UUM
Universiti itu satu kenyataan hari ini memberitahu, de-ngan penyenaraian itu UUM merupakan antara tujuh universiti dalam negara yang menerima penarafan antarabangsa itu yang di-umumkan menerusi laman rasmi THE, semalam.
THE menyediakan senarai universiti terbaik di dunia dengan penilaian dibuat berdasarkan 13 petunjuk prestasi meliputi pelbagai bidang penting seperti penyelidikan, interaksi dengan perniagaan, persekitaran antarabangsa dan pembelajaran yang unik.
“Kejayaan ini menunjukkan kekuatan dan potensi untuk terus bersaing secara kompetitif di pentas terbuka walaupun UUM sebuah universiti pengurusan yang tidak mempunyai bidang sains dan teknologi khususnya yang berteraskan kejuruteraan dan perubatan,” jelas kenya-taan itu.
Menurut kenya-taan itu, UUM akan terus memperbaiki kedudukan bagi 2016-2017 supaya terus mendapat peningkatan.
Selain UUM, universiti awam lain yang mengekalkan kedudukan dalam senarai itu adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia serta Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang juga pertama kali dise-naraikan