CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muhamad_fairuz

Sabarlah Wahai Hati (Tamat~:)

[Copy link]
Post time 22-6-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian depa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 02:10 PM | Show all posts

*****                *****                *****                *****                *****

Zulkarnain memasuki satu ruang yang samar-samar. Hanya bertemankan lampu kalimantang yang berisi tungsten itu berada tegak di atas kepala. Selebihnya hanya dinding dan cermin besar di setiap sisi bilik. Hanya ada dua orang berpakaian polis di dalamnya.

“Duduk.” Lelaki di hadapannya memberi arahan.

Bingkas Zulkarnain duduk. Matanya terkulat-kulat memandang sekeliling. Bilik ini terlalu asing baginya. Bilik ini sangat-sangat dia kenali. Dia sering melihat bilik yang sebegini dalam kaca televisyen dan wayang pada zaman remajanya. Ini adalah bilik penyiasat dan polis menyoal penjenayah atau suspek.

“Cakap!!! Kenapa kau bunuh dia?” pegawai polis bertanya lagi. Ini kali kedua soal siasat itu dijalankan semenjak Zulkarnain ditahan. Kali pertama adalah selepas Zulkarnain dibawa ke pejabat polis namun keadaannya yang masih terpinga-pinga menyebabkan polis tidak mendapat maklumat dan keterangan daripadanya.

Untuk beberapa ketika Zulkarnain masih lagi mendiamkan diri. Namun sedikit demi sedikit perasaan takut dan gusarnya mulai menjelma apabila diasak dengan soalan bertalu-talu. Pandangan tajam lelaki itu menambahkan debaran di hati.

“Aku tidak bunuh.” Tingkahnya lagi. Meremang bulu roma Zulkarnain membuatkan dia tidak senang duduk.

“Jangan ingat kami bodoh. Ada mayat terbaring di dalam rumah dan ada luka dari tikaman pisau. Kau pula ditemui dalam berlumuran darah dan memegang pisau itu.”

“Sumpah aku tidak tahu.”

“Jangan sebarangan sumpah. Bukti dah ada.”

“Aku tidak tahu apa-apa.”

“Baik, kalau begitu biar aku yang ceritakan segalanya. Syahadan melanggar perjanjian syarikat dengan memberi tender kepada syarikat kecil lain. Akibatnya syarikat kau disaman. Lebih daripada itu, kebakaran yang berlaku di gudang yang baru sahaja siap dibina memusnahkan segalanya. Ganti rugi mencecah jutaan ringgit kerana tiada perlindungan insurans. Itu juga hasil dari kelalaian Syahadan sehingga menyebabkan Syarikat La Tansa Enterprise ditutup.”

Ternganga Zulkarnain mendengar keterangan dari lelaki di hadapannya. Mengangguk  tidak. Menggeleng pun  tidak . Bersuara apatah lagi. Zulkarnain hanya diam seribu bahasa. Tiada reaksi langsung kepada penjelasan panjang lebar itu.  

“Emosi kau tidak stabil selepas syarikat itu ditutup. Kau sering marah-marah terutama kepada mereka yang menyebabkan kejatuhan kau. Adakalanya kau mengamuk atau mungkin lebih dari itu.” Sambung pegawai penyiasat itu lagi.

“Tapi aku benar-benar tidak tahu. Sedar-sedar sahaja aku ditahan dan digari.”

“Digari kerana kau membunuh. Kau ada hak untuk dapatkan peguam. Namun kau perlu cari peguam mana yang percayakan cerita kau nanti.”


*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 02:12 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Zulkarnain hanya mampu menjerit di dalam hati. Digenggam kedua-dua tapak tangan lalu dipejamkan mata. Masih lagi berjalan mundar-mandir mengeliling bilik. tidak putus-putus rahang bibirnya diketap kuat atas bawah. Sekali-sekala dia memegang rahangnya. Kesakitan sewaktu ditumbuk oleh Khairul Afhan masih berbisa.

“Adawiyah.” Nama itu meniti di bibirnya.

“Kalaulah awak ada, Adawiyah, inilah masa abang perlukan awak.” Dia menghela nafas. Untuk kali pertama dia benar-benar yakin itu adalah dugaan dari Yang Maha Kuasa.

Dugaan itu untuk menguji sejauh mana kesabaran dan redha pada takdir yang boleh memperlengkapkan rukun iman di dada sebagai seorang muslim.

Dia memandang sekeliling. Tiada ada yang boleh dijadikan bayangan atau pencetus kepada ingatannya yang hilang. Hanya bertemankan dinding kebal dan palang besi tertegak berjarak dua inci antara satu sama lain. Di belakangnya pula tingkap kecil di bahagian atas untuk membenarkan sinaran mentari menembusi bilik itu.

Zulkarnain kembali mengeluh. Hari yang panjang. Setelah melalui perjalanan seribu batu, kemudian tidak dapat berjumpa dengan Nur Adawiyah. Dipukul pula oleh ipar-iparnya, dan kini berada di penjara atas kesalahan yang tidak diketahui. Malang yang bertimpa-timpa ke atasnya.

Zulkarnain cuba memutarkan ingatannya namun gagal. Seolah-olah ada satu kuasa yang menghalangnya. Memang semalam Syahadan datang ke rumahnya, namun dia sendiri terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

“Wafi!” nama itu terpacul di mulutnya apabila melihat seorang lelaki berada di hadapannya. Ternyata rakannya Wafi menghampirinya. Di sisinya ada seorang wanita yang amat dikenali, Rashidah.

“Bagaimana aku boleh berada di sini?” Zulkarnain bertanya untuk kepastian.

“Kau sedar tidak apa yang dah kau lakukan.”

“Apa yang aku lakukan? Kali terakhir yang aku ingat aku sedang tidur di rumah dan ada orang datang malam-malam.”

“Siapa yang datang?”

“Aku tidak ingat”

“Syahadan?”

“Mungkin…” Zulkarnain mengagak sambil tangannya memegang kepalanya. Cuba untuk meredakan sedikit kekusutan di dalam fikirannnya. Namun kepalanya masih lagi ligat memutarkan semula ingatan pada malam itu antara dia dan seseorang.

Gambaran individu yang bersamanya malam itu tidak jelas, seolah-olah telah diganggu oleh sesuatu. Kekaburan dan gambaran pudar inilah yang menyebabkan fikirannya semakin sakit. Kadang-kala dia  marah kepada diri sendiri dan kadangkala kecewa.

“Memang Syahadan yang datang. Sebab itulah mayatnya berada di rumah kau. Selepas itu kau berjalan keluar melarikan diri namun gagal.” Wafi menceritakan perkara yang berlaku sama seperti cerita pengawai penyiasat. Cerita itu berdasarkan bukti fizikal mahupun alibi. Bukti itu cukup kuat untuk membawa Zulkarnain ke penjara untuk tempoh berbelas atau beberapa puluh tahun.

“Itu mustahil.” Zulkarnain cuba membela dirinya.

“Tidak  mustahil. Dia yang buat syarikat kau muflis.”

“Tapi takkan sampai saya tergamak bunuh dia.”

“Dia hilangkan harta yang kau paling sayang. Mungkin juga dia hilangkan kesabaran kau.”

“Wafi, kau tidak percayakan aku?” Zulkarnain mula curiga. Wafi hanya menundukkan pandangan.

“Shida?” soalan itu beralih kepada Rashidah yang sejak dari tadinya yang diam sahaja.

“Saya percayakan Adawiyah.” Rashidah menjawab tegas.  

“Adawiyah?”

“Kalau Adawiyah masih percayakan Encik Zul setelah apa yang terjadi, maka saya yakin pada dia.” Sambung wanita itu lagi.

“Saya percaya pada Shida. Mungkin isteri saya akan salah tetapi saya menyokong dia.” Wafi melengkapkan jawapan kepada persoalan Zulkarnain. Kini nasib dan masa depannya terletak di atas bahu seorang wanita yang berada jauh beribu batu namun dekat di hatinya.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 06:17 PM | Show all posts
Jadi Adawiyah ni digambarkan seorang yang bijak menangani masalah. Ok, tak sabar nk tahu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 07:46 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

“Zulkarnain!” bergegar gegendang telinga Zulkarnain apabila namanya dipanggil dengan agak kasar oleh pegawai yang bertugas.

“Keluar sebentar. Ada orang ingin berjumpa.” Ujar pegawai itu lagi.

