CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202582|Reply: 875

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 21-11-2012 01:47 AM | Show all posts |Read mode
SALAM semua...boringla pepagi ni...share karangan boleh? kalau ada salah silap hampooonnnn...jangan dikeji yeee...sesaja bagi korang hilang bosan..hehe...now kita perkenalkan dulu hero dan heroin...ni yang aku nak..yang mana korang nak boleh lah sila tepek dan imagine...tak de hallah..






TENGKU DENNIS FARREL(nama nak sedap aje! kah kah) -hero



NUR MELISSA - heroin...


sila la komen dan beri kejian, yang membina hendaknya...jangan laser sangat, mak penyentap orangnya...






Last edited by farahanafarah on 22-11-2012 10:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 01:51 AM | Show all posts
BAB 1

“Lisa ohhhh Lisa!!!...” Jeritan bapa saudaranya membuatkan Lisa kecut perut. Ngeri, sungguh ngeri. Dia tahu seandainya mood Pak Mat tidak berapa baik maka dialah yang akan menjadi mangsa. Tapi buruk-buruk perangai lelaki itu pun, dialah tempat Lisa menumpang kasih sejak kematian ibubapanya sewaktu usianya menginjak 13 tahun. Rindunya pada ibu dan ayah hanya Allah saja yang tahu. Peritnya hidup tanpa orang tua di sisi.
         
          kalaulah ibu dan ayah masih ada, sudah pasti hidupnya senang. Senang dengan adanya kasih sayang ibu dan ayah. Tak makan setahun pun tak apalah asalkan dapat merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Tapi malangnya ibu sudah tiada, begitu juga ayah. Tidak akan pulang buat selama-lamanya. Walau apa cara sekalipun kedua-duanya tidak akan pulang lagi.
        
          Satu hentakan kuat dikepala mengejutkan Lisa dari lamunan. Pantas kepala ditoleh ke belakang.
        “Amboi…dibalingnya aku dengan tudung periuk. Apa punya bapak saudara lah aku dapat ni,” ujar Lisa perlahan. Tanpa berlengah Lisa terus berdiri tegak dan melangkah laju ke arah dapur sambil dibawa sekali tudung periuk yang tadinya sempat landing dikepalanya.
      
           Tajam pandangan mata Pak Mat memandang ke arah Lisa. Bodoh punya anak sedara. Bagai nak terkeluar anak tekak aku menjerit baru sekarang dia nak datang, agaknya kalau aku tak hempuk dengan tudung periuk tu mampos tak datang agaknya. Budak ni nak kena.
      
          “Hei Lisa! Kau pekak ke? Bagai nak terkeluar anak tekak aku panggil, boleh pulak kau berangan kat anjung rumah. Kau tak payah berangan lah Lisa. Muka macam kau ni tak adanya anak raja nak masuk meminang. Kuli raja pun belum tentu nak kan kau tu tau tak!” marah Pak Mat.
        
          Tersentak Lisa dengan kata-kata kasar bapa saudaranya itu. Nak saja dibalasnya. Apa orang tua ni ingat mulut dia je laser. Dia belum tau mulut puaka aku ni macamana.
        
         Tapi segala ketidakpuasan hati itu hanya mampu melantun di dalam hatinya. Gila apa kalau berperang mulut dengan Pak Mat. Mahu rabak mulut kena lempang agaknya. Lagi pula dia risau akan keselamatan neneknya yang lumpuh. Bimbang Pak Mat naik minyak macam bulan lepas, seharian neneknya dibiar berlapar. Jangan kata nasi, setitik air pun diharamkannya. Lisa rela andai dirinya menjadi tempat amukan Pak Mat tapi tidak tega hatinya melihat nenek kesayangannya terseksa.
      
         “Aku nak duit seratus!” kata Pak Mat kasar.
        “Lisa mana ada duit,” balas Lisa malas. Apa dia ingat aku cop duit. Baru semalam dirembatnya semua duit aku, hari ni minta lagi. Memang jawapannya tak adalah. Kalau ada pun tak kuasa aku nak bagi lagi.
        “Duit Lisa semua Pak Mat dah ambik semalam. Mana Lisa ada duit dah. Gaji pun lambat lagi. Duit semalam mana Pak Mat?” Tanya Lisa berani tapi Allah je tau betapa kecut perutnya. Bimbang tangan Pak Mat singgah ke tubuhnya. Mau seminggu dua lebam.
        
        “Duit semalam dah habis! Aku kalah judi,” tuturnya selamba.
        “Sekarang aku nak duit lagi. Aku tau kau ada duit simpanan. Bagi semua pada aku, nanti untung judi tu aku bayarlah balik. Kau anggaplah aku pinjam. Dengan aku pun nak kedekut ke?” Pak Mat mula menadah tangan dihadapan Lisa. Lisa yakin mahu atau tidak tangan yang berada dihadapannya harus diisi duit sekurang-kurangnya rm50.
        
         Lisa mengeluh perlahan.

        “Kan Lisa dah cakap Lisa dah tak ada duit. Semua duit Lisa, Lisa dah bagi pada Pak Mat semalam.” Pak Mat bengang, merah mukanya menahan amarah. Sebijik penampar dihadiahkan pada pipi kiri Lisa. Tersungkur gadis itu di atas lantai simen dapur. Belum sempat tamparan kedua dihadiahkan Pak Mat, suara sinis Maria kedengaran.
“Apa bising-bising ni ayah. Orang nak tidur pun tak boleh. Memekak je pagi-pagi buta ni!” marah Maria. Anak tunggal Pak Mat dan Mak Nab. Luas mulutnya dibuka menunjukkan rasa mengantuk yang masih bersisa.
“Ni hah! Aku nak duit tapi si bodoh ni tak nak bagi,” balas Pak Mat sambil memandang anaknya yang berbaju tidur satin berwarna merah. Bergelora jiwanya melihat. Kalau bukan anak sendiri sudah lama diterkamnya. Pandangannya dilarikan ke arah Lisa yang masih terduduk di lantai. Berbaju t-shirt besar, seluar besar, rambut 24jam disanggul macam orang dalam pantang. Langsung tidak menarik hati, gumam Pak Mat dalam hati.

              Tidak dinafikan wajah Lisa cantik dan berkulit putih melepak tapi oleh kerana susuk tubuhnya sering terlindung maka dia kelihatan sangat hodoh pada mata nakal Pak Mat.
“Yang kau sibuk sangat hal aku apahal Maria?” tempelak Pak Mat.
Maria ketawa sinis.

              “Alah ayah ni. Aku tak hingin lah nak busybody hal kau ayah tapi ayah dah menggangu tidur aku sebab tu aku bising,” langsung tiada rasa bersalah beraku kau dengan bapanya sendiri. Sudah terlalu biasa malahan mak dan ayahnya langsung tak kisah.

             “Kan aku dah cakap si bodoh ni tak nak bagi aku duit sebab tu lah aku bising. Aku nak main judi nanti menang kau orang jugak yang dapat merasa makan sedap-sedap.”

             “Ayah ni kata si Lisa ni bodoh? Yang bodoh tu ayah. Dia ni banyak duit, dia sorok dalam tin biskut bawah katil dalam bilik dia. Ayah ni betul-betul bodoh lah. Mana si Lisa ni sorok duit pun ayah tak tahu. Tengok aku, cerdik! Lisa tak cakap pun aku tahu mana dia sorok duit dia.” Maria ketawa besar dapat mengenakan Lisa. Padan muka! Biar habis semua duit kau ayah aku kebas.
Itu lah lain kali jangan menggatal dengan boyfriend aku. Geram sungguh semalam bila ternampak Amran menghantar Lisa pulang dengan menaiki kereta Kancil Amran. Walaupun bukan kereta mewah sekurang-kurangnya tak berpanas. Ini tak, dia terpaksa berjalan kaki dari simpang jalan besar sampai ke rumah sebab van pekerja kilang hanya akan menurunkan penumpang di setiap simpang rumah, bukan depan rumah.

             Rasa terbakar telinga Pak Mat mendengar kata-kata Maria. Kurang ajar kau Lisa, berani kau tipu aku, kau kata tak ada duit ye. Pak Mat bergegas menuju ke arah bilik Lisa. Pintu bilik tersebut dirempuh kasar. Liar matanya memandang ke sekeliling bilik usang itu. Langkah di atur ke arah katil bujang yang menjadi teman Lisa diwaktu malam. Katil usang itu diangkat dan ditolak kasar menghentam dinding kayu.

            Sebuah tin biskut berkarat berbentuk bulat terdapat di bawah katil tersebut. Pak Mat tersenyum senang. Lisa yang terdengar bunyi bising dari arah biliknya segera menerpa. Dia yakin pak mat sudah menjumpai duitnya. Sakit hatinya dengan perangai Maria. Apalah yang didengkinya sangat. Sudah terlambat untuk lisa menghalang. Saat dia sampai di pintu bilik, pak mat sudah keluar sambil tersenyum-senyum mengira duit lisa yang berjaya diambilnya dari tin biskut dibawah katil.

            Lisa kelu seribu bahasa, dia sudah penat melawan. Tak ke mana pun kalau dia melawan, yang dapat hanya lebam, luka dan sakit hati. Yang paling Lisa kesalkan adalah duit tersebut untuk kegunaan neneknya. Bekalan ubat neneknya sudah hampir habis. Dia tidak kisah sekiranya duit yang diambil Pak Mat adalah untuk kegunaan sendiri tetapi duit itu untuk neneknya. Ada 3 ratus semuanya. Cukup-cukup untuk membeli ubat asthma, jantung dan macam-macam lagi.

            Nampaknya terpaksalah dia tunggu duit gaji pada hujung bulan nanti. Kasihan nenek, batuknya makin teruk tapi ubat tak ada. Nak harapkan Mak Nab, menantu sulung neneknya itu memang harapanlah. Sebulan sekali pun belum tentu dijenguknya nenek yang terlantar uzur dalam bilik dihujung dapur. Walhal, nenek itu ibu mentuanya.

