Lawak sungguh kisah pelakon yang juga model iklan ini. Tidak dinafikan sebelum ini ramai kawan Sha pertikai ada yang tak kena dengan wajahnya. Bukan mengutuk ya, cuma tertanya-tanya sebab bahagian hidung artis ini agak pelik. Kalau nak dibandingkan dengan wajah awal kemunculannya dalam industri, memang ada perbezaan ketara. Memang hidungnya mancung dan besar tetapi lama-kelamaan bentuknya semakin pelik.
Ada yang cakap artis buat hidung tapi bila