Zulkarnain melangkah lemah. Kebosanan, kehairanan, kekecewaan dan segala macam sifat negatif terus menghantui dirinya. Sudah tiga hari dia terkurung di dalam sangkar besi itu. Menjalani kehidupan sebagai orang yang tertuduh membuatkannya berasa dunia ini sungguh kerdil.

Terasa bagai semalam dia memecat Syahadan. Seperti malam tadi dia pulang lambat ke rumah dan melihat isterinya menunggu untuk makan malam sedangkan dia sudah makan di luar.  

“Abang..!” Zulkarnain berpaling. Dia kenal benar dengan suara itu. Sudah lama ia menghilang namun hari ini bergema kembali. Suara yang amat dirinduinya.

“Adawiyah.” Balasnya tersenyum melihat isteri tersayang. Nur Adawiyah berdiri di hadapannya berpakaian baju kurung berwarna biru beserta tudung labuh biru muda. Di tangannya Farhana yang didukung untuk bertemu dengan ayahnya untuk pertama kali.

“Abang, maafkan saya.” Nur Adawiyah memulakan perbualan dengan maaf.

“Abang yang patut minta maaf. Abang dah banyak buat salah. Abang abaikan tanggungjawab abang kepada isteri abang dan juga anak abang ini.” Zulkarnain berpaling ke arah bayi yang dipegang isterinya. Dia tidak pernah melihat, namun dia tahu itulah anaknya.

“Saya yang salah, abang. Ada tidak patut tinggalkan abang semasa abang susah.”

“Abang yang lalai. Mungkin inilah balasan Allah kepada abang.” Zulkarnain sedar. Itu sahaja yang mampu dilafazkannya.

“Saya percaya abang tidak salah.”

“Bagaimana Adawiyah masih percaya? Semua orang mengatakan abang bersalah.”

“Sebab Ada isteri abang. Kalau bukan isteri, siapa lagi yang percayakan suami.”

“Adawiyah tidak fikir abang ini jahat?”

“Tidak . Abang tidak jahat. Abang cuma orang baik yang ditimpa kesusahan.”

“Farhana?” Zulkarnain cuba menukar suasana daripada sedih kepada ceria dengan kehadiran Farhana yang membawa maksud gembira.

“Comel kan?” Farhana bertukar tangan. Dari pegangan ibunya kini berada di dukungan sang ayah. Beberapa kali dia mengucup dahi dan pipi bayi itu. Melepaskan geram dan rindu.

“Bayi sepertinya tidak boleh diajar untuk mengikut arahan. Kita perlu belai dan timang dia, dengan lembut dan kasih sayang.” Nur Adawiyah mendidik. Dia kenal benar dengan suaminya itu. Zulkarnain bukannya pernah mendukung budak kecil. Apatah lagi mendidik. Itulah tanggungjawabnya mendidik anak dan ayah dalam satu masa. Itulah juga lambang kekuatan sang wanita.

“Ya, abang faham. dia sihatkah?”

“Dia melalui hari yang sukar untuk bayi yang berumur empat bulan.”

“Hari yang sukar juga bagi Adawiyah.”

“Kita akan laluinya bersama.” Nur Adawiyah memberi jaminan kesetiaannya sebagai isteri. Hanya mereka bertiga beranak yang berada di bilik itu ditemani pegawai polis yang bertugas. Wafi dan Rashidah berada di luar menemani Aisyah yang kepenatan memandu.

Dengan beberapa kali berhenti untuk melepaskan lelah, akhirnya dia berjaya sampai ke Bandar Kuantan ini untuk menemani sahabatnya. Dia tidak membenarkan Nur Adawiyah memandu berikutan kesihatan rakannya itu masih belum pulih sepenuhnya selepas habis pantang.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 07:49 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

“Puan ini isteri Zulkarnain?” pegawai polis yang menyiasat kes itu menegur. Nur Adawiyah yang baru sahaja selesai bertemu Zulkarnain disapanya.

“Ya, apa yang boleh saya buat untuk membebaskan suami saya?”

“Dia perlukan peguam. Pada masa ini semua bukti menunjukkan kepadanya namun secara kasar kami dapati dia berada dalam pengaruh alkohol atau dadah pada malam itu.” Panjang lebar pegawai itu menerangkan. Dari riak wajah dan pengalamannya, dia tentu tahu Nur Adawiyah adalah golongan terpelajar. Sudah pasti wanita itu mampu memahami apa yang diterangkan.

“Alkohol? Dia mabuk?” Nur Adawiyah bertanya. Sedikit terkejut dengan kenyataan itu.

“Mungkin, tetapi bukan kerana arak. Namun dia berada dalam keadaan separa sedar semasa kami menemuinya. Ada banyak faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Mungkin juga melalui suntikan dan sebagainya namun dalam kuantiti yang sedikit.” Pengawai itu menyambung penerangannya.

“Dalam keadaan sebegitu dia tidak patut pegang apa-apa objek tajam terutama pisau.” Nur Adawiyah menduga.

“Mungkin ada orang yang berikan kepadanya.” Pegawai itu menambah lagi.

“Dan mungkin juga pergaduhan.”

“Ya, puan sendiri pun tahu. Bermacam-macam andaian yang boleh puan buat, tetapi perlu ingat mestilah disertakan dengan bukti. Jika pihak puan gagal mencari bukti yang mengatakan sebaliknya, dia akan dijatuhkan hukuman berdasarkan bukti-bukti fizikal.”

“Tidak kah ia dikira sebagai kesalahan tidak sengaja kerana mabuk atau ini satu penganiayaan?” Nur Adawiyah menyoal kembali meminta kepastian.

“Tidak . Sekiranya mabuk, dia akan menanggung sendiri perbuatannya semasa dia sedang mabuk. Malangnya sekarang kes ini tidak berpihak kepada dia.”

“Berapa jangka masa yang kami ada?”

“Tak banyak. Dia ditahan selama tujuh hari sebelum hari pengadilannya. Kini masa Cuma tinggal empat hari. Harap puan berjaya. Kesian kepada anak kecil ini nanti.” Jawapan itu nyata mengecewakan. Tempoh terlalu dekat. Hukuman yang bakal menanti suaminya tidak mampu difikirkan lagi.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2015 09:52 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Keluar dari bilik, Aisyah berbual dengan seorang gadis yang amat dikenalinya. Nur Ain.

“Adawiyah, Apa yang awak buat di sini?” Nur Ain kehairanan. Dia menyangka rakannya itu berada di kampung. Di fikirannya juga bermain dengan syak sama ada Nur Adawiyah masih bersama dengan Zulkarnain atau tidak melihat kepada layanan buruk Zulkarnain kepada isterinya itu.

“Saya mahu selamatkan lelaki yang tinggalkan saya.” Nur Adawiyah menjawab seribu makna.

“Bagaimana awak boleh terima dia setelah apa yang dia buat kepada awak?”

“Senang saja. Maafkan dia. Kita akan lupa segala kesalahan dia.” Nur Adawiyah menjawab dengan mudah. Nur Ain hanya tersenyum sambil menjeling ke arah Aisyah yang berada di sebelahnya. Dia kenal benar dengan Nur Adawiyah. tidak pernah ada sebarang dendam, menyimpan dengki atau seumpamanya. Menjadi teman kepada wanita itu adalah satu anugerah yang besar. Dia terdidik dengan kata-kata dan tingkah laku sahabatnya itu.   

“Ain kenal tidak mana-mana peguam yang boleh membantu kita?” tanya Nur Adawiyah.

“Tentu sekali. Ada seorang yang kamu berdua cukup kenal.” Nur Ain menjawab penuh keyakinan.

“Kami kenal?”

“Kehebatan dia tidak pasti sebab dia masih baru tetapi memang boleh membantu kita.”

“Siapa?”

“Saya”

“Ain?”

“Ya,” Nur Ain menjawab lagi. Keningnya tergerak-gerak ke atas. Nur Adawiyah dan Aisyah saling berpandangan. Antara percaya atau  tidak .

“Sejak Adawiyah balik kampung, saya mengikuti beberapa siri kursus dan kini membuka pejabat guaman sendiri.” Nur Ain meleraikan kekusutan.

“Baguslah begitu.”

“Kenapa?”

“Saya tengah mencari peguam untuk membuat ikat jamin.”

“Adawiyah mahu ikat jamin Zul?”

“Sudah tentu.”

“Awak yakin dia tidak bunuh orang.”

“Dia tidak akan bunuh orang. Sedangkan kucing pun dia sayang, apatah lagi manusia.”