            Lisa berpaling mahu menuju ke dapur, menuju kebilik neneknya. Ingin dihamburkan segala kesedihan, sakit hati dan marahnya itu. Walaupun nenek tidak mampu membalas setiap kata-katanya dia sudah puas setiap kali nenek tersenyum sambil mengusap rambutnya. Lisa tahu nenek sudah terlalu uzur, sepatutnya nenek dibawa ke hospital tapi masalah kewangan sering membantutkan niatnya itu. Apa yang mampu sekadar berdoa supaya Allah sentiasa panjangkan umur neneknya.

            Sewaktu melintasi Maria yang sedang menyandar di pintu dapur, Lisa menghadiahkan satu jelingan tajam tanda marah. Maria hanya tersenyum sinis. Eleh, takat jeling ingat aku takut agaknya namun kata-kata itu hanya bergema dalam hati. Jauh disudut hati ada rasa gentar yang bertamu dihati Maria. Walau Lisa banyak mendiamkan diri namun entah kenapa ada rasa takut yang bermukim dihatinya.

            Tanpa berlengah Maria terus masuk ke biliknya dan menghempas pintu. Tersentak Lisa yang memandang. Dia hanya menggelengkan kepala lantas dihayun kaki ke tempat tujuannya. Bilik nenek. Pintu ditolak perlahan, gusar andai menggangu neneknya yang sedang lena. Biasanya waktu-waktu begini neneknya akan tidur tapi ternyata telahannya silap. Neneknya memandang sayu ke arahnya, barangkali nenek terdengar pergaduhan tadi. Kasihan nenek, nak berehat pun tak senang.
Lisa tersenyum manis walau hati berdarah.

          “Kenapa nenek pandang Lisa macamtu? Lisa tahu lah lisa ni cantik nek, tapi janganlah pandang macam tu. Malu lah Lisa nek.” Senda Lisa pada neneknya. Bukan dia tidak tahu akan maksud pandangan neneknya tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu.

           Dia mendekati neneknya dan bersimpuh disebelah tilam nipis neneknya yang usang. Diusap lengan tua yang kecut itu. Dahulu neneknya berisi namun hari demi hari neneknya makin susut. Sebak menjalar hatinya. Tidak semena-mena airmata mengalir lesu menuruni lekuk pipinya.

          “Liii…saaa…saaaaa…baaar yaaa..” dengan susah payah neneknya menuturkan ayat itu. Ah! Nenek sudah terlalu uzur, aku patut buat sesuatu untuk sembuhkan nenek. Nak harapkan gaji kerja kilang di Bandar sana memanglah cukup untuk dia dan nenek tapi belum sempat duitnya digunakan sudah pasti akan dirampas Pak Mat. Kalau lah Maria tidak berkerja di kilang yang sama boleh ditipu jumlah gajinya tapi malangnya Maria juga berkerja di kilang yang sama.

         “Nek…maafkan Lisa ye. Duit untuk beli ubat nenek tu Pak Mat dah ambil. Nanti Lisa ada duit Lisa beli ubat untuk nenek ye. Nenek sabar eh.” Ujar Lisa dalam sendu.
Neneknya hanya mengangguk perlahan. Lisa tersenyum tawar. Direbahkan badannya disisi nenek tercinta. Rasa tenang menyelubungi jiwa. Dapat dirasakan neneknya bersusah payah mahu membelai rambutnya.













BAB 2

        Bunyi loceng pintu yang ditekan bertalu-talu membingitkan telinga Tengku Dennis yang sedang lena. Geram kerana lenanya diganggu, Tengku Dennis segera bangkit dan menuju ke arah pintu bilik hotel yang didiaminya.
        
       Kacau betul! Pepagi dah ganggu orang. Nak tidur lama sikit pun tak boleh. Hishh…” bebel Tengku Dennis. Dengan mata yang masih mamai pintu bilik dibuka kasar.
      
       “Hah! Nak apa pepagi buta ni?!” sembur Tengku Dennis. Tidak sempat mengenal pasti tetamunya dengan lantang Tengku Dennis menyembur. Dah lah belum gosok gigi. Apalah bau yang keluar agaknya. He..he..he..
      
       “Amboi, Tengku Dennis Farrel. Pagi kau kata? Ni dah pukul 12 tengahari tau tak? Kau dah terlepas meeting pukul 10 tadi! Kalau papa kau tau ni mati kau.” Marah Razman sambil dengan selamba menerobos masuk ke suite mewah rakannya itu. Buat macam hotel sendiri. Alah! Macam tak biasa.
      
        “Hah??!!!! Dua belasssss!!!! Mati aku mati! Meeting tu penting. Meeting dengan client dari Japan. Dia nak book hotel kita untuk exhibition next 2 months. Oh god! I am dead!.” Hilang rasa kantuk Tengku Dennis dan diganti dengan rasa cuak yang melampau. Gila! Macamana boleh terbabas tidur. Tak pernah perkara sebegini terjadi. Dia terlalu berdedikasi dan professional. Kusut…kusut…
        
         Razman yang melihat sembunyi senyum. Tau takut. Ingat hebat sangat tadi. Razman ketawa jahat dalam hati. Sebenarnya jam baru menginjak ke 8.40 pagi. Masih awal lagi dan meeting pun diadakan di bilik mensyuarat di tingkat 18 hotel ini. Hotel milik Tengku Dennis Farrel. Jadi mereka tidak perlu kelam kabut. Bukan nak menghadap jammed pun. Saja Razman mahu mengusik sahabat baik merangkap bosnya itu. Sekali sekala tapi kalau buat selalu mahu kena heart attact Tengku Dennis. Bukan Razman tidak tahu, kerja, kemewahan dan kemenangan sudah sebati dengan diri Tengku Dennis.
      
          Razman yang tengah syok mengelamun mengaduh perlahan apabila sebiji bantal dihempuk ke mukanya. Kelihatan Tengku Dennis yang sudah naik turun nafasnya memandang tajam ke arah Razman. Lelaki itu hanya tersengih-sengih, tahu bahawa penipuannya sudah terbongkar. Habislah! Bergegarlah hotel ni kejap lagi.
        
          "Rileks la beb, gurau jer. Jangan marah ye. Hahahaha.” Razman ketawa besar. Tengku Dennis yang masih bengang segera berlalu ke bilik mandi. Kalau tidak diingatkan bahawa Razman itu sahabatnya tentu sudah diberi sebijik hadiah baik punyer. Nasib baiklah dia tergerak hati untuk melihat jam di screen iPhone nya.
      
            Bulat matanya apabila melihat jam digital itu belum pun bertukar ke angka 9 apatah lagi 12. Yakinlah dia bahawa dia dikenakan Razman. Malas nak fikir, Tengku Dennis segera membasahkan badan tegapnya dengan air suam-suam kuku yang keluar dari shower. Lebih kurang 20 minit Tengku Dennis melangkah keluar untuk bersiap. Wajah Razman yang masih tersengih hanya di pandang sekilas sebelum dihadiahkan jelingan tajam.



Mensyuarat yang diketuai Tengku Dennis dan beberapa pegawai lain bersama delegasi dari Jepun berjalan lancar. Kata sepakat telah dicapai. Proses menghias dan menyediakan kelengkapan untuk exhibition itu akan dimulakan 2 hari lagi. Tengku Dennis dan Razman melangkah perlahan melintasi lobi sambil berbual mesra diiringi 2 orang pengawal peribadi Tengku Dennis. Mereka mahu menjamu selera di restoren yang berada dalam hotel sebelum ke ibu pejabat Hotel Emperor yang terletak di tempat lain namun tidak jauh dari bangunan Hotel Emperor.
        
         3  buah bas kilang yang menurunkan penumpang dipintu masuk lobi hotel menarik perhatian tengku dennis. Bunyi riuh dan pakaian yang dipakai penumpang bas tersebut menarik perhatiannya, ada yang seksi menampakkan lurah, Nampak paha dan berbagai gaya yang dapat dilihat. Macam parti kostum pulak tapi tak kan lah siang-siang buta.
      
         Razman disebelah yang segak berkemeja biru disikunya dan bibir dimuncungkan ke arah pintu masuk lobi. Razman segera memandang ke tempat yang ditunjuk. Bulat bijik matanya melihat para pekerja kilang yang kebanyakannya seksi dan berpakaian pelik. Seketika kemudian barulah Razman teringat bahawa ballroom ke-2 hotel ditempah oleh sebuah kilang untuk mengadakan jamuan. Tapi tak sangka pula jamuan yang sudah rupa ala-la parti yang diadakan. Ingatkan jamuan makan biasa saja.
      
           “Hotel kita ada buat event apa-apa yang aku tak tau ke raz?” soal Tengku Dennis. Matanya masih melekat pada kumpulan manusia yang mula memenuhi ruang lobi untuk menghala ke ballroom ke-2.
      
            Razman tersenyum. “Mana ada Denz. Kilang electric ke kilang apa tah yang booked ballroom untuk jamuan pekerja hari ni. Aku ingatkan jamuan biasa, rupanya luar biasa. Yelah, biasanya parti-parti ni orang buat malam bukan siang-siang macam ni.” Razman tergelak dengan kata-katanya sendiri.
        
            Tengku Dennis hanya diam. Mukanya dipalingkan ke arah lain apabila mata-mata nakal pekerja kilang yang ramai itu mula memandangnya. Tidak betah dengan keadaan itu Tengku Dennis segera kembali melangkah menuju ke tempat tujuannya tadi. Terkial-kial Razman mengekori Tengku Dennis dan pengawal peribadinya. Pelik! Tadi bukan main tanya ni alih-alih diam.
        
