CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7468|Reply: 9

Launching Album ke 3..

[Copy link]
Post time 28-3-2013 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2013 12:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2013 12:17 PM | Show all posts
@hotfm976
Siapa minat gileerrr kat FaizalTahir ?Jumaat ni (29/03/13) dia ada interview dgn #amkrew.sempena dgn plancaran album terbaru FT

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2013 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 02:14 PM | Show all posts
Risiko, cabaran Faizal Tahir
Oleh TAUFIK SALIMIN



FAIZAL kini muncul dengan album solo ketiganya dan dia mengakui belum bersedia untuk berduet dengan sebarang penyanyi lain.

DIA mengambil masa selama tiga tahun sebelum mampu melihat hasilnya sekarang ini. Selama tempoh tersebut, Faizal Tahir telah bertungkus-lumus mencari material lebih segar untuk album baharunya.

Akhirnya, usahanya berbaloi apabila pelantun lagu Mahakarya Cinta itu kini muncul dengan album studio ketiganya yang berjudul, Faizal Tahir.

Ujar Faizal, berbanding album pertamanya, Aku.Muzik.Kamu (2007) dan Adrenalin (2010) yang menampilkan genre pop rock, album kali ini agak unik dan melangkaui kebiasaan.

Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anti Graviti, Mati, Biar, Halusinasi dan Tujuh, Faizal yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Johor Bahru baru-baru ini berkata, kali ini, dia mempertaruh dan memperkenalkan genre electronic rock yang jarang-jarang diketengahkan artis tempatan.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Faizal yang mulai mencipta nama sejak menjadi naib juara program realiti TV, One In A Million pada tahun 2006.

Kosmo!: Bolehkah Faizal jelaskan tentang album ketiga anda yang menampilkan genre electronic rock ini?

FAIZAL: Konsep electronic rock merujuk kepada penyusunan muzik yang lebih kepada rock tetapi santai dan tidak terlalu heavy dan metal, tidak terlalu ballad dan juga tidak terlalu R&B. Muzik yang dihasilkan juga banyak menggunakan bantuan mesin.

Dua buah album Faizal yang meraih sambutan hebat daripada peminat sebelum ini merupakan genre pop rock, jadi tidak bimbangkah dengan risiko menampilkan album dengan rentak yang belum pernah anda tampilkan?

Walaupun sebenarnya agak berisiko mengetengahkan sesuatu yang baharu kepada pendengar tetapi bagi saya, itu cabaran yang harus dilakukan seseorang artis untuk mencari kepuasan atau memberikan yang terbaik buat peminat. Bagi saya, apabila kita membuat sesuatu yang berbeza, ia akan menjadi lebih puas dan hasilnya lebih memperlihatkan kematangan dalam memberikan nafas baharu kepada dunia muzik tempatan.

Album-album sebelum ini diterbitkan oleh Audi Mok tetapi untuk album ketiga ini, Faizal bekerjasama dengan komposer Omar K yang cukup sinonim dengan lagu-lagu genre R&B seperti yang dialunkan penyanyi Alyah dan Dayang Nurfaizah. Boleh ceritakan pengalaman kali pertama Faizal berkolaborasi dengan Omar K?

Saya gembira dapat bekerjasama dengan Omar K. Bagi saya, dia seorang komposer yang hebat. Idea-idea Omar K memang menarik dan peminat harus mendengar lagu-lagu dalam album ini kerana kerjasama antara Omar K dengan saya. Ini antara yang terbaik yang pernah dihasilkan.

Apakah harapan Faizal terhadap album ketiga ini?

Harapan saya pastinya untuk mengukir lebih banyak kejayaan menerusi album ketiga ini sekali gus memperlihatkan potensi muzik electronic rock untuk diketengahkan di pasaran tempatan. Selama lebih kurang enam tahun berkecimpung dalam bidang muzik, saya merasakan album kali ini yang terbaik yang pernah dihasilkan kerana gabungan antara saya dengan komposer, elemen-elemen segar dalam muzik dan juga kerjasama daripada peminat-peminat saya dalam bootcamp baru-baru ini yang mana mereka turut sama memberikan idea untuk mewarnai album ini.

