CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muhamad_fairuz

Sabarlah Wahai Hati (Tamat~:)

[Copy link]
 Author| Post time 30-11-2015 04:24 PM | Show all posts

“Hafiz?” Umaiyah bertanya apabila tiba di hadapan seorang lelaki yang sedang enak bersantai di beranda rumah sambil menikmati rokoknya. Asap berkepul-kepul dihembus dari mulut dan hidung. Sudah lima batang dihisap. Ketagihnya luar biasa. Khairul Afhan yang berada di sebelah adiknya hanya merenung tajam ke arah muka pintu dan nombor rumah.

Memang rumah itu yang dicari oleh mereka. Rumah Hafiz, salah seorang suspek. Atas perancangan Nur Adawiyah mereka menuju ke rumah itu dengan menyamar sebagai anggota polis untuk memasuki rumah itu tanpa syak.   

“Ya, ada masalah?” Hafiz menjawab kasar.   

“Tak. Awak yang ada masalah.” Umaiyah pula membalas kekasaran itu dengan kekasaran. Lantas mereka terus meluru ke dalam rumah itu.

“Hei, awak tidak boleh masuk sesuka hati!” bentak Hafiz.

“Boleh sebab kami polis.” Khairul Afhan menjawab tenang. Berusaha menjayakan pembohongan mereka malam itu.

“Boleh saya lihat kad kuasa awak?” pinta Hafiz.

“Umai, tunjukkan dia kad kuasa.” Khairul Afhan memberi arahan kepada adiknya. Umaiyah kelihatan mencari sesuatu dalam jaket yang dipakainya. Tangan kiri dan kanan menyeluk poket mencari kad kuasa yang sememangnya tiada. Mungkin sekadar melengah-lengahkan masa sahaja.

Sementara itu, Khairul Afhan terus melangkah masuk ke dalam bilik dan ruang yang ada tanpa memperdulikan tuan rumah. Kepalanya berpaling ke kiri dan kanan. Mencari-cari sesuatu. Hafiz masih terpaku. Terkejut.

“Maaf. Ini jaket baru saya. Ia buat saya rasa panas.” Terang Umaiyah tanpa disoal. Tangannya masih lagi tercari-cari. Kadang-kadang dia melihat jam di tangan kirinya.

“Saya rasa kamu menyamar.” Ujar Hafiz apabila lelaki di hadapannya gagal membuktikan mereka adalah anggota polis.

“Awak tidak boleh pergi ke situ.” Katanya lagi.

“Saya sedang menyisat.”

“Mungkin awak boleh terangkan mengenai batang besi ini.” Khairul Afhan menyoal apabila melihat Hafiz hanya berdiri kaku di tengah rumah.

“Sudah pasti kerana aku adalah kontraktor.”

“Jika diuji dengan bahan kimia, aku yakin dapat mengesan kesan darah di sini.” Khairul Afhan sekali lagi memainkan peranannya.Hafiz nampak terkejut.

“Tapi dia mati kerana pisau. tidak ada sebarang kesan ketukan atau hentakan.”

“Tapi ia berada di tempat kejadian. Kini dia berada di rumah awak. Mungkin awak mahu mengatakan besi boleh berjalan sendiri.” Khairul Afhan pamer muka bengang.

“Yang paling penting kau ada motif kuat untuk aniaya Zul. Kau tipu duit syarikat lebih dari sekali.” Umaiyah juga mengungkit.

“Kau bercadang untuk buat sekali sahaja tapi lama-lama jadi tamak.” Wajah Khairul Afhan tampak serius.  Hafiz hanya menggelengkan kepala.

“Zul dapat tahu, lalu kau bertindak sebelum dia mulakan tindakan.” Khairul Afhan menyambung.

“Baiklah. Aku berterus-terang. Tapi kamu tidak akan percaya dengan apa yang aku cakap.” Terang Hafiz.

“Cuba yakinkan kami.” Cepat-cepat Umaiyah memotong. Masih dalam wataknya.