            Perkara paling tidak digemari Tengku Dennis apabila perempuan cuba mendekati dirinya atau menunjukkan minat padanya. Bagi Tengku Dennis, biar dia yang memburu dan dia tidak suka diburu. Rimas dan menyusahkan.
      
            Tengku Dennis yang segak berkot hitam, berkemeja hitam, berseluar hitam serta dipadankan dengan tali leher warna merah kelihatan sungguh menawan dan kacak. Wajahnya yang tampan senantiasa mendapat perhatian dan mustahil fizikalnya itu tidak mampu mencairkan mana-mana wanita.
      
            Waitress yang dari tadi menunduk sambil mengekori Tengku Dennis ke meja pilihan lelaki itu tersenyum manis dan meletakkan 2 keping buku menu dihadapan Tengku Dennis dan Razman. Pengawal peribadi Tengku Dennis duduk dimeja lain sambil mata mereka sentiasa liar memerhati keadaan sekeliling. Bimbang ada yang berniat tidak baik terhadap jutawan muda itu.
        
             Setelah mengambil pesanan waitress itu berlalu sambil tersenyum meleret. Bukan senang dapat melayan bos besar mereka. Pantang Tengku Dennis singgah di restoren semua mula sibuk berebut nak ambil order. Maklumlah bos kacak yang melampau, tak dapat peluk dapat tengok pun jadilah.
      
             “Kau bila nak kawin Denz?” tidak semena-mena soalan itu terpacul dari bibir Razman. Tengku Dennis kerut kening. Apehal pulak mamat ni. Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba tanya pasal kahwin.
      
             “Kau dah kenapa Raz? Dalam banyak-banyak soalan kenapa tu yang kau tanya aku? Come on lah Raz, aku baru 28 tahun. I’m still young okay. Buat apa nak kahwin awal, lagipun belum ada yang mampu menggetarkan jiwa lah.” Balas Tengku Dennis sambil menyisip fresh orange yang baru sampai. Dia tersenyum sebelum menyambung.
      
              “Kau pulak bila? Pandailah kau tanya orang bila nak kahwin tapi diri sendiri bujang lagi.” Tengku Dennis ketawa.
        Razman turut ketawa.
      
             “Aah kan. Betul cakap kau tu. Aku ni sibuk hal orang aku sendiri pun belum kahwin. Eh! Kahwin dahhhhh…banyak kali dah tapi….” Razman senyum gatal. Tengku Dennis yang memahami ketawa kuat. Bodoh punya kawan.
      
            “Ye lah…kahwin dah nikah belum kan?” giat Tengku Dennis. Mereka berdua sama-sama berkongsi tawa.
        Tengku Dennis dan Razman cepat-cepat menghabiskan makanan yang dipesan. Lepas ni banyak lagi kerja yang menanti mereka. Siapa cakap senang jadi orang kaya. Lagi banyak duit lagi kurang masa yang ada untuk bersantai atau bersenang-senang.




p/s : test dulu bab 1 n 2...ada kesalah ejaan n etc tapi malas nak edit lagi..enjoy lah ye...nak baca yg seterusnya kat penulisan 2u ada...tajuk yang sama, sampai bab 4 & 5 ada kat sana, sana lambat sangat upload...layanz dulu lah ye...(edited few things such as nama n perenggan...ok sikit kot...sori~ and selamat melayan... ;)





Last edited by farahanafarah on 21-11-2012 11:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 10:32 AM | Show all posts
BAB 3

        Lisa rimas, dia tidak suka dengan suasana dewan hotel ini sekarang. Dah macam parti liar pula dia rasa. Siap ada disediakan arak lagi. Ingatkan jamuan biasa seperti tahun-tahun lepas tapi malangnya dia silap. Itulah orang suruh rajin-rajinkan diri bergaul dengan rakan di kilang dia sibuk membuta bila waktu rehat. Dia bukan apa, selalu tak cukup tidur sebab waktu malam dia akan buat nasi lemak untuk diletakkan diwarung-warung sekeliling kampung, itupun atas paksaan Mak Nab, kalau tidak memang tak kuasalah dia nak memasak sampai pukul 2 3 pagi.
        
        esoknya pula nak kena kerja. Mana tak mengantuk. Lisa berjalan menyusuri ruang yang dikhaskan untuk pejalan kaki dikawasan taman itu. Kagum dengan hotel mewah ini kerana jarang hotel mewah yang terletak di ibu kota menyediakan taman bunga untuk tetamunya, swimming pool yang dihias cantik tu biasalah.
Lisa tertarik dengan bunga ros kuning yang ada ditaman itu, perlahan wajahnya ditundukkan sedikit dan dia mencium bunga itu. Bau harum dan segar sekali. Lisa leka dengan perbuatannya tanpa menyedari ada yang memerhati gerak-gerinya dari tadi.
Amran yang melihat Lisa begitu asyik dengan bunga-bunga itu segera menghampiri. Peluang untuk mendekati Lisa tidak akan dia sia-siakan.

         “Hai Lisa. Kenapa duduk kat sini? Panas cuaca ni, kat dalam sejuk sikit.” Tegur Amran.
Lisa terkejut, ingatkan dia berseorangan tadi.

          “Saje je melepak kat sini. Rimas lah kat dalam. Ingatkan kali ni jamuan macam tahun-tahun sudah tapi alih-alih. Hmmmm….” Amran yang mengerti maksud kata-kata Lisa hanya senyum. Dalam diam dia mengakui. Jamuan tahunan kilang kali ini lain dari biasa, buktinya arak disediakan secara terbuka dan sesiapa pun boleh mengambilnya. Tiada sekatan dan halangan. Kalau tahun lepas jamuan mereka lebih teratur dan agak formal tapi masih meriah. Pelik juga kenapa tahun ni jadi lain macam. Mentang-mentanglah dah diambil alih oleh syarikat besar.

          “Tulah kan. Rimas dengan muzik dan bau arak tu semua.” Tutur Amran sopan. Lisa hanya tersenyum manis. Bergetar jiwa amran. Lisa yang ayu berbaju kurung direnungnya lembut. Walau hanya berbaju kurung gadis itu tetap menawan. Amran pelik kenapa Lisa berbaju kurung, tidak berbaju vogue macam rakan-rakan mereka yang lain. Ah Lisa…dia memang lain dari yang lain.

          “Lisa cantik sangat hari ni. Am suka tengok Lisa pakai baju kurung. Selalu tu tengok Lisa pakai baju kilang je.” Puji Amran.
Tersipu-sipu Lisa dibuatnya. Alahai Amran, pakai baju kurung lusuh ni pun kau kata cantik. Memang kau ni rabunlah Amran.
“Ada-ada ajelah Amran ni. Lisa lari tema pun dipujinya cantik. Apalah Amran ni.”  Amran ketawa kecil.
Perbualan Amran dan Lisa makin rancak diselangi gelak ketawa mereka berdua tanpa menyedari Maria yang merah mukanya menahan cemburu melihat kemesraan itu.

          Maria bengang, penat dia melawa hari ni. Jangankan memuji, Amran menegur pun tidak, yang dia nampak Lisa, Lisa, Lisa. Entah apa yang Amran tu berkenan sangat dengan si Lisa tu. Kaki yang berkasut tumit tinggi dihentak-hentak sambil berjalan menuju ke dewan hotel semula. Hentakan itu tanda amarah yang menggunung terhadap apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.

           Suzy yang separuh mabuk tercengang melihat muka rakan karibnya yang mencuka. Tadi elok saja moodnya. Kenapa pula tiba-tiba berubah. Pasti ada yang tak kena. Bahu Maria yang terdedah disentuh.

          “Kenapa ni Maria? Masam je muka kau. Tadi elok je aku tengok. Kau jangan buat perangai Maria. Banyak lelaki handsome kat sini, kau buat muka asam kecut kau tu lari diorang bila tengok tau.” Ujar Suzy selamba sambil meneguk red wine yang berada didalam gelas di tangan kanannya.
Maria masih diam sambil nafasnya ditarik dan dihembus laju sehinggakan dapat dilihat dengan jelas oleh Suzy betapa laju rentak turun naik dada Maria.

           “Wei…cakaplah kau ni kenapa. Tak bestlah macam ni. Mekap dah cantik, baju dah seksi tapi buat muka asam kecut kau tu. Kau ingat cantik ke? Aku yang tengok pun tak selera apatah lagi laki-laki kat sini.” Suzy masih belum berputus asa bertanya. Rugi betul si Maria ni. Penat berhabis duit beli dress hitam yang seksi ni. Kalau macam ni gayanya, pakailah seseksi manapun tak akan ada yang berkenan dengan muka cemberut itu.

             Tapi malangnya Maria tetap juga membatu. Malas melayan, Suzy mendengus kuat lantas bepaling ingin berlalu dari situ. Buang masa layan mood si Maria ni. Baik pergi menari, untung-untung ada yang sangkut padanya.
Belum sempat Suzy melangkah Maria bersuara.

            “Aku sakit hati sangat ni! Kurang ajar punya betina, dia menggatal dengan Amran aku. Dia goda Amran.” Bengis muka Maria saat menuturkannya. Entah bila zaman Amran tu jadi hak dia, sesuka hati mengaku yang Amran tu ‘Amran aku’, ejek Suzy dalam hati. Namun dia tetap melayan.

          “Betina mana pulak ni Maria? Aku tak pahamlah. Cuba cerita terang sikit.”

          “Betina mana lagi Suzy! Lisa tu lah! Masa aku nak pergi tandas tadi aku nampak dia mesra sangat berborak dengan Amran, siap berdiri rapat-rapat lagi, gelak-gelak. Eeee….geramnya aku! Sakit hati aku tau!” marah Maria. Berkerut mukanya sambil membayangkan muka Lisa ditonyoh-tonyoh atas jalan raya biar buruk dan hodoh muka putih melepak itu.
Suzy ketawa mengejek.

