mustahil dia mahu memberi orang yang disayangi kepada orang meskipun orang itu adik sendiri. Nur atikah terlalu baik pada pandangannya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2012 06:56 AM | Show all posts
sedih la plk...

next
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2012 09:21 AM | Show all posts
sedih la plk...

next
sarizu Post at 25-5-2012 06:56


lady pun sedih.... salah faham yg boleh dielakkan dari dulu lagi sepatutnya. Tak pasal pasal.... ayahnye pun... dulu menggatal tak hengat!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2012 07:25 AM | Show all posts
lady pun sedih.... salah faham yg boleh dielakkan dari dulu lagi sepatutnya. Tak pasal pasal.... ...
ladyFinger12 Post at 25-5-2012 09:21


eh, ayahnya ke yg gatal? tak ke dia kawin kali ke2 krn dipksa...?
yg silapnya mak mai...skrg mai plk yg ikut prgai mak dia...bak kata pepatah - hukum karma
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 11:51 AM | Show all posts
eh, ayahnya ke yg gatal? tak ke dia kawin kali ke2 krn dipksa...?
yg silapnya mak mai...skrg ma ...
sarizu Post at 26-5-2012 07:25


alahh.... tak de maknanya! habih tu yg keluar si mai tu apa? Bukan gateiii jugak?

Sorry... lady memang prejudis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 08:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 26-5-2012 20:18

BAB 61


“ ya Allah” seru Ifran sambil badannya terduduk disofa ruang tamu rumah mertuanya dengan lemah longlai. Telefon dalam genggamannya hampir terlepas setelah mendapat berita yang tak terduga itu. Puan Zaleha dan encik Ismail merenung wajah menantunya yang kelihatan pucat tak bermaya. Mereka berdua bergegas menghampiri Ifran demi mengetahui apa yang menyebabkan Ifran menjadi sebegitu.


“ kenapa ni If?” soal Puan Zaleha. Dia merenung wajah menantunya dengan renungan ingin tahu. Perasaan ingin tahunya melonjak naik. Encik Ismail sekadar mendengar meskipun hatinya turut sama dihantui rasa ingin tahu.


“ Mai bu... Mai...” Ifran tidak mampu menyambung kata. Kepalanya seolah-olah tidak mampu berfikir dengan jelas. terasa gelap dunianya.

“ kenapa dengan Mai?” Soal encik Ismail dengan pantas. Hatinya sudah tidak setenang tadi. Setelah pertengkaran itu berlaku tengahari tadi hingga kini Umairah masih belum menunjukkan rupanya.


“Mai accident. Dia dalam icu sekarang.” terkeluar jua ayat yang paling tidak ingin didengari oleh puan Zaleha dan encik Ismail. Kedua-keduanya kelihatan mahu rebah namun masih mampu duduk disofa dengan lemah. Tiba-tiba terdengar gelas kaca terhempas dibelakang mereka. Pantas kepala Ifran, puan Zaleha dan suaminya tersasar kearah bunyi gelas terhempas itu tadi. Terlihat wajah Atikah yang terkejut. Matanya mencurah-curah mutiara jernih. Puan Zaleha segera memeluk anak tirinya. Mahu menenangkan Atikah yang kelihatan pucat tak berdarah itu.


“ sabar Nur..sabar...” pujuk puan Zaleha. Dia yang asalnya masih mampu menahan tangis turut menangis bersama-sama anak tirinya itu.


“betul ke mak... Mai accident?” soal Atikah dengan suara yang serak dan tergagap-gagap. Dia berdoa sepenuh hati supaya dia tersalah dengar perbualan antara Ifran dengan ibubapanya.


Puan Zaleha memeluk Atikah lebih kemas. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan itu. dia hanya mampu menangis teresak-esak.. dia tidak sanggup menghadapi perkara sebegini.


Ifran resah melihat suasana kini. Baginya suasana sedih sebegini tidak patut berterusan. Mereka perlu mendapatkan Umairah segera. Umairah memerlukan sokongan mereka.


“ jom kita ke hospital sekarang.” tegur Ifran tiba-tiba. Baginya tiada gunanya mereka semua tenggelam dengan kesedihan tanpa melakukan apa-apa. Mereka perlu bergegas ke hospital dimana Umairah ditempatkan sekarang. mereka yang lain sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Ifran.


“ ibu, abah, Tikah janganlah risau sangat... insyaAllah takde apa-apa berlaku kat Mai. Kita doakan Mai selamat.” Pujuk Ifran lagi. Dia tahu apa yang dirasai oleh mereka kerana itu yang dirasainya. Ayatnya itu tadi sebenanarnya untuk menenangkan hati sendiri.