“Pagi itu aku mendapati ada barang yang dibungkus dengan kain putih di hadapan rumah aku selepas aku mengetahui kematian Syahadan. Aku terpaksa sorokkan dalam rumah takut sekiranya polis berada di luar memerhatikan aku.” Kedua-dua pemuda yang menyamar sebagai polis itu tegamam. Direnung muka Hafiz dengan tajam. Jelingan mata Hafiz sekali lagi mencurigakan..

“Jadi kau simpan dan tidak benarkan sesiapa masuk?”

“Ya, sehinggalah keadaan kembali tenang. Lagipun batang besi itu memang kepunyaan aku. Seingat aku ia berada di pejabat atau tapak projek. Entah bagaimana boleh ada di sini.” Hafiz menyambung keterangannya.

“Saya harap cerita ini benar atau awak akan dihukum kerana memberikan maklumat palsu,”

“Hei, tidak semudah itu mahu hukum saya. Kamu belum tunjuk kad kuasa polis kamu lagi.” Hafiz meminta bukti mereka itu anggota polis untuk kesekian kalinya,

“Tak ada gunanya. Kami sudah mahu pulang.” Khairul Afhan dan Umaiyah berlalu pergi meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga di situ.


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2015 04:39 PM | Show all posts
*****                *****                *****                *****                *****

        Petang semakin tua. Cahaya mentari yang menerangi bumi semakin pudar sinarnya. Kelopak-kelopak awan merah di ufuk barat sudah menjelmakan diri. Warna itu warna merah. Merah yang melambangkan kesedihan. Sedih di saat-saat perpisahan dengan siang yang membawa keberkatan sehingga terlupa malam itu istirahat dan kenikmatan.

Sebentar lagi sang bulan akan menghiasi pemandangan di cakerawala ini. Tiada istilah gelap dan suram apabila ianya muncul. Kegelapan yang ditinggalkan oleh mentari dilupakan dengan kilauan bebola pemantul cahaya itu. Itulah kebesaran Ilahi. Menjadikan alam dengan hasil karya yang Maha Agung. Satu karya jurutera yang tidak boleh ditandingi oleh manusia.

“Indahnya alam, ia membuatkan kita sedar betapa kerdilnya kita.” Nur Adawiyah memulakan bicara apabila Aisyah menghampirinya..

“Benar kata orang, kita perlukan kegelapan malam ini untuk melihat bintang-bintang.” Gadis di sebelahnya turut membalas.

“Aisyah…” Nama itu bergema di bibir Nur Adawiyah.

“Ya.” Aisyah menyahut.

“Kita akan berjaya kan?” Nur Adawiyah bertanya seperti kanak-kanak yang lurus.

“Bagus untuk kita mengharap. Kenapa bertanya seperti itu? Awak nampak sedih je.” Aisyah mengangkat kening.

“Entahlah. Kadang-kadang saya rasa saya sama seperti wanita lain yang abaikan suami. Abaikan keluarga. Saya tidak mampu menjaga keluarga ini dengan sempurna.” Ujar Nur Adawiyah sambil melepaskan keluhan.

Dia melepaskan pandangan pada Wafi dan Rashidah yang berada di dalam rumah. Hanya dia dan Aisyah yang berada di luar sementara menunggu kepulangan Khairul Afhan dan Umaiyah. Berada di dalam masalah yang bertimpa-timpa dan buntu dalam mencari jalan keluar membuatkan dia berasa kecewa. Semangatnya luntur.

“Biar saya terangkan kenapa awak tinggalkan dia. Sebab awak fikirkan Farhana dan yakin Zulkarnain akan mengambil awak semula. Dan itu yang terjadi.” Aisyah membalas mesra. Dia sedar rakannya itu perlukan nasihat dan galakan daripadanya.

“Ya.” Nur Adawiyah terangguk-angguk.

“Kenapa awak kembali ke sini?” Aisyah bertanya soalan retorik kerana jawapan ada padanya sendiri. Cuma dia ingin jawapan itu keluar dari mulut sahabatnya.  

“Saya mahu selamatkan dia.” Ringkas Nur Adawiyah menjawab.

