View: 23637|Reply: 35
|
Bekas Kota Melayu Melaka Kini Kota Portugis
[Copy link]
|
|
Ni cuma andaian aku dengan membuat perbandingan sejarah Kuala Selangor berdasarkan sejarah kota2 Peranakan Bugis iaitu Kota Malawati di Bukit Selangor dan Kota Tanjung di Bukit Tanjung dengan Sejarah Kota A famosa...
Kedua-dua kota ni buat oleh Peranakan2 Bugis semasa zaman Sultan Ibrahim (1778-1826) untuk menangkis serangan Belanda kerana hubungan rapat di antara kerajaan Selangor dengan kerajaan Johor Riau..kemudian mereka tewas di tangan Belanda dan kota ini ditakluk oleh Belanda pada tahun 1784 dan namanya ditukar kepada Fort Altingsburg sempena nama Jeneral Gabenor Belanda..Jeneral Altings. Kota Tanjung pula ditukar nama kepada Fort Utrecth sempena nama kapal perang Belanda
Kota Malawati ditambah baik oleh Belanda dengan menambahkan beberapa pucuk meriam untuk mengelakkan serangan orang2 Selangor, membaiki kerosakan kota dan membina sebuah lagi kota tambahan di Bukit Selangor bernama Fort Van Braam Betterij sempena nama kapal mereka yang membawa panji2 Van Braam...tapi kota ni dah musnah dengan pembinaan tangki air.
Setahun kemudian..Sultan Ibrahim menyerang semula Bukit Selangor dengan bantuan Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) yg memimpin peranakan2 Bugis di Permatang dan Bendahara Tun Abdul Majid dari Pahang yang memimpin Melayu2 Pahang.
Belanda berjaya ditewaskan dalam tempoh satu malam selepas solat Isyak sebelum matahari terbit pada 28 Jun 1785
Andaian aku mengenai Kota Melaka...
1. Kemungkinan Kota A Famosa adalah bekas Kota Melaka kerana adalah mustahil orang Portugis dapat membina kota yg kukuh dalam keadaan huru hara...maksudnya mereka sekadar membaik pulih dan memperkukuhkan kota sahaja
2. Adalah mustahil untuk membina tembok yang tebal dengan mengunakan runtuhan masjid sahaja kerana saiz Kota A Famosa sangat luas..mungkin mereka membaiki struktur Kota A Famosa mengunakan runtuhan masjid
3. Adalah kerja bodoh kalau Portugis merobohkan sepenuhnya struktur kota yang sedia ada semasa zaman Melaka dan membina semula dengan batu bata tersebut..
4. Tidak mungkin struktur Kota Melaka musnah sepenuhnya kerana spt dikatakan
cuba teliti catatan Portugis yang sukar mengalahkan Melaka sehinggalah mereka memutuskan kekuatan Melaka adalah kerana kedudukan strategik jambatan yang merentangi Sungai Melaka. Portugis menyerang bertubi-tubi jambatan tersebut selama 7 hari sehinggalah jambatan tersebut musnah sehingga berjaya memudahkan proses menawan Melaka. Jambatan kayu takkan Portugis hancurkan sampai perlukan 7 hari?
http://wadahpanglima.blogspot.co ... yang-sengaja.html5.
Kekuatan Kota Melaka diwarisi sehingga ke zaman Portugis dan Belanda.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa,India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahan di Melaka A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol. Sultan Ahmad Shah ], ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
sbg perbandingan Kota Malawati n Kota Tanjung yang ditawan Belanda dan telah diperkukuhkan oleh Belanda berjaya ditawan dalam tempoh satu malam...inikan pula 10 hari..sudah tentu Kota Melaka sangat kuat dan besar walaupun Portugis telah guna strategik kotor untuk membuka pintu kota oleh Mamak dan merasuah askar upahan Jawa supaya lari balik ke Jawa
Munshi Abdullah dalam hikayatnya yang pro British ada menceritakan bagaimana kesukaran yang dilalui ketika kerja-kerja meruntuhkan tembok Kota Melaka. Cuba baca dan fahami maksud tersirat, Munshi Abdullah memberitahu bahawa Kota Melaka ini sangat sukar dirobohkan malah penduduk Melaka ketika itu tidak yakin bahawa kota Melaka boleh diruntuhkan British. Usaha meruntuhkan dari laut dilakukan sehinggalah kepada menebuk lubang dan mengisi bahan letupan yang banyak sehingga tembok sebesar rumah berterbangan hancur dan membawa kematian di kalangan penduduk.