Faizal tidak pernah berkolaborasi dengan sebarang penyanyi lain. Adakah anda ada perancangan untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi dalam masa terdekat ini?

Secara jujurnya, saya belum bersedia untuk berduet dengan sesiapa. Saya juga tidak meletakkan syarat untuk berduet dengan sesiapa dan semua ini terpulang kepada rezeki. Sekiranya ada terpanggil untuk berduet, saya akan buat.

Bagaimanakah pula dengan konsert solo Faizal?

Konsert solo sememangnya kemuncak kerjaya seorang penyanyi. Insya-Allah semua ini akan dirancang dan disusun perlahan-lahan, tidak boleh tergesa-gesa kerana konsert selalunya memerlukan perancangan teliti dan saya percaya impian itu akan tercapai suatu hari nanti.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ebook#ixzz2Pqkda54l
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2013 05:10 PM | Show all posts
saya dh dengar full album beliau.
rating: 7/10 kot..

nk bg full review sini boleh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2013 05:26 PM | Show all posts
01 Vortex - 3.5/5
Musik intro yang gempak, sangat 'lain' daripada kebiasaan
Suara FT jadi mcm Noh Hujan, very computerised this song
Tapi sayang momentum lagu tak maintain sampai habis..

02 Bintang - 3/5
Surprise lagi dari FT, brit-rock style.
But melody tak jelas.

03 - Biar - 4/5
Melodi yang cantik, tapi terlalu repetitive
Yang ini ada iras2 lagu dari album sebelum2 ni
But quite a grower. Nice.

04 - Selalu - 3/5
Starting dia dark, tp nak masuk chorus ada semacam nasyid sikit
Pastu suddenly terdengar backup music yang sebijik mcm lagu sakura (adira)
Hmm.. boring sikit..

05 - Tujuh - 2.5/5
Elektronik rock lagi.. this is too indie for my taste.

06 - Halusinasi - 2.5/5
Another filler in this album. Memang bukan single material.

07 - Permaisuri - 3.5/5
Quite catchy, ada retro touch sikit.
Tp bila masuk chorus, alamak muzik lagi kuat dari suara. alahai..

08 - Buta - 3.5/5
Oh, typical FT song. Dan liriknya pun, so FT.
But still one of the more decent song in the album.

09 - Mati - 4.5/5
I need more of this kind of stuff from FT !! Ada style2 Dewa19 ..
Real rock song with real melody that people can relate to..
Chorus dia mcm berhantu sangat.. dahla asyik sebut mati.. mati..
Tapi memang best. Lagu ni patut jadi next single.

10 - Anti Graviti - 4/5
Lagu yang paling market dalam album ni.
Among few songs yang layak lepas ke radio2 mainstream.
Lirik pun best. Bravo..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2013 05:46 PM | Show all posts
mati mmg fav song aku dlm album ini......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 12:24 AM | Show all posts
Bila repeat byk2 kali album ni makin best.
Dan agak amazed kejap bila perasan mesej di sebalik beberapa lagu.

Track 1 - Vortex. Lagu nih pasal sistem pembiakan rupanya. Tapi diolah dgn begitu subtle. Hebat !!

Track 9 - Mati. Sekali dgr lirik mcm lagu cinta biasa. Tapi baru perasan yang (most probably) lagu ni ditujukan utk orang2 yang berpenyakit kronik yang dah takde harapan so diorang asyik fikir nak 'mati'. So lagu ni nk cakap, MATIkan perasaan negatif, live life as long as you're alive.. muzik dark tapi ni sbnrnya lagu motivasi. Bravo +++++

Track 10 - Anti Graviti. Somehow lagu ni mengisahkan roh yang dah mati, mengharapkan orang2 tersayang masih mengingati dia selepas dia mati.

Ngam2 je, intro pasal proses kelahiran baby, then berakhir dgn kematian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 09:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069136 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list