“Kucing?” tanya Nur Ain acuh tak acuh apabila mata mereka bertentangan sebentar.

“Ingat tidak masa kita belajar dahulu saya pernah cerita mengenai orang yang sanggup berhujan semata-mata untuk lindungi kucing?” Nur Adawiyah menjelaskan.

“Ya, orang itu Zul?” Adawiyah mengangguk.

“Rupanya sebab itulah Adawiyah menerima pinangannya dahulu.” Aisyah cuba menduga setelah lama mendiamkan diri.

“Mungkin juga, kadangkala tidak perlu ada banyak persamaan untuk menemukan dua hati. Cukup dengan satu minat yang sama sudah memadai untuk mengikat satu ikatan suci.”


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 09:53 AM | Show all posts
Rahsia Orang Ketiga

“Abang, Saya pergi dulu. Saya akan uruskan segalanya. Abang jangan risau.” Nur Adawiyah sempat berpesan semasa melihat suaminya berlalu menuju ke penjara semula bersama pegawai polis itu. Dari laluan itu dia dapat melihat Wafi, Rashidah serta Aisyah dan Nur Ain. Dia pasti isterinya berada dalam keadaan selamat dan selesa.

“Adawiyah..” Zulkarnain memanggil. Pegawai polis itu membiarkan mereka bertemu seketika. Mungkin sekitar dua puluh saat.

“Ya, abang”

“Ada nampak cantik hari ini.” Zulkarnain memuji untuk kali pertamanya setelah setahun mereka bersama. Nur Adawiyah memandang dengan wajah berseri.

“Mungkin disebabkan tudung ini. Tahu tidak dari mana datangnya tudung ini?” Nur Adawiyah bertanya. Soalan itu lebih kepada retorik mungkin tidak perlu dijawabnya.

“Dari orang yang tidak pernah tolong orang.” Sambung isterinya lagi dengan seribu makna. Hanya Zulkarnain yang mengerti. Itu adalah jawapan yang sama ketika mereka berselisih dahulu.

“Jadi apa kita perlu lakukan sekarang?” Wafi pula berkata sambil matanya asyik meperhatikan gelagat sepasang suami isteri itu bersama anak mereka.

“Saya fikir elok balik ke rumah kita atau Ain dulu. Aisyah dan Adawiyah perlu rehat. Adawiyah masih belum sihat sepenuhnya lagi. Tambahan pula Farhana ada bersama. Kemudian barulah kita pergi semula ke tempat kejadian.” Isterinya memberi cadangan.

“Bagus juga begitu. Biar saya sahaja yang menjaga Farhana. Adawiyah perlu mengikut kamu semua nanti untuk siasatan.” Aisyah membuat tawaran. Dia dan Farhana sudah beberapa kali berjumpa semasa di Kuala Selangor. Tiada masalah sekiranya Aisyah yang menjaga bayi itu kerana mereka sudah serasi.

“Aisyah rasa Adawiyah boleh berjaya?” Rashidah menyoal.

“Entahlah. Shida rasa?”

“Adawiyah dan Zulkarnain sama-sama keras hati. Kalau dia sudah tekad tiada siapa yang boleh menghalang.” Aisyah menjawab yakin.

“Mereka memang pasangan yang sempurna.” Ujar Nur Ain. Aisyah yang berada di sebelahnya sudah menguntum senyum.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2015 09:56 AM | Show all posts
Petang yang damai. Mentari telah condong ke arah barat. Namun, cahaya dari bebola gergasi itu masih menerangi alam. Kedamaian itu juga dapat dilihat di Taman Indera Sempurna. Kereta Wira yang dinaiki oleh Wafi, Rashidah, Nur Ain dan Nur Adawiyah selamat tiba di perkarangan tempat kejadian.

Mereka kesemuanya turun dari kereta untuk mencari sinar harapan yang masih tersisa. Mungkin ada sesuatu atau petunjuk yang boleh dirungkaikan dari tempat ini. Hanya Aisyah tidak ikut bersama kerana menjaga Farhana di rumah Nur Ain. Nur Ain pula berperanan sebagai orang yang penting kerana selaku peguam dia perlu bersama dalam penyiasatan itu.

“Rumah ini sunyi selepas Adawiyah tiada.” Rashidah bersuara sebaik sahaja langkah mereka terhenti di muka pintu. Matanya merayap memandang beberapa petugas yang sedang mengawasi tempat itu. Rumah itu boleh dimasuki kerana segala bahan bukti sudah diambil oleh polis. Barang-barang yang lain juga boleh disentuh kerana sudah dibuat pemeriksaan yang rapi. Bukti bergambar juga sudah dimasukkan ke dalam data kes.

“Apatah lagi Zul memang tidak duduk di rumah.” Nur Adawiyah menambah.

“Tempat yang sunyi memang sesuai untuk pembunuhan.” Ujar Wafi. Rashidah menjeling ke arah suaminya kelihatan seperti dia tersilap kata. Lantas dia menyambung, “Saya tidak maksudkan Zul.”

“Tidak  ada tanda pecah pintu sebab orang yang datang adalah seseorang yang dikenali.” Nur Ain menjelaskan.

“Jadi apa yang berlaku sebenarnya?” Nur Adawiyah spontan bertanya. Walaupun dia sudah diterangkan oleh pegawai polis pagi tadi, penerangan di tempat kejadian akan mengingatkannya semula dengan lebih jelas.

“Siapa ada idea?” Nur Ain membuka persoalan. Rashidah dan Nur Adawiyah berpaling ke arah satu-satunya lelaki yang berada di tempat itu iaitu Abdul Wafi.

“Kenapa awak berdua pandang saya?” balas Wafi tidak mengerti.

“Bukankah awak selalu ada banyak idea.” Nur Adawiyah bersuara memberi galakan

“Saya dengar kadang-kadang awak suka merungut.” Nur Ain pula menegur sinis.

“Abang boleh fikir banyak idea untuk ajak saya balik ke rumah mak abang.” Rashidah menyokong kedua-dua rakannya itu.

“Abang memang pakar mengenai itu.” Wafi cuba membela dirinya.

“Jadi apa yang awak fikir?” Nur Adawiyah memandang lelaki itu, meminta pendapat. Wajahnya sedikit berubah kepada serius. Wafi dapat menangkap maksud perubahan itu. Waktu bergurau mungkin sudah tamat. Kini mereka perlu tahu apa yang mereka hendak cari dan bagaimana.

“Daripada siasatan polis, mangsa ditikam dari belakang dan memancut ke lantai ruang tamu ini. Tengok sahaja kesan darah ini yang terputus dan bersambung kembali menunjukkan ada seseorang yang terbaring di sini.” Panjang lelaki itu memberi penerangan.

“Ya, itu Zul.” Nur Adawiyah bersetuju. Kepalanya terangguk-angguk.

“Persoalannya siapa yang menikam?” Wafi memberi soalan sebagai pembayang.

“Maksud awak?” Nur Ain bertanya, seraya mengatur langkah menuju ke tengah ruang tamu itu melihat dengan lebih dekat.

“Orang yang menikam dan orang yang berbaring bukanlah orang yang sama. Maknanya ada dua individu di dalam rumah ini selain daripada Zulkarnain pada masa kejadian.”

“Boleh diterima. Malangnya kita perlukan bukti lebih kuat.” Ujar Nur Ain.

Nur Adawiyah masuk ke segenap penjuru. Diikuti dengan rakan-rakannya yang lain. Masing-masing membulatkan mata mencari sekiranya ada keganjilan atau tanda-tanda aneh kebarangkalian mereka akan menang adalah kecil namun tetap ada. Beberapa anggota polis yang mengawal di tempat kejadian itu mula bersurai menyedari hari berganjak petang. Sempat juga mereka berbual dan bertukar-tukar pandangan mengenai bukti dan maklumat.

Seketika kemudian, Rashidah dan Nur Ain menyandarkan badan di kerusi di luar rumah. Cuaca yang agak panas petang itu dirasakan bertambah bahangnya apabila memikirkan masalah yang melanda. Kesulitan itu terus bermain di ruang fikiran. Nur Ain mengambil akhbar yang dibawanya lalu dijadikan kipas dan mengibas ke seluruh wajah.

Mata Rashidah pula meliar melihat sekeliling. Kelihatan suaminya sedang berbual dengan jiran Zulkarnain untuk mendapatkan maklumat. Mereka memang telah berkenalan sebelum ini kerana sering berkunjung ke sini. Dari kerusi itu dia lihat kepala suaminya terangguk-angguk seperti mendapati sesuatu.