           “Amran pun kau nak rebutkan. Bukan kaya pun, takat ada Kancil buruk nak buat apa maria. Kau kan cantik, kau boleh cari Datuk, Tan Sri atau mana-mana orang kaya yang kau nak. Takat Amran tu, buat makan nasi lauk telur hari-hari bila kau kahwin dengan dia bolehlah. Nak mintak lebih memang mimpi.” Cucuk Suzy. Entah apa yang Maria berkenan sangat dengan Amran pun dia tidak tahu.

            Takat rupa saja nak buat apa. Bukan boleh buat beli beras, lainlah kalau tayang muka dapat beras sekampit, dapat ikan sekilo, gula sekilo dan sebagainya.
Maria bertambah bengang. Sesedap rasa Suzy je nak kutuk Amran dia.

            “Hei Suzy, kau tau apa pasal cinta. Kau tu mana jantan nak rodok kau bagi. Aku ni lainlah, suci lagi. Bukan macam kau.” Bongkak sungguh kata-kata Maria pada pendengaran Suzy. Terasa ingin diganyang mulut celupar itu.

            “Kau cakap apa ni Maria? Jangan sebarang cakap, bengkak mulut kau nanti.” Ulas Suzy geram. Jarinya tepat menghala ke muka Maria. Maria yang tadinya sedang duduk mula berdiri. Serasa kecil saja tubuh Suzy pada pandangannya. Berani perempuan ni mengugutnya. Dia belum kenal siapa Maria.

            Pergaduhan yang hampir meletus itu diredakan oleh Leha dan Awin yang hanya memerhati dari tadi. Leha dan Awin rakan baik Maria dan Suzy. Mereka berempat memang akrab dan sering bersama. Mereka sangat glamour di kilang bukan sebab kecantikan atau kerajinan tapi sebagai pekerja bermasalah. Kalau sehari tidak timbulkan masalah memang tidak sah.
Leha memegang kejap tangan Maria dan Awin menenangkan Suzy. Masing-masing terpaksa beralah apabila separuh dari dewan itu mula memberikan perhatian pada mereka. Mungkin bunyi suara Maria dan Suzy agak kuat tadi.

           “Girls, apehal ni gaduh-gaduh. Kita kan geng mana boleh gaduh.” Ujar Leha diiringi anggukan Awin. Suzy mendengus, Maria hanya menjeling tajam.

           “Dia ni lah nak cari pasal dengan aku. Aku cakap elok-elok dia nak kurang ajar pulak.” Bela Suzy.

          “Hei! Kau cakap baik-baik sikit Suzy. Kang aku tangankan jugak muka kau tu.” Marah Maria. Panas hatinya. Tangan Leha yang memegang tangannya direntap kasar. rimas!
Awin yang melihat hanya menggelengkan kepala.

          “Sudah lah tu. Kita bawa berbincang okay.” Usul Awin yang bermekap tebal. Malu terasa apabila banyak mata yang memandang ke arah mereka. Maria melepaskan keluhan berat. Ini bukan masanya untuk bergaduh dengan Suzy. Dia ada rancangan yang harus dilaksanakan. Buat masa sekarang Suzy dicampak ke tepi dahulu. Bila tiba masanya tahulah dia nak mengajarnya.

          “Okay-okay, aku mintak maaf okay. Aku tau aku salah. Maafkan aku ye Suzy, Leha, Awin?” ujar Maria lembut. Wajahnya dimaniskan. Padahal dalam hati rasa nak sepak saja muka Suzy yang tersenyum tanda menang itu. Tak apa hari ni hari kau tapi esok lusa belum tentu lagi, gumam Maria.

           Mereka berempat berjabat tangan dan berpelukan sambil ketawa. Tanpa pengetahuan mereka bertiga, ketawa Maria ada maksudnya. Tidak sabar untuk menunggu masa melaksanakan rancangan jahatnya itu.






Last edited by farahanafarah on 21-11-2012 11:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:57 AM | Show all posts
berpinor membacanya
apa2 pun teruskan penceritaan yea
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:36 PM | Show all posts
Hero merembes...tp heroin....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:43 PM | Show all posts
noks....mohon buat perenggan...cerita best tp mood spoil takdak perenggan....metacih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2012 04:33 PM | Show all posts
kalau berperenggan lagi cantik sis..x pening nk membaca
story dah best
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 04:52 PM | Show all posts
alamak MARIA nak kenakan LISA ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 08:14 PM | Show all posts
fatehana posted on 21-11-2012 10:57 AM
berpinor membacanya
apa2 pun teruskan penceritaan yea

ok nanti saya edit..susah nk ngedit pakai fon hehe...sori ye dah buat mata awak berpinauuu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 08:15 PM | Show all posts
shahrinas posted on 21-11-2012 04:52 PM
alamak MARIA nak kenakan LISA ke?...

tunggu sajork..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 08:15 PM | Show all posts
aznizazzadele posted on 21-11-2012 04:33 PM
kalau berperenggan lagi cantik sis..x pening nk membaca
story dah best

ok2...nanti nk edit..sori ye ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 08:16 PM | Show all posts
kikuri posted on 21-11-2012 03:43 PM
noks....mohon buat perenggan...cerita best tp mood spoil takdak perenggan....metacih

ye noks..pastiii..ampun yeeee ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 08:17 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 03:36 PM
Hero merembes...tp heroin....

cer cadangkan heroinnya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:26 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 21-11-2012 08:17 PM
cer cadangkan heroinnya..hehe



Yg nih ok tak?...kiut & cantik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:47 PM | Show all posts
Sori fara...gambr yg sy tepek tuh...gambr masa tengku denis paksa lisa pakai seksi for event or something kan...tp nangis2 gak ler lisa kena pakai gitu...huhu..

belum apa2 dah wat perangai speku ku inih...aishhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 11:06 PM | Show all posts
sellie003 posted on 21-11-2012 09:47 PM
Sori fara...gambr yg sy tepek tuh...gambr masa tengku denis paksa lisa pakai seksi for event or some ...

tak pe...kat sini semua bebas berimaginasi...tak de halangan untuk semua...citer ni agak 18sx sikit nanti tapi hopefully tak melampaulah, ada iktibar disebalik cerita ni yang hopefully sikit sebanyak boleh bagi pengajaran pada semua yang membaca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2012 11:20 PM | Show all posts
BAB 4

        Sayup-sayup azan subuh kedengaran mengejutkan lena Lisa. Dia segera bangun dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan. Walaupun hari ini cuti hujung minggu, mana mungkin dia dapat menyambung tidur hingga petang seperti sepupunya Maria. Terlalu banyak kerja yang menantinya. Selepas solat subuh dia perlu menghantar nasi lemak ke warung sekeliling kampong. Jika lambat bising pulak Mak Nab.
        Lisa sempat menjengah ke bilik neneknya untuk memastikan neneknya sudah sedar atau belum. Selepas menunaikan solat subuh dia akan membantu neneknya mengambil wuduk dan bersolat. Walau solat neneknya tidak lagi mampu dilakukan sesempurna dulu, neneknya tetap bersolat dalam keadaan baring. Setiap kali solat Lisa perasan tubir mata neneknya selalu digenangi air. Kasihan nenek.
       
         Selepas neneknya bersolat, Lisa menyediakan makanan untuk neneknya dan menyusun nasi lemak yang telah dibungkus ke dalam 2 buah bakul yang telah disediakan. Sebentar lagi dia akan berjalan kaki ke warung disekeliling kampong untuk meletakkan nasi lemak tersebut. Sebelum keluar Lisa akan menyuap neneknya. Kalau tidak disuap awal-awal sebelum bangunnya Pak Mat dan Mak Nab, dia risau andai neneknya tidak dibenarkan makan. Bukan boleh dibuat kira sangat dengan angin Pak Mat dan Mak Nab, mereka berdua bukan fikir apa pun.
       
         “Sedap tak nek nasi lemak Lisa?” Tanya Lisa setelah suapan pertama diterima neneknya.
        Neneknya hanya mengangguk perlahan dan tersenyum. Lisa turut tersenyum.
       
         “Lepas makan nanti, Lisa nak pergi hantar nasi lemak ni kat warung tau. Nenek rehat lah, nanti tengahari Lisa kejut nenek untuk makan dan solat ye. Hari ni hari ahad, Lisa tak kerja. Jadi, Lisa boleh jaga nenek. Hari lain tak boleh sebab Lisa kerja sampai petang. Lisa mintak maaf tau nek sebab kalau bukan hari minggu pagi dan malam je nenek dapat makan.” Tutur Lisa sebak. Dia tahu sepanjang dia ditempat kerja neneknya langsung tidak dipedulikan Mak Nab apatah lagi Pak Mat. Makan atau tidak langsung tidak dipedulinya.
       
        Sebab itu setiap pagi sebelum ke tempat kerja Lisa akan menguruskan neneknya terlebih dahulu. Disuapnya makan dan minum sebab dia tahu, bila dia balik nanti baru neneknya dapat makan lagi. Mak Nab ataupun Pak Mat langsung tidak sudi membantu menyuap nasi pada orang tua yang terlantar itu. Hari minggu sahajalah peluang yang Lisa ada untuk berbakti pada neneknya.
       
         Sesudah menguruskan neneknya Lisa membimbit bakul nasi lemak di kiri dan kanan tangannya. Belumpun sempat sampai di muka pintu, Lisa berpatah balik ke arah bilik neneknya. Bakul nasi lemak diletak di muka pintu. Entah kenapa, hari ini terasa berat untuk meninggalkan neneknya. Perasaannya lain macam, tak sedap hati.
       
        “Nek, Lisa pergi dulu ye. Nenek jaga diri baik-baik. Lisa sayang sangat kat nenek,” Lisa menggenggam tangan neneknya kemudian dicium lama. Berat hati melepaskan tangan tua itu.
       
         Apabila sampai di muka pintu bilik neneknya, Lisa menoleh untuk kesekian kalinya. Wajah neneknya dipandang lama. Dapat dilihat mata neneknya sayu memandang dirinya.
       
