CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128202|Reply: 702

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 21-12-2012 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Bab1

            Pagi ini, Akram Holding yang selalu tenang dan damai dikejutkan dengan jeritan kuat dari bilik Ameer Luthfy. Delia yang baru mengigit biskut terasa tercekik bila namanya diseru kuat. Mampos aku! Ni mesti kes gaduh dengan awek!
            “ Ye, Encik Ameer...”
            “ Kenapa you pass call tadi dekat I???”
            “Which call?” Delia garu kepala. Dia kurang faham dengan pertanyaan boss mudanya ini. Tiap hari ada je yang tak kena.
            “Call from Irina?” Ujar Ameer keras. Matanya merenung tajam wajah Delia yang jelas terpinga-pinga tapi dia tetap tidak peduli. Yang pasti hatinya amat sakit saat ini. Irina selalu suka buat dia bengang!
            “Ya… Kenapa dengan call tu?”
Delia masih lagi gagal mencari punca kenapa lelaki di depannya ini begitu menyinga.Apa masalahnya pun dengan panggilan dari Irina itu dan apa kaitan panggilan itu dengan dirinya?
            “You tanya I kenapa? Sekarang ni…siapa yang jadi secretary? You ke I?”
            “I…”
            “So…kenapa pass call tu dekat I? Kan I cakap pagi tadi… I tak nak diganggu! Arahan senang macamtu pun you tak boleh nak faham ke?”
            Marah lelaki itu sungguh-sungguh. Terjerit-jerit. Mujur pintu sudah tertutup rapat. Jika tidak, pasti satu aras ini boleh dengar jerkahan garang Ameer. Macam la aku ni pekak! Desis hati Delia.
            “I ni…baru je masuk office. Baru duduk. Apa panggilan pun I belum ada jawab. Kan semalam I dah bagitau hari ni I lambat sikit. Lupa ke, Encik Ameer?”
            Delia menjawab tenang. Dia tahu dia perlu berani untuk membela diri sendiri. Masakan dia perlu berdiam diri sedangkan yang membuat kesalahan itu bukan dirinya.
            “Habis tu…siapa yang pass call tu pada I?”
            Dia lihat Delia angkat bahu. Ameer ketap bibir . Macamana dia boleh terlupa Delia masuk lewat hari ini? Semasa dia beri arahan pagi tadi pun dia tidak sedar yang Delia tiada di meja. Entah macamana dia boleh tak perasan. Namun dia tidak akan mengaku salah walaupun sebenarnya dia sudah termalu sendiri. Mana mungkin untukdia menjatuhkan egonya. Dia boss dan Delia cuma setiausaha.
            “I keluar dulu la kalau dah takde apa-apa lagi.” Ucap Delia selamba lalu berpaling melangkah ke pintu. Kedengaran jelas dengusan kasar dari Ameer.  Apa punya orang la! Dah la marah orang tak tentu pasal. Kata sorry pun tak! Delia terus berlalu dengan hati yang sebal.
            Punggung dilabuhkan kasar. Menggambarkan rasa amarahnya. Biskut yang terdampar di atas meja diambil dan digigit kuat. Kalau ikut hati mau dia kunyah-kunyah si Ameer macam dia kunyah biskut ni!
            “Wei! Makan slow-slow. Nanti ada pulak yang tercekik biskut!”
            Sergahan di tepi telinga buatkan Delia hampir tertelan biskut. Sambil terbatuk-batuk Delia pandang ke arah belakang. Hani tegak dengan senyuman.
            “Kau ni perli aku ke apa? Aku tengah panas ni.”
            Hani ketawa mengekek sambil menepuk-nepuk bahu Delia yang masam mencuka. Bukan dia tidak dengar jeritan Group General Manager mereka memanggil nama Delia sebentar tadi. Bergegar bangunan rasanya.
            “Sabar…sabar…Kau macam la tak biasa dengan Encik Ameer tu. Mood swing. Mengamuk ikut sukahati dia je.”
            Delia mencebik. Sungguh dia sakit hati dengan sikap Ameer yang suka mengamuk tak tentu hala itu. Kalau bukan difikirkan sekarang ini susah untuk mencari kerja,pasti dia sudah letak notis berhenti 24 jam tanpa berfikir panjang. Namun diaperlukan wang untuk kelangsungan hidupnya.
            “Kalau bukan sebab Tan Sri… tak hingin aku kerja kat sini.”
            Rata-rata staff Akram, memang menyayangi Tan Sri Rashdan. Lelaki berusia 59 tahun itu amat bertimbang rasa dan baik hati. Selalu bercakap lemah lembut dan mesra dengan semua pekerja di semua jabatan. Amat kontra dengan Ameer yang sangat dikenali dengan jolokan nama ‘Lion King’. Mengaum tidak kira masa. Mujur la rambut tak kembang! Delia tersengih sendiri.
            “Yang kau sengih-sengih ni kenapa?”
            Terkulat-kulat Delia buat seketika. Ciss! Hani ni memang potong betul la. Baru nak berangan Ameer berambut kembang!
            “Yang kau ni asyik nak jerit-jerit je kenapa? Tersampuk pakcik kat dalam tu ke? Pergila buat kerja kau. Buat semak je kat sini.”
            Delia merengus sambil buka buku hitam hikmatnya. Malas mahu terusan melayan Hani. Baik juga dia lihat jadual harian si singa jantan tu! Karang tak pasal-pasal kena jerkah lagi. Aduhai… apa la nasib badan???