Nur Adawiyah pula berkeliaran di dalam rumahnya. Mencari harapan dan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai penghalang yang menafikan suaminya terlibat. Kepercayaannya kepada Zulkarnain tidak pernah pudar. tidak pernah sedetik pun terlintas di fikirannya Zulkarnain yang melakukan semua ini.

Sudah hampir seluruh tingkat bawah rumahnya diperhati. Bermula dari bahagian paling penting iaitu tempa kejadian di ruang tamu, membawa ke dapur, bilik air, bilik tamu dan halaman belakang rumahnya. Kini pencariannya diluaskan ke tingkat atas yang hanya mempunyai dua bilik tidur.

“Pernah dengar kata pepatah, kalau hendakkan madu, ikutlah sang lebah.” Wafi mula mencuri tumpuan setelah mereka berkumpul di luar rumah.

“Boleh terangkan kaitannya dengan kes ini? Nur Ain terus kepada isi, tidak membenarkan lelaki itu memberi pembayang dalam bentuk kiasan.

“Awak berdua mahu tahu apa yang saya fikirkan?” soal Wafi

“Sudah tentu.” Nur Ain dan Nur Adawiyah mengangguk serentak.

“Ini resit beberapa pembelian yang tarikhnya adalah pada hari kejadian. Malah beberapa jam sebelum ia berlaku.” Wafi memulakan penerangan dengan menunjukkan telefon bimbitnya. Di dalamnya terdapat gambar beberapa keping resit yang ditemui di bilik dan ruang tamu.

“Jadi kita akan tahu apa yang dibeli? Untuk apa? Nur Ain masih terpinga-pinga.

“Ia cuma tiga resit yang biasa seperti orang lain. Ia tidak dapat membuktikan apa-apa.” Nur Adawiyah pula memberi pendapat.

“Tak, ia satu petunjuk yang mungkin penting.” Balas Wafi untuk meyakinkan rakan-rakannya.

“Saya faham. Kaitannya dengan pepatah tadi, ikut jejak resit ini kemungkinan kita akan berjumpa dengan pembunuh.” Nur Adawiyah berjaya menangkap maksud.

“Atau bertemu dengan bukti-bukti lain.” Nur Ain menambah.

“Ya, mari pergi. Masih ada sedikit masa sebelum Maghrib.” Mereka berjalan menuju ke kereta. Wafi dapat mengesan isterinya agak diam dari tadi.

“Kenapa Shida? Penat?” lelaki itu menghampiri Rashidah dan bertanya.

“Lain kali abang berilah contoh pepatah lain. Pepatah itu tidak sesuai.” Rashidah segera masuk ke dalam kereta meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga di luar. Wafi tidak memahami apa yag tidak kena dengan pepatah yang keluar dari bibirnya secara spontan itu. Mungkin perkataan ‘madu’ itu terlalu sensitif untuk sesetengah wanita.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 09:56 AM | Show all posts
Petang yang damai. Mentari telah condong ke arah barat. Namun, cahaya dari bebola gergasi itu masih menerangi alam. Kedamaian itu juga dapat dilihat di Taman Indera Sempurna. Kereta Wira yang dinaiki oleh Wafi, Rashidah, Nur Ain dan Nur Adawiyah selamat tiba di perkarangan tempat kejadian.

Mereka kesemuanya turun dari kereta untuk mencari sinar harapan yang masih tersisa. Mungkin ada sesuatu atau petunjuk yang boleh dirungkaikan dari tempat ini. Hanya Aisyah tidak ikut bersama kerana menjaga Farhana di rumah Nur Ain. Nur Ain pula berperanan sebagai orang yang penting kerana selaku peguam dia perlu bersama dalam penyiasatan itu.

“Rumah ini sunyi selepas Adawiyah tiada.” Rashidah bersuara sebaik sahaja langkah mereka terhenti di muka pintu. Matanya merayap memandang beberapa petugas yang sedang mengawasi tempat itu. Rumah itu boleh dimasuki kerana segala bahan bukti sudah diambil oleh polis. Barang-barang yang lain juga boleh disentuh kerana sudah dibuat pemeriksaan yang rapi. Bukti bergambar juga sudah dimasukkan ke dalam data kes.

“Apatah lagi Zul memang tidak duduk di rumah.” Nur Adawiyah menambah.

“Tempat yang sunyi memang sesuai untuk pembunuhan.” Ujar Wafi. Rashidah menjeling ke arah suaminya kelihatan seperti dia tersilap kata. Lantas dia menyambung, “Saya tidak maksudkan Zul.”

“Tidak  ada tanda pecah pintu sebab orang yang datang adalah seseorang yang dikenali.” Nur Ain menjelaskan.

“Jadi apa yang berlaku sebenarnya?” Nur Adawiyah spontan bertanya. Walaupun dia sudah diterangkan oleh pegawai polis pagi tadi, penerangan di tempat kejadian akan mengingatkannya semula dengan lebih jelas.

“Siapa ada idea?” Nur Ain membuka persoalan. Rashidah dan Nur Adawiyah berpaling ke arah satu-satunya lelaki yang berada di tempat itu iaitu Abdul Wafi.

“Kenapa awak berdua pandang saya?” balas Wafi tidak mengerti.

“Bukankah awak selalu ada banyak idea.” Nur Adawiyah bersuara memberi galakan

“Saya dengar kadang-kadang awak suka merungut.” Nur Ain pula menegur sinis.

“Abang boleh fikir banyak idea untuk ajak saya balik ke rumah mak abang.” Rashidah menyokong kedua-dua rakannya itu.

“Abang memang pakar mengenai itu.” Wafi cuba membela dirinya.

“Jadi apa yang awak fikir?” Nur Adawiyah memandang lelaki itu, meminta pendapat. Wajahnya sedikit berubah kepada serius. Wafi dapat menangkap maksud perubahan itu. Waktu bergurau mungkin sudah tamat. Kini mereka perlu tahu apa yang mereka hendak cari dan bagaimana.

“Daripada siasatan polis, mangsa ditikam dari belakang dan memancut ke lantai ruang tamu ini. Tengok sahaja kesan darah ini yang terputus dan bersambung kembali menunjukkan ada seseorang yang terbaring di sini.” Panjang lelaki itu memberi penerangan.

“Ya, itu Zul.” Nur Adawiyah bersetuju. Kepalanya terangguk-angguk.

“Persoalannya siapa yang menikam?” Wafi memberi soalan sebagai pembayang.

“Maksud awak?” Nur Ain bertanya, seraya mengatur langkah menuju ke tengah ruang tamu itu melihat dengan lebih dekat.

“Orang yang menikam dan orang yang berbaring bukanlah orang yang sama. Maknanya ada dua individu di dalam rumah ini selain daripada Zulkarnain pada masa kejadian.”

“Boleh diterima. Malangnya kita perlukan bukti lebih kuat.” Ujar Nur Ain.

Nur Adawiyah masuk ke segenap penjuru. Diikuti dengan rakan-rakannya yang lain. Masing-masing membulatkan mata mencari sekiranya ada keganjilan atau tanda-tanda aneh kebarangkalian mereka akan menang adalah kecil namun tetap ada. Beberapa anggota polis yang mengawal di tempat kejadian itu mula bersurai menyedari hari berganjak petang. Sempat juga mereka berbual dan bertukar-tukar pandangan mengenai bukti dan maklumat.

Seketika kemudian, Rashidah dan Nur Ain menyandarkan badan di kerusi di luar rumah. Cuaca yang agak panas petang itu dirasakan bertambah bahangnya apabila memikirkan masalah yang melanda. Kesulitan itu terus bermain di ruang fikiran. Nur Ain mengambil akhbar yang dibawanya lalu dijadikan kipas dan mengibas ke seluruh wajah.

Mata Rashidah pula meliar melihat sekeliling. Kelihatan suaminya sedang berbual dengan jiran Zulkarnain untuk mendapatkan maklumat. Mereka memang telah berkenalan sebelum ini kerana sering berkunjung ke sini. Dari kerusi itu dia lihat kepala suaminya terangguk-angguk seperti mendapati sesuatu.

Nur Adawiyah pula berkeliaran di dalam rumahnya. Mencari harapan dan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai penghalang yang menafikan suaminya terlibat. Kepercayaannya kepada Zulkarnain tidak pernah pudar. tidak pernah sedetik pun terlintas di fikirannya Zulkarnain yang melakukan semua ini.

