CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2383|Reply: 12

[Tempatan] Fenomena banjir kilat luar biasa

[Copy link]
Post time 7-12-2012 12:14 AM | Show all posts |Read mode


TAIPING – Taiping alami banjir kilat luar biasa selepas hujan lebat tanpa henti selama lebih dua jam, semalam.

Dalam tinjauan semalam, keadaan itu dikatakan di luar jangkaan berikutan lokasi berkenaan jarang dinaiki air meskipun hujan lebat melanda di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Shahrom Datuk Abdul Malik berkata, kebiasaannya apabila berlaku hujan, kawasan Taiping tidak akan dilanda banjir kilat, namun berbeza dengan kejadian semalam apabila beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air.



Bagaimanapun pihaknya tidak menolak kemungkinan, keadaan berkenaan berpunca daripada sistem saliran yang kurang baik menyebabkan air sungai berhampiran melimpah.

“Difahamkan hujan lebat mula berlaku kira-kira jam 1 petang dan berakhir pada jam 3 petang, jika hujan seperti kebiasaan, bandar Taiping tidak akan mengalami banjir kilat seperti ini.




“Disebabkan kejadian itu, beberapa kawasan telah terlibat dengan banjir kilat iaitu kawasan Taman Kamunting, Taman Kamunting Maju dan Kampung Pinang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Beliau berkata, kejadian tersebut turut menyebabkan beberapa jalan di kawasan Taiping sesak berikutan air memenuhi laluan.




Malah katanya, kejadian tersebut menyebabkan air naik hingga ke paras 0.3 meter dan sekitar jam 4.30 petang air sudah mula surut.
“Keadaan seumpama ini sememangnya tidak boleh dielak, namun dinasihatkan kepada orang ramai serta pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 12:15 AM | Show all posts
aduhh..td kat KL..hujan lebat gila....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:16 AM | Show all posts
tu fenomena sistem saliran tak dijaga majlis. silap2 takda sistem tu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:18 AM | Show all posts
majlis rehat ja ka...tambah2 penduduk ni duk suka sumbatkan longkang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:22 AM | Show all posts
Petang tadi PJ guruh mcm nak runtuh langit. Mujur dah berenti sebelum balik keje.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:34 AM | Show all posts
KL/Johor/Melaka/N9/perak...kenapa bukan Penang? opppss...longkang penang tak tersekat dgn sampah...no wonder...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2012 12:35 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 7-12-2012 12:34 AM
KL/Johor/Melaka/N9/perak...kenapa bukan Penang? opppss...longkang penang tak tersekat dgn sampah...n ...

penang hujan tiap2 hari tak hughie?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:45 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 7-12-2012 12:34 AM
KL/Johor/Melaka/N9/perak...kenapa bukan Penang? opppss...longkang penang tak tersekat dgn sampah...n ...

Sure or not apek..

Flash floods hit low-lying areas in Penang

http://thestar.com.my/news/story ... tion/20120806134457
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 12:49 AM | Show all posts
airwaves posted on 7-12-2012 12:45 AM
Sure or not apek..

Flash floods hit low-lying areas in Penang

ceh...bila sama2 hujan lebat, penang kena paling sikit, dan byk previously banjir punya tempat langsung tak banjir lagi...thats really good improvement...

dan sekarang hanya penang tak banjir...wahahaa

akui sajalah, tempat2 lain mmg kotor gila...kecuali penang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:03 AM | Show all posts
Telok Anson selalu hujan turun, banjir suatu yang aneh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:16 AM | Show all posts
lain kali buat lagi banyak projek perumahan...tolak habis bukit2 kat area Bukit Doraemon...hari tu depan rumah askar naik air macam teh susu...ini la kesannya apabila byk bukit dkt area Taiping ni digondolkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:43 AM | Show all posts
Taiping ni mmg slalu ujan..cuma x pernah banjir...so maknanya isu saliran ler tu kan??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 07:24 AM | Show all posts
Kat tempat saya pun dah mula banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.090003 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list