“ betul kata If tu Leha, Nur. Jom kita bersiap. Mai tengah tunggu kita.” Sokong encik Ismail. Meskipun hatinya menangis namun dia tidak patut menunjukkan kesedihan itu diluar. Dia perlu kuat didepan isteri dan anaknya. Supaya mereka mendapat semangat dengan melihat semangat yang ada pada dirinya. Atikah membawa langkah longlai kebiliknya. Dia perlu bersiap dan memberitahu berita buruk ini kepada adiknya Sarah. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada Sarah kerana Sarah sangat akrab dengan Umairah malah lebih akrab berbandingnya dengan Umairah. Dia memanjatkan doa supaya Allah panjangkan umur adiknya yang sangat disayangi itu. semoga dia sempat meminta maaf atas kesalahan yang dia tidak pernah sedari dilakukan keatas Umairah selama ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 08:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 26-5-2012 20:24

BAB 62


Umairah membuka matanya perlahan. Terasa amat kabur pandangan matanya. Dia melihat wajah-wajah yang cukup dikenalinya dengan pandangan bingung. Dia tidak pasti apa yang sedang berlaku kini. Yang pasti dia merasa sakit seluruh badannya. Dia menjeling tangannya yang dirasai dipegang oleh seseorang. Ifran memegang tangannya erat. Dia tidak mampu menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. dia membiarkan sahaja. tak luak mana pon.


“ Mai...Mai..” panggil suara yang cukup dikenali. Puan Zaleha memandangnya dengan mata yang bercucuran air mata. Umairah melemparkan senyuman walaupun payah. Otaknya masih kabur. Dia tidak ingat bagaimana dia boleh terlantar di hospital sekarang ini.


“ kenapa Mai kat sini bu?” soal Umairah dalam payah.Tekaknya terasa kering dan bibirnya terasa pedih untuk berkata-kata. Dia terasa tangannya yang sebelah lagi dibelai lembut. Dia menjeling pemegang tangannya itu. Sarah. Adik perempuannya dan disebelahnya Atikah. Nampak sahaja Atikah,  terus segala memori yang berlaku dua hari lepas menjengah otaknya hinggalah bagaimana dia boleh terlantar dihospital kini. Dia merenung lama wajah cantik di depannya kini. Dia lihat wajah itu lencun dengan air mata.


“ Mai accident dua hari lepas. Dah 2 hari mai tak sedar.”Balas puan Zaleha dengan suara yang serak. Mutiara jernih masih lagi melimpah dipipinya. Dia terpandang wajah abahnya yang tenang disebelah ibunya. Teringat pergaduhannya dengan lelaki itu. ahh..abah. tidak pernah risau tentang aku. kalau sekarang ini yang duduk terlantar ini Atikah pasti lelaki itu sudah menangis sama seperti ibunya kini.


“Mai ok tak ni...” soal ibunya lagi. Umairah sekadar mengangguk. Tiba-tiba Ifran melepaskan genggaman. Dia merenung lelaki disebelahnya itu.


“ biar If panggil doktor bu.” Ifran tiba-tiba mencelah.Mereka patut melaporkan kepada doktor tentang kesedaran Umairah dari komanya.Doktor lebih tahu apa yang patut dilakukan seterusnya.


“ betul tu abang If... kak Mai nampak macam sakit je.”Balas Sarah tatkala melihat wajah Umairah yang berkerut menahan kesakitan yang menyapa tubuhnya. Ifran segera keluar demi memanggil doktor yang bertanggungjawab dalam kes Umairah.


“ Mai sakit ke?” soal Atikah pula. Risau dia melihat wajah Umairah yang merintik peluh dan sudah bertukar pucat itu. Umairah diam tidak menjawab. Dia hanya mampu memejam mata demi menahan rasa sakit yang mencucuk-cucuk dikepalanya dan sesetengah kawasan pada badannya. Ifran muncul bersama doktor Zubaidah. Doktor Zubaidah segera menghampiri Umairah dan mengambil tekanan darah wanita itu. setelah diperiksa beberapa tempat dia meminta jururawat yang menemaninya menyuntik Umairah dengan ubat tahan sakit.


“ kita biarkan puan Umairah berehat dulu. insyaAllah,kalau keadaannya makin pulih mungkin lagi 2 minggu dia dah boleh keluar hospital. Saya sarankan biar encik Ifran dan ahli keluarga yang lain balik berehat dululah. Puan Umairah mungkin hanya sedar malam ni.” Nasihat doktor Zubaidah. Ifran sekadar mengangguk tanda memahami pesanan doktor muda itu.


“ abah, ibu, Sarah dan Tikah balik dululah. Rehat dan makan dulu. Biar If je yang jaga Mai kat sini.” Pinta Ifran setelah pemergian doktor zubaidah.