Sudah hampir seluruh tingkat bawah rumahnya diperhati. Bermula dari bahagian paling penting iaitu tempa kejadian di ruang tamu, membawa ke dapur, bilik air, bilik tamu dan halaman belakang rumahnya. Kini pencariannya diluaskan ke tingkat atas yang hanya mempunyai dua bilik tidur.

“Pernah dengar kata pepatah, kalau hendakkan madu, ikutlah sang lebah.” Wafi mula mencuri tumpuan setelah mereka berkumpul di luar rumah.

“Boleh terangkan kaitannya dengan kes ini? Nur Ain terus kepada isi, tidak membenarkan lelaki itu memberi pembayang dalam bentuk kiasan.

“Awak berdua mahu tahu apa yang saya fikirkan?” soal Wafi

“Sudah tentu.” Nur Ain dan Nur Adawiyah mengangguk serentak.

“Ini resit beberapa pembelian yang tarikhnya adalah pada hari kejadian. Malah beberapa jam sebelum ia berlaku.” Wafi memulakan penerangan dengan menunjukkan telefon bimbitnya. Di dalamnya terdapat gambar beberapa keping resit yang ditemui di bilik dan ruang tamu.

“Jadi kita akan tahu apa yang dibeli? Untuk apa? Nur Ain masih terpinga-pinga.

“Ia cuma tiga resit yang biasa seperti orang lain. Ia tidak dapat membuktikan apa-apa.” Nur Adawiyah pula memberi pendapat.

“Tak, ia satu petunjuk yang mungkin penting.” Balas Wafi untuk meyakinkan rakan-rakannya.

“Saya faham. Kaitannya dengan pepatah tadi, ikut jejak resit ini kemungkinan kita akan berjumpa dengan pembunuh.” Nur Adawiyah berjaya menangkap maksud.

“Atau bertemu dengan bukti-bukti lain.” Nur Ain menambah.

“Ya, mari pergi. Masih ada sedikit masa sebelum Maghrib.” Mereka berjalan menuju ke kereta. Wafi dapat mengesan isterinya agak diam dari tadi.

“Kenapa Shida? Penat?” lelaki itu menghampiri Rashidah dan bertanya.

“Lain kali abang berilah contoh pepatah lain. Pepatah itu tidak sesuai.” Rashidah segera masuk ke dalam kereta meninggalkan suaminya yang terpinga-pinga di luar. Wafi tidak memahami apa yag tidak kena dengan pepatah yang keluar dari bibirnya secara spontan itu. Mungkin perkataan ‘madu’ itu terlalu sensitif untuk sesetengah wanita.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 09:58 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Ada tiga resit kesemuanya yang ditemui di atas meja hadapan di ruang tamu itu. Mereka tidak mengambilnya kerana dilarang oleh pihak berkuasa namun sempat mengambil gambar resit itu melalui telefon bimbit masing-masing.

Resit yang pertama tidak ada kaitan kerana ia adalah pembelian Zulkarnain semasa melalui Lebuhraya Pantai Timur dalam usaha membawa Nur Adawiyah kembali ke sisinya. Resit yang kedua dan ketiga masing-masing menunjukkan Zulkarnain pernah menuju ke stesen minyak dan kafe di Taman Guru, berdekatan syarikatnya dahulu.

“Sekarang kita ke mana?” Nur Ain bertanya.

“Kita ke stesen minyak di Taman Tas. Kami selalu mengisi minyak di sana. Mungkin ada sesuatu yang kita akan temui.” Wafi membalas.

“Kenapa, Adawiyah?” Rashidah bertanya apabila dia mengesan rakannya itu berubah wajah. Mungkin memikirkan sesuatu.

Persoalan demi persoalan begitu kerap bertandang dan mengetuk kamar hati dan ruang minda mereka. Ia sentiasa berputar ligat di dalam fikiran masing-masing, namun tiada jawapan yang didapati untuk merawat hati mereka terutama Nur Adawiyah yang dilanda gelisah seperti cacing kepanasan ini.

“Entahlah. Rasa seperti ada yang tidak kena dengan rumah itu. Tapi saya tidak dapat memikirkannya.” Nur Adawiyah melepas pandang ke arah tingkap. Matanya masih tidak berganjak dari rumah besar itu. Wafi dan isterinya saling berpandangan.

“Tak sangka akan jadi begini. Anggaplah ia satu dugaan untuk menguji sejauh mana hubungan dan kepercayaan sesama kita.” Rashidah cuba menenangkan suasana.

“Oh ya. tadi awak ada berkata mengenai orang yang baring dan membunuh bukanlah orang yang sama?” Nur Adawiyah bertanya kepada Wafi yang sedang memandu.

“Ya. berdasarkan percikan darah saya menganggap begitu.”

“Jadi ada suspek lain dalam kes ini?”

“Mungkin. Dalam hal ini kita perlu luaskan kepada bukti dan motif.” Mereka semakin minat mendengar. Wafi menguatkan penghawa dingin bagi memberi kesejukan kepada semua penumpang.

“Berdasarkan bukti ia menunjuk kepada Zulkarnain. Namun, jika dilihat berdasarkan motif ia akan terbahagi kepada dua iaitu siapa yang ingin membunuh Syahadan dan siapa yang ingin menganiaya Zulkarnain.” Wafi menyambung penerangan.

“Jadi, abang ada syak sesiapa?” Rashidah di sebelahnya bertanya.

“Hafiz, Faiz, dan Syahadan sendiri kesemuanya berdendam dengan Zulkarnain.”

“Mengapa? Kerana sering dimarahi?” tanya isterinya lagi.

“Ya, tapi bukan itu sahaja. Hafiz dituduh menggelapkan wang syarikat lebih dari sekali. Ia sampai ke pengetahuan Zulkarnain. Mungkin belum sempat Zulkarnain bertindak, Hafiz sudah menghantarnya ke penjara.” Wafi menjawab sambil menjeling pada dua penumpang di belakang dengan ekor mata.

“Faiz?” tanya Nur Ain, tidak sabar.

“Faiz tidak ada masalah disiplin. Namun, dia adalah orang yang pertama berhenti bekerja di Syarikat La Tansa apabila tidak menerima dua bulan gaji dan telah menerima tawaran syarikat Mutiara Biru. Mereka pernah bertengkar di tapak projek kerana Mutiara Biru adalah musuh ketat La Tansa.”

“Zulkarnain menganggapnya pembelot.”

“Syahadan juga sama. Dipecat kerana kecuaian yang begitu besar. Dendam itu mungkin membawa kepada serangan lewat malam di rumah Zulkarnain lalu dia yang terbunuh.” Wafi menduga.

“Mungkin juga. Dan kita perlu membuktikannya.” Balas Nur Ain.

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 10:00 AM | Show all posts
Jejak Yang Gelap


Pencarian Nur Adawiyah dan rakan-rakan sudah memasuki hari kedua. Masa semakin suntuk. Tidur kian tidak lena. Makan tidak lalu. Cuaca yang mendung tanpa kehadiran mentari tidak mampu melenyapkan kegusaran di hati.

“Baiklah wanita-wanita sekalian, jangan pandang ke kiri.” Usik Abdul Wafi memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sejak awal perjalanan. Kereta yang mereka naiki kelihatan melintasi Pasaraya Tunas Manja yang terletak lima kilometer dari simpang Kuantan Pekan.

Di simpang itu juga tersergam indah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Kedudukan kedua-dua tempat ini amat strategik dan menjadi tumpuan ramai. Begitu juga dengan pasaraya itu yang sering menjadi tumpuan kebanyakan pelajar KIPSAS sekiranya ada kelapangan. Di hadapan pasaraya itu tertera kain rentang bertulis, ‘Jualan Murah!’

Namun, larangan Wafi itu hanya sekadar meniti di bibirnya. Jangkaannya nyata meleset apabila kesemua wanita yang berada di dalam keretanya itu berpaling.

“Abang, janganlah bergurau pada masa genting ini.” Rashidah yang berada di sebelah Wafi mencebik bibir. Geram.

“Abang cuma ingin ceriakan suasana.”

“Mana destinasi kita sekarang?”

“Kita mencari Hafiz, Faiz dan seterusnya ke tempat terakhir yang selalu mereka kunjungi, kafe di Taman Guru, Kuantan.” Wafi kembali serius. Gurauannya sebentar tadi tidak berjaya mendinginkan suasana.