“Itulah bukti awak bukan abaikan keluarga. Ia bukan terletak pada kemampuan kita, tapi pilihan kita. Awak pilih untuk kembali dan itu adalah tindakan yang tepat.”

“Kenapa saya tidak rasa begitu?” Nur Adawiyah pula bertanya. Aisyah mendengar tanpa pengertian. Matanya dikelip-kelipkan. Soalan itu amat samar baginya. Dia tahu rakannya itu memerlukan nasihat sebagai jawapan yang lebih spesifik.  

“Adawiyah, kadang-kadang sebagai manusia kita tidak selalunya betul, tapi bukan kerana kita yang salah. Takdir Ilahi mengatasi segalanya.” Aisyah menyambung nasihatnya.

“Em, harapnya apa yang kita usahakan ini berbaloi.” Ujar Nur Adawiyah.

“Ya, sekarang mari kita bersama dengan yang lain. Ada perkara yang perlu dibincangkan.” Aisyah mematikan perbualan mereka seraya menuju ke hadapan rumah. Rashidah dan Wafi berada di situ menyambut kepulangan Khairul Afhan dan adiknya. Mereka kembali dengan hilai tawa dua beradik itu setelah lama menahan tawa.

“Sekarang dah malam. Jadi apa kata Adawiyah dan yang lain tidur di rumah kami sahaja. Ada banyak perkara yang boleh dibincangkan.” Wafi memberi cadangan.

“Ya, tapi bilik kami tidak banyak. Jadi yang lelaki harus tidur di ruang tamu.” Rashidah pula menambah.

“Tidak  ada masalah. Kami tidak kisah di mana-mana. Jangan di luar sudahlah.” Kata Umaiyah sambil ketawa.

“Tak menyusahkan awak sekeluarga?” Khairul Afhan pula bersantun. Mungkin kerana Aisyah juga berada di situ.

“Tak mengapa. Malam ini abang Wafi yang akan masak.” Jawab Rashidah.

“Hah? Mana abang tau masak.” Wafi kaget.

“Saya akan ajar.”

“Pasti tidak sedap.”

“Tak mengapa.”

“Mereka akan gelakkan abang.”

“Saya takkan gelak.”

“Mereka memang pasangan yang sesuai.” Umaiyah berbisik agak kuat.

“Yalah.” Khairul Afhan hanya tersenyum.

“Masak? Pasangan?” Nur Adawiyah berkata seorang diri.

“Kenapa Adawiyah?” Aisyah bertanya.

“Saya rasa kita harus ke rumah saya sekarang.”

“Mengapa?”

“Saya akan terangkan. Yang penting kita perlu ke sana sekarang.” Ujar Nur Adawiyah lagi.

“Saya tidak tahu apa yang dicarinya tetapi tiada barang yang hilang di rumah itu.” Kata Wafi yang hairan dengan cadangan rakannya itu tetapi menurut sahaja..

“Saya cuma hendak pastikan sesuatu.”


*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2015 04:45 PM | Show all posts
Bersambung lagi... Bab akhir Musim Bunga di Timur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 08:28 AM | Show all posts
Episod Akhir : Musim Bunga di Timur

*****                *****                *****                *****                *****

“Pisau?” Wafi bertanya kehairanan apabila Nur Adawiyah menerangkan segalanya. Kesemua yang berada dalam rumah Nur Adawiyah yang menjadi tempat pembunuhan itu.

“Pisau di dapur tidak diusik. Bilangannya cukup seperti sebelumnya.” Terang Nur Adawiyah.

“Bermakna pisau itu datangnya dari luar.” Wafi mengagak.

“Kau pasti?” Rashidah memastikan dirinya tidak tenggelam dalam kekeliruan.

“Saya pasti. Sebab saya yang memasak untuknya setiap hari dan dia tidak pulang ke rumah seperti selalu.” Nur Adawiyah berkata lagi seakan-akan merungut.

“Tak guna adik ipar abang. Abang akan tampar dia selepas kes ini selesai.” Khairul Afhan bernada bergurau.