“ ish tak pe lah If. If dengan yang lain balik. Biar ibu je yang jaga Mai kat sini.” Tolak puan Zaleha. Hatinya tidak tenang untuk meninggalkan Umairah sendirian disitu.


“ tak pe lah bu. Ibu pun dah dua hari tak tidur.. biar If yang jaga Mai sekarang. nanti malam karang kita tukar shif pulak.” balas Ifran.dia kesian tengok puan Zaleha yang kelihatan sangat penat. Apa salahnya dia sebagai suami Umairah menjaga isterinya yang sedang sakit.


“ betul kata If tu.. nanti Mai dah sihat awak pulak yang sakit. Kita balik rehat dulu... nanti petang kita datang balik. Tukar shif dengan dia.” Pujuk encik Ismail. Dia tahu perasaan puan Zaleha kerana perasaan yang sama ada padanya. Tapi apa boleh buat. Mereka juga memerlukan rehat. Lagipun Umairah sudah melepasi tahap kritikal. Jadi mereka tidak perlulah terlalu risau lagi.


“ hmmm... kalau macam tu petang nanti ibu datang lagi... If pun pergilah makan dulu. Lepas makan baru sambung jaga Mai. Nurse ada kat sini. Jadi tak payah risau sangat.” Pesan puan Zaleha. Ifran sekadar mengangguk dengan kata-kata puan Zaleha. Akhirnya mereka berpisah disitu sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 08:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 26-5-2012 20:33

BAB 63


Umairah seperti biasa berpura-pura tidur tatkala mendengar suara yang cukup dikenali datang melawatnya. Dia belum lagi bersedia untuk berdepan dengan orang-orang ini apatah lagi dalam keadaannya yang tidak sihat. Terasa satu tangan kasar menyentuh tangannya. Dia yakin itu tangan ifran. takkanlah tangan Atikah sekasar dan sebesar itu. biasanya kalau ibu dan adiknya Sarah yang datang melawat dia akan melayan sahaja tapi kalau yang datang melawatnya ialah Atikah, abahnya mahupun Ifran dia tidak sanggup menghadapi wajah-wajah itu. dia tidak pasti apa yang dirasai kini.


Tapi yang pasti rasa marah masih lagi membara disudut hatinya disamping rasa bersalah yang amat keatas Atikah atas layanan buruknya yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap gadis bertubuh tinggi lampai itu. Ifran memandang wajah Umairah yang lena dikatil hospital. Menurut doktor Zubaidah, Umairah akan dibenarkan keluar minggu hadapan. Ifran yakin kadang-kadang Umairah sengaja berpura-pura tidur tatkala dia mahupun encik Ismail dan Atikah datang melawat namun dia biarkan sahaja. Dia tidak pasti apa perasaan encik Ismail dan Atikah namun jauh disudut hatinya sedikit berkecil hati dengan sikap Umairah.


Tidak tahukah Umairah bertapa rindunya dia untuk berbual dengan gadis itu. Dia tidak pasti kini Umairah sekadar berpura-pura tidur ataupun sebaliknya, namun bila dikira dengan hari sudah hampir seminggu dia dan Umairah tidak bercakap antara satu sama lain.


“ hmm...tak de rezeki kita nak berbual dengan Mai hari ini. Tidur pulak dia.” Puan Zaleha mencecah suasana sunyi tatkala semua orang melihat Umairah nyenyak dilamun mimpi. Mesti gadis itu bosan sebab itu dia lebih banyak tidur apabila berada dihospital.


“ biar je la dia tidur mak...mesti dia bosan tu dok kat hospital sorang-sorang. Tak de benda nak buat.” Balas Atikah pula. Dia memandang raut wajah pucat Umairah. Dia melihat wajah Umairah yang terdapat calar balar kesan dari kemalangan tempoh hari. Balutan di kepala gadis itu sudah boleh dibuka. Cuma tinggal balutan pada kaki sahaja lagi. Kata doktor yang bertanggungjawab, balutan pada kaki Umairah boleh dibuka dalam masa beberapa hari lagi.


“ kak Nur ni baik lah..” tiba-tiba Sarah berkata-kata.Mungkin kerana bosan dia mengeluarkan topik itu. Kata-kata Sarah mengundang perasaan ingin tahu Umairah. Apa pulak kali ini. Namun Umairah masih berpura-pura tidur. Dia mahu mendengar perbualan seterusnya antara Sarah dan ahli keluarganya.


“ a’ah ibu pun rasa macam tu Sarah... Nur ni baik sangatlah.” Sokong puan Zaleha.