*****                *****                *****                *****                *****

“Assalamualaikum..” Wafi memberi salam apabila mereka tiba hadapan rumah Hafiz di Perumahan Inderapura.

“Assalamualaikum.” Untuk kesekian kalinya salam diberi. Sambil-sambil itu tangan Wafi kembali mengetuk pintu rumah. Berkali-kali sambil mengharapkan agar kali ini ada sahutan yang menyambut panggilan tersebut. Sesekali meninjau disebalik jendela yang tertutup rapat.

“Hah, kau Wafi. Ada apa datang ke rumah aku?” soal Hafiz apabila melihat Wafi terpacak di depannya setelah pintu rumahnya dikuak.  

“Aku hendak tanya mengenai Zulkarnain.” Wafi terus bertanya.

“Aku sibuk. Baik kau pergi dari sini.” Hafiz memberi alasan.

“Tapi ini untuk Zulkarnain.”

“Esok aku ada temuduga penting. Banyak yang aku perlu baca. tidak ada masa untuk Zul yang tidak pernah anggap aku sebagai kawan.”

“Hafiz..!”

“Sudah. Baik kau pergi saja.” Bentak Hafiz seraya pintu rumahnya ditutup kuat.

“Dia seolah-olah menyembunyikan sesuatu.” Nur Adawiyah menduga.

“Sudahlah. Abaikan dia dulu. Kita cari Faiz pula.” Wafi menarik nafas panjang. Menenangkan perasaannya yang sedikit berang dengan tindakan rakannya itu. Namun, misi tetap diteruskan.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 10:02 AM | Show all posts
“Faiz..” Satu suara bergema. Lelaki yang sedang bekerja memerhatikan pelan di tapak projeknya berpaling ke arah suara itu. Nyata Wafi dan beberapa orang wanita berada di belakangnya.   

“Baik kau pergi saja. Aku sibuk.” Balas Faiz.

“Sibuk membunuh orang?”

“Jaga sikit mulut kau. Aku tidak bunuh orang. Pukul orang pun  tidak . Lainlah kalau kau mahu dipukul sekarang.” Bentak Faiz marah.

“Tapi kau pernah bertengkar dengan Zulkarnain di hadapan aku. Kau kata kau tidak teragak-agak memukulnya.” Sambung Wafi bersungguh.

“Aku cuma menggertaknya sahaja. Dia marah tidak tentu pasal.”

“Mungkin kerana kau bekerja di tempat ini. Kau sendiri tahu Syarikat Mutiara Biru dan La Tansa bermusuhan.”

“Itu yang dinamakan professional dalam kerja. Ini biasa berlaku dalam dunia perniagaan.”

“Dia menghalang kau dan kau beri dia pengajaran. Betul kan?” Wafi membuat tuduhan.

“Tidak . Aku tidak pernah mengapa-apakan dia.” Faiz pula menafikan.

“Yakah? jadi apa yang kau buat di hadapan rumah Zulkarnain pada malam kejadian?” bertalu-talu Wafi menyoal.

“Apa yang kau cakapkan ni?” Faiz mula meradang.

“Jangan berpura-pura. Ada saksi yang mengatakan kau berada di tempat kejadian. Dia nampak kereta kau. Atau aku panggil polis baru kau akan memberi kerjasama?”

“Baiklah. Biar aku berterus terang.” Ujar Faiz. Dengan perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Sedikit teragak-agak namun dia berani juga mengangkat muka. Jalur-jalur kerisauan mengedutkan dahinya. Wafi pula tersenyum. Faiz sudah masuk ke dalam perangkapnya.

“Malam itu aku dapat satu SMS misteri dari nombor yang tidak dikenali. Dia menyuruh aku segera ke rumah Zulkarnain malam itu kerana ada hal mustahak yang ingin diperkatakan. Aku bertanya siapa namun dia mengelak dari menjawab.” Faiz memberikan respon positif.

“Lagi?” Wafi berkerut kening. Dia memandang lelaki di hadapannya itu dengan pandangan tajam.

“Apabila aku sampai sahaja aku lihat dia sedang berjalan keluar dari pintu hadapan dengan tangannya memegang pisau yang berdarah. Aku bersembunyi di dalam kereta sehinggalah dia hilang dari pandangan.” Panjang Faiz memberi penerangan. Wafi dan yang lain saling berpandangan. Sama ada mahu percaya atau  tidak .

“Mana SMS itu?” Rashidah tiba-tiba bertanya.

“Aku dah padamkan.”

“Kau mungkin mereka cerita palsu.” Nur Adawiyah pula mencelah.

“Tidak . Selepas mendapat tahu Syahadan dibunuh dan aku yang berada di tempat kejadian, sudah tentu polis akan mencari aku.” Wajah Faiz risau. “Jadi untuk selamat aku telah padamkannya,”

“Bagaimana kami boleh mempercayai kau?” Rashidah memandang Faiz. Lelaki itu menjungkit bahu.

“Kamu semua tiada pilihan.”

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 10:04 AM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

Mentari semakin meninggi. Wafi dan Rashidah, bersama Nur Adawiyah dan Nur Ain menuju ke Kampung Kurnia. Menjenguk dan mencari maklumat tambahan. Kampung itu jugalah asal seorang rakan mereka yang menjadi mangsa, Syahadan. Mangsa belum mendirikan rumah tangga. Hanya ibunya yang berada di rumah.

Mereka tiba di perkampungan Kampung Kurnia yang terletak tiga batu dari Bandar Kuantan. Dengan dikelilingi pokok-pokok suasananya menjadi seperti berada di kampung yang jauh dari Bandar. Rumah batu dan kayu terpisah agak jauh antara satu sama lain. Mereka kemudiannya melalui sebuah sekolah yang terkenal di situ iaitu Sekolah Islam Al-Irsyad. Sekolah menengah dan rendah ditempatkan dalam satu kawasan yang sama.

Wafi memberhentikan kereta apabila mereka tiba di rumah kembar dua yang kecil. Itu adalah kediaman ibu Syahadan. Mereka perlu berjumpa untuk meleraikan masalah yang melanda.

“Saya harap kedatangan kami ini tidak mengganggu dan menambahkan kesedihan makcik.” Nur Adawiyah memulakan perbualan dengan santun.

“Tidak , saya tahu kamu semua dalam kesusahan. Yang dah pergi biarkan pergi. Yang ada di sini perlu teruskan hidup.”

“Saya terharu dan kagum dengan ketabahan makcik.” Ujar Nur Adawiyah. Dia cuba memujuk hati wanita tua itu. Beri sedikit kata peransang agar dia tidak lekas putus asa.

Mereka saling mengenal dan berbincang dalam satu ruangan yang sunyi. Lampu menyala separa. Mungkin atas faktor usia lampu itu yang nampaknya ketinggalan zaman. Hanya bunyi kipas yang menghiasi bilik gelap itu. Sayup-sayup kedengaran bunyi televisyen sedang terpasang dalam mod suara perlahan supaya tidak mengganggu perbualan. Hanya cerita tanpa suara yang mengisi ruang jeda.

“Awak Adawiyah? Isteri Zul?”

“Ya. saya harap makcik tidak marah kepada saya.”

“Tentu  tidak . Lagipun saya dah jangka hari ini akan tiba.”

“Apa maksud makcik?

Sejak dibuang dari syarikat, dia jadi tidak tentu arah. Dia keluar dari rumah dan balik tidak ikut masa. Hidupnya jadi tidak menentu. Dia hilang segalanya. Emosinya melebihi segala-galanya.”
“Suatu malam dia balik lambat.  Makcik terkejut kerana keretanya remuk di bahagian depan.”

“Jangan-jangan.....” Nur Adawiyah tidak sempat menghabiskan kata. Mereka memalingkan wajah. Memandang pada wanita separuh abad itu untuk menghabiskan penerangannya. Masing-masing memandang dengan wajah yang penuh mengharap. Mengharap agar kali ini biarlah segala kekeliruan dan kekusutan yang dialami sejak sekian lama terlerai.

“Ya, dia langgar Zulkarnain. Mulanya dia merahsiakan. Namun, apabila makcik dapat tahu mengenai Zul kemalangan, makcik mendesaknya dan dia mengaku itu adalah angkaranya.” Suasana menjadi sepi sebentar. Nur Adawiyah menarik nafas panjang. Sedikit terkejut dengan berita itu.