http://wadahpanglima.blogspot.co ... u-yang-sengaja.html
Kenapa aku cakap camni sebab sejarah berulang semula semasa serangan Belanda ke atas Melaka..ketika Kota A famosa berjaya ditawan Belanda
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
k
Perkara yang pelik mengenai Melaka...Kota A Famosa tidak dikenali dengan nama Melayu walaupun ianya mungkin berasal dari sebuah kota Melayu dan pernah ditakluk oleh Belanda..tidak seperti nasib Kota Utrecth dan Kota Altingsburg yang kini ditukarkan kembali ke nama asal iaitu Kota Tanjung dan Kota Melawati.
Menjadi lumrah apabila sebuah kota itu ditawan maka pasukan yg berjaya menawan akan membaikinya dan menambahkan kekuatannya...apatah lagi kalau kota tu ada sebarang simbol atau jata milik empunya kota yang asal
Apa pendapat saudara-saudara?
http://wadahpanglima.blogspot.co ... u-yang-sengaja.html
http://roshaizulnizam.blogspot.c ... bu-kota-melaka.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
http://amiramsyar.blogspot.com/2 ... -famosa-melaka.html
Last edited by nobito on 13-11-2012 01:07 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nice info |
|
|
|
|
|
|
|
Nais....Nais...
Tp bnyk sgt misteri kat Melaka ni yg tak dpt dirungkai lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh merge dengan thread yang seakan2 serupa.... |
|
|
|
|
|
|
|
bekas runtuh kubu lama
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi bagus kalo pembangunan kota2 moden kat mesia nie dibina dengan landskap kota2 zaman dulu... bagus la kalo melaka nak wat senibina ikut zaman dulu... boleh la kasi org moden merasai keadaa kota melaka zamn dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 18-11-2012 03:58 PM
boleh merge dengan thread yang seakan2 serupa....
Bila nak merge?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah bongkah2 batu ni di zaman kesultanan Melaka atau semasa zaman Portugis?
Last edited by nobito on 20-11-2012 04:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
good info.....g melaka nanti nak belek betol2 kota tu... |
|
|
|
|
|
|
|
masa pegi melaka tahun lepas klu tak silap depan replika istana tu pun ada kesan batu2 kota ni...tgk pekerja tgh berus batu2 kat situ... |
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 posted on 20-12-2012 07:05 PM
Macam la tak sedar itu semua gambar hasil khayalan pelukis dari zaman yang terkemudian. Lagi mau sibuk buat komen bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 13-11-2012 01:34 PM
Gambar ni adalah lukisan Portugis semasa serang Portugis ke atas Melaka
Dalam gambar tu boleh lih ... Gambar ni adalah lukisan Portugis semasa serang Portugis ke atas Melaka Sila buktikn dakwaan ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Catatan Alfonso sendiri mengesahkan bahawa Melaka tak ada kubu pertahanan.
Jambatan sungai Melaka hanya ditawan . Bukan dimusnahkan.
Tentera Melaka cuma membina benteng pertahanan yng menghala ke arah musuh (stockade) sebelum bermula serangan portugis.
|
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 posted on 22-12-2012 11:21 AM
Istana Melaka
cantik...
terima kasih pada pelukis tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
BotakChinPeng posted on 21-12-2012 08:33 PM
Catatan Alfonso sendiri mengesahkan bahawa Melaka tak ada kubu pertahanan.
Jambatan sungai Melaka ...
typical Malay...
Melayu Kedah jealous dengan Melayu Melaka...jom nyanyi lagu ameno..lalalala~
|
|
|
|
|
|
|
| |
|