“ kenapa kata macam tu mak, Sarah... Nur ni sama je la macam orang lain.” Balas Atikah rendah diri. Dia sebenarnya tidak suka orang memujinya begitu. Baginya, segala yang dilakukan adalah ikhlas dari hatinya.


“ ye lah...kak Nur tak marah pun apa yang kak Mai dah buat kat kak Nur, malah kak Nur sanggup bagi abang If kat kak Mai. Bukan itu je... kak Nur pun sanggup derma darah kak Nur kat kak Mai.. kalau takde kak Nur..tak tahu lah macam mana nasib kak Mai...” balas Sarah.


“hish Sarah ni... bukan kak Nur bagi abang If kat kak Mai..tapi memang kak Nur dengan abang If dah tak de jodoh..jodoh antara kak Mai dengan abang If lagi kuat... lagi satu...kita kan satu keluarga. Kalau yang terlantar ni kak Nur, kak Nur yakin kak Mai pun akan buat benda yang sama.”Sangkal Atikah. Dia tidak suka pujian begitu. Takut menimbulkan riak di hati.Tak memasal tinggal kosong pahalanya.


“ memanglah betul apa yang kak Nur cakap tu.. tapi kak Nur langsung tak marah mahu pun kecil hati dengan sikap kak Mai.. kalau lah Sarah..huh belum tentu Sarah senang-senang maafkan orang yang dah rampas boyfriend Sarah.”


“ a’ah betul tu Nur..mak dan abah pun rasa benda yang sama. Dah tu siap tak nak bagi tau kat Mai yang Nur dah selamatkan nyawanya.Nur ni memang baiklah. Mak kagum sangat.” Balas puan Zaleha. Encik Ismail sekadar mengangguk-angguk kepalanya manakala Ifran sekadar menjadi pemerhati perbualan itu. Tidak berminat untuk bersembang dengan ahli keluarga mertuanya.Fokusnya lebih kepada Umairah yang terbaring diatas katil hospital. Kadang-kadang dia melihat wajah Umairah yang sedang lena.


“ Nur bukan apa mak, Sarah... nur tak nak Mai rasa serba salah dengan Nur. Lagipun Nur memang ikhlas tolong dia. Nanti kalau Nur dok canang apa yang Nur buat, buat hilang pahala je...Dah la tu kita sembang.. Baik kita diam je.. nanti terkejut pulak Mai. Biar je la dia berehat.” Balas Atikah lembut.Puan Zaleha dan Sarah tersenyum senang kearah Atikah. Kekaguman terhadap ketabahan Atikah semakin berlipat ganda. Bagi mereka tak semua orang boleh berfikir begitu.


Ifran perasan ada air jernih mengalir dari celah mata Umairah. Dia yakin gadis itu berpura-pura tidur sahaja. Tapi, dia tidak mahu kecoh perkara itu. Dia tidak mahu ahli keluarga yang lain berfikir bukan-bukan tentang isterinya. Dia tahu, Umairah belum bersedia bertemu muka dengan abahnya dan Atikah mungkin juga dirinya. Ifran menyapu lembut air mata pada pipi isteri kesayangannya itu. mungkin gadis itu terharu dengan cerita tadi atau pun dia terasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Dia menggosok lembut tangan gadis itu. cuba menyalur kekuatan di situ supaya gadis itu sedar kewujudannya sebagai suami yang sering menyokongnya dari sisi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 08:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 26-5-2012 20:46

BAB 64


`           Umairah bersendirian di biliknya tanpa membuat apa-apa. Selepas dia keluar hospital 3 bulan yang lepas terus sahaja dia mengikut Ifran pulang ke seremban. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan mahu mengelak dari abahnya dan Atikah. Kalau ikutkan hatinya tak hingin dia tinggal bersama Ifran lagi namun itu sahaja caranya demi mengelak dari abahnya. Dia akui perasaan marah terhadap abahnya tidaklah tinggi mana namun dia malu untuk berhadapan dengan abahnya dan Atikah disamping perasaan bersalah yang mendalam terhadap Atikah.


Dia tidak mampu menghadapi kedua orang tersebut... dia perlukan masa untuk berdepan dengan mereka. Semenjak dia pulang ke rumah Ifran, dia turut melancarkan perang dingin dengan Ifran. mereka tidak lagi bergaduh seperti dahulu. Cuma dia tidak lagi berbual dengan lelaki itu. Kadang-kadang hampir seminggu dia tidak bersua muka dengan Ifran. mana taknya, selesai saja masak dia akan makan dahulu dan kemudian dia akan mengetuk pintu bilik Ifran untuk memanggil lelaki itu makan.