“Tapi kenapa dia pergi ke rumah Zul malam itu?” Wafi bertanya setelah mendiamkan diri sepanjang tiba di rumah itu. Dia tahu urusan wanita elok diserahkan sesama wanita. Itu yang dilakukannya semasa bertemu Hafiz dan Faiz di mana dia yang menjadi jurucakap supaya lebih sesuai dan selesa.

“Dia ingin meminta maaf selepas menyesali perbuatannya. Segala panggilan dan SMS kepada Zul tidak berbalas kecuali pada malam itu. Makcik tidak pasti dia menerima SMS dari siapa tetapi dia segera keluar.” Ujar wanita itu lagi. Mereka saling berpandangan. Masing-masing menantikan jawapan tambahan dari tuan rumah itu.

“Selepas dia keluar, hati makcik diselubungi risau yang amat kuat. tidak sangka ianya benar.”

“Puan  kami akan tangkap orang yang bunuh anak puan.“

“Tapi itu takkan dapat menghidupkannya semula kan?”

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 10:05 AM | Show all posts
Bersambung dalam 2 bab lagi : Musuh Terhandal & Musim Binga di Timur (Bab Akhir)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 10:21 AM | Show all posts
muhamad_fairuz replied at 30-11-2015 10:05 AM
Bersambung dalam 2 bab lagi : Musuh Terhandal & Musim Binga di Timur (Bab Akhir)

Jgn x hapdet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2015 10:36 AM | Show all posts
insyaAllah, dah nak siap akhirnya (wlpun dkat 2 taun )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 04:17 PM | Show all posts
Musuh Terhandal


Nur Adawiyah dan rakan-rakan meneruskan perjalanan. Kini mereka tiba di lampu isyarat betul-betul di hadapan Masjid Al-Hidayah, bertentangan dengan Taman Guru, Kuantan. Bangunannya masih tampak baru walaupun telah 21 tahun terbina. Lampu isyarat yang tadi merah telah bertukar ke warna hijau menandakan kenderaan perlu bergerak.

Abdul Wafi menukar posisi gear ke posisi D dan menekan minyak dengan perlahan. Kereta yang dipandunya bergerak melintasi kawasan Taman Perumahan Taman Guru di sebelah kanan jalan dan menghidupkan lampu isyarat untuk membelok ke kiri. Ada simpang tiga dihadapan dengan pintu gerbang dihadapannya.

Jalan ini membawa terus siapa sahaja yang melaluinya ke Stadium Darul Makmur Daerah Kuantan yang menjadi kompleks sukan di situ.

Mereka tidak menuju ke stadium tersebut, tetapi mengambil simpang ke kanan jalan stadium dan masuk ke taman perumahan. Kemudian dia memberi isyarat untuk ke kiri dan bergerak terus melintasi rumah yang ada disitu.

Tiba di hujung jalan, dia mengambil simpang pertama untuk membelok ke kanan dan melintasi di hadapan rumah berwarna pic. Lembut warnanya dan tenang dipandang. Satu persatu rumah dipandang dan mereka masih belum tiba ke destinasi sehinggalah kereta yang mereka pandu berhenti di hadapan barisan rumah kedai.

“Sekurang-kurangnya kita tahu Faiz tidak menipu.” Suara Nur Adawiyah menerjah apabila mereka mula keluar dari kereta.

“Ya, kerana Syahadan juga mendapat SMS misteri.” Nur Ain membalas.

“Jadi sekarang tumpuan kita hanya kepada Hafiz?” ujar Nur Adawiyah lagi.

“Ya. tapi kita tidak dapat bercakap dengannya.”

“Sudah tentu dia marah. Sekiranya kita ada temuduga penting, kita juga akan memarahi orang yang mengganggu kita.” Nur Ain tampak positif. Nur Adawiyah di sebelahnya pula tidak menyokong atau membangkang.

“Mungkin dia sedang sembunyikan sesuatu. Itulah sebabnya kita tidak dibenarkan masuk.”

“Tak mengapa. Abaikan dulu. Sekarang kita tumpukan kepada tempat yang terakhir.” Rashidah mencadang.

Langkahnya diatur menuju ke arah suaminya yang sudah terpacak di pintu kafe itu. Nur Adawiyah dan Nur Ain masih mengekori di belakang. Mata mereka asyik memandang sekeliling.

“Ya. Saya harap kita jumpa sesuatu di sini.” Kata Nur Adawiyah dengan mata bulat.

“Dah jumpa pun.” Rashidah memberi isyarat mata. Renungannya dari luar kafe itu menunjukkan ke arah seorang wanita yang duduk bersendirian. Dia amat mengenali wanita itu. Mereka pernah berada dalam satu pejabat yang sama satu ketika dulu.

“Apa yang dia buat di sini.” Wafi pula bertanya apabila isterinya menghampirinya.

“Sudah pasti menjamu selera. Kafe ini tempat biasa bagi kita.” Rashidah menjawab positif.

“Mungkin dia boleh membantu.”

“Mungkin juga dia musuh.”

“Kenapa?”

“Tidak  mustahil. Dia juga ada perasaan kepada Zulkarnain.” Rashidah menjungkit bahu seraya berpaling ke arah Nur Adawiyah.

“Hati-hati, Adawiyah. Ingat, tujuan kita adalah untuk mencari maklumat. Awak akan hilang segala-galanya jika terlalu mengikut perasaan.”

“Saya faham.” Nur Adawiyah menganggukkan kepala.  

Mereka melangkah kaki menuju ke kelibat itu. Ternyata itu adalah Suziana yang menikmati minum petangnya tanpa sebarang tekanan dan gangguan. Wafi pula bertanya pada pekerja di kafe itu. Mereka sudah saling mengenal walaupun tidak rapat. Hanya hubungan antara pekerja kafe dan pelanggan.

“Tengok siapa yang datang. Isteri seorang pembunuh.” Suziana memulakan kata dengan sinis. Mereka sudah berkenalan semasa majlis perkahwinannya setahun yang lepas.

“Belum lagi. Dalam islam, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah.” Ujar Nur Adawiyah dengan hujah.

“Kami ke sini untuk buktikan dia tidak bersalah.” Rashidah menambah.

“Oh, begitu.” Mendengarkan ayat tetamunya yang tidak diundang itu terus saja membuatkan Suziana rasa tercabar. Tiba-tiba sahaja perasaan yang bercampur-baur meluap-luap. Dia cuba bertenang agar mereka tidak mampu membaca apa yang terbuku di mindanya.

“Jadi Cik Suziana ada apa-apa maklumat yang boleh membantu?” Nur Ain bertanya santun. Mungkin kerana mereka bukanlah kawan atau pun lawan.

“Apa yang saya boleh bantu? Saya juga tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.” Suziana mengangkat muka. Cuba untuk memberi keyakinan pada diri dan wajahnya.

“Tidak , Cik Suziana ada bersamanya pada malam itu.” Nur Adawiyah memberi komen secara langsung.

“Yakah? Bagaimana awak tahu?”

“Resit menunjukkan dia tidak keseorangan. Bil minuman untuk dua orang sudah tentulah awak dan dia.” Nur Adawiyah berhujah lagi. Suziana memandang sekeliling. Ada beberapa pekerja yang sangat mengecam dia kerana kekerapan datang ke sini. Terdapat juga beberapa kamera CCTV yang boleh menyebabkan masalah kepadanya sekiranya dia menipu.

“Memang kami ada di sini tetapi tidak ada apa yang berlaku. Hanya perbualan biasa.” Suziana terpaksa mengaku.

“Perbualan dua orang kawan. Dia kata sedang runsing jadi saya ajak dia minum di sini. Kemudian kami masing-masing pulang.” Suziana menambah lagi apabila memerhatikan riak wajah wanita-wanita di hadapannya itu seakan-akan tidak percaya dengannya.

“Selain itu tidak ada apa-apa yang ganjil?” Rashidah menyambung soalan.

“Sekiranya ada apa-apa yang awak cuba sembunyikan elok diberitahu sekarang. Sebarang pembohongan akan menyebabkan ke tidak adilan berlaku.” Ujar Nur Adawiyah lagi.

“Sayang betul awak dengan Zul. Saya rasa cemburu. Malangnya sayang sahaja tidak mencukupi. Kita ada keadilan dan undang-undang. Seseorang itu harus dihukum atas perbuatannya.” Suziana cuba memberi nasihat.

