Belajar mengaji Al-Quran dengan Syeikh Misyari Al-Afasi di rancangan Rattil Ma'i, TV Imarat. Disiar setiap hari sepanjang bulan puasa ni. Macam rancangan belajar mengaji kita juga. Penonton telefon, mengaji Quran dan Syeikh membetulkan tajwid. Hayyakumullah
Solat Tarawih di Masjid Makki, bandar Zahedan, di Iran. Bandar berfahaman Sunni dan masjid ini adalah masjid terbesar bagi pengikut fahaman Sunni di negara terbesar penganut Syiah.
Syeikh Abdullah Basfar, antara qari terkenal di Saudi. Imam Tarawih di Masjid Mohamad Abdul Wahab di Doha, Qatar. Syeikh Abdullah Basfar membaca seperti lagu imam Masjidil Haram yang lepas Almarhum Syeikh Ali Jaber.
Solat Raya di Masjid Sultan Timur bin Faisal di Oman. Yang solat atas sajdah ialah Sultan Qabos, pemerintah Kesultanan Oman. Mazhab Maliki adalah mazhab rasmi negara ini. Segak bergaya mereka dengan jubah dan senjata bernama khanjar tersisip di pinggang.
Dan yang terakhir Solat Raya di Masjid Nabi di Madinah Munawarah diimamkan oleh Syeikh Husain Aly Syeikh. Kalau ada umur yang panjang yang kita berjumpa Ramadan tahun depan pulak.