View: 73199|Reply: 68
|
Sejarah kesultanan Johor dan Salasilah
[Copy link]
|
|
salam..klu dah ade thread nie boleh delete yek
aku tertarik ape yg terjadi dgn kesultanan johor dan sejarah kesultanan sehingga terjatuhnye negeri johor ke tngan org bugis..
seperti yg di gembur2 oleh syed abdullah dan keturunan kelarga die..
SEJARAH SALASILAH KETURUNAN KESULTANAN JOHOR RIAU
Susur galur Kesultanan Johor-Riau dikatakan bermula daripada Sayyid ‘Aidarus dari Kampong Pasir di Aceh, Sumatera yang berasal daripada Hadramaut, Selatan Arab.
Keturunan beliau telah memerintah di empat negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang di Malaysia dan Riau-Lingga di Indonesia.
(Sila RUJUK kepada Salasilah Bendahara Tun Habib Abd Majid)
Kesultanan Johor-Riau bermula pada tahun 1699 bilamana Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid dilantik menjadi Sultan berikutan dengan kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II (marhum mangkat dijulang) iaitu waris ‘terakhir’ daripada Kesultanan Melaka apabila baginda mangkat di Kota Tinggi.
Bagaimana pun dalam tahun 1718, Raja Kecil dari Siak yang mendakwa waris daripada keturunan Paduka Sri Sultan Mahmud Shah II telah menakluk Negeri Johor seterusnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah di Kuala Pahang.
Pengganti baginda iaitu Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah bergabung dengan orang Bugis menyerang Johor dan menewaskan Raja Kecil pada tahun 1721.
Sebagai balasannya Sultan telah menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau iaitu jawatan tertinggi selepas sultan kepada puak Bugis selain daripada jawatan Bendahara dan Temenggong yang disandang oleh orang Melayu. Maka bermulalah era pengaruh orang-orang Bugis didalam pemerintahan Kesultanan Johor-Riau dan persaingan pengaruh diantara para pembesar Melayu dengan Bugis didalam kerajaan Johor.
Menurut beberapa artikel termasuk ‘Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w dan Raja Melayu’ tulisan Muzafar Mohamad dan Suzana M. Osman, dan ‘Salasilah Sultan-Sultan Riau-Lingga’ menyatakan bahawa Bendahara Tun Habib ‘Abdul Majid adalah dari keturunan Rasululah s.a.w. (Ahlul-Bait).
Setelah berkuasa selama lebih kurang dua dekad, akhirnya Kesultanan Johor-Riau telah berpecah disebabkan oleh perebutan kuasa, pengaruh, tamak haloba, cemburu, hasad dengki dan fitnah diantara orang Melayu dengan orang Bugis.
Perlantikan Sultan yang tidak mengikut adat Melayu telah menjadikan Sultan tersebut hilang daulatnya manakala peminggiran kuasa Bendahara sebagai penasihat kepada Sultan telah menjadikan para pembesar Melayu dan rakyat jelata hilang kepercayaan terhadap pemerintah.
Persetiaan Melayu-Bugis pada 1722 tersebut telah membawa kepada bibit-bibit keruntuhan kepada institusi raja Melayu Johor.
Campur tangan dari pihak British dan Belanda pada waktu tersebut juga telah melemahkan kerajaan Johor seterusnya membawa kepada perpecahan tersebut.
Kesultanan Johor (dari keturunan Temenggong) dan Kesultanan Pahang (dari keturunan Bendahara) masih berterusan sehingga hari ini manakala Kesultanan Riau-Lingga telah pun berakhir dalam tahun 1911 apabila pihak Belanda menghalau Sultan Lingga dari Riau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahkta sang perampas yang dirampas, padan muka ajalah. nuff said |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 6-7-2012 12:35
Kesultanan Johor (dari keturunan Temenggong) dan Kesultanan Pahang (dari keturunan Bendahara) masih berterusan sehingga hari ini manakala Kesultanan Riau-Lingga telah pun berakhir dalam tahun 1911 apabila pihak Belanda menghalau Sultan Lingga dari Riau.