        “Ya Allah, Kau lindungilah nenekku jika sesuatu yang buruk terjadi pada diriku,” doa Lisa perlahan sebelum cepat-cepat melangkah keluar.


Bakul nasi lemak yang telah kosong disangkut kiri dan kanan tangannya. Lisa menyanyi kecil sambil menapak perlahan untuk pulang ke rumah. Petang karang dia akan datang semula untuk mengutip duit hasil jualan nasi lemaknya. Begitulah tugasnya setiap hari. Kalau hari bekerja, hampir maghrib barulah Lisa akan datang mengutip duit jualan nasi lemaknya dan akan diserahkan semuanya kepada Mak Nab. Satu sen pun tidak akan diberi pada Lisa. Kejam sungguh!
       
         “Panasnya hari ni…nak menggelegak otak aku rasanya.” Gumam Lisa perlahan. Matahari sudah terasa membahang sedangkan jam baru menginjak ke 9.00 pagi. Perjalanan dari warung Abang Mail dan rumah memakan masa hampir 10minit kalau berjalan kaki. Dapat naik basikal pun kira dah okay ni, tak lah penat sangat, omel Lisa dalam hati.
       
         Baju t-shirt putih yang sudah lusuh dibetulkan apabila ditiup angin. Kain batik yang dipakai juga dibetulkan. Karang terlondeh satu hal pulak. Angin bertiup agak kencang, pelik! Tadi panas membahang, sekarang macam tanda-tanda nak hujan pulak. Lisa mempercepatkan langkah, takut hujan datang dengan tiba-tiba tanpa sempat dia sampai ke rumah.
       
         Angin yang bertiup tiba-tiba melucutkan sanggul rambut panjang Lisa. Terkial-kial gadis itu membetulkan rambut yang menutupi mata dengan tangan yang sarat dengan bakul bekas nasi lemak. Tanpa Lisa sedari sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang laju hampir merempuhnya oleh kerana kedudukan Lisa yang berdiri ditengah jalan. Lisa tidak menyedari keadaan itu kerana sibuk membetulkan rambut yang ditiup angin.
       
        Tapi malang buat penunggang motosikal itu, motosikalnya tidak mampu dikawal dan terbabas akibat mengelak seorang gadis yang berdiri ditengah jalan.
       
        Bunyi motosikal yang terbabas mengejutkan Lisa. Dia berpaling ke kiri dan kanan sebelum ternampak sebuah motosikal berwarna hitam terbaring di dalam semak ditepi jalan bertentangan. Tanpa menyedari dialah punca kemalangan itu, Lisa berlari anak ke arah motosikal tersebut. Kelihatan seorang lelaki yang masih terbaring dan terkial-kial untuk bangun.
       
        Lisa cuba untuk membantu. Bakul yang dipegang sedari tadi di letak ke tepi. Lisa melangkah ke arah penunggang tersebut dan memegang lengan yang berbalut jaket kulit hitam itu untuk membantunya bangun. Penunggang tersebut melabuhkan punggungnya di tepi jalan bertar disebelah motosikalnya yang terbaring. Lutut dan sikunya terasa pedih.
       
         Helmet fullface yang membalut kepalanya dibuka dan dicampak ke tepi. Sarung tangan kulit yang sedikit terkoyak juga dibuka. Dibelek lututnya yang terasa pedih. Ada darah yang mengalir disitu. Penunggang tersebut mendengus. Lisa yang berdiri tegak hanya memandang.
       
        “Encik…encik okay ke?” Tanya Lisa setelah melihat lelaki tadi seperti tidak perasan akan kehadirannya.
       
         Tengku Dennis yang mendengar suara halus itu mendongak. Dia langsung tidak perasan ada makhluk yang berdiri di depannya. Gadis yang berdiri didepannya direnung atas bawah. Rambut yang panjang dan sedikit bergulung dibawah kelihatan agak tidak terurus. Dengan baju t-shirt yang sudah lusuh warnanya dan berkain batik, gadis itu tidak ubah kelihatan seperti orang gila pada pandangan mata Tengku Dennis.
       
         Belum sempat Tengku Dennis membuka mulut dia baru teringat. Gadis ini lah yang tiba-tiba berdiri di tengah jalan sehinggakan dia terpaksa mengelak dan terbabas. Darah mula naik ke kepala. Tengku Dennis naik baran, hilang rasa sakit dilutut digantikan dengan rasa sakit dihati.
       
       “Woi orang gila! Kau punya pasal lah aku excident tau tak!” marah Tengku Dennis kuat.
       
        Berdesing telinga Lisa yang mendengar. Amboi-amboi, tak padan dengan aku tolong angkat dia tadi boleh pulak dia sound-sound aku. Cakap aku gila pulak tu.
       
        “Hei mat rempit! Kau yang buta, jangan nak salahkan orang pulak. Dia yang buta tapi sesedap rasa nak cakap orang gila pulak,” balas Lisa.
       
        “Kau jangan nak salahkan aku pulak. Kau ingat ni set pengambaran iklan syampu ke sampai kau nak libas-libas rambut tengah jalan hah?!” Tengku Dennis yang sememangnya tengah marah bertambah bengang.
       
        “Kau ingat rambut kau cantik ke nak libas-libas macam tu? Rambut dah rupa sabut kelapa ada hati nak tayang-tayang,” sambung Tengku Dennis. Puas hatinya melihat muka gadis itu kemerahan menahan marah.
       
       “Ewah-ewah, sedara ni tak padan dengan lelaki tapi mulutttttt….mengalahkan pondan Lorong Haji Taib!” tak pasal-pasal Lorong Haji Taib dapat nama. Lantaklah janji mamat bongok ni sakit hati, omel Lisa dalam hati.
       
        Tengku Dennis mula nak naik tangan. Mulut gadis dihadapannya ini sungguh berbisa. Sakit hatinya. Tapi belum sempat sebijik penampar dihadiahkan pada gadis itu, satu suara menghentikan tindakan Tengku Dennis.
       
       “Lisa…kenapa ni? Apa yang jadi? Kenapa kau tak balik-balik lagi ni?” soal Pak Dollah, jiran sekampung Lisa.
       
      “Tak ada apalah Pak Dollah, mat rempit ni hah. Ada ke patut dia kata saya yang sebabkan dia excident, sedangkan saya ni jalan kaki je pun. Kalau bawak kereta ke motor ke logik la jugak saya langgar dia ke apa ke. Eleh, lagipun bukan langgar pokok balak….langgar pokok pisang je pun.” Terang Lisa pada Pak Dollah. Tengku Dennis yang mendengar sudah panas telinga.
       
        Baru Tengku Dennis nak mempertahankan diri, suara Pak Dollah kedengaran lagi.
       
        “Sudahlah tu Lisa, pergi balik cepat. Orang dah mula ramai kat rumah kamu tu.” Suruh Pak Dollah. Pak Dollah tersenyum tawar.
       
         Lisa tak sedap hati. Kenapa senyuman Pak Dollah nampak lain macam? Jangan cakap ada orang datang pinang aku pulak. Mau pengsan aku kat sini.
       
        “Kenapa Pak Dollah suruh saya balik cepat ni? Ada apa kat rumah, Pak Dollah?” Tanya Lisa. Dijeling lelaki yang tengah bersusah payah mendirikan motorsikal berkuasa tingginya itu.
         
        “Tulah…siapa suruh beli motor berat-berat. Muka macam kau ni layak naik Honda Cup tu je. Yang lampu bulat tu.” Lisa ketawa kuat.
       
        Tengku Dennis menjeling tajam sebelum bersuara.
         
        “Pergi balik lah orang gila. Tengahari buta melilau tengah jalan ni buat apa. Nanti karang entah siapa pulak excident sebabkan kau tu.” Helmet disarung ke kepala. Tengku Dennis malas nak melayan. Berdenyut siku dan lututnya, tadi masa bergaduh tak pula rasa sakit. Sekarang baru rasa nak tercabut lutut dan sikunya.
       
         Tanpa menunggu lama Tengku Dennis memecut laju, ingin cepat sampai ke rumah. Perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur tidaklah memakan masa yang lama apatah lagi dengan menaiki motor tapi oleh kerana denyutan pada siku dan lututnya yang luka membuatkan Tengku Dennis ingin cepat sampai ke rumah. Kalau motornya boleh terbang sudah lama diajak terbang supaya cepat sampai.
       
          Apalah nasib badan, ingat nak melawat tapak projek tapi tak pasal-pasal terbantut. Dapat pula sakit, motor pula calar. “Siaplah kau wahai orang gila kalau aku jumpa kau lagi.” Gumam Tengku Dennis perlahan.















BAB 5

        “Baliklah cepat Lisa.” Usul Pak Dollah. Lisa pelik, beria-ia sungguh Pak Dollah menyuruh dia pulang. Entah-entah betul agaknya ada orang datang meminang. Ni yang malas ni!
       
        “Ye lah Pak Dollah. Lisa balik dulu. Assalamualaikum Pak Dollah.”
       
        “Eh Lisa, lelaki tadi tu siapa? Kenapa kamu bergaduh dengan dia?” soal Pak Dollah. Sewaktu Lisa sedang mengangkat bakulnya yang tersadai di tepi jalan. Hampir terlupa dia dengan kejadian tadi. Dilihatnya Lisa sedang bertikam lidah dengan seorang lelaki. Dia yang sememangnya baru balik dari rumah Lisa, pelik melihat Lisa ada di tepi jalan. Sepatutnya dalam keadaan macam ni Lisa sudah berada di rumah untuk buat apa yang patut.
       
        “Orang sewel tadi tu Pak Dollah. Biarkan dia, tak penting pun. Tak apa lah Pak Dollah, Lisa balik dulu.”
       
        “Ye lah..hati-hati jalan tu,” Pak Dollah hanya menggelengkan kepala mendengar jawapan anak gadis itu.
       