*********************************



            Mata Delia meliar mencari tempat kosong. Waktu makan tengahari begini memang café di tingkat 5 ini akan penuh sesak dengan manusia. Jangankan nak cari tempat duduk,nak bernafas pun payah! Sesak dan ketat.
            “Cepat.Sana ada kosong.”
Laju kaki Delia mengekor langkah Hani. Menyelit di celahan manusia dan akhir sampaijuga di tempat yang dituju.
            “Mujur dapat tempat. Perut dah la lapar gila ni.” Delia menarik nafas lega sambil memulakan suapan pertama. Dia memang lapar. Dah la pagi tadi tak sempat bersarapan. Bergegas ke sana ke mari.
            “Dell… dah baca email?” Tanya Hani. Delia angkat muka dan geleng.
            “Pasal apa?”
            “OGM baru masuk isnin depan.”
            Delia angguk dan terus fokus dengan suapan nasinya. Dia tahu berkenaan Operation General Manager yang baru itu. Cuma malas nak ambil kisah. Lagipun itu bukan bidang kuasanya. Jadi buat apa dia nak sibuk-sibuk.Lain la kalau dia di bahagian HR. Mungkin dia perlu untuk sibuk menguruskan kemasukkan boss baru itu.
            “Alhamdulillah.” Ucap Delia perlahan. Lega betul bila perut sudah kenyang. Tubuh yang menyandar itu dibetulkan sedikit untuk keselesaannya. Matanya mengarah pada Hani yang sedang menyuap nasi. Baru separuh luak. Aku yang laju ke dia yang lembab? Hati Delia berbicara sendiri.
            “Aku dengar OGM baru tu anak sedara Tan Sri. Baru balik dari Rusia katanya. Muda dan kacak.”
            Delia angkat bahu. Memang dia ada dengar perbualan Tan Sri Rashdan bersama Ameer tapi dia buat tak tahu sahaja. Malas untuk sibuk dengan perkara yang dia rasakan tidak penting dalam hidupnya.
            “Entah. Aku tak ambil tau la pasal OGM baru tu. Muda ke tua ke…yang pasti aku yang kena assist nanti. Menambahkan kerja aku je. Jangan perangai macam boss kesayangan kau dah la!”
            “Apa pula boss aku? Suka hati je kan.” Nasi yang sudah dikunyah ditelan perlahan. Tidak mahu ada drama jika dia tercekik di situ.
“Ala… kau memang macam tu. Mana pernah nak kisah kalau cerita pasal mamat-mamat handsome. Buta hati. Buta mata betul kau ni!” Ujar Hani. Bibirnya dicebikkan sedikit tanda geram. Mungkin geram dengan Delia yang selalu tidak endah dengan gossip-gossip yang dia bawa.
            Ketawa kecil terkeluar dari bibir Delia. Rasa agak lucu dengan ayat-ayat Hani sebentar tadi. Mana mungkin dia buta mata dan hati!
            “Tak masuk jiwa la wei…”
            “Ala… kau tu yang memilih sangat. Bukan takde orang yang minat kat kau. Kat opis kita tu pun berlambak. Kau je yang buat-buat tak nampak.”
            “Diorang minat sebab tak tau apa siapa aku…”
            “Takde maknanya la, Dell.  Lagipun sekarang ni status bukan halangan.Yang penting hati beb.”
            Tangan Hani melekap ke dada.  Sungguh-sungguh gadis manis ini bercerita.Delia senyum. Memang betul kata Hani. Yang penting itu hati. Tapi tahukah Hani yang hatinya telah lama berderai dan berkecai lalu menjadi serpihan yang tidakboleh disambung lagi?

Last edited by TJ2 on 27-12-2012 12:58 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2012 05:01 PM | Show all posts
wa...cerita baru.............next!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 05:37 PM | Show all posts
cegitu posted on 21-12-2012 05:01 PM
wa...cerita baru.............next!!!!

coming... hope u like it...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 05:47 PM | Show all posts
Bab2

            “Mama… where are we going today?”
            Suara halus di tempat duduk belakang itu buatkan Delia senyum dan berpaling. Sepasang anak kecil sedang memandangnya dengan wajahkeliru.
            “Tok baba’s house. Kan hari ni ahad. Kakak lupa ke?”
            Si kecil perempuan itu terus tersenyum manis dan kemudian menjeling si kecil lelaki di sisi yang sedang sibuk mengunyah Twisties.
            “Kan betul Nia cakap tadi. Adik ni yang tak percaya cakapkakak.”
            “Yela…yela… adik percaya.”
            Delia senyum bila dengar perbualan Dani dan Dania.Anak-anaknya sudah semakin petah berbicara. Sudah semakin bijak berfikir. Masa berlalu dirasakan begitu pantas. Sedangkan dia masih lagi terasa bagai baru semalam melahirkan si kembar itu. Pejam celik pejam celik anak-anaknya akan menginjak usia 5 tahun di bulan Oktober nanti.
            Kereta Myvi hitam yang dipandu Delia membelok masuk ke Bukit Tunku. Tanpa banyak soal guard yang bertugas membenarkan dia terus masuk.Mungkin mereka sudah kenal dengan Myvi hitam milik Delia itu. Masakan tidak,setiap hujung minggu pasti dia akan kemari.
            Kereta diparkir di sisi BMW 7 series mewah milik Tan SriRashdan. Delia mengeluh halus. Entah takdir apa yang menyebabkan dia tercampak ke sini. Mungkin Tuhan memberi keluarga Tan Sri ini buat anak-anaknya menumpang kasih. Delia sayu .
            Nak harapkan keluarga sendiri, mana mungkin kerana dia sudah tidak punya lagi ibu dan ayah. Adik beradik? Semuanya menjauh.Jadi, yang tinggal Cuma dia sendiri.
            Ketukan kuat di cermin buatkan Delia mengurut dada. Pantas dia berpaling. Puan SriEzzah tersenyum manis di sisi kereta.  
            “Lia menung apa, sayang? Jauh sangat gayanya. “
            “Takde apa la, Auntie.” Jawab Delia sambil membuka pintu kereta. Pantas dia menyalami wanita awal 50an yang masih cantik bergaya. Sesua idengan gelaran Puan Sri yang disandangnya.
            “Yelah tu… sampai tak sedar budak-budak tu keluar dari kereta kan?” Tukas Puan Sri Ezzah perlahan. Bukan sekali dua dia Nampak Delia termenung bila datang ke rumah ini. Namun bila ditanya, Delia Cuma tersenyum sambil menyatakan tiada apa-apa. Tapi dia pasti ada sesuatu yang mungkin menyentuh hati Delia.
            “Budak-budak tu memang ligat, Auntie. Tak reti nak sabar.Auntie sihat?”
            Perlahan-lahan Delia bergerak ke belakang kereta. Puan Sri Ezzah mengekori langkahnya dengan senyuman. Setiap kali datang pasti ada sahaja habuan untuk mereka sekeluarga. Entah apa pula yang dibawa kali ini?
            “Auntie sihat. Awak bawa apa ni, Lia? Susah-susah je.”
            “Lia bawak kek favourite auntie. Kan minggu lepas auntie kata teringin nak makan.”
            Tutup bekas empat segi itu diselak sedikit. Wow! Harumnya bau chocolate moist ni! Mesti sedap. Selalunya air tangan Delia memang tidak pernah menghampakan. Menepati citarasa mereka sekeluarga tanpa was-was.
            “Assalamualaikum, Uncle. Sihat tak hari ni?” Tegur Delia pada Tan Sri Rashdan yang sedang leka membaca surat khabar. Khusyuk lagaknya.
            “Wa’alaikummusalam. Uncle sihat. Kamu?”
            “Lia pun sihat. Dani dengan Dania mana, Uncle”
            Sebelum tunduk menyalami Tan Sri Rashdan, mata Delia sempat memerhati sekitar ruang tamu itu. Sunyi sepi. Jadi kemana si kembar itu pergi?
            “Uncle suruh kejutkan Ameer.”
            Ooooo… tiada bunyi tapi jelas bibir Delia berubah menjadi bulat seperti huruf O. Kejutkan si singa rupanya! Yang peliknya, si Ameer tak pernah pula marah-marah pada Dani dan Dania. Jangankan marah, meninggi suara pun tak pernah. Ada hati perut juga singa jantan tu rupanya!
            “Lia ke dapur dulu, Uncle. Nak bagi barang-barang ni pada bibik.”
            Tan Sri Rashdan angguk kepala. Langkah Delia dia pandang satu persatu sehingga hilang di balik tangga. Dia mengeluh perlahan. Rasa simpati melimpah ruah pada Delia. Entah kenapa dia jatuh kasih pada Delia dan anak kembarnya itu.
            Malah seluruh keluarganya juga menerima kehadiran Delia dengan tangan terbuka walaupun pada mulanya Ameer menyangka Delia adalah isteri keduanya. Mengamuk-ngamuk anak sulungnya itu. Mujur isterinya, Puan Sri Ezzah memahami dan membantu jelaskan perkara sebenar pada Ameer.
            Cermin mata diletakkan di meja sisi. Mata yang agak penat kerana asyik membaca diurut perlahan. Tan Sri Rashdan mengeluh lagi. Sejak dulu ada satu wajah yang sering bermain di mindanya. Namun dia sendiri tidak pasti telahannya itu benar ataupun tidak. Malahan atas dasar itu juga dia membantu Delia walaupun sebenarnya dia tidak mengenali gadis itu. Tapi sejujurnya, dia memang sudah jatuh kasih pada Delia dan anak-anaknya pada kali pertama mereka bertemu dulu…



