Jamalul Kiram Agbimudin Kiram Datu AmirBahar Datu Piah@ Alianapiah Status: Diburu Status: Diburu Status: Ditahan Status: Diburu
Hj.Kaluang Aidani Haji Kiram Status: Diburu Status: Diburu Status: Diburu
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan Amirbahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.
Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah Datu pada hari tersebut, tetapi mereka telah melarikan diri dari perkampungan atas air itu.
Sumber berkata polis terus memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.
Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.
Esmail, (ayah kepada Amirbahar, gambar paling kanan) yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik beradiknyaa, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.
Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.
Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.
Haji Kaluang, ahli "Majic 8" komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.
Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna."-25/3/2013- OLEH HELME HANAFI
p/s Disebabkan tiada yg berminat membuka thread ke 15, aku buka dengan seruan tiada kelacahan atau rembesan terlampau dan stetmen politik tidak berkaitan dipaparkan di sini. Terima kasih atas kerjasama...
Last edited by tongkatwaran75 on 8-5-2013 06:31 AM
Dzulasree Bin Hajat @Asree Sulu @Asree Moro @Asree Sug @Portfolio Sementara Menteri Belia dan Sukan SSDI bila nak kena tangkap. Tinggal kerja di Malaysia, mendapat pendidikan di Malaysia, pemegang mykad, guna nikmat status Bumiputera tapi berpatriotikkan sulu....
A VAT69 commando who served in Lahad Datu momentarily puts down his BushmasterC15 sub-machinegun as he sheds tears for his fallen comrades who recently died in combat there, during the 206th Police Day Celebrations at the Police Training Centre in Kuala Lumpur yesterday.
Last edited by tweetytweety on 26-3-2013 01:39 PM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Polis jejak individu kirim wang bantu pengganas
LAHAD DATU: Polis mengesan berlaku pengiriman wang kePulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabahbertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.
"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.
p/s patut la penceroboh beli rokok sekotak guna beri RM50...keep the change...
Kutip dari FB 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad'
Perang antara kerajaan Filipina dan pemberontak Sulu dan Bangsamoro di Selatan Filipina adalah antara perang paling panjang dalam sejarah dunia. Sampai hari ini, kerajaan dan tentera Filipina pening kepala mahu menghapuskan mereka ini.
Terus, mereka besar kepala dan menganggap bahawa tentera dan kerajaan Malaysia ini sama seperti kerajaan korup mereka. Dibawanya berduyun-duyun askar untuk menguji taktik perang gerila dengan kita.
Mereka lupa kerajaan Malaysia ini umpama sang kancil. Kecil tetapi geliga. Kecil tetapi genius. Sedangkan UK yang gergasi itu pernah tunduk dek permainan pemimpin hebat kita (Tun M). Mereka juga lupa kita satu-satunya negara yang pernah menang perang gerilla dengan komunis di dalam hutan. Mereka juga lupa komando kita kedua terbaik dunia selepas Spetsnaz daripada Russia. Mereka juga lupa bahawa kita pernah menganjing tentera Filipina ketika isu Spratly dulu.
Pada asalnya, mereka kelihatan terlalu kebal untuk dihapuskan. Konon mereka jaguh kerana membuatkan Filipina gigit jari. Habis nyawa prajuit kita hilang kerana taktik kotor mereka. Tetapi mereka lupa, mereka telah membangkitkan harimau yang sedang lena. Bila buntang mata, maka tunggu sahaja untuk diterkam.
Kita melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh pasukan pertahanan negara lain. Kita buat Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
Untuk pengetahuan semua, bukan calang-calang negara mampu lakukan. Dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara jiran. Maka, berkuburklah banyak jasad si pengganas Kiram yang salah abang besar untuk cari gaduh.
Hari ini, mereka hidup segan mati tak mahu di dalam hutan sabah, menunggu masa untuk diratah peluru hidup prajuit kita. Ingat! Malaysia bukan mainan seperti askar di negara kalian. Kami didirkan oleh darah si pendekar yang bijak bermain helah, bijak bermain kata, bijak bertingkah akal. Hang Tuah, Hang Nadim, sebahagian daripada darah kami.
syukur pagda tuhan duk di bumi bertuah Malaysia... bumi yg hebat.. kes kat LD ni moga2 jadi 'amaran' pd mana2 kaum/negara yg terhegeh2 claim tanah Malaysia ni.
Lebih Ramai Akan Didakwa Berhubung Pencerobohan Pengganas Sulu Di Lahad Datu - Peguam Negara
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasan keselamatan.
"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.
Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu, Datu Amir Bahar HushinKiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram kepada kerajaan Filipina.
"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... Sudah tentu kami akan memburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketika disoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiram yang memegang kewarganegaraan Malaysia.
Abdul Gani juga berkata, lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.
Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata, jika perkara itu benar, "sudah tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang."
"Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingat namanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia, namun dia menyahut ketika mahkamah memanggil nama itu," katanya.
Abdul Gani berkata, beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan.
Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah dan Majlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh.
"Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata, dia diupah untuk melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu," katanya.
Peguam Negara berkata, pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakan tugasan mereka.
Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata, beliau percaya hak tertuduh sebagai seorang individu harus dipelihara.
Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh, Abdul Gani berkata, mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan, selain mendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu.
Beliau berkata, bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yang mengendali kes jenayah adalah terhad.
"Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini," katanya. -BERNAMA
ada lagi tu talibarut di kalangan suluk pilak ni. rasanya tu semua family penyangak2 ni.. siap kirim duit bagai...lps ni bukan bank, pejabat pos je kena pantau...sykt2 telekomunikasi pun kena pantau gak signal2 sabah ke sulu dn pulau sekitarnya... bentras dn pemutihan sebesarnya...jgn tinggal
sorang pun puak2 dorang ni dlm sabah... yg lama2 dn ber ic tu pun kena pantau...api dlm sekam...