         Lisa melangkah laju untuk pulang ke rumah. Sedar yang dia agak terlewat untuk pulang selepas menghantar nasi lemak. Ni gara-gara mat rempit tu lah! Dia yang bawak laju nak salahkan orang pulak. Dahlah main blah macam tu je. Cubalah bawak-bawak cakap terima kasih ke, sorry ke. Ini main blah je. Marah Lisa dalam hati.
       
         Dari jauh Lisa nampak ramai orang dihalaman rumah neneknya. Lisa mula berdebar. Yang lelaki berkain pelikat dan siap berkopiah, yang perempuan semua bertudung litup. Lisa dapat merasakan ada yang tidak kena. Ini bukan orang datang meminang tapi lebih teruk dari itu. Bakul yang berada ditangan dicampak entah kemana. Lisa berlari laju naik ke anjung rumah.
       
        Dia terkedu. Terdapat sekujur tubuh diatas lantai diruang tamu rumah. Tubuh itu diselimuti kain batik yang belum dijahit. Kain tersebut menutupi seluruh tubuh yang terbaring kaku itu.
       
        Berat kaki Lisa untuk melangkah. Dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Longlai saat kakinya menghampiri tubuh yang yang terbujur kaku itu. Dia terjelepok disisi tubuh itu, perlahan tangannya memegang hujung kain batik yang menutupi wajah tubuh yang kaku itu. Diselak perlahan-lahan dengan tangan yang menggigil. Hampir meraung lisa saat melihat wajah disebalik kain itu adalah neneknya. Baru tadi rasanya dia memeluk, menguruskan neneknya dan menyuap makan.
       
          Tapi sekarang, wajah tua itu tidak lagi bernyawa. Wajah tua itu sudah tidak lagi mampu mengukir senyum. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, airmata lisa laju menitis. Pedih! Nenek dah tak ada. Dia sudah tiada tempat bermanja, dia sudah tidak ada apa-apa lagi. Semuanya gelap dirasakan. Wajah neneknya yang kelihatan tenang dicium bertalu-talu. Tidak terasa ingin melepaskan dakapannya terhadap tubuh kaku neneknya sehinggalah ada sepasang tangan yang menarik tubuhnya menjauhi neneknya.
       
         Lisa meraung, dia cuba melepaskan diri dari pegangan itu. Dia ingin bersama neneknya. Dia tidak mahu meninggalkan neneknya. Dia belum puas memeluk dan bermanja dnegan neneknya. Gadis itu menangis kuat.
       
         Orang kampung yang sedang membaca yassin hanya mampu mengalirkan air mata. Sedih melihat keadaan anak yatim itu. Mak Nab yang berang melihat keadaan Lisa semakin kuat menarik tubuh gadis itu menjauhi jenazah ibu mentuanya.
       
         “Dari pagi kau keluar, sekarang baru kau reti nak balik! Kau pergi hantar nasi lemak ke kau pergi menggatal! Dasar manusia tak kenang budi!” jerit Mak Nab berang.
       
          Dari awal pagi Lisa keluar sekarang baru balik. Bukannya banyak warung yang Lisa perlu hantar nasi lemak. Hanya 4 warung. Itu pun ambil masa lama ke? Mak Nab tidak sedar, walaupun hanya 4 warung tetapi jarak setiap warung agak jauh, tambahan pula Lisa hanya berjalan kaki. Tapi Mak Nab bukanlah seorang manusia yang berfikir panjang. Dia akan cakap apa saja yang dia rasa nak terkeluar dari mulutnya. Langsung tidak dihiraukan perasaan orang.
       
         Mak Nab menarik kasar tubuh Lisa menuju ke muka pintu utama. Ingin dihumbannya Lisa dari tangga rumah. Benci sungguh dia melihat wajah itu.
       
         “Kau berambus Lisa dari rumah aku ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Sekarang nenek kau dah mampos! Kau dah tak ada alasan nak duduk kat rumah ni lagi. Berambus kau! Berambus!” halau Mak Nab. Tanpa belas kasihan Mak Nab menolak tubuh Lisa dari tangga pintu utama rumah. Lisa tergolek jatuh. Dahinya luka terhantuk bucu tangga, namun kesakitan itu langsung tidak terasa.
       
         Lisa berusaha bangun, belum sempat dia dapat berdiri dengan stabil, beg bajunya dicampak tepat ke mukanya oleh Maria pula. Maria tersenyum sinis.
       
         “Orang dah suruh berambus tu berambus je lah. Kau tak payah nak buat drama air mata kat sini.” Ucap Maria sinis.
        Kak Som yang tak sanggup melihat keadaan Lisa segera menuruni tangga dan menuju ke arah Lisa. Tidak sangka tergamak sungguh Mak Nab menghalau anak saudaranya sendiri. Dalam keadaan yang tidak sepatutnya pula tu. Kalau ia pun tunggulah sehingga jenazah nenek Lisa dikebumikan.
       
        “Sudah-sudahlah tu Mak Nab. Kesian si Lisa ni. Kalau ya pun nak suruh dia keluar dari rumah ni, tunggulah jenazah dikebumikan dulu. Buat masa sekarang ni biar Lisa naik tengok dan sempurnakan jenazah neneknya tu. Dia mesti nak berbakti buat neneknya untuk kali terakhir.” Cadang Kak Som.
       
        Mencerlung mata Mak Nab mendengar usul Kak Som.
       
        “Eh Som! Kau tak payahlah nak ajar aku. Kau balik jaga laki kau yang cacat tu sudahlah! Tak payah nak sibuk hal keluarga aku. Berambus aku kata, berambus! Kau pun berambus sekali Som, berambus dari rumah aku!” halau Mak Nab biadap sekali.
       
         Orang kampong yang lain hanya mampu melihat. Tidak berani untuk masuk campur, silap hari bulan semua dihalaunya. Nanti siapa yang mahu sempurnakan jenazah Nek Azizah. Kalau tidak kerana arwah ni baik dan berbudi pekerti orangnya, orang kampong pun malas nak campur dan datang ke rumah Mak Nab.
       
        Keluarga Mak Nab memang tidak beradab orangnya terutama sekali Mak Nab dan Maria. Pak Mat pula sibuk dengan judinya. Buktinya sehingga sekarang Pak Mat masih tidak pulang. Sedangkan yang meninggal itu ibu kandungnya.
       
        Kak Som memeluk bahu Lisa. Dia tarik Lisa menghala ke rumahnya yang terletak selang 3 buah rumah. Tidak ada gunanya dia dan Lisa masih berada di sini, Mak Nab tak makan saman orangnya. Cakap orang langsung tidak akan didengarnya. Yang betul hanya dirinya seorang. Lisa berat kaki. Dia ingin bersama neneknya dalam waktu yang tinggal sedikit ini.
       
        “Kak Som, Lisa nak duduk sini. Lisa nak tengok nenek, Lisa nak tolong nenek buat kali terakhir, nanti dah sudah Lisa pergilah. Tolonglah Kak Som…tolonglah…” Lisa sudah mula teresak-esak.
       
         Sedih Kak Som melihatnya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Jiwa dan hati Mak Nab sudah keras. Lisa cuba melepaskan diri dari pautan Kak Som. Setelah berjaya dia berjalan ke arah Mak Nab.
       
         “Tolonglah Mak Nab. Sekali ni saja, tolonglah…izinkan saya bersama dengan nenek buat kali terakhir. Tolonglah…saya rayu Mak Nab…saya sanggup melutut depan Mak Nab asalkan Mak Nab izinkan saya naik atas jumpa dengan nenek yang uruskan nenek sehinggalah pengebumiannya. Tolong Lisa ye Mak Nab?” rayu Lisa sambil menangis. Kak Som makin sedih. Buta sungguh hati Mak Nab untuk menilai kebaikan anak saudaranya ini.
       
         Lisa memaut kaki Mak Nab. Mak Nab hanya berdiri kaku sambil memalingkan mukanya ke arah lain. Langsung tidak sudi memandang ke arah Lisa. Maria yang melihat segera berbisik kepada ibunya.
       
         “Jangan bagi dia naik mak. Nanti duit orang sedekah untuk nenek dia kebas pulak. Biarkan dia berambus mak. Maria pun dah benci tengok muka dia ni,” bisik Maria ke telinga ibunya.
       
       “Sudah! Aku cakap berambus kan. Kau tak dengar lagi ke! Pekak?” Mak Nab genggam rambut lebat Lisa dan diheretnya ke atas tanah. Kak Som yang melihat cuba menghalang bersama beberapa orang kampong.
       
       “Dah lah Lisa, mari lah ke rumah Kak Som. Nanti dah reda kita datang sini. Mari balik rumah Kak Som dulu.” Ajak Kak Som. Lisa hanya menurut, sakit tubuhnya dikasari Mak Nab, kepalanya juga makin pening. Berbalam-balam pandangannya tapi digagahkan juga untuk menapak mengekori Kak Som.
       
        Lisa menapak perlahan-lahan diiringi Kak Som. Beg pakaian yang dicampak Maria tadi juga diambil. Biarlah, biar dia beralah. Mungkin sudah tiba masanya dia keluar dari rumah itu walau hakikatnya rumah itu milik nenek yang telah dipindah hak milik ke atas namanya, Nur Mellisa binti Azhar. dia redha, dia akan beralah. Dia akan pergi dari sini. Sudah banyak air matanya tumpah di sini, sudah tiba masanya untuk dia cari kebahagian sendiri.
       
         Kalau dulu nenek adalah penghalang, sekarang dia sudah tidak ada siapa-siapa lagi. Dia akan pergi untuk cari kebahagiaan sendiri. Pandangan yang berbalam makin lama makin kelam dirasakan, jalannya juga sudah tidak betul. Lisa rebah, yang sempat dia dengar sayup-sayup suara Kak Som menjerit memanggil namanya. Seterusnya, kosong, gelap….