Selepas itu dia terus membawa diri ke bilik tanpa bertemu muka dengan suaminya itu. kalau waktu mengemas pula dia akan sedaya upaya memilih waktu lelaki itu tiada dirumah. Apatah lagi Ifran kelihatan sibuk semenjak dua menjak ini. Port depan tv pula kini tidak lagi menjadi tempat kegemarannya melainkan waktu dia menanti Ifran pulang kiranya sudah lewat malam. Hanya satu habit itu sahaja yang dia tidak pernah ubah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Yang pasti, setiap kali dia tertidur didepan tv pasti esokkan paginya dia sudah berada dibiliknya.


Umairah merenung luar rumahnya yang tiada apa-apa yang boleh dilihat itu.. dia akui dia tidak pernah marahkan Ifran namun dia sengaja membuat perangai begitu. Mahu memberi tekanan kepada Ifran. Dia mahu Ifran menceraikannya segera. Ini untuk kebaikan Ifran dan Atikah juga. Sejak mengetahui Atikah itu kakak kandungnya sendiri,hatinya bertambah-tambah perit mengenangkan kesalahan yang dilakukan kepada Ifran dan Atikah. Terasa dirinya sangat bodoh.. buat sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah.


Sebab itu dia semakin nekad untuk bercerai dengan Ifran meskipun jauh disudut hatinya terasa sayu untuk membuat semua itu. Umairah menjeling jam didinding biliknya. Pukul 2 petang. Dia yakin Ifran tiada dirumah kini kerana lelaki itu sudah keluar selepas bersarapan pagi tadi. Meski pun hari ini hari ahad, Ifran tetap bekerja. Mesti terlalu banyak kerja yang perlu disudahkan. Umairah keluar dari biliknya. Naik rimas dia berada dibilik itu tanpa membuat apa-apa. Dia duduk disofa dihadapan tv. Mahu menonton cerita yang dia sendiri tidak tahu apa yang ada pada waktu ini. Baru sahaja tv yang bewarna kelabu itu mengeluarkan cahaya, satu suara menyinggah telinganya. Umairah mengurut dada kerana terkejut.


“ hai lama tak nampak.” Sapa suara dibelakang Umairah. Umairah kenal suara itu. dia cepat-cepat mencapai tudung yang sengaja dibawa kehulur kehilir sekiranya berada dirumah. Mahu bersedia sekiranya Ifran pulang secara mengejut.


“ ala kau ni..tak payah pakai tudunglah...macam aku tak pernah tengok kau free hair. Bukan dapat dosa pon kalau tunjuk kat aku rambut kau tu.” Sambung Ifran sambil melabuhkan diri disebelah Umairah. Umairah buat tidak kisah dengan kata-kata Ifran. Dia terus menyarung tudung ke kepala.Umairah bingkas dari kerusi dan mahu ke biliknya. Tak kuasa dia mahu bermesra dengan Ifran disitu. Namun segalanya tak menjadi. Satu tarikan kuat pada lengannya menghalang Umairah dari meninggalkan ruang tamu itu.


“ nak kemana. Duduk kat sini temankan aku.” tinggi suara Ifran. dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai keras kepala Umairah. Kalau 3 bulan yang lepas dia sengaja biarkan je Umairah buat perangai. Dia mahu lihat sejauh mana gadis itu akan buat tunjuk perasaan. Lagi pun dia sendiri agak terasa dengan tingkah laku Umairah dan dia berharap gadis itu menegurnya dahulu setelah perang dingin ini terjadi. Namun segala tidak menjadi... setelah hampir3 bulan perkara di rumah mertuanya terjadi, hingga hari ini gadis itu tidak bercakap dengannya melainkan perkara yang penting sahaja.


Umairah cuba menarik lengannya dari genggaman Ifran. dia benci diperlakukan begitu. Ifran menarik kuat tangan Umairah sehingga gadis itu terjatuh keatasnya. Umairah menjeling kearah Ifran. berharap Ifran faham makna jelingannya dan melepaskannya. Namun benda lain yang terjadi. Wajah Ifran makin menghampiri wajahnya menyebabkan Umairah semakin kalut. Dia cuba melarikan wajah dari lelaki itu namun tidak mampu.


“ lepaskan aku...” jerit Umairah. Wajahnya sudah bertukar warna. Takut dengan sikap Ifran yang berbeza dari biasa.


“ ada pun suara..ingatkan dah bisu lepas accident hari tu.” Bidas Ifran. Dia tersenyum sinis kearah Umairah. Terasa menang kerana berjaya memaksa gadis itu bersuara. Ifran meletakkan Umairah disisinya namun pegangan pada tangan gadis itu tidak dilepaskan. Tidak mahu gadis itu meninggalkannya.


“kalau aku bisu pun kau peduli apa...ada aku susahkan kau.”marah Umairah. Dia masih menarik tangannya dalam genggaman Ifran.


