CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4010|Reply: 24

[Jenayah] Rasuah: Menteri Sukan letak jawatan

[Copy link]
Post time 7-12-2012 04:58 PM | Show all posts |Read mode


Andi Mallarangeng (tengah) mengumumkan peletakan jawatan di Jakarta, Indonesia, hari ini, - Foto EPA

JAKARTA - Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, hari ini meletakkan jawatan dari Kabinet.
   
Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
   
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.
   
Dua orang lain yang dihalang itu ialah adik menteri itu iaitu Andi Zulkarnain Mallarangeng dan ahli perniagaan Mohammad Arief Taufiqurahman.
   
Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri Kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.





Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah hari ini mengesahkan pengunduran diri Andi dari Kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
   
Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.
   
Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.
   




Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang dari projek itu.
   
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.
   
Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta). - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 05:11 PM | Show all posts
Dier ikhlas menjalankan tugasan rasuahnye tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:12 PM | Show all posts
kat mesia, xkan ade yang letak jawatan
malah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian ittew
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:20 PM | Show all posts
kat meleysia rasuah tu bukan satu kesalahan,kira sadokah atau hadiah dr seseorg... Last edited by cmf_kunyit on 7-12-2012 03:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:39 PM | Show all posts
...ini puak2 Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone jugak nih, agenda halus zionis Jawa nak menjahanamkan ketuanan Bugis Gowa...




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 06:07 PM | Show all posts
ceh! aku ingat bapak dafi yang letak jawatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2012 06:09 PM | Show all posts
shernazz posted on 7-12-2012 05:12 PM
kat mesia, xkan ade yang letak jawatan
malah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian ittew ...


..kat Muleysia ni kalau dia tulung anak yatim, buat masejid sikit, ada yayasan kira dah bersih dah, buat lah raswah sebanyak mana....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 06:11 PM | Show all posts
ada bau-bau kari di sini.... Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 06:13 PM | Show all posts
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung



sikit punya panjang nama, kalau panggil mentimun jer boleyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 06:31 PM | Show all posts
Kalo Malaysia amat jarang terjadi menteri letak jwtn
dulu tu Chua Soi Lek letak jwtn sbb kes bideonya
pehtu Ling Liong Sik..letak jwtn ke?
kak ijat..mula2 cuti pehtu letak jwtn..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 06:32 PM | Show all posts
perang_saudara posted on 7-12-2012 06:13 PM
sikit punya panjang nama, kalau panggil mentimun jer boleyyyyyy


senang je ank ingat:
Mattimung - Timun
Sanrobone - Scorpene....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 07:55 PM | Show all posts
lizaliza posted on 7-12-2012 06:07 PM
ceh! aku ingat bapak dafi yang letak jawatan

bapak dafi menteri sukan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 01:41 AM | Show all posts


dulu pak menteri ini ada dtg KL

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 09:13 AM | Show all posts
ruffleen posted on 7-12-2012 07:55 PM
bapak dafi menteri sukan ke?

datuk sabery chik

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 09:24 AM | Show all posts
lizaliza posted on 12-12-2012 09:13 AM
datuk sabery chik

bapak dafi Ismail sabri ler
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 09:35 AM | Show all posts
ruffleen posted on 12-12-2012 09:24 AM
bapak dafi Ismail sabri ler

hok aloh!salah ore rhupanyer. kawe ingat anok si soberi nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 09:57 AM | Show all posts


tajuk suspen jaa  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:06 AM | Show all posts
kat malaysia ni bapak muntri rasuah sana sini, bukan muntri tu letak jawatan tapi orang yang dedahkan/repot tu yang kena letak jawatan atau disingkir kan.
so, what the
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:16 AM | Show all posts
nasib baik lagi la kat indon...kalau kat china dah mampos kena tembak...tapi nasib baik lagi kat malaysia...rilek jer siap leh sound org lagi...bertuahnya rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:22 PM | Show all posts
ingatkan di malaysia tadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.528737 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list