CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kaseh80

kenape tarif letrik tnb naik secara drastik

 Close [Copy link]
Post time 1-7-2012 08:13 PM | Show all posts
ape pasal bil korang tinggi haa??
rumah aku 3 bilik, unifi, astro, laptop 2, pc 1, msin basuh tiap hari, peti ais sntiasa sejuk, kipas pasang level 4/5... bil tnb paling mahal pn RM47 je...

adakah disbbkan LCD tv ar?  sbb rumah aku tv biasa je.  haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2012 08:18 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.

Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.

Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:


Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 08:23 PM | Show all posts
Reply 22# shahx

oo kalau psl ni mmg celaka lah.. sbb dia kira 2 bulan sekali.. mmg lah jumlah penggunaan tu "nampak" double dpd biasa.

cuma kmusykilan aku, kt tmpt korang mmg selang seli dapat pos bil anggaran ke?
sbb rmh aku tiap bulan dpt bil betul.. thn lepas sekali je anggaran.

adakah ia berkaitan dgn masalah bilangan "tukang baca bil" kt kwsn masing2?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 08:40 PM | Show all posts
rumah aku asyik dapat subsidi sebab kurang guna.free saja. bil air -2.00.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 08:49 PM | Show all posts
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

tu untuk formula bagi 2 bulan.. kalau sebulan kena guna rate ni

Tariff A - Domestic Tariff  
------------------------------
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per month        sen/kWh        21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month        sen/kWh        33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month        sen/kWh        40.0
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per month        sen/kWh        40.2
For the next 100 kWh (501 - 600 kWh) per month        sen/kWh        41.6
For the next 100 kWh (601 - 700 kWh) per month        sen/kWh        42.6
For the next 100 kWh (701 - 800 kWh) per month        sen/kWh        43.7
For the next 100 kWh (801 - 900 kWh) per month        sen/kWh        45.3
For the next kWh (901 kWh onwards) per month        sen/kWh        45.4

penggunaan 350 unit ~
200 unit x 0.218 = 43.60
100 unit x 0.334 = 33.40
50 unit   x 0.4 = 20.00
total = RM97, try la guna calculator TNB http://www.tnb.com.my/residential/billing/bill-calculator.html

so, kalau dua bulan bersamaan dengan 700 unit tu, lebih kurang RM97 x 2 = RM194.. tapi biasanya akan lari sikit. dia orang prorate je.. tu apa yang aku faham la..

so apa yang tipu pun aku tak tahu la.. tapi memang aku terasa dalam bil aku ada kenaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 08:59 PM | Show all posts
same here Bulan may aku kena rm30 walaupun ujung minggu aku x guna pun elektrik sebab balik kg + kerja sabtu ahad. Weekdays memang xde kat rumah masa opis hour. Balik rumah terus tidur tak tengok tv ke apa. Dan aku duduk sorang. Elektrik pon cuma pakai kipas, peti sejuk, tv, laptop. Bulan Jun turun jadi rm 25 sebab aku minimize kan lagi penggunaan elektrik. Tak paham btol aku..Sebelum ni duduk 1 rumah 5 orang tapi bil around rm 40-50. Ni duduk sorang pun rm 30. X logik btol sebab aku x guna elektrik banyak pon. Paling busuk pun peti sejuk la sebab 24hrs...huhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2012 09:04 PM | Show all posts
aku rase sbb 2 faktor. pertama sistem bil 2 bulan sekali dan satu lagi faktor sbb guna meter digital yang baru.. ini antara komen dari salah satu blog..

aku kerja syarikat yang pasang meter elektrik Sub-COn TNB... meter digital lebih accurate... kebiasaannya kalau meter analog mahal..biasanya meter digital lebih murah jika tarif elektrik kekal sama, dalam meter digital boleh dipgramkan...tgk brand gak (SmartMeter dsb/ EMH,LZQJ)...disebabkan boleh dipogramkan maka bacaan meter bley dilajukan diubah2 mengikut piawai TNB, walaupun TNB ada ISO, tapi ISO tu mereka x berapa patuh sgt pun... kalau nak boikot tnb senang jer... kiter panggil badan ISO antarabangsa dibawah penyeliaan NGO utk check diorg punya kualiti...insyallah kantol bongok TNB !!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 09:26 PM | Show all posts
Thread ini lebih sesuai di buka dan di bincangkan di Bod Aduan & Pendapat

Ini link nya: http://mforum2.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=23

Tak silap, isu tariff TNB ni ada di bincangkan di Bod berkenaan, cuba lah search ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050613 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list