CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11403|Reply: 4

Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

[Copy link]
Post time 7-3-2013 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung,strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesteroldisyorkan seperti di bawah:

Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol
Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

2. Mengubah Pemakanan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

3. Senaman Dan Latihan Fizikal
Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Dimana Asalnya Kolesterol
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

1. VLDL
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

3. Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

4. HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

1. Ujian Kolesterol
Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



2. Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



3. Maksud Bilangan Kolesterol
Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 10:43 AM | Show all posts
Singgah baca info.. Kolestrol oh kolestrol..
mmg gerun dengar perkataan kolestrol. dlm gerun2 pon kita gagal kawal pemakanan kita bila bhadapan menu orang Malaysia yg enak dan lazat dan bratus menu fast food mahupun makanan antarabangsa spt nasi arab dan sebagainya. Malah asalkan ader cuti je mesti nk layan menu yg lazat2 dan famous..mcm burger bakar or larva...

Peringatan tuk diri saya dan semua betapa org zaman sekarang paling susah nk makan makanan berkhasiat terutama nutrisi secara berterusan. Sebabnya mmg da gaya hidup kita lebih pnting kn gajet mahal2, kecantikan dan style. Tapi bila sebut pengambilan nutrisi maka itulah yg paling akhir nk difikirkan. Malah saya sendiri bdepan dgn masalah sama. Tapi bila umur semakin mningkat dan tentunya kualiti badan menyusut...maka wujudlah simptom atau gejala yg kita boleh nampak pada peringkat awal iaitu mudah mengah, pernafasan tidak selesa, tekanan darah turun naik...dan tak turun lepas tu, badan semakin lesu dan tak bermaya.

Amalkan la nutris @ supplement yg penting jika kita tidak mampu mngambil pelbagai vitamin tuk pelbagai tujuan. Apa kata tuk mengawal tekanan darah dan kadar kolestrol.. macam2 produk ader di pasaran. Ambil lah Garlic Complex untuk mengawal tekanan darah dan kadar kolestrol dalam darah. Untuk kesihatan jantung boleh ambil Omega Guard bagi memastikan perjalanan jantung lebih baik.

tuk info boleh klik :
http://dzrevell.blogspot.com/search/label/GARLIC%20TECH

http://dzladyzwardrobe.blogspot.com/search/label/OMEGA%20GUARD

http://dzladyzwardrobe.blogspot.com/search/label/GARLIC%20COMPLEX

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 03:38 AM | Show all posts
Omega Guard Shaklee terbukti mampu buangg kurangkan kolestrol.
http://numivitashope.com/wp/?p=277
FB : https://www.facebook.com/faizah.zulkifli
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:21 PM | Show all posts
tq for your info..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2014 11:31 AM | Show all posts

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

1. Buah kering

- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

2. Epal

- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

3. Ikan Tuna

- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

4. Kacang tanah

- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

5. Buah Mangga

- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

6. Kismis

- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

7. Jambu batu

- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

Baca juga :
Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat

***************************************
TAHUKAH ANDA?

Peningkatan kadar KOLESTEROL dalam darah anda
boleh meningkatkan tekanan darah dan anda
mempunyai RISIKO yang tinggi diserang STROKE
dan serangan jantung secara mengejut.


***************************************

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058470 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list