“Ya, jadi selesaikan kes ini dahulu. Pada mulanya saya menyangka pisau itu pisau rumah kami. Apabila saya sedar yang pisau dapur cukup bererti ia dari luar dan juga seakan-akan pisau dapur.” Sambung Nur Adawiyah.

“Maksudnya ia bukannya pisau untuk membunuh.”

“Ya, mungkin pisau memasak.”

“Dan apabila abang cakap mengenai pasangan tadi baru saya terfikir satu perkara.” Sambungnya lagi sambil tangannya mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Telefon bimbit. Ditekan-tekan punat telefon itu sehingga ia mengeluarkan gambar barang bukti yang di ambil semasa berada di balai polis dengan kebenaran.

“Apa itu?” soal Wafi tidak sabar-sabar.

“Pisau ini ada sepasang atau paling banyak dia dijual dalam satu set.” Kata Nur Adawiyah sambil menunjukkan gambar pisau itu kepada semua.

“Jadi kita mesti mencari pasangan pisau ini untuk membuktikan siapa pemiliknya.” Umaiyah mula berbicara setelah lama mendiamkan diri.

“Jadi siapa sasaran kita?” Khairul Afhan pula bertanya.

“Setelah menolak semua suspek, hanya tinggal perempuan itu.” Suara Nur Adawiyah sedikit perlahan. Cukup sekadar mereka dapat mendengarnya walaupun tiada sesiapa lagi di dalam rumah itu.

“Suziana?” nama itu bergema.

“Awal-awal lagi Along dah katakan Along tidak suka perempuan ini.” Khairul Afhan mencemik muka.

“Jadi kita perlu ke sana sekarang. Tapi sudah tentu dia tidak benarkan kita masuk ke rumahnya.” Kata Nur Adawiyah sambil menjeling ke arah Umaiyah dan abangnya itu. Mereka mengerti maksud Nur Adawiyah. Dari renungan mata wanita itu, mereka tahu mereka perlu ke rumah itu dan menyamar sebagai polis untuk mencari bukti.

“Sekali lagi?” Umaiyah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Seakan-akan tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Ya.” Khairul Afhan menjawab.

“Saya rimas memakai jaket itu.”

“Pakailah, ia sangat berguna. Boleh sembunyikan kad kuasa.”

“Nasib Abang Zul bergantung pada Along dan Umai. Ini mungkin cara terbaik untuk kamu berdua meminta maaf darinya.” Terang Nur Adawiyah kepada abang dan adiknya.

“Jom, Along.” Umaiyah memandang wajah lelaki yang berada di depannya.

“Ya, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita cari.”

*****                *****                *****                *****                *****

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 08:30 AM | Show all posts
Langit yang cerah tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa hari akan hujan. Bintang berkelipan cantik di angkasa. Suasana angin nyaman memang selamat untuk melakukan perjalanan yang panjang. Seorang gadis sedang berjalan menuju ke platform lima di Terminal Makmur, Kuantan. Dia mahu meninggalkan tempat ini dengan segera.  

Suziana berjalan lagi. Kali ini dia mencari platform satu. Platform yang menempatkan beberapa bas dari pelbagai syarikat. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya, Jerantut. Jam menunjukkan hampir sembilan malam. Tiketnya pula juga menunjukkan angka sembilan. Bila-bila masa sahaja bas akan tiba.

“Mahu larikan diri?” satu suara menyapanya dari belakang. Suziana berpaling. Kelihatan Nur Adawiyah berada di belakangnya. Wafi dan Rashidah juga berada di sisinya.

“Pergi bercuti, tenangkan fikiran. tidak salahkan?” Suziana berdusta. Jantungnya mula berdegup kencang.

“Ya. Tapi, membunuh itu salah.” Kata Nur Adawiyah lagi.

“Apa yang kau cakap ni?” jerkah Suziana dengan mata membuntang.

“Pisau itu, pisau awakkan?”

“Setiap rumah ada pisau, bukan rumah saya saja.”

“Kami dah geledah rumah awak. Pisau yang digunakan itu adalah satu set. Dan di rumah awak terdapat set pisau yang sama dan telah hilang satu daripadanya. Mungkin ia berada di balai polis.”