***********************



            Jeritan silih berganti antara Dani dan Dania memecah keheningan petang itu. Delia memandang dari kejauhan. Anak-anaknya tampa gembira bergumpal bersama Ameer dan Aizat. Malah setiap kali datang ke sini,anak-anaknya akan dilimpahi dengan kasih sayang yang tidak dapat dia bayangkan.Semuanya terlalu indah untuk dinyatakan.
            Mujur ada keluarga ini. Jika tidak entah di mana dia sekarang, dia sendiri tidak tahu. Mungkin juga anak-anaknya itu akan menjadi mangsa kepincangan keluarga yang tidak pernah dia impikan. Syukur kerana Allah temukan dia dengan Tan Sri Rashdan yang amat baik hati itu. Malah lelaki tua itu juga sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.
            Mata Delia masih lagi merenung telatah Dani dan Dania yang dari tadi tertawa gembira dalam pelukan Ameer. Lelaki itu selalu melindungi anak-anaknya walaupun dia dan Ameer tidak semesra mana. Pada Dani dan Dania, Ameer adalah daddy mereka kerana sejak mereka mengenali orang di sekeliling lelaki itu sentiasa membahasakan diri sebagai daddy.
            Tubir mata terasa panas tiba-tiba. Ada rasa sayu bertamu di situ. Andailah suamiku ada… adakah anak-anakku akan segembira ini?
            “Termenung lagi, Lia? Fikirkan apa ni?”
            Puan Sri Ezzah sudah duduk di hadapan Delia yang kalut sendiri. Aduh! Macamana boleh tertangkap lagi ni? Delia berdehem dan terus tersenyum.
            “Bukan termenung la, Auntie. Lia leka tengok diorang tu.Cuba auntie tengok. Seronok betul diorang main.”
            Delia tertawa kecil seolah-olah lucu melihat gelaga tanak-anaknya. Sedaya upaya dia cuba untuk melarikan diri dari persoalan tadi.Puan Sri Ezzah turut tersenyum melihat telatah Dani dan Dania yang berkejaran itu. Seketika kemudian pandangannya beralih semula kepada Delia.
            “Lia tak cuba cari dia?”
            Dia lihat Delia ternganga. Mungkin terkejut dengan soalan sebentar tadi. Dia tidak buta untuk tidak melihat airmata yang bergenang tadi.Delia ini terlalu suka memendam sendiri.
            “Awak tak cuba cari dia ke, Lia?”
            Delia ketap bibir sebelum mengukir senyuman paksa. Air liur yang cuba ditelan terasa payau dan seolah tersekat di tekak.
            “Kat mana Lia nak cari dia, Auntie? Lia bukan tau dia tinggal dekat mana. Dah 5 tahun, auntie. Entah-entah dia pun dah tak ingat Lia.”
            Ada airmata mengalir di pipi dan diseka pantas. Entah kenapa dia rasa sedih tiba-tiba. Dia tidak suka untuk cengeng walaupun hakikatnya dia memang cengeng. Mudah menitiskan airmata. Tapi semenjak dia punyai Dani dan Dania, dia bertekad untuk terus kuat dan tabah. Dua anak kecilitu adalah tunjang kekuatannya.
            “Jangan macam tu, Lia. Mana tahu ada sesuatu terjadi pada dia. Accident ke, hilang ingatan ke…”
            “Entah lah… Lia dah malas nak pikir. Yang penting sekarang Lia dengan anak-anak bahagia.”
            Delia pantas memotong bicara Puan Sri Ezzah. Memang dia sudah malas untuk berfikir tentang lelaki yang satu itu. Entah hidup atau mati dia sendiri tidak mahu ambil peduli. Keutamaannya sekarang adalah anak-anak kerana Cuma itu harta yang dia punya.
            “Kamu berdendam dengan dia?”
            Delia terdiam seketika. Berdendamkah dia? Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti hatinya pernah teramat sakit suatu masa dulu. Namun kini dia sudah tidak rasa apa-apa lagi. Mungkinkah hatinya sudah terubat?
            Dia tersenyum dan pandang Puan Sri Ezzah yang sedang duduk dihadapannya. Dia tahu wanita yang seusia arwah ibunya ini amat mengambil berat tentang dirinya dan anak-anak.
            “Lia pun tak tau, Auntie. Dah bertahun-tahun dia hilang. Lia sendiri dah tak rasa apa-apa lagi sekarang.”
            “Kalau tiba-tiba dia muncul semula, macamana?”
            Bulat mata bundar Delia bila dengar ujaran Puan Sri Ezzah. Muncul semula? Serta merta tangannya menggigil.
            “Apa… apa maksud, Auntie?”
            Suaranya kedengaran sedikit bergetar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Delia mengeluh perlahan. Sungguh dia belum bersedia untuk ketemu lelaki itu semula.
            “No…no… don’t get me wrong, my dear. Auntie just kata kalau…”
            Puan Sri Ezzah menerangkan maksud pertanyaannya tadi. Dia Cuma bertanya tanpa ada maksud tersembunyi. Cuma mahu lebih memahami isi hati gadis jelita di hadapannya ini.
            “Lia tak tahu… Lia tak tahu…” Jawab Delia perlahan. Kepalanya turut tergeleng-geleng. Saat ini seluruh perasaannya celaru. Hatinya libang libu. Bagai terlayar di matanya lelaki itu muncul. Pantas Delia tutup mata. Cuba menghalau jauh bayangan itu.
            “Ummi…tolong tuangkan Ameer air tu. Haus la.”
            Pantas Delia buka mata. Wajah Ameer yang agak kemerahan mungkin kerana kepenatan dipandang sekilas. Lelaki itu tampak seperti merenungnya. Mungkin pelik melihat airmukanya ketika ini. Jika tidak masakan lelaki itu mahu memandangnya dengan pandangan begitu.
            “Auntie, Lia masuk dalam dulu.”
            Tanpa menunggu jawapan Delia terus bangun. Rasa seperti tidak betah untuk terus berada di ruangan ini. Langkah diatur perlahan-lahan walaupun kakinya terasa seperti tidak jejak ke tanah. Hebat sungguh kesan pertanyaan Puan Sri Ezzah itu, Kan?