Sultan Johor dari keturunan Bendahara Johor yang berasal dari keturunan Keling Mamak iaitu keturunan Bendahara Melaka
.......Bukan dari keturunan Bugis
Sila tukar fakta dalam pale hotak korang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Gadjet at 6-7-2012 14:55
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Gadjet at 6-7-2012 15:02
Senarai Sultan JOHOR
1. Sultan Mahmud Shah 1511 - 1528<---Selepas Menjadi Sultan Melaka(sultan mangkat dijulang)
2. Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali) 1528 - 1564
3. Sultan Muzaffar Shah II 1564 - 1570
4. Sultan Abdul Jalil Shah I 1570 - 1571
5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II 1571 - 1597
6. Sultan Alauddin Riayat Shah III 1597 - 1615
7. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah 1615 - 1623
8. Sultan Abdul Jalil Shah III 1623 - 1677
9. Sultan Ibrahim Shah 1677 - 1685
10. Sultan Mahmud Shah II 1685 - 1699
11. Sultan Abdul Jalil IV 1699 -1720
12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah 1718 - 1722
13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1722 - 1760<---Zaman Peralihan Kuasa ke Bugis
14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah 1760 - 1761
15. Sultan Ahmad Riayat Shah 1761 - 1812
16. Sultan Mahmud Shah III 1761 - 1812
17. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah 1812 - 1819
18. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) 1819 - 1835
19. Sultan Ali (Tengku Ali) 1835 - 1877
20. Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim 1855 - 1862
21. Sultan Abu Bakar 1862 - 1895
22. Sultan Ibrahim 1895 - 1959
23. Sultan Ismail 1959 - 1981
24. Sultan Iskandar 1981 - 2010
25. Sultan Ibrahim 2010 - sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
i will do some research on it..thanks for ur info.. |
|
|
|
|
|
|
|
i will do some research on it..thanks for ur info..
stonedcondition Post at 6-7-2012 15:07
yeah..good for knowledge and history about Kesultanan Johor |
|
|
|
|
|
|
|
rase mcm penah bace kat benang lain jekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gadjet Post at 6-7-2012 14:48
Ya Allah, Laknatilah Tun Suzana diatas perbuatan b.odohnya iaitu memandai-mandai je menyambung Sayyid Idrus ke atas salasilah Syed Zainal Abidin al-Idrus walhal beliau or even ayahnya Syed Abdullah al-Idrus adalah pure Arab Yaman n x pernah menjejak kakinya ke Tanah Mulayu ni.
Maka adalah keturunannya itu mula-mulanya daripada seorang kaum Hashim yang bernama Sayyid Idrus yang turun dari Hadramaut ke negeri Acheh tempatnya bernama Kampung Pasir hingga beberapa tahun tinggal di sana maka diambil oleh Sultan Acheh dijadikan menantunya...
Source: Salasilah Muar
Syed Zainal bin Syed Adullah al-Idrus ni penjaga kabilah Al-Idrus, salah satu kabilah al- dalam Baalawi. Identiti sebenar siapakah Sayyid Idrus yg dimaksudkan di dalam Salasilah Muar masih menjadi misteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Gadjet
diorang berasal daripada WWW 1 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# pakwetizzaqyah
aku tak faham la apsal org jaki sgt sultan Johor beli www1.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# thessailly
mstilah jaki beb..dia ada bugatti veyron... aku tk de...aku nk jugak! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# pakwetizzaqyah
tu je ke sebabnye...alahai...
Mmg aku perasan pun...org2 yg gila babi anti bn dan sultan ni dimotivasikan oleh duit je sebenarnye..(dont give the justice/fairness bullshit)..
.its always abot tha money money money.
Duit ni boleh dikaitkan ngn nafsu..and people driven by nafs, are destined for doom. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# thessailly
yang ko meroyan sampai ke politik ni nape??? suke ati orng la nk duit ke nak ape.... ko plak yg kecoh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# pakwetizzaqyah
eh? Sukahati aku laa nk kecoh..ko pesal nk sibuk2 lak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# thessailly
kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
ayooo.... ni just pengatahuan kite semua..setiap pelembagaan raja2 melayu..
klu di kajikan seronok dan dpt le skit2 pengatahuan..
maklum la time sekolah2 dulu xde subjek yg fokus atas raja2 setiap negeri...heeeee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# AadiGoth
byk bnde yg nk dikaji utk dpt jawapannye...heee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply pakwetizzaqyah
aku tak faham la apsal org jaki sgt sultan Johor beli www1..
thessailly Post at 8/7/2012 04:16
ko dah basuh kaa jamban kat istana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah beli WWW 1 pun boleh tulis simpan sebagai sejarah |
|
|
|
|
|
|
| |
|