“Ia sudah lama hilang. Saya sendiri sudah lupa bila ia hilang.” Jawab Suziana sedikit menengking. Rasa rimas pula apabila berkali-kali dituduh begitu. Dia menarik nafas dalam untuk mententeramkan sedikit hatinya.

“Kawan serumah awak tidak fikir begitu. Dia telah jelaskan semuanya, termasuk perjalananan awak pada malam ini.” Sambung Nur Adawiyah lagi. “Awak pandai pilih rakan. Dia baik dan jujur. tidak seperti sesetengah orang, tikam rakan dari belakang.”

Suziana terdiam. Fikirannya ligat memikirkan alasan. Buat masa ini dia sudah buntu. Seakan-akan segala yang diucapkan oleh wanita di hadapannya itu benar belaka.

“Itu pisau memasak. Tarikh ianya hilang dan Syahadan dibunuh adalah sama. Saya tidak fikir ia satu kebetulan.” Nur Adawiyah menguatkan hujahnya. Suziana hanya memandang sekeliling. Bas keluar masuk. Namun, bas yang dinantikannya belum kelihatan. Peluh sudah mula menitik. Bukannya peluh kepenatan tetapi peluh berhadapan dengan wanita itu.

Sesekali matanya liar menangkap bas datang dan pergi. Penumpang-penumpang diturunkan dan diangkut kembali. Pemandu-pemandu teksi berteriak nyaring mencari rezeki. Kota besar itu terus hidup dan bernafas. Penjual-penjual air tebu telah mula membariskan kereta sorong dan menyusun barang-barang niaga mereka. Mentari telah lama menghilangkan bahangnya, memastikan laris jualan hari itu.

“Saya cuma hilangkan pisau, takkan itu pun menjadi masalah. Awak perlukan bukti yang kuat.”  Suziana membela diri.

“Bukti itu ada pada awak.” Ringkas Nur Adawiyah menjawab. Nyata dia sudah bersedia awal-awal lagi.

“Apa?” Suziana kaget.

“Polis sedang memeriksa beg dan bagasi awak.” Jawab Nur Adawiyah, dia perasan mata Suziana merenung tajam ke arahnya tanda marah dan kesal. Kemudian mata itu berpaling melihat ke arah bas di mana di situlah tempat letaknya beg pakaian Suziana.

“Abang saya menjumpai lebihan serbuk putih. Polis sahkan ianya dadah.” Nur Adawiyah menjelaskan. Suziana memandang tepat ke arah wanita di hadapannya itu. Barangkali dia tidak menyangka Nur Adawiyah mampu menyiasat dan membongkarkan segalanya.

“Kami yakin kau bawanya bersama. Bukankah percutian ini untuk awak tenangkan fikiran. Pasti dadah itu membantu untuk lebih bertenang.” Tambah wanita itu lagi.

Suziana hanya menjatuhkan pandangan. Ternyata dia berduka dengan jawapan itu. Nyata apa yang diucapkan oleh Nur Adawiyah benar. tidak ada satu pun yang salah. Segala kegiatannya selama ini terbongkar dalam satu malam.

Beberapa pegawai polis juga telah berada di sekelilingnya. Adalah menjadi suatu perkara mustahil untuk dia melarikan diri. Apatah lagi, apa yang diutarakan oleh wanita dihadapannya itu benar belaka.

“Dadah ini sama jenisnya dengan dadah yang dikesan pada Zulkarnain.” Terang anggota polis itu sesama mereka. Ia jelas didengari oleh Suziana dan Nur Adawiyah.

“Patutlah Zulkarnain pilih awak sebagai isteri. Awak hebat. Saya cintakan dia. Saya sayang dia. Tetapi entah bagaimana dia pilih awak untuk jadi isteri. Saya terluka. Saya cuba bertahan. Saya cuba merampasnya kembali. Saya ingatkan semuanya sempurna dan itu yang terjadi pada mulanya.” Terdengar keluhan berat daripada mulut Suziana. “Tapi, selepas kedatangan awak, segalanya berubah. Awak memaksa saya mengambil keputusan untuk melarikan diri. Itu juga berjaya dihidu.”