Last edited by TJ2 on 27-12-2012 12:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 06:52 PM | Show all posts
Wah ade cerita baru.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 06:56 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 21-12-2012 06:52 PM
Wah ade cerita baru.....

sila la baca ye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2012 12:35 AM | Show all posts
bila TT nk sambung ni???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 12:40 AM | Show all posts
lagi2 heeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2012 07:54 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 22-12-2012 12:35 AM
bila TT nk sambung ni???

sabo ye cik andak...weekend ni bz skit. ada kesempatan saya update k...
Last edited by TJ2 on 22-12-2012 07:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 10:13 AM | Show all posts
next....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 12:10 AM | Show all posts
xde sambungan???
huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 11:31 AM | Show all posts
Sorry sbb lmbt nk update...weekend bz sngt2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 11:35 AM | Show all posts
Bab3

            Air liur ditelan berkali-kali. Kesat dan terasa seperti bergumpal. Delia ramas tangannya sendiri. Sejuk seperti air batu. Dalam banyak-banyak kereta kat KL ni, kenapalah kereta mahal yang kau nak langgar Cik Delia ooi? Dah banyak sangat duit ke? Mampuslah aku! Mana nak cekau duit ni? Porsche cik kak. Mau setahun aku dengan anak-anak tak makan!
            Seorang lelaki segak berkemeja biru lembut dan berslack hitam keluar dari Porsche Panamera 4S itu. Delia gigit bibir bila lelaki kacak itu tunduk melihat bumper keretanya. Mungkin mahu melihat kerosakan keretanya akibat dicium oleh Myvi Delia sebentar tadi. Gila la! Muda-muda dah pakai kereta mewah. Mesti anak somebody ni. Tak pun ada orang bela! Itulah untungnya berwajah kacak! Analisis otak Delia tanpa disuruh sesiapa. Analisis mengarut kerana dia sendiri tahu bukan semua lelaki begitu. Memang ada yang berkereta mewah hasil dari usaha sendiri. Bukan mengharapkan sesiapa.
            Delia tergamam bila cermin keretanya diketuk orang. Itulah berkhayal lagi! Delia menoleh. Entah bila lelaki tampan bercermin mata hitam itu berdiri di tepi keretanya. Sungguh dia tidak sedar. Terlalu asyik melayan perasaan sendiri. Delia telan air liur lagi. Pahit. Dah la nak cepat. Accident pulak! Lambat-lambat Delia buka pintu kereta.
            “Sorry Encik. Saya betul-betul tak sengaja. Bukan saya tak pijak brek tapi…”
            “It’s ok.”
            Jawapan lelaki itu buatkan Delia ternganga. Biar betik!Takkan aku mimpi kot? Delia cubit tangannya sendiri. Sakit jadi confirm dia memang tidak bermimpi.
            “Maksud encik?”
            “I said it’s ok.”
            Kata lelaki kacak itu lagi. Delia garu kepala yang tidak gatal. Dia jeling Porsche hitam berkilat yang kelihatan gagah terpakir dihadapan keretanya. Tampak seperti tiada cela. Mungkin sebab itu lelaki dihadapannya ini berkata ‘It’s ok’.
            “Betul ni?”
            Lelaki itu mengangguk. Perlahan-lahan dada Delia terasa lapang. Terasa seperti kembali bernyawa. Baiknya lelaki di hadapannya ini! Delia senyum sendiri.
            “Terima kasih, encik. Kalau macam tu saya gerak dulu ye.Dah lewat ni. And again, I am truly sorry ok.”
            Delia tundukkan sedikit kepala dan pantas mahu berpaling masuk ke keretanya. Dia tahu tindakannya itu tidak sopan tetapi dia memang perlu pergi. Jam di tangan dikerling. Aduh! Sudah 9.15 pagi. Confirm singa jantan tu mengamuk nanti!
            “ Hei where are you going?”
            Tindakan lelaki itu buatkan jantung Delia berdetak keras.Laju dan tidak teratur. Delia pandang lengannya. Ada satu tangan di situ. Sedang menggengam erat lengannya. Walaupun berlapik Delia masih mampu merasai kehangatan tangan lelaki itu. Hati Delia berbahang tiba-tiba. Atas dasar apa lelaki ini mahu menyentuhnya? Ataupun…lelaki ini sebenarnya mahukan sesuatu darinya? Mungkin sebagai ganti rugi atas kecuaiannya tadi? Mati aku!
            Tanpa kata Delia rentap lengannya sekuat hati dan berlalu pantas ke kereta. Kereta diundur. Sekilas Delia dapat lihat lelaki tadi masih tegak memerhatinya. Entah apa masalah lelaki itu? Sakit jiwa kot. Harap muka je handsome. Tapi menyeramkan. Janganlah aku jumpa dia lagi! Doa Delia di dalam hati sambil memacu laju Myvi kesayangannya…