“ cakap elok-elok sikit...aku ni suami kau... mestilah aku peduli kau bisu ke tak”. Marah Ifran.


“alah kau tak payah nak berlagak suami penyayang kat sini.. menyampah aku..” Umairah berkata sinis. Benci dia mendengar kata-kata Ifran yang dirasakan berlagak baik itu.


“Mai...kau tahu tak aku sayang kat kau...aku cintakan kau...kenapa kau nak buat perangai macam ni.”. soal Ifran tegas. Mengapa Umairah tidak pernah percaya yang dia sudah mula menyukai isterinya itu.


“hahaha...funny.. tak payah nak buat lawak tak menjadi kat sini. Aku tak de mood nak layan.” Tingkah Umairah dengan perasaan jelik. Dia memandang wajah Ifran yang menatapnya serius.


“ape yang lawak sangat... aku cakap aku cintakan kau..aku sayang kan kau..apa yang lawak sangat benda tu.. percayalah cakap aku...aku cinta kan kau...faham tak..”keras suara Ifran. macam mana lah mahu disedarkan Umairah tentang perasaannya. Adakah Umairah sengaja berbuat begitu demi membalas dendam dengan sikapnya terhadap gadis itu terdahulu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2012 08:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 26-5-2012 20:52

“ kalau kau cintakan aku... Atikah kau nak campak kat mana... ke laut..kau tahu kan aku dengan Tikah tu adik beradik kandung dan kau boleh pilih salah satu je antara kami. Tak payah nak buat macam tu la If kalau semata-mata kau nak balas dendam kat aku... tak perlu...lebih baik kau utamakan kebahagiaan kau berbanding membuang masa membalas dendam kat aku macam ni.” Tinggi suara Umairah. Dia mahu Ifran sedar yang kepura-puraan Ifran dalam mencintainya bukan suatu perkara yang betul. nanti Ifran akan menyesal sepertinya yang menyesal menggunakan kebahagiaan sendiri untuk membalas dendam.


“ apasal pulak aku nak balas dendam...aku bukan macam kau yang sanggup buat apa saja demi balas dendam. Aku cakap aku cintakan kau sebab aku memang cintakan kau. aku dah tak de perasaan kat Tikah. Dia sendiri dan satu famili dah tahu yang aku cintakan kau...bukan Tikah... apa lagi yang kau tak nak percaya.” Terang Ifran. sukar betul meyakinkan Umairah tentang perasaannya. Dia boleh faham kalau Umairah tiada hati padanya namun dia tidak boleh terima apabila Umairah tak nak percaya yang perasaannya kini ikhlas buat gadis itu.


“ weh kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak percaya cakap kau... baru beberapa bulan yang lalu kau masih tergila-gilakan Atikah dan benci gila kat aku. alih-alih sekarang kau cakap kau suka kat aku... kau ingat aku nak percayalah cerita karut macam tu...tolong la..” Umairah memandang kearah lain. Meski pun mulutnya mengatakan tidak percaya dengan kata-kata lelaki didepannya kini namun jauh disudut hatinya berharap perkara itu benar. Hatinya seolah-olah mahu tercabut dek rasa berdebar-debar yang melampau.


“ apa masalahnya..orang lain boleh jatuh cinta sekelip mata dan tak mustahil untuk aku jatuh cinta dengan kau setelah hampir 4 tahun kita kawin... tak pelik bagi aku perkara macam ni terjadi...” Ifran masih cuba meyakinkan Umairah. Kalau dulu dia memang tidak menyangka yang dia akan meyukai Umairah malah sangkanya dia mampu membenci Umairah buat selamanya namun kini dia tidak sangsi lagi.. dia cukup menderita beberapa bulan ini dengan sikap dingin Umairah yang tidak ingin bertegur sapa mahupun bertemu muka dengannya.


Kalau dulu rasa rindunya begitu kuat kepada Atikah tapi kini tidak lagi... rindunya terhadap Umairah lebih kuat dari itu meskipun mereka berkongsi rumah yang sama. Malah dia sering teringatkan Umairah apa bila berjauhan dengan gadis itu. Dia yakin hatinya sudah terpaut pada isterinya.


“ orang lain jatuh cinta sekelip mata sebab orang dia cintai tu cukup hebat untuk buat dia jatuh cinta. Tapi aku bukan orang yang mampu buat macam tu apatah lagi kau begitu bencikan aku dan juga turut menyukai orang yang jauh lebih baik dari aku. mustahil kau jatuh cinta pada aku disaat kau masih cintakan Atikah sedangkan Atikah jauh lebih sempurna berbanding aku...” balas Umairah. Dia memandang kedalam mata Ifran yang merenungnya dengan renungan yang dalam. Dia tidak tahu macam mana mahu menafsirkan renungan itu namun renungan itu cukup buat hatinya tidak menentu. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. Tidak mampu rasanya melawan pandang begitu.