“Mengapa dia berjumpa dengan kau malam itu?” Nur Adawiyah bertanya. Nadanya sedikit berubah. Garang.

“Saya tidak suka nada cemburu awak itu.”

“Saya tidak peduli. Jelaskan.”

“Dia cakap dia mahu tenangkan fikiran dan lupakan semua. Jadi, saya beri dia dadah dan dimasukkan ke dalam minumannya, tetap dia minum sedikit sahaja dan tidak memberi kesan dalam jangka masa pendek. Apabila dia mula bercerita mengenai Syahadan saya juga mula memikirkan sesuatu.”

“Hapuskan Syahadan dan Zulkarnain dalam satu masa?” Nur Adawiyah bertanya lagi.

“Mereka berdua selalu merendahkan saya. Kami selalu bertengkar dan mereka kata saya tidak berguna lagi. Nampaknya mereka benar.” Suziana mengakhiri kata-katanya setelah menyedari perbualan mereka didengari oleh anggota polis yang dibawa mereka.

“Awak ditahan kerana membunuh, mengugut, menghantar SMS palsu, juga keterangan palsu, dan terlibat dengan dadah. Yang paling penting, awak ganggu suami saya.” Terang Nur Adawiyah sambil tersenyum puas. Suziana hanya tergamam apabila tangannya digari. Wajahnya menjadi pucat. Ditoreh tidak berdarah.

“Benar cakap awak dulu. Seseorang itu harus dihukum atas perbuatannya.”  Nur Adawiyah mengulangi percakapan mereka semasa bertemu sebelum ini. Bersungguh-sungguh Nur Adawiyah meluahkan perasaan.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 08:31 AM | Show all posts
“Kau bunuh Syahadan tapi mengapa babitkan Zulkarnain?” tanya salah seorang Pegawai Polis yang bertugas dalam soal siasat di Balai Polis Kuantan. Hanya ada Suziana yang berada dalam bilik itu. Nur Adawiyah, suami serta rakan-rakannya berada di bilik sebelah sekadar memerhatikan melalui kaca lutsinar.

“Dia yang bersalah! Dia tuduh saya macam-macam!” jerkah Suziana kemarahan. Pegawai polis di hadapannya itu terdiam mendengarkan bicara yang semakin kasar sambil menunggu wanita itu memberi penjelasan.

“Saya berjumpa dengannya kerana tahu dia ada masalah. Dia pula tuduh saya bocorkan maklumat syarikat kepada Syahadan. Saya setia pada dia, dia tidak hargai. Malah tuduh saya pula.” Luahan hati wanita itu diakhiri dengan tangisan.

“Tahan dia.” Arah pegawai polis itu kepada seorang petugas seraya melangkah keluar dari bilik soal siasat.

“Bukan salah dia. Kita yang salah. Kita tidak pernah percaya antara satu sama lain.” Nur Adawiyah mula bersuara.

“Ya, kita yang bersalah. Mengenai Syahadan juga memang abang tidak membunuhnya, tetapi abang tidak membantunya ketika dia memerlukan. Semoga ini menjadi pengajaran di masa akan datang.” Zulkarnain juga bersetuju.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2015 08:31 AM | Show all posts

“Abang tahu Adawiyah akan berjaya.” Ujar Zulkarnain setelah dibebaskan dari tuduhan. Nur Adawiyah hanya tersenyum. Tiada gurauan mesra kerana rakan-rakan dan abangnya berada bersama. Mereka kemudiannya berjalan menyusuri susur gajah yang menuju ke Masjid Tengku Ahmad, Kuantan. Di situlah letaknya kereta yang mereka naiki.

Pagi itu cuaca cerah seolah-olah mengetahui perasaan mereka yang bergembira atas kemenangan mempertahankan kebenaran khususnya Nur Adawiyah yang berjaya membebaskan suaminya.