***********************



            Dzariff Adam raup wajahnya berkali-kali. Dia langsung tidak dapat focus dengan penerangan Ameer. Namun begitu dia tetap mengikuti langkah Ameer ke setiap ceruk Akram Holding. Senyuman diukir sehabis manis walaupun hatinya tidak seperti itu.
            Nama setiap staff yang disebut Ameer juga tidak mampu untuk dia ingati sedangkan dia bukan jenis begitu. Saat ini dia benar-benar hilang arah. Bermacam-macam perkara bermain di mindanya.
            “Bro, yang ini Admin.”
            Dzariff angguk. Salaman seorang gadis manis bernama Hani disambut. Gadis itu kelihatan tersenyum mesra. Kemudian langkah Ameer terhenti di satu meja yang kosong.
            “Hani, mana Dell?”
            “Bilik Tan Sri.”
            Ameer angguk dan gamit Dzariff untuk berlalu. Dzariff Cuma mengekor tanpa banyak kata. Dia benar-benar tidak berdaya ketika ini. Jika diikutkan hati pasti dia sudah terjelepok di mana-mana. Tak pasal-pasal kecoh satu Akram. OGM pengsan masa first day! Malu tu!
            Wajah jelita gadis yang melanggar keretanya pagi tadi masih lagi bergayut hebat di mindanya. Sungguh dia kelu saat berhadapan dengan gadis itu. Mujur dia bercermin mata hitam. Jika tidak pasti gadis itu dapat melihat betapa besar matanya ketika itu.
            Bukan dia tidak pernah melihat perempuan cantik malah lebih cantik dari itu juga dia pernah lihat namun wajah gadis pagi tadi benar-benar menggetar jiwanya. Degup jantungnya menjadi tidak teratur lalu menjadikan dadanya sesak sendiri. Dzariff mengeluh. Ada rasa perit berbekas dihatinya!
            Pintu bilik yang tertera perkataan Managing Director diketuk Ameer dengan sopan. Arahan untuk masuk kedengaran dari dalam. Dzariff tetap menuruti langkah Ameer walaupun hatinya sudah berterbangan entah kemana.
            Tan Sri Rashdan beri isyarat supaya Dzariff dan Ameer duduk di sofa yang ada di sudut kanan biliknya. Dua anak muda itu kelihatan mengangguk senang. Tan Sri Rashdan kembali memandang Delia yang sedang sibukmenulis di buku hitam hikmatnya. Buku hitam hikmat? Tan Sri Rashdan tersenyum. Delia ini selalu membuatkan dia tersenyum senang.
            “That’s all for now, Lia. You may go.”
            Gadis cantik berkurung moden merah jambu itu kelihatan terangguk-angguk. Tangannya masih ligat menulis. Mungkin ada sesuatu yang penting untuk dicatatkan. Sebentar kemudian Delia bangun dan mahu berlalu sebelum dia terpandang dua susuk yang sedang duduk membelakanginya di sofa mewah milik Tan Sri Rashdan.
            “Do you want some coffee or maybe tea for them, Tan Sri?”
            Tan Sri Rashdan senyum lagi. Delia memang selalu memahaminya.
            “Tea sounds good. Hari ni buat extra sedap ye, Lia.”
            Extra sedap? Delia senyum dan angguk. Apa-apa saja la Tan Sri ooi! Aku ni kan yang selalu menurut perintah! Tanpa kata Delia pantas berlalu ke pantry. 3 biji cawan dan sebiji teko bercorak abstrak diambil. Dua uncang teh dicampak ke dalam teko dan kemudian air panas dimasukkan berhati-hati. Balang yang berisi gula perang dicapai kerana Delia tahu Tan Sri Rashdan gemar minum teh bersama gula perang. Entah apa yang sedap Delia sendiri tidak tahu. Sama seperti lelaki itu. Jika air teh pasti mahu dengan gula perang!
            Eh! Kenapa pula aku teringat orang tu? Cepat-cepat Delia mahu menghambat bayangan itu pergi. Lagi tidak mahu dikenang lagi ingatan itu kerap hadir. Delia mengeluh sambil menatang perlahan dulang air ke bilik Tan Sri Rashdan.
            Gelak tawa yang bertingkah dari dalam bilik Tan Sri Rashdan jelas kedengaran dari pintu yang terbuka. Entah apa yang kelakar agaknya? Ketawa macam takde hari esok. Tak senonoh betul!
            Dengan sopan Delia letakkan dulang air di atas meja. 3 lelaki yang sakan bergelak tawa sebentar tadi sepertinya sudah kembali waras. Delia jeling sekilas lelaki yang duduk di sebelah Ameer.
            Saat itu juga Delia terasa mahu melompat keluar dari bilik Tan Sri Rashdan. Macamana pula mamat ni tau aku kerja kat sini? Rasanya aku takde cakap apa-apa dengan dia pagi tadi. Jadi mana dia tau aku kerja kat sini? Matilah aku camni!
            “Eh mana awak tau saya kerja kat sini? Awak ikut saya ye?” Tanya Delia takut-takut. Dia tahu Ameer dan Tan Sri Rashdan pelik tapi dia tidak peduli. “Awak jangan nak macam-macam. Saya tak takut tau. Nanti saya report kat ayah saya.”
            Wajah kalut Delia mengundang rasa lucu di hati Dzariff.Tanpa diduga dia ketemu lagi gadis jelita ini. Kuasa Tuhan tak siapa tahu.Mungkin Tuhan mahu mempermudahkan urusannya hari ini.
            “You’re so funny. Kenapa you ingat I ikut you? I don’t even know you, my dear.”
            “Habis tu kenapa you ada dekat sini?”
            Kau ingat kau sorang je pandai ber’I’ dan ber’you’? Aku pun pandai tau! Pastu ada hati nak panggil aku my dear. Ah! Persetankan my dear itu! Telinganya belum pekak untuk tidak mendengar ungkapan lelaki ini. Namun dia tidak peduli.
            “Delia, Dzariff… apa semua ni? Kamu berdua kenal ke?”
            Delia geleng manakala Dzariff mengangguk. Ameer dan Tan Sri Rashdan jadi keliru. Mana satu yang betul ni? Wajah Delia tampak kelat tapi Dzariff kelihatan berseri-seri.
            “Dell, you kenal ke dia ni?”
            Laju Delia geleng sambil pandang Ameer yang sedang berkerut. Tapi dia memang tidak mengenali lelaki di hadapannya ini. Dalam mimpi pun tak pernah jumpa tau. Ni pula nak berkenalan!
            “Kau kenal dia ke, Riff?” Tanya Ameer pada Dzariff yang kelihatan asyik merenung Delia. Entah kenapa hatinya terasa tidak senang dengan renungan itu.
            “Kenal…”
            “Eh! Bila masa saya kenal awak ni?” Aik! Dah bersaya awak balik? Lantak la. Yang penting dia ni faham!
            “Cik adik sayang… bukan pagi tadi you cium I…” Bulat mata Delia. Bila masa pula aku cium dia? “Eh…eh…cium kereta I. Dah lupa ke?”
            Terlayar jelas di mata Delia Porsche Panamera 4s yang disondolnya pagi tadi. Delia telan liur perlahan-lahan. Abis la aku kalau dia ni nak gantirugi! Dalam bank pun aku ada takat 15 ribu. Itu pun bertahun-tahun aku menyimpan. Kalau aku jual Myvi tu, rasanya cukup tak ek?
            “Betul tapi rasanya saya takde pula berkenalan dengan awak.”
            Wajah polos Delia saat itu benar-benar melucukan lalu menggamit tawa besar Dzariff. Delia semakin tidak faham. Entah-entah lelaki ini memang sakit jiwa kot? Cakap pun meraban je.
            “Dzariff, Delia… Tell me what is going on here. I just don’t understand.” Tan Sri Rashdan pandang wajah Delia yang jelas nampak yang tidak selesa berada dalam situasi ini. “And by the way Lia, this is our new OGM, Dzariff .”
            Dzariff? Hati Delia berdetak kencang. Dia ni OGM baru? Dia ni boss baru operation?  Dia ni Dzariff ? Delia jadi kelu. Otaknya seperti tidak mampu mencerna kata-kata Tan Sri Rashdan tadi.
            “OGM?”
            Kepala Tan Sri Rashdan terangguk-angguk seolah mengiyakan soalan Delia sebentar tadi. Automatik kulit muka Delia terasa tebal berinci-inci. Malu dengan terjahan gilanya. Beria-ia dia mengatakan Dzariff mengekorinya sedang lelaki itu memang bekerja di Akram. Sama seperti dirinya.
            “Hello sayang…”
            Dzariff mengoyang-goyang jari telunjuknya dihadapan Delia yang kelihatan khayal. Entah apa yang difikir wanita muda di hadapannya ini. Tampak seperti tenggelam di dunianya sendiri.
            Telatah Dzariff sebenarnya mengundang tanda tanya diminda Delia. Hairan dan pelik. Suka sangat panggil aku sayang! Tak pun mesti sebab dah biasa mengayat awek ni. Entah-entah Romeo peringkat 7. Bahaya-bahaya!
            “I’m not your sayang.”
            Dzarif tertawa halus. Persis lucu dengan jawapan kasar Delia sebentar tadi. Saat ini dia sudah tidak pedulikan apa-apa lagi kerana jiwanya terasa amat damai. Rama-rama seperti berterbangan di sana sini.
            “Will be my sayang…” And always be my sayang. Gumam Dzariff sendiri.
            Delia mendengus. Benar-benar tidak tahan dengan telatah Dzariff yang selamba itu. Bercakap ikut sedap mulut sahaja. Malah lelaki itu sedikit pun tidak malu dengan Tan Sri Rashdan dan Ameer. Muka tembok! Kulit biawak! Delia menyumpah dalam hati.
            “Tan Sri…saya keluar dulu. Panas dalam ni.”
            Kalau bukan mengenangkan Tan Sri Rashdan yang dia hormati, sudah lama Delia berlari keluar. Menyampah dengan karenah OGM baru yang seperti ulat bulu naik daun itu. Gatal tak bertempat.
            Langkah laju Delia diperhati oleh tiga pasang mata dengan perasaan berbeza. Tan Sri Rashdan mengalih pandangan ke arah dua anak muda dihadapannya. Seorang tersenyum hingga ke telinga dan seorang lagi masam mencuka.Tan Sri Rashdan cuma mampu untuk geleng kepala. Macam-macam hal…