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 11:32 PM | Show all posts
BAB 6

        Tengku Dennis bengang. Sakit dan sengal-sengal tubuhnya dirasakan penangan jatuh motor semalam. Sudahlah tak sempat melawat tapak projek, dapat pulak bala. Tengku Dennis menyandar perlahan dikepala katil. Semalam, lepas jatuh motor dia terus pecut pulang ke rumah mamanya. Dapatlah sebakul dua bebelan dari mamanya.
       
         Mama tidak percaya bahawa dia jatuh motor sebab elak orang gila. Mama cakap dia race. Ah! Mama apa tau, kerja membebel 24 jam. Jadi sebelum mamanya menghadiahkan selori pulak bebelan, Tengku Dennis sudah siap sedia melarikan diri dan tidur di hotelnya. Lagipun memang telah disediakan sebuah suite kelas pertama khas untuknya. Suite yang tidak akan di sewakan kepada mana-mana guest hotel.
       
         Tengku Dennis sunyi. Nak keluar tak ada mood, dengan tangan dan lutut yang bertampal tidak sesuai untuk keluar ke mana-mana. Buat bahan gelak rakannya bolehlah. Tengku Dennis bangun dari pembaringan menuju ke tingkap biliknya. Diselak langsir tebal berwarna coklat yang menghiasi tingkap bilik mewah itu. Pemandangan strategik dari bangunan Hotel Emperor menjadikan hotel ini salah satu hotel mewah yang menjadi tumpuan. Pemandangan dari bilik Tengku Dennis menghala ke arah KLCC.
       
          Pemandangan pada waktu malam kelihatan sungguh cantik dengan kerlipan lampu yang memenuhi bandar Kuala Lumpur. Tengku Dennis mengeluh, dia bosan dan sunyi tapi dia tidak tahu apa yang menjadikan dia sunyi dan apa yang boleh menghilangkan rasa sunyinya. Dicapai kotak rokok dan pemetik api jenama Zippo di atas di sisi katil. Tengku Dennis jarang merokok tapi sejak kebelakangan ini rokok menjadi teman akrabnya tapi tidaklah terlalu kuat.
       
          Sekotak rokok biasanya seminggu baru dapat dihabiskan. Kadang-kadang lebih dari itu pun ada. Asap rokok disedut dan dihembus perlahan. Entah kenapa wajah perempuan yang menyebabkan dia excident terlayar diruang mata. Rambutnya panjang dan beralun tetapi serabai, sebijik macam orang gila. Biasalah, orang gila mana tahu mandi. Entah-entah minah tu seminggu sekali baru jumpa air agaknya. Dengan baju dan kain dia yang lusuh tu. Hishh!!!
       
          Tengku Dennis tergelak sendirian. Dia terfikir, macamanalah dia boleh bodoh sangat bergaduh dengan orang gila di tepi jalan. Patutnya dia biarkan saja, dah tau orang tu gila lagi di layan untuk bergaduh. Rokok yang masih bersisa ditonyoh dipermukaan bekas abu rokok. Tengku Dennis bangun dan menuju pula ke katil. Rasa mengantuk mula menggamit, dia ingin merehatkan badan dan otak dari memikirkan perkara yang remeh-temeh.
       
         Masih banyak yang penting perlu dia fikirkan. Bukan hanya rangkaian Hotel Emperor yang perlu diambil kisah tapi syarikat perkapalannya yang sudah menginjak usia 5 tahun itu juga perlu diambil tahu. Tengku Dennis pening kepala, belum pun cecah 30 tahun dah banyak yang harus difikirkan. Sikit hari boleh botak kepalanya kalau macam ni, getus hati Tengku Dennis. Mata yang sememangnya sudah mengantuk akhirnya tertutup dengan sendirinya, tanpa perlu dipaksa-paksa.

         Semalaman Lisa tidak boleh tidur, sepanjang malam dia menangis mengenang nasib diri. Mujurlah Kak Som sudi menumpangkannya untuk berteduh semalam dua. Lisa nekad, pagi nanti dia akan keluar dari kampong ni. Dia ingin pergi jauh dari orang yang dia kenal. Dia tahu Kak Som akan berat hati untuk melepaskannya namun dia nekad. Selagi dia masih berada dalam kampong ini dia takkan bebas dari belenggu penghinaan dari Mak Nab sekeluarga. Entah apalah dosanya sehinggakan Mak Nab begitu membencinya.
       
          Buktinya petang semalam sewaktu pengebumian neneknya. Lisa tidak dibenarkan menguruskan jenazah neneknya apatah lagi untuk menciumnya buat kali terakhir. Disangkakan halangan itu hanya sampai situ tapi ternyata Lisa silap. Mak Nab telah mengharamkan Lisa menjejakkan kaki ke kubur neneknya sendiri. Meraung-raung Lisa pada saat itu. Otaknya beku, berita kehilangan nenek terlalu mengejutkan baginya, ditambah pula dengan perangai Mak Nab sekeluarga.
       
          Mujurlah Kak Som ada, Kak Somlah yang mencadangkan Lisa untuk ke kubur selepas semua orang balik. Lama Lisa menunggu di sebalik pokok besar berdekatan perkarangan kubur untuk menziarahi pusara arwah neneknya. Setelah kawasan pusara itu kosong, Lisa menapak perlahan-lahan ke arah pusara nenek kesayangannya sambil menbawa satu jag air mawar yang diberi Kak Som.
       
          Air mata makin laju menuruni pipi gebu Lisa. Dia teresak perlahan. Dia berteleku disamping pusara arwah neneknya sambil membuka surah yassin yang dibawa bersama. Surah yassin dialun perlahan sambil menahan esakan yang semakin nyata. Sungguh, belum pun sampai satu hari neneknya meninggalkannya dia sudah berasa rindu. Setelah habis surah yassin dibaca Lisa menjirus air mawar yang dibawa ke atas pusara arwah neneknya.
       
        Lisa mengesat air mata yang tidak ada tanda mahu berhenti.
       
       “Nek…kenapa nenek tinggalkan Lisa cepat sangat. Lisa belum puas bermanja dengan nenek.” Ucap Lisa dalam sendu. Dia terdiam seketika untuk mengawal esakannya sebelum menyambung bicara.
       
        “Nenek tau tak, Mak Nab dah halau Lisa. Mana Lisa nak pergi nek….Lisa dah tak ada sesiapa pun kat dunia ni nek..Lisa ada nenek je. Tapi sekarang nenek dah tak ada. Lisa dah tak ada tempat nak bermanja. Kenapa Allah pun tak ambik Lisa nek…Lisa nak ikut nenek. Lisa tak boleh hidup tanpa nenek.” Ngongoi Lisa dalam kesedihan yang tidak bertepi.
       
       “Esok Lisa akan tinggalkan kampong ni nek…Lisa dah penat dengan semua ni. Dengan karenah Mak Nab, Maria dan Pak Mat. Nenek restui Lisa ye. Sentiasa doakan Lisa ye. Nenek jangan risau, Lisa akan balik jenguk nenek bila tiba waktunya nanti. Lisa sayang nenek…sayang…sangat…sangat..” ucap Lisa tersekat-sekat.
       
        Lisa menangis sedih.
       
        “Lisa pergi dulu nek…kalau panjang umur Lisa, Lisa datang lagi. Lisa sayang nenek. Sayang sangat-sangat.” Ulang Lisa perlahan.
        Lisa bangun dan menapak perlahan keluar dari perkarangan kubur. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Dia perlu kuat. Dia ingin mulakan hidup baru. Hujan mula merintik membasahi bumi, seolah- olah turut menangis bersama-sama gadis itu.
       
         Lamunan Lisa terganggu apabila Kak Som mengetuk pintu biliknya. Lisa bangun untuk membuka pintu yang berkunci. Dia saja mengunci pintu sebab tidak ingin diganggu. Dia betul-betul perlukan waktu untuk diri sendiri.
       
         “Lisa…dah bangun? Mari sarapan sekali. Kak Som ada masak nasi goreng untuk Lisa. Dari semalam lagi Lisa belum makan, nanti masuk angin perut tu. Mari Lisa…” ajak Kak Som sambil tersenyum mesra.
       
          Kak Som sangat baik, getus Lisa. Dalam keadaannya yang serba kedaifan Kak Som masih menolong orang. Walhal Kak Som terpaksa menjaga suaminya yang lumpuh akibat terjatuh dari bangunan semasa bekerja. Dengan duit pampasan yang tidak sebanyak mana itulah Kak Som menampung hidup dia dan suaminya.  Kak Som tidak dikurniakan anak. Pernah dia bertanya pada Kak Som apakah dia tidak teringin untuk mempunyai anak.
       
        Kak Som biasanya hanya akan tersenyum dan menjawab Allah Maha Berkuasa. Lisa tidak faham apa maksud Kak Som.
       
        “Hisyy budak ni, kita cakap dengan dia, boleh pulak dia mengelamun.” Kak Som tepuk bahu Lisa yang mematung di depan pintu bilik. Lisa tersenyum tawar.
       
          “Maaf Kak Som, Lisa tak dengar. Apa Kak Som cakap tadi?”
       
       “Kak Som cakap, jomlah kita pergi makan. Kak Som dah masak nasi goreng untuk Lisa.” Ajak Kak Som sekali lagi.
       
       Lisa hanya mengangguk dan mengekori Kak Som.
       
       Di meja makan Lisa hanya tunduk sambil menguis-nguis nasi goreng dengan sudu. Baru sesuap nasi itu masuk ke mulutnya. Tekaknya terasa perit. Semua yang ditelan terasa tawar, langsung tiada selera.
       
       Kak Som yang melihat hanya mampu melemparkan pandangan simpati. Dia tahu Lisa sangat bersedih atas pemergian neneknya. Tambahan pula dengan sikap Mak Nab sekeluarga. Kak Som tahu serba sedikit apa yang berlaku dalam keluarga Lisa namun dia hanyalah orang luar yang hanya mampu memberikan simpati.
       