“tengok aku....aku jauh hensem dari tv kat depan kau tu... nape? Kau takut jatuh cinta kat aku kalau tengok aku lama-lama or kau sememangnya dah jatuh cinta pada aku cuma tak nak mengaku saja.” Soal Ifran tenang tatkala melihat wajah Umairah yang agak menggelabah ketika melawan pandangannya. Bukan sekali Umairah begitu namun banyak kali.


“jangan nak perasan kat sini... aku pernah cakap yang aku tak kan jatuh cinta kat kau buat selama-lamanya.” Balas Umairah keras. Dia cuba menutup rasa tidak senang dihatinya dengan menjawab kasar pertanyaan Ifran.


“ asal takut sangat tengok muka aku? pandang sini...” soal Ifran tak puas hati. Dia menarik badan Umairah supaya gadis itu mengadap wajahnya.


“ aku bukan takut tengok muka kau just memang aku jenis tak boleh nak tenung mata orang lama-lama. Bukan benda yang peliklah tu...ramai lagi orang kat luar macam tu...takkan semua orang kat luar tu cintakan kau. tolong la..tak payah nak perasan sangat.” Balas Umairah jengkel. Dia memandang wajah Ifran yang memandangnya. Dia dapat rasa tangannya menggigil kerana debaran yang cukup hebat didadanya. Umairah tunduk.


Dia tidak mampu nak buat begitu lagi. Kalau dulu dia mampu sahaja melawan mata lelaki itu tapi kini tak lagi. Dia sendiri tidak mengerti.


“ meskipun kau tak cintakan aku tapi aku nak kau tahu yang aku jatuh cinta kat kau bukan sebab kau cantik, kau baik or apa-apa je lah... tapi aku jatuh cinta kan kau sebab diri kau. kalaulah aku jatuh cinta kerana rupa atau sikap semestinya aku memilih Atikah yang jauh lebih baik dari kau tapi tak sebab aku memang dah jatuh cintakan kau. aku memang tak de sebab specifik yang aku boleh bagi tentang mengapa aku menyukai kau tapi aku harap kau mengerti yang aku sangat sayang dan cintakan kau. malah aku boleh katakan cinta aku kini lebih kuat berbanding cinta aku terhadap Atikah.. kau fikir lah Mai..aku takkan paksa kau untuk cintai aku tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betul cintakan kau tanpa niat lain dan aku nak teruskan perkahwinan kita dengan cara yang betul. macam pasangan lain. Bukan seperti sekarang.”

Ifran berkata panjang lebar. Dia tahu dia tidak boleh memaksa Umairah untuk menyukainya mahupun mempercayai kata-katanya. Namun dia sangat berharap Umairah faham isi hatinya kini dan isyaAllah buat selama-lamanya hanya untuk dia. Ifran meninggalkan Umairah disofa itu lalu ke biliknya. Dia mahu gadis itu berfikir dalam-dalam kata-katanya tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 09:20 AM | Show all posts
salam....morning.....

takde lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 12:14 AM | Show all posts
fuhhh...maraton...baru balik holiday nih

next!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 12:17 AM | Show all posts
alahh.... tak de maknanya! habih tu yg keluar si mai tu apa? Bukan gateiii jugak?

Sorry... ...
ladyFinger12 Post at 26-5-2012 11:51


wah wah wah...
pejuang wanita betui
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 08:20 AM | Show all posts
urmm..tambah satu je..igt leh marathon,,hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 29-5-2012 13:28

BAB 65


“what?” jerit Zizie terkejut.. dia tidak sangka telinga akan mendengar berita sebegini. Siapa sangka musuh yang dibenci oleh Umairah selama ini merupakan kakaknya sendiri. Kakak kandung!! Apa dah jadi ni..


“ biar betul Mai?” soal Zizie lagi. Dia seolah-olah tersalah dengar cerita yang dibawa oleh Umairah.


“ tak lah..aku buat lawak je.” Balas Umairah selamba.Geram dengan sikap Zizie yang melampau terkejut. Tapi kalau dia Zizie pun dia akan terkejut dengan berita sebegitu.



“ ya Allah..panjang betul jodoh korang.. dah pastu kau macam mana?” soal Zizie lagi. Teringat misi Umairah untuk membalas dendam terhadap sahabat baiknya dulu. Apalah agaknya perasaan Umairah bila mengetahui kebenaran ini.



“ macam mana apa?” Umairah kabur dengan pertanyaan temannya. Cubalah bagi soalan lengkap sikit cik Zizie oi.