Last edited by TJ2 on 27-12-2012 01:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 12:04 PM | Show all posts
Bab4

            Hari ahad datang lagi. Pagi-pagi Delia sudah usung si kembar itu ke rumah Tan Sri Rashdan. Semuanya kerana permintaan Puan Sri Ezzah. Kononnya mahu buat makan-makan. Jadi Puan Sri Ezzah mahukan bantuannya. Nak masak banyak sangat kot sampai bibik pun tak cukup tangan nak tolong!
            Dua anak kecilnya terlentok cantik di dalam kereta.Sorang di kerusi depan dan sorang lagi di belakang. Dua budak kecik ni mana reti nak bangun awal. Kalau dapat membuta memang tak ingat dunia!
            Enjin kereta dimatikan. Pintu di bahagian kiri kereta dibuka perlahan-lahan. Dengan hati-hati dia angkat tubuh kurus Dania. Kurus-kurus pun boleh semput aku! Nampak je kurus tapi berat ya ampun anak dara dia ni.
            “Boleh angkat ke?”
            Delia urut dada. Mujur dia tak melompat. Entah dari mana Ameer muncul dan tiba-tiba sahaja menegurnya.
            “Lain kali bagi salam dulu boleh tak?”
            Lelaki itu senyum. Delia terpana. Rasanya ini kali pertama Ameer tersenyum padanya sejak mereka dikenalkan hampir 5 tahun dahulu.Tidak dinafikan lelaki ini sangat tampan dan memang tidak hairan jika ada berderet wanita sanggup bercakaran untuk memiliki Ameer. Tapi yang pasti dia bukan salah seorang dari mereka.
            “Dell…menung apa pulak tu?”
            Pantas Delia kembali ke alam nyata. Dani sudah terlentok di bahu Ameer yang berdiri di hadapan pintu masuk. Bila pula mamat ni angkat Dani? Berkerut-kerut dahi Delia. Tanpa kata Delia atur langkah menuju ke pintu besar banglo mewah milik keluarga Ameer.
            Tangga menuju ke tingkat satu didaki berhati-hati. Tidak mahu tersilap langkah dan bakal memudaratkan dia dan Dania. Pintu bilik yang bertampal gambar kartun itu ditolak berhati-hati. Bilik cantik ini memang disediakan buat anak-anaknya dari dulu lagi.
            Fuhh! Lega. Delia menghela nafas kasar sesudah meletakkan Dania di atas katil. Kalau hari-hari macam ni, boleh buasir aku! Tanpa disedari Ameer dari tadi merenung asyik wajah Delia yang berdiri di tepi katil Dania.
            Dia akui Delia ini seorang yang amat cantik. Malah orangnya sopan santun dan berbudi bahasa. Cuma dulu ada sedikit prasangka yang membuatkan dia seperti tidak dapat menerima kehadiran Delia di dalam keluarganya. Namun tahun demi tahun berlalu, Ameer semakin mengenali peribadi wanita ini. Lalu prasangka buruk itu juga sudah semakin terhapus dari benaknya.
            “Tadi I nampak bumper depan kereta you calar. You accident ke?” Tanya Ameer sewaktu Delia berjalan melintasi dirinya yang sedang tegak berdiri di tepi pintu. Delia angguk.
            “Yup. Terlanggar kereta OGM.”
            “Did you hurt somewhere?”
            “No. I’m totally fine.”
            Sepatah ditanya sepatah dijawab. Sudahnya suasana kembali hening. Sungguh Delia terasa kekok berdepan dengan Ameer yang baru ini. Kalau Ameer yang dulu dia tidak kisah. Langsung tidak pernah mahu bertegur sapa seperti ini.
            “I turun dulu. Nak tengok bibik dekat dapur.”
            Itu cuma alasan untuk mengelak. Sebenarnya Delia rimas untuk terus berdiri dihadapan Ameer. Dan di saat itu juga handphone Delia berdering kuat. Tanpa fikir panjang Delia terus tekan butang hijau untukmenjawab panggilan itu. Yang penting dapat lari dari Ameer yang pelik itu!
            “Hello Dell…”
            Delia tepuk dahi saat suara dari corong telefon itu mencecah gegendang telinga kanannya. Hezdry! Lelaki yang pernah cuba mencuri hatinya dulu. Pertemuan kembali beberapa hari lepas membuatkan lelaki itu kembali mengejarnya.
            “Hello Hezdry…ada apa call pagi-pagi ni?”
            Kedengaran tawa kecil dihujung sana. Entah apa yang lucu Delia sendiri tidak faham. Yang pasti dia memang tidak suka Hezdry ini menelefonnya. Sebab itu dia tidak mampu untuk memaniskan bahasa. Semua ‘aci direct’ je!
            “Awal sangat ke? Sorry… I excited sangat nak call you.You free tak hari ni? Nak ajak you keluar.”
            Ajak keluar! Potong jari pun aku tak nak. Dari dulu sampai sekarang si Hezdry ni tidak penat-penat mahu mengajaknya keluar. Tak pernah faham bila orang cakap tak nak!
            “I ada hal hari ni. Ada family gathering.”
            “Yeke? Kalau keluar dinner…”
            “Pun tak boleh. I takde kat KL ni.”
            Cepat-cepat Delia potong bicara Hezdry. Malas untuk mendengar bicara lelaki itu lagi. Buat sakit telinga je. Buat sakit jiwa.
            “Kalau macam tu kita keluar next time la. Take care Dell. Bye.”
            Delia menghela nafas lega. Terasa lapang dadanya bilaHezdry meletakkan telefon. Dia sendiri tidak pernah tahu kenapa dia rimas dengan lelaki itu. Bukan hanya sekarang tapi sejak dari dulu. Hezdry yang dikenalinya adalah seorang lelaki tampan dan bergaya. Malah pernah tersenarai diantara ’50 most eligibale bachelor in town’. Namun sedikit pun hatinya tidakpernah tercuit.
            Hedzry agak sombong orangnya. Memilih kawan. Lebih suka bergaul dengan bangsa asing berbanding bangsa sendiri. Cuma dengan Delia, layanan lelaki itu agak berbeza. Prihatin dan tampak seperti ambil berat.
            “Siapa tadi?”
            Mujur jantung Delia tidak melompat keluar. Dadanya diurut perlahan sebelum berpaling ke belakang. Ameer kelihatan santai bersandar di peti ais sambil meneguk air oren. Tak sangka lelaki ini mengekorinya ke dapur. Aik! Pagi-pagi minum air oren. Tak sakit perut ke? Eh! Kalau sakit pun perut dia, bukan perut aku. Kenapa nak sibuk ek?
            “Siapa tadi?”
            Soalan yang sama diulang lagi.
            “Kawan lama. Kenapa nak tau?”
            Wajah tenang Ameer direnung lama. Lelaki itu nampak selamba dan masih terus meneguk air oren. Macam setahun tak minum gayanya!
            “Saja. Lagipun macam pelik bila dengar you cakap you takde kat KL…”
            Delia ketap bibir. Terasa agak geram dengan Ameer yang seperti cuba untuk mencampuri urusan peribadinya.
            “Yang you sibuk kenapa? And it’s not proper to eavesdropping on other people conversation, you know…”
            “I’m not. Cuma kebetulan terdengar je.”
            Kebetulan la sangat! Ameer telan liur. Padahal memang dia sengaja mengekori Delia bila nampak Delia tepuk dahi semasa bercakap di telefon tadi. Ada rasa ingin tahu yang menggebu. Lebih-lebih lagi bila dengar nama Hezdry terluncur dari bibir Delia.
            “Yela tu…”
            Bibir Delia mencebik tanpa sedar. Terdengar konon! Padahal memang pasang telinga. Macam aku tak tau! Pelik-pelik je Ameer hari ni. Mesra semacam. Sebelum ni mana pernah nak borak dengan aku. Entah mimpi apa malam tadi? Takkan mimpi aku kot! Ish! Merepek je. Jauhkanlah, Ya Allah! Delia tergeleng-geleng sendiri.
            Ameer senyum melihat gelagat Delia. Sungguh wanita dihadapannya ini amat menyenangkan. Selalu pandai untuk membawa diri. Selalubuatkan dia kagum. Malah lebih parah bila sering buatkan dia tidak keruan rasa. Sejak bila, dia sendiri tidak tahu.
            Semua tahu dia bencikan Delia sejak hari pertama mereka ditemukan. Oleh sebab itu,dia rela memilih untuk tidak menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan Delia. Lebih mudah begitu. Berpura-pura terus membenci Delia. Cuma semenjak Dzariff muncul, dia mula terasa tidak sedap hati. Ameer rasa tergugat kerana Dzariff terang-terangan seperti menyukai Delia.
            Adakah dia perlu untuk berubah secara total? Berubah menjadi seorang lelaki yang sememangnya dirinya. Pasti Delia akan lebih terkejut. Baru ajak berborak dah termenung sana sini. Belum ajak kahwin! Mau pengsan seminggu! Ameer senyum lagi.
            Pantas dia berlalu dari dapur bila terdengar bunyi riuh di ruang tamu. Pasti ummi baru balik dari pasar dengan bibik. Dia tidak mahu bertembung dengan Puan Sri Ezzah. Belum masanya untuk Ummi tahu…