“Kalau awak hancurkan hati dia lagi, saya hancurkan kepala awak.” Kata Khairul Afhan dengan nada bergurau kasar. Memang itulah perangainya.   

“Saya terima. Itu adil.” Zulkarnain membalas sambil tangan dihulurkan sebagai tanda ucapan terima kasih serta diiringi dengan senyuman lebar yang menghiasi bibir. Khairul Afhan hanya mengangguk.

“Kau masih pakai jaket ini?” dia kemudiannya bertanya kepada adiknya, Umaiyah.

“Saya dah mula sukakannya. Walaupun jaket ini panas tetapi ramai yang percaya saya adalah polis.”

“Itu kerana awak memang kaki menipu.” Khairul Afhan ketawa. Geli hati dengan kata-katanya sendiri. Umaiyah juga turut ketawa. Terangguk-angguk bagaikan bersetuju dengan setiap baris bicara abangnya itu.

“Tapi saya tidak faham sesuatu. Mengapa dia melibatkan Hafiz dan Faiz?” tanya Umaiyah selepas tawanya reda.

“Mungkin dia belajar sesuatu dari televisyen. Seakan-akan kisah Sang Naga yang menyembunyikan rantai saktinya di empat penjuru dunia.”

“Bukankah itu cerita Mutiara Naga?” Wafi mula menyampuk.

“Lebih kurang begitu. Tujuannya hanya mengelirukan pihak lawan atau melengahkan masa.” Jawab Khairul Afhan.

“Sudahlah, mari kita pulang sekarang.” Nur Adawiyah mengajak setelah mendiamkan diri dari tadi.

“Kalau begitu, Along juga hendak pulang ke kampung.” Khairul Afhan menyapa dekat dari belakang mereka. Sekadar cukup untuk didengari oleh semua.

“Sekarang?” Nur Adawiyah agak terkejut.

“Ya, mak perlu tahu hal ini segera. “ Jawab abangnya itu.

“Baiklah. Ada masa nanti kami akan menyusul ke sana.” Zulkarnain pula berbicara. Antara mereka tidak lagi ada permusuhan.

“Awak perlu jaga diri awak sebab Adawiyah dan Farhana perlukan awak.” Khairul Afhan memberi nasihat kepada adik iparnya itu.

“Saya tahu. Saya juga perlukan mereka.” Jawapan Zulkarnain itu membuatkan Nur Adawiyah tersenyum. Setelah apa yang mereka lalui akhirnya dia berjaya menemukan cintanya yang sebenar di hati sang suami. Dia tahu ada kebahagiaan yang menanti.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 08:33 AM | Show all posts
“Awal abang pulang hari ini? tidak banyak kerja di pejabat?” ujar Nur Adawiyah apabila melihat suaminya itu tiba di rumahnya lebih awal dari kebiasaan. Jam di dinding menunjukkan ke angka tujuh. Lima belas minit lagi azan Maghrib akan berkumandang.
       
“Sengaja abang pulang awal, Maghrib nanti boleh berjemaah di Surau.” Balas Zulkarnain sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya.

“Alhamdulillah, ingat juga pada janji abang yang lepas.” Ujar Nur Adawiyah seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Dia kemudiannya mengekori Zulkarnain menuju ke tingkat atas.

“Ya, jika sempurna solat, urusan yang lain juga akan dipermudahkan.” Zulkarnain menoleh ke arah isterinya. Kemudian, dia mengukirkan senyuman. Senyuman yang sudah lama tidak terukir di wajahnya.

“Bagaimana dengan syarikat baharu ini? Banyak masalah?”

“Sudah tentu. Abang perlu bermula dari bawah semula. Membina nama baru di sini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.”

“Jangan risau, abang. Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu, dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.”

“Adawiyah... .”

“Ya.”

“Terima kasih kerana memberi abang harapan semula.”

“Harapan abang adalah harapan saya juga. juga harapan anak kita walaupun dia masih belum mengerti apa-apa.”

“Malam ini Adawiyah tidak berceramah? Sudah lama abang tidak mendengarnya.”

“Saya sangka abang tidak menyukainya.”

“Abang mula merinduinya.”