“ ye lah...kau kan tak suka kat dia sebab kau ingat mak dia yang rampas abah kau kan”. Terang Zizie. Lemau betul la si Umairah ni. Kerja aje cikgu... Benda macam ni pun nak kene describe..


“tu la pasal Zie...bodoh kan aku..alih-alih rupanya dia tu kakak kandung aku..so that mean bukan mak dia rampas abah aku la. satu lagi,dulu aku rasa dia tu anak kesayangan abah aku barulah aku nak balas dendam kat dia tapi rupanya dia memang layak untuk dapat tu semua. Lagi pun dah berapa lama dia tak dapat kasih sayang seorang ayah... logik la kalau ayah aku lebih sayangkan dia berbanding aku.” balas Umairah perlahan.


Dia cuba menahan sebak yang mula menguasai diri. Mudah sahaja dia menangis tatkala teringat dosa-dosa yang dah dia lakukan kepada Atikah. Dia cuba tak menangis. Segan menangis di depan orang meskipun orang itu Zizie..teman yang cukup setia dengannya. Zizie memeluk Umairah kemas. Digosok lembut belakang gadis itu. cuba menyalurkan semangat yang hilang dalam diri gadis itu.


“ sabar Mai... apa kata kau mintak ampun dengan abah kau dengan Tikah dan jugak Ifran.. sekarang kau dah tahu kau salah. Aku yakin diorang akan maafkan kau.”


“ aku rasa abah sayang kau sama macam Tikah, Mai...Cuma kau je salah faham.. kadang-kadang kau rasa abah lebih sayangkan Tikah tapi pada pandangan Tikah pula abah lebih sayangkan kau padahal abah sayang kau dan Tikah sama rata cuma kau je yang tak nampak semua tu....” sambung Zizie lagi.. dia mahu Umairah berfikiran positif..


segala-gala perkara ini terjadi apabila abah Umairah menikahi ibu Atikah.. sejak itu rasa benci makin berganda-ganda dalam diri Umairah terhadap Atikah yang tidak pernah membuat salah kepada Umairah.


“ yang tu aku tak tahu Zie...maybe betul abah lebih sayangkan Tikah tapi aku tak de hak nak larang... Tikah layak dapat semua tu dengan sikapnya yang jauh lebih baik berbanding aku.” balas Umairah dengan sedikit teresak-esak dibahu sahabatnya. Dia tak mampu menahan air mata lagi apatah lagi lembut tangan Zizie membelai belakangnya.


Zizie turut menangis. Begitulah persahabatan.. kalau kawan menangis si kawan pasti tumpang menangis sekali. Umairah merenggangkan pelukan sambil mengesat wajahnya yang lencun dengan air mata. Dia cuba menahan diri supaya tidak menangis lagi. Sudah banyak air matanya tumpah sejak dua menjak ini.


“ jadi apa rancangan kau sekarang... kau dah mintak maaf dengan Tikah?” soal Zizie lembut. Dia mahu tahu apa yang Umairah ingin lakukan lepas ini dan dia sedaya upaya akan cuba yang terbaik untuk membantu sahabatnya ini. Umairah menggeleng lemah. Dia menarik nafas dalam. Cuba mengawal tangis yang masih lagi terasa.


“ insyaAllah, aku akan pergi minta maaf suatu hari nanti.Aku nak prepare diri dulu.. tapi yang penting sekarang ni aku nak satukan balikTikah dengan Ifran. Aku malu nak mohon maaf macam tu je. Lepas buat kesalahan yang berat macam tu, alih-alih aku nak mintak maaf macam tu je? Memang tak patut dan aku pon rasa aku tak layak diberi kemaafan semudah itu. Atikah dia gadis yang baik. Aku tahu kalau aku minta maaf memang dia akan maafkan tetapi aku tak sanggup untuk mendapat kemaafan semudah itu. Kurang-kurang ada juga usaha aku untuk mendapat kemaafan yang setimpal dengan kesalahan aku.” Balas Umairah panjang lebar.



“ Ifran dah setuju nak ceraikan kau?” soal Zizie pantas.Tak sabar dia mahu mendengar perkembangan terbaru Umairah. Jauh di sudut hatinya sedih mendengar berita yang sahabat baiknya bakal berjanda tak lama lagi. Sia-sia sahaja memberi nasihat kepada Ifran suatu ketika dulu.


“ huh mamat tu...dia macam nak balas dendam je kat aku...” balas Umairah pendek. Teringat luahan hati Ifran kepadanya. Entah mengapa wajahnya merintik merah. Kenapa perlu rasa malu kalau itu semua tidak bermakna padanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.320918 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list