Last edited by TJ2 on 27-12-2012 01:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 12:50 PM | Show all posts
not bad... intro yg baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 01:07 PM | Show all posts
shimah81 posted on 26-12-2012 12:50 PM
not bad... intro yg baik...

tq...baru berani nk post...
takut org tak minat nak baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 03:22 PM | Show all posts
So sweet....teruskan menulis...tambah meriah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 04:59 PM | Show all posts
best... suka sangat cerita nieh...
cepat2 sambung ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2012 05:45 PM | Show all posts
*******************************




            KawasakiNinja ZX-10R dipacu berhati-hati melewati jalan di Bukit Tunku. Sudah bertahun-tahun dia tidak ke mari. Banyak perubahan di kiri dan kanan jalan buatkan dia keliru sendiri. Penuh dengan rumah-rumah banglo yang tersergammegah. Seingatnya dahulu, di sini cuma banyak belukar dan pokok-pokok besar.Amat menyeramkan bila melalui jalan ini di malam hari.
            Tergaris senyuman tipis di wajah Dzariff bila tiba di depan pagar banglo milik Tan Sri Rashdan. Rumah ini tidak banyak berubah. Cuma cat sahaja yang bertukar dari Sweet Yellow ke kelabu yang digelar sebagai Autumn Ashes. Agak pelik tapi masih tampak menarik. Nampak berbeza dengan rumah-rumah yang lain.
           Helmet hitam berkilau itu dibuka dan diletakkan di atas seat motornya. Pantas tangannya membetulkan rambut yang kelihatan sedikit leper kerana dihimpit oleh topi keledar. Mata Dzariff meliar ke sekitar garaj milik Tan Sri Rashdan. Ada banyak kereta di situ termasuk BMW X6 yang dipandu ayahnya. Dia pasti kebanyakan kereta yang terpakir itu adalah milik Ameer. Dari dahulu sepupunya itu memang minat dengan kereta-kereta mewah. Dan dahi Dzariff berkerut hebat bila terpandang sebiji Myvi hitam yang terselit di celah-celah kereta-kereta itu. Siapa punya kereta agaknya? Yang pasti kereta itu bukan ‘taste’ Ameer.Mungkin milik Aizat yang masih belajar di kolej.
            Langkah diatur perlahan-lahan. Ada debar di dada saat ini. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu. Mungkinkah kerana sudah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki kerumah ini.
            “Assalammualaikum…”
            “Wa’alaikumussalam.”
            Tan Sri Rashdan dan Tan Sri Rashad menjawab serentak. Keduanya berpaling menghadap Dzariff yang segak memakai jeans biru dan tshirt putih. Anak muda ini memang tampan!
            “Ayah Long, ayah… sorry Dzariff lambat.” Ujarnya lembut sambil tunduk menyalami Tan Sri Rashdan. “Banyak betul perubahan kat sini ye, ayah long. Mujur Dzariff tak sesat tadi.”
            “Dah banyak rumah kat sini sekarang. Dah tak sunyi sangat macam dulu-dulu. Bila last Dzariff datang sini ye?”
            Soalan Tan Sri Rashdan itu buatkan Dzariff garu kepala yang tidak gatal. Bila kaliterakhir dia kemari? Rasanya seperti 6 tahun lepas.
            “Raya 2006 kot. Balik cuti 2 minggu masa tu.”
            “Dah 6 tahun. Patutlah nak sesat. Lepas ni, rajin-rajinlah datang rumah ayah long. Jenguk-jenguk kami kat sini.”
            Dzariff angguk. Macam-macam yang berlaku dalam 6 tahun ini buatkan dia tidak jejak kaki di sini. Padahal dahulu keluarganya memang kerap bertandang ke rumah ayah longnya ini. Jika mereka tidak kemari, keluarga Tan Sri Rashdan yang akan ke rumahnya. Ayah dan Tan Sri Rashdan amat rapat. Mungkin kerana mereka cuma dua beradik.Bukan setakat 2 beradik tapi kembar yang tidak seiras.
            Bunyi kecoh di luar rumah buatkan Tan Sri Rashdan, Tan Sri Rashad dan Dzariff berpandangan. Siapa pula yang bergaduh tetengahari buta ni? Lalu masing-masing mengatur langkah ke arah kekecohan itu.
            Irina kelihatan berpeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arah Delia yang sedang memeluk erat Dania yang sedang mengongoi. Pipi anak kecil itu tampak merah berbirat.
            “Apamasalah you ni, Irina? Kalau pun you tak suka I, jangan jadikan anak I tempat untuk you luahkan perasaan. Apalah yang budak sebesar ni tahu.”
            Hati Delia mendongkol geram dengan sikap Irina. Dengan budak kecik pun tak boleh nak beralah.
            “Anakyou ni kurang ajar…”
            “Tapi itu tak beri you hak untuk tampar anak I.” Delia hela nafas keras seketika. Dania kurang ajar? Macam tak percaya pun ada kerana dia amat mengenali anak kecil itu. Bukan kerana Dania anaknya tapi si kecil ini memang jenis pelembut. Malah selalu kena buli dengan Dani. “Apa yang anak I kurang ajar dengan you?”
            Bibir yang disalut oleh lipstick berwarna merah garang itu kelihatan mencebik. Dari dulu dia memang bencikan Delia dan si kembar ini. Tidak tahu apa keisimewaan mereka sehingga Ameer selalu mengutamakan Dani dan Dania. Sungguh Irina memang tidak puas hati!
