CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15952|Reply: 105

Cermin Kereta Pecah, Mizz Nina Dirompa!

[Copy link]
Post time 4-12-2012 12:21 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina mengalami situasi cemas apabila tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang tidak dikenali di Ampang Jaya.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.

"Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.



"Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta," katanya.



Berdasarkan masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah hari Isnin.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.

"Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.

"Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan," katanya di laman Twitter pula.

Sementara itu, Mizz Nina gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.

Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Riz yang dihubungi mStar Online memberitahu, dia turut gagal mendapatkan penyanyi itu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Take Over (menampilkan Florida) itu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 12:47 AM | Show all posts
Kesiannya mizz nina, nasib baik dia tak di cedera kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 12:57 AM | Show all posts
bahayanya skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:01 AM | Show all posts
sungguh jaat perompak itu!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:16 AM | Show all posts
Kereta jenis apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 01:31 AM | Show all posts
yerrr aku pun nak tanya.dia bawak kereta apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2012 02:13 AM | Show all posts
Benda yang sama jadi banyak kali dah....
Duit berkepuk tapi mentaliti tetap ala bimbo pprt yang tak pernah baca suratkhabar...
henfon habis beribu tak guna juga kalau news tak baca...isu sama diulang banyak kali - jangan letak beg dekat tempat yang senang dicapai peompak/peragut.
nasiblah famili kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 02:23 AM | Show all posts
fuh!!!!
mmg bahaya lh dgn keadn bgitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 02:24 AM | Show all posts
takotnye kene rompak!
seb bek xkene pukul sekali ke bunuh ke..ish..mintak di jauhkn

so igt yek...letak hndbag kt tmpat yg slmt
ai pon kdg2 lupe gak...main ltk ats riba je...isk..cuai2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 02:56 AM | Show all posts
sian mizz nina. mesti dia trauma sekejap.
letakla handbag ataupun brg2 berharga di tempat yang pencuri tak nampak.
mata orang jahat ni mcm microskop. nampak saje!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 03:48 AM | Show all posts
sangat banyak kes macam ni. yang lebih mengerikan, selalunya jadi waktu tengahari kat traffic light. betapa beraninya perompak2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk kali jd kt uturn curve, ikea tu.. my frien 3 org da kne area sana.. bhati2 laa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 07:03 AM | Show all posts
peringatan utk para wanita smua termasuk haku....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 07:19 AM | Show all posts
aku igt malam kena nye...
sekali bace smpi bawah...tgh hari...
adui...mmg ngeri...fobia kau...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 07:50 AM | Show all posts
pelik ... dia x pakai safety tint ke ? kalau pakai safety tint, at least 10 kali pukul baru nak retak ( kalau yang murah nih)
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:22 AM | Show all posts
dh usha lama tuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 08:23 AM | Show all posts
brp kerugian pn dia xckp kan. agak2 brp cash yg dia bwk ye? mgkn pd dia setkt 1 2 ribu cash hilang dan henbeg yg rega dlm 10 20 ribu tu baru harga tahi gigi dia je kan. tp trauma tu ssh la nk hilang. duit blh dicari tp utk pulihkan blk semangat dia tu ssh la. klu aku mesti pas ni dia fobia nk drive sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:25 AM | Show all posts
~boolean posted on 4-12-2012 02:13 AM
Benda yang sama jadi banyak kali dah....
Duit berkepuk tapi mentaliti tetap ala bimbo pprt yang tak pernah baca suratkhabar...
henfon habis beribu tak guna juga kalau news tak baca...isu sama diulang banyak kali - jangan letak beg dekat tempat yang senang dicapai perompak/peragut.
nasiblah famili kaya...

Kan.......ingatkan cerdik sgt minah ni.......bila dah terkena baru nak beringat
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:31 AM | Show all posts
bebiler handbeg letak dalam bonet... pahammm???!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:47 AM | Show all posts
pengajaran utk beliau dan utk aku jua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060044 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list