        “Janganlah macam ni Lisa. Kalau Nek Zizah masih hidup tentu dia sedih tengok Lisa macam ni.”
       
         Lisa angkat kepala. Kata-kata Kak Som menusuk ke hatinya. Ada benarnya cakap Kak Som itu. Andai neneknya masih hidup tentu dia sedih dan kecewa.
       
        Lisa menahan sebak. Pemergian neneknya betul-betul memberi tamparan hebat dalam hidupnya.
       
        “Maaf Kak Som. Lisa dah susahkan Kak Som. Lisa janji, satu hari nanti Lisa akan balas budi baik Kak Som.”
       
        “Kak Som tak harap apa-apa pun dari Lisa. Kak Som bantu Lisa seikhlas hati Kak Som. Kak Som kesian sangat dengan Lisa. Lisa jangan segan dengan Kak Som ye. Kak Som dah anggap Lisa macam adik Kak Som sendiri. Lisa boleh duduk dengan Kak Som sampai bila-bila ye Lisa?” cadang Kak Som. Dia meraih tangan Lisa dan digenggam erat untuk menyalurkan sedikit kekuatan pada gadis itu.
       
         Simpati Kak Som tumpah pada gadis itu. Dia betul-betul kasihankan Lisa. Dia langsung tidak keberatan andai Lisa mahu tinggal dengannya. Ada juga lah orang yang boleh di buat teman. Nak harapkan suaminya yang lumpuh itu apalah sangat.
       
          “Lisa duduk sini dengan Kak Som ye. Teman Kak Som.” Sambung Kak Som sambil mengukir senyum.
       
           Lisa menggeleng. Dia sudah ada perancangan sendiri. Dia perlu lakukan sesuatu untuk meneruskan hidup. Dia tak nak menyusahkan orang lain lagi.
       
          “Kak Som…Lisa nak pergi dari kampong ni. Sudah tiba masanya untuk Lisa ubah nasib hidup Lisa, Kak Som. Lisa nak pergi jauh dari orang yang Lisa kenal. Lisa dah tak sanggup nak hidup macam ni Kak Som. Bukan Lisa tak nak duduk dengan Kak Som tapi Lisa tak nak susahkan Kak Som. Izinkan Lisa pergi Kak Som.” Tutur Lisa perlahan.
       
         Kak Som mengeluh. Dia tahu hati gadis itu sudah cukup terluka. Sudah tiba masanya untuk gadis itu pergi mencari kebahagian sendiri.
       
        “Lisa nak pergi mana?” Tanya Kak Som.
        “Lisa nak pergi KL. Lisa nak cari kerja kat sana.”
        “Nak buat apa pergi KL. Kat sini banyak kerja yang Lisa boleh cari kalau Lisa dah tak nak kerja satu kilang dengan Maria tu. KL tu bahaya Lisa…macam-macam orang jahat ada kat sana tu. Bahaya Lisa..Lisa tu perempuan.”
       
         “Kat mana-mana pun ada orang jahat Kak Som. Kak Som jangan risau, Lisa dah besar. Lisa tahu jaga diri. Lagipun kat sini dah tak ada apa lagi untuk lisa Kak Som. Dah tak ada apa lagi.” Balas Lisa sayu. Dia rasa jiwanya kosong. Sungguh! Dia sudah tidak ada apa lagi yang diharapkan dikampung ini.
       
        “Ye lah..kalau itu yang Lisa dah cakap Kak Som tak boleh nak kata apa lagi. Cuma Kak Som harap kalau Lisa ada apa-apa masalah baliklah ke sini. Balik ke rumah Kak Som ni. Pintu rumah Kak Som sentiasa terbuka untuk Lisa.”
       
         “Terima kasih Kak Som. Allah je yang mampu balas segala budi baik Kak Som.” Lisa tersenyum tawar. Dia nekad. Walau apa pun yang terjadi dia harus pergi dari kampong ini.
       
        “Lepas makan nanti Lisa akan bertolak Kak Som. Lisa tak boleh lama kat sini.” Terang Lisa pada Kak Som.
        “Kenapa cepat sangat? Kenapa tak tunggu sehari dua lagi?”
        “Macam yang Lisa cakap tadi. Dah tak ada apa pun untuk Lisa kat sini. Kalau Lisa ada pun bukan Lisa boleh buat apa-apa pun untuk arwah nenek. Lagi pun, walau ke mana pun Lisa pergi Lisa masih boleh sedekahkah al-Fatihah untuk arwah nenek kan?”
       
       “Betul tu Lisa.” Kak Som mengiakan.
       
        
        Lisa mengangkat pinggan dan dibawa ke sinki. Dia mahu membersihkan diri dan berkemas. Sebentar lagi dia akan berangkat.
       
       “Kak Som, Lisa nak pergi bersiap dulu lah. Nanti lewat tak ada bas pulak,” Kak Som hanya mengangguk.
       
        Setelah siap berkemas, Lisa yang berbaju kurung kain kapas memjinjit beg pakaiannya yang sederhana besar. Sebelum keluar dari bilik, Lisa sempat menjenguk ke dalam pursenya. Hanya sekeping not 50 yang tinggal. Dia mengeluh. Macamana lah nasib dia di Kuala Lumpur nanti kalau hanya banyak tu duit yang dia ada. Silap-silap nak ke Kuala Lumpur pun tak lepas.
       
        Kak Som kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya sambil menonton televisyen. Apabila terlihatkan Lisa yang sudah siap berbaju kurung Kak Som tersenyum tawar. Lisa mendekati wanita berhati mulia itu. Lisa melutut di depan Kak Som sambil menarik tangan itu untuk bersalam. Dia tunduk dan mencium tangan Kak Som, lama sekali. Ditahan airmata yang hampir menitis.
       
         Apabila Lisa mendongak, mata Kak Som turut kelihatan merah. Dia tahu Kak Som sedih. Dia juga sedih. Ini kampungnya, tempat dia membesar. Sudah tentu amat sedih untuk meninggalkan kampong halamannya itu.
       
         “Lisa pergi dulu Kak Som. Halalkan makan dan minum Lisa selama Lisa kenal Kak Som. Kak Som doakanlah Lisa. Lisa mintak maaf kalau ada salah dan silap yang Lisa pernah buat terhadap Kak Som. Kak Som baik sangat, semoga Allah merahmati hidup Kak Som sekeluarga. Lisa sayang Kak Som.” Lisa sebak. Airmata yang ditahan tetap juga menitis.
       
        “Ye lah..ye lah..hati-hati Lisa.” Kak Som sudah tenggelam dalam sebak. Hanya itu yang dia mampu ucapkan. Lisa tidak mahu berlama, dia segera bangun dan menuju ke pintu rumah. Belum sempat Lisa melangkah turun, Kak Som memanggil namanya.
       
         Kak Som turut bangun dari duduknya. Dia menghampiri Lisa dan memeluk tubuh gadis itu seeratnya. Lisa merungkaikan pelukan Kak Som.
       
        “Jangan buat Lisa berat hati nak tinggalkan Kak Som.” Ujar Lisa sebak. Dia pegang tangan Kak Som.
       
         Kak Som menyelitkan sesuatu dalam genggaman tangan Lisa. Lisa terkejut. 4 keping not rm50 Kak Som selitkan dalam genggaman tangan Lisa. Dia tahu dalam keadaan macam ni, Lisa amat memerlukan wang. Makin laju air mata Lisa mengalir. Dia sebak, Kak Som amat memahami. Dia sememangnya memerlukan wang pada saat ini.
       
         Lisa peluk Kak Som sekali lagi. Erat bagaikan tidak ingin dilepaskan langsung.
       
        “Terima kasih Kak Som, terima kasih sangat-sangat. Lisa janji Lisa akan bayar balik. Kak Som jangan risau.” Janji Lisa perlahan sambil mengawal sendunya.
       
        “Kak Som bukan bagi Lisa pinjam duit tu tapi Kak Som memang sedekah pada Lisa. Lisa gunalah duit tu. Kak Som nak bagi banyak pun Kak Som tak ada. Lisa gunalah…tak payah fikir nak ganti balik ke apa. Kak Som ikhlas.”
       
         “Terima kasih banyak-banyak Kak Som. Lisa tak tahu nak cakap apa.” Lisa menangis lagi.
       
         “Sudah-sudahlah tu…pergi cepat, nanti lambat pulak sampai sana.”
       
         “Jaga diri Kak Som. Lisa pergi dulu,” Lisa melangkah laju menuruni tangga rumah. Selipar disarung ke kaki. Tanpa berpaling ke belakang Lisa terus melangkah sambil mengesat air mata yang tidak mahu berhenti. Dia nekad, apa pun yang terjadi dia tak kan berpaling lagi. Dia harus kuat. Makin laju langkah kakinya diatur.




p/s : advanced sikit dari penulisan 2u...sana lambat sikit dorang upload, dah post till episod 8...enjoy lah ye..besok sambung lagi...mari2 tepek pic heroin idaman anda...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2012 01:58 AM | Show all posts
jahatnya mulut Tengku Denis tue, rasa nak cili2 aje mulut dia
kesian kat lisa dah jadi sebatang kara walau ada pak sedara yg x guna tue
nak speku gaklah nnt kat KL lisa sure akan kijer kat hotel T.D. dan pertemuan akan berlaku lg
sekian speku dr ana yg nan hado
farah nnt buh bebanyak taw
x sabar ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2012 02:33 AM | Show all posts
fatehana posted on 22-11-2012 01:58 AM
jahatnya mulut Tengku Denis tue, rasa nak cili2 aje mulut dia
kesian kat lisa dah jadi sebatang ka ...

lewat tido...

alahhhhh...salah lah spekulasinya...tak pe2..sabau yeeee...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.372761 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list