            “Anakyou ni tak percaya bila I cakap Ameer tu bukan daddy dia. Menjerit-jerit macam orang gila. Tak faham-faham bahasa melayu.”
            YaAllah! Hanya kerana itu anak kecilku disakiti. Betapa kejamnya perempuan dihadapanku ini!
            “Irina, kalau I cakap you ni bodoh… you marah. But you are so stupid. I really can’t stand it. You bukannya tak ada otak nak berfikir and I rasa tak ada salahnya kalau you iyakan saja apa kata Dania cakap tu. Takde apa yang luak…”
            “Hei perempuan! Kau tu yang bodoh. Dah banyak kali kan aku cakap dengan kau yang aku tak suka anak-anak kau panggil boyfriend aku daddy! Anak dengan mak sama je bodohnya. Patut laki kau lari!”
            Delia terpempan sendiri. Kenapa perlu heret sekali isu itu? Dani yang tadi diam tidak berkutik dihujung kakinya juga sudah mulai menangis. Mungkin takut dengan jerkahan Irina tadi.
            “Apakecoh-kecoh ni, Lia, Irina?”
            Keduanya berpaling serentak. Pantas Irina memaniskan wajah bila lihat Tan Sri Rashdan sudah mendekat. Bakal bapak mertua tu! Kenalah jaga reputasi.
           “Irina cuma tegur budak-budak ni. Tak nak diorang jadi kurang ajar bila besar nanti. Maklumlah budak tak berbapa tapi Delia ni tak boleh nak terima.”
            Kalau diikutkan hati yang panas, memang sudah lama mulut lancang Irina itu diganyangnya. Bercakap ikut sedap mulut sendiri je. Tak reti nak fikirkan hati dan perasaan orang lain. Delia mendengus kuat lalu capai tangan Dani yang sedang teresak-esak dan terus menghayun langkah ke dapur. Lama-lama menghadap Irina cuma boleh buat dia sakit jiwa!
            “Eh kenapa anak-anak daddy menangis ni?”
            Entah dari mana lelaki ini muncul. Dengan senyuman manis, Ameer melutut dan cuba meraih Dani yang masih menangis ke dalam dakapannya.
            “Don’t touch my kids!!!”
            Ameer sudah ternganga. Kenapa perlu Delia menjerit-jerit begini dan apa salahnya untuk memeluk si kembar yang sudah pun menjadi sebahagian dari hidupnya?
           “Kenapa ni, Dell?”
            Wajah merah Delia dipandang dalam-dalam. Anak mata Delia tampak berair. Ada seribu satu persoalan berbaur diminda Ameer saat bertentang mata dengan Delia saat ini.
           “Jangan tanya I kenapa sebab I takde jawapan untuk itu. Yang pasti ini anak-anak I dan tak pernah ada kaitan dengan you!”
           Delia terus mengheret Dani pergi tanpa menunggu jawapan dari Ameer. Dania yang tersedu-sedu di bahunya di peluk erat. Kesian anak-anak mama!
           “Kita balik ye, sayang!”
            Tidak betah rasanya untuk dia terus berada di sini setelah apa yang terjadi. Delia sendiri tahu dia bukannya sesabar mana. Tambahan pula hatinya memang sedang panas. Silap haribulan ada yang kena sup pula nanti. Jenuh!
            Diruang dapur, Puan Sri Ezzah sedang asyik berbual dengan Puan Sri Najwa.Bertahun tidak berjumpa pasti ada banyak yang mahu dibualkan. Bibik pula kelihatan lincah mengacau kuah di bahagian dapur basah.
            “Auntie…”Keduanya memandang Delia dengan senyuman manis. “Lia balik dulu ye.”
            “La…kenapa tiba-tiba nak balik pula? Kan belum makan lagi!”
            “Takpelah Auntie. Lia ada hal urgent ni.” Tangan Puan Sri Ezzah ditarik dan disalami. Begitu juga Puan Sri Najwa. Keduanya terpinga-pinga dengan gelagat Delia.“Dania, Dani…salam Tok Ammi dengan nenek!”
            Dua anak kecil itu tetap menurut walaupun masih tersedu-sedu. Pipi Dania yang merah itu ditatap lama oleh Puan Sri Ezzah.
            “Pipi Nia ni kenapa?”
            “Auntie Nana pukul…”
            Lurus jawapan Dani. Budak kecil mana pandai menipu. Ituyang selalu diberitahu oleh orang sekeliling dan memang benar saat ini Dani memang tidak berbohong. Delia cepat-cepat tarik Dania ke sisinya. Tidak perlu untuk dia mengeruhkan lagi keadaan. Lebih-lebih lagi Tan Sri Rashdan dan Puan Sri Ezzah punyai tetamu yang telah lama tidak mereka temui.
            “Lia pergi dulu. Maafkan Lia ye, Auntie.”
            Kedua anak kembarnya diheret supaya dapat mengikuti langkah kakinya yang pantas.Mujur Dani dan Dania tidak banyak karenah. Mengikut tanpa banyak soal. Mungkin masih terkesan dengan apa yang terjadi tadi.
           Enjin kereta dihidupkan. Di pintu besar ada Dzariff yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Delia senyum sebelum berlalu tanpa menoleh lagi…

Last edited by TJ2 on 31-12-2012 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 09:42 AM | Show all posts
hari ni cuti kan ? sila sambung panjang-panjang   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065684 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list