Sudah hampir dua puluh minit mereka berada di rumah kedai itu. Sudah dua puluh minit juga kerja para pekerja di sana tergendala dengan soalan masing-masing. Namun, bos kafe itu langsung tidak menghiraukan kerja anak buahnya yang tergendala kerana dia sangat mengutamakan setiap pelanggannya yang datang. Apatah lagi pelanggan kali ini adalah pelanggan tetapnya iaitu Wafi dan Rashidah yang sering menjamu selera dan bersarapan pagi di kafe itu.

“Sudahlah, elok kamu semua bergerak secara berkumpulan. Masuk kali ini dah tiga kali orang datang dan tanya perkara yang sama.” Pekerja naik berang apabila kerjanya terganggu beberapa hari ini.

“Tiga kali? Siapa?” Wafi bertanya kehairanan.

“Kali pertama adalah polis. Itu saya tidak kisah kerana memang menjadi tugas mereka. Lepas itu ada dua orang pemuda datang bertanya hal yang sama sebelum kamu semua masuk ke sini. Yang ketiga adalah kamu.” Terang pekerja kafe itu.

“Pemuda?” soal Wafi sekali lagi. Rashidah dan yang lain mendekati Wafi.

“Mungkin mereka masih di luar.” Pekerja itu menunjukkan tangannya ke arah pintu kafe. Kesemua yang berada di situ berpaling.

“Along..” Nur Adawiyah separa menjerit.

“Adawiyah.” Khairul Afhan berjaya menemui adiknya. Di sebelahnya Umaiyah yang tersenyum lega.


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 04:21 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

“Along datang mahu membawa Adawiyah pulang?” Nur Adawiyah memulakan bicara apabila mereka berehat sebentar di kafe itu. Suziana sudah berlalu pergi. Wafi, Rashidah dan Nur Ain pula berada di meja lain. Meninggalkan tiga beradik itu untuk berbincang seketika.

“Maafkan kami. Mak dah ceritakan segalanya. Mak juga yang suruh kami ikut Adawiyah ke sini.” Khairul Afhan menerangkan.

“Kami rasa hidup kami tidak sama tanpa Kak Ngah. Sebab itulah kami ke sini. Untuk membantu Kak Ngah.” Umaiyah turut diselubungi rasa bersalah.

“Tak mengapa. Adawiyah memang perlukan orang untuk menjaga Farhana.”

“Sebab itulah kami datang.” Kata Umaiyah sambil menjeling ke arah abangnya.

“Tapi bagaimana kamu berdua boleh sampai ke kedai ini?” soal Nur Adawiyah.

“Kami lihat pada resit di atas meja. Tertera semua kedai yang ditujuinya sebelum kejadian itu. Sebab itulah kami ke sini.“

“Abang cakap itu taktik abang.” Rashidah berkata kepada suaminya. Mereka juga mencuri dengar perbualan tiga beradik itu. Air di atas meja mereka tidak berusik. Asyik mendengar bertia dari tetamu senja itu. Meja mereka juga bersebelahan.

“Ya, taktik abang yang diambil dari televisyen. Mungkin mereka juga menonton cerita yang sama.” Ujar Wafi. Rashidah hanya memandang sayu. Matanya berkelip-kelip. Dia mencari idea lain. Buntu. Kakinya terpaku di situ. Dia tahu sekiranya mereka pulang dengan tangan kosong tentu akan menambahkan lagi kekecewaan Nur Adawiyah.

Pandangan Rashidah kembali terarah kepada rakannya itu. Dia cuba membaca riak wajah Nur Adawiyah. Kelihatan rakannya itu sedang mesra berbual dengan abang dan adiknya yang baru tiba. Wajahnya tenang sekali. Dalam tenang itu tersembunyi perasaan yang sukar digambarkan.

“Bagaimana Along tergerak hati datang sini? Mak yang  pujuk?”

“Orang lain.” Jawab Khairul Afhan, Umaiyah hanya senyum senget.

“Siapa?”

“Orang yg sama pujuk mak.”

“Aisyah?”

“Dia jumpa Along, belum sempat Along berfikir panjang, kamu dah pulang ke Kuantan dengannya. Jadi, Along putuskan untuk ke sini.” Khairul Afhan menerangkan. Umaiyah menghabiskan minumannya. Mereka keletihan kerana baru sahaja merentasi banjaran Titiwangsa dari Kuala Selangor ke Kuantan. Hampir lapan jam mereka menghabiskan masa di dalam kereta. Adik bongsunya, Ammar tidak ikut bersama kerana menjaga ibunya.

“Jadi apa pendapat Along mengenainya?” Nur Adawiyah kembali bertanya.

“Along rasa perempuan itu bersalah. Lihat pada gaya dia bercakap seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Along tidak suka cara dia itu.” Ujar Khairul Afhan sambil menyusun beberapa langkah beredar dari situ. Dia kelihatan tidak berminat dengan wanita itu. Dia membuang pandangan ke arah sambil mencebik bibir.

Dia tidak mengenali Suziana namun tahu Suziana ada kaitan dengan kes ini kerana memerhatikan Nur Adawiyah berbicara bersama wanita itu sebentar tadi.

“Bukan dia yang saya maksudkan.” Nur Adawiyah mengangkat muka.  

“Habis?” Khairul Afhan kehairanan. Keningnya bertaut, matanya mengecil.

“Aisyah.” Nur Adawiyah menyebut nama rakannya.

“Aisyah?” nama itu sekali lagi bergema.

“Ya. Along suka dia?”

“Bukankah dia jiran kita,” Khairul Afhan mencemik muka.

“Jadi Along tidak suka dialah.” Nur Adawiyah mengusik.

“Along tidak cakap tidak suka. Sudah, elok tumpu pada masalah ini.”

“Saya akan beritahu mak Along suka dia. Oh ya, saya mahu minta bantuan Along dan Umai buat sesuatu.” Nur Adawiyah mengubah tajuk. Dari senyuman manisnya itu jelas menunjukkan dia ada perancangan untuk dilaksanakan. Abang dan adiknya itu mendengar dengan teliti.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 04:22 PM | Show all posts
Musim bercinta

“Abang sangka abang yang paling workaholic. Rupanya isteri abang ini lagi hebat. Bekerja dari pagi sampai malam.” Zulkarnain memuji Nur Adawiyah apabila mereka kembali bertemu di penjara. Hanya mereka berdua yang berada di bilik separa gelap itu ditemani seorang anggota polis.

Workaholic merujuk kepada istilah bagi mereka yang gila kerja dari pagi sampai petang atau malam. Begitu juga dengan kehidupan Zulkarnain dahulu. Perangai gila kerja ini menjadi pemisah antara mereka berdua. Namun, dalam diam-diam sebenarnya mereka mempunyai perangai yang sama iaitu Workaholic.

“Saya bekerja untuk abang. tidak rasa penat dan jemu.” Ujar Nur Adawiyah. Pertemuan mereka menjadi panjang dengan Nur Adawiyah bercerita mengenai usaha mereka selama dua hari itu. Hari ini hari ketiga mereka. Esok semakin hampir. Esok juga adalah tarikh akhir untuk menemui bukti.

Zulkarnain khusyuk melihat dan mendengar isterinya bercerita. Jarang sekali mereka dapat bertemu dan berbual seperti ini. Melihat Nur Adawiyah menjadikannya lebih tenang dengan masalah-masalah yang dihadapinya sekarang. Dia sedar akan kelebihan isterinya itu. Nur Adawiyah adalah segalanya. Dialah ubat dan penawar. Kesakitan dan derita pada malam dan siangnya terubat hanya dengan memandang wajah suci itu.

“Tak mengapa. Abang yakin Adawiyah akan berjaya. Jika gagal sekalipun abang tetap gembira dapat bertemu semula dengan Adawiyah.” Ujar Zulkarnain. Mata mereka kembali bertentangan.

“Doakan saja, abang. Dah tidak banyak masa. Nur Ain sedang mengusahakan sesuatu. Meminta penangguhan atau kaedah lain.”

“Selepas selesai semuanya, kita pergi minum. Abang belanja.” Zulkarnain berbicara.

“Saya mahu Kopi Radix satu.” Nur Adawiyah mengusik sambil tersenyum. Zulkarnain membalas senyumannnya.  

“Radix lagi…” Zulkarnain mengeluh manja. Seketika kemudian  tawa mereka berderai.

“Terima kasih Adawiyah, kerana tabah dan berani. Yang paling penting memaafkan suami.” Kata Zulkarnain lagi.

“Semoga segala yang terjadi ini tidak lama.” Nur Adawiyah mengharap.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.313807 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list