“ tidak  ada apa yang perlu diceramahkan ketika suami baru pulang dari kerja. Saya sering berdoa supaya menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suami, dan abang tinggalkan saya sehingga anak kita lahir agar saya menjadi setabah Siti Hajar serta memahami erti penderitaannya dan ketaatan kepada suami.”

“Abang juga tidak akan mengulangi kesilapan dulu. Kejadian ini banyak hikmah kepada kita.” Kata-kata Zulkarnain mula kembali yakin dan tenang. Nur Adawiyah hanya tersenyum. Senang hati apabila suaminya telah kembali ke landasan yang benar.

“Cepatlah bersiap. Azan akan berkumandang bila-bila masa.” Nur Adawiyah kembali mengingatkan suaminya seraya satu senyuman yang terukir di wajah mereka berdua.

*****                *****                *****                *****                *****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2015 08:36 AM | Show all posts
Alhamdulillah Akhirnya ~Tammat~.....

Sebarang komen, cadangan, kritikan, hentaman, idea penerbitan (kalau layak) boleh diajukan terus atau PM.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:52 AM | Show all posts
muhamad_fairuz replied at 1-12-2015 08:36 AM
Alhamdulillah Akhirnya ~Tammat~.....

Sebarang komen, cadangan, kritikan, ...

klo doh tamat npe  x bubuh perkataan tamat..daaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 09:54 AM | Show all posts
tamat sudah...wlaupun trpksa selak bab belakang..udah lupa jln citer...


cadangannya....buat citer baru lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 10:12 AM | Show all posts
awanjingga replied at 1-12-2015 09:54 AM
tamat sudah...wlaupun trpksa selak bab belakang..udah lupa jln citer...

why not awan buat citer?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 10:31 AM | Show all posts
Esmiria replied at 1-12-2015 10:12 AM
why not awan buat citer?

pernah juga garap..tapi suku paruh dh malas....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 10:34 AM | Show all posts
kalau buat cite lain, alamatnya 2 taun lg la br siap. tgk kt tarikh mula2 post tu 2013, siap 2015. kalau buat yg lain, 2017 la br siap
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 10:44 AM | Show all posts
tahniah...akhirnya..
bahasa yang sedap dibaca..BMT..
cerita yg bukan santai...tapi ada pengajarannya..

ok, next cerita please...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 11:19 AM | Show all posts
muhamad_fairuz replied at 1-12-2015 10:34 AM
kalau buat cite lain, alamatnya 2 taun lg la br siap. tgk kt tarikh mula2 post tu 2013, siap 2015. k ...

haha...tau tu sbb kena baca blik bab awal..

buat cerpen ..setahun je siap gamaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 11:56 AM | Show all posts
muhamad_fairuz replied at 1-12-2015 10:34 AM
kalau buat cite lain, alamatnya 2 taun lg la br siap. tgk kt tarikh mula2 post tu 2013, siap 2015. k ...

Hehw.itupun klo x kiamat sis/bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 02:54 PM | Show all posts
bro..hehe
org laki tulis novel gtu la jadinya. buat suku jalan, tinggal, buat balik, tinggal balik, jalan jem, lepak2, sambung balik, siap...klu penulis pro tu lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:33 AM | Show all posts
muhamad_fairuz replied at 1-12-2015 10:34 AM
kalau buat cite lain, alamatnya 2 taun lg la br siap. tgk kt tarikh mula2 post tu 2013, siap 2015. k ...

Tahniah! Makan tahun pun tamat juga akhirnya. Ini yg kita mahu. Idak ler lari selepas mdapat tacang

mod! Sila beri tacang!

- bp super kpd supermod
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:36 AM | Show all posts
awanjingga replied at 1-12-2015 11:19 AM
haha...tau tu sbb kena baca blik bab awal..

buat cerpen ..setahun je siap gamaknya... ...

Pernah terbaca puisi awan. Berseni juga awan ni..
pd mulanya lady saja ronda2 kat situ. Senyap sunyi sungguh di situ. Tiba2 ternampak nama yg mcm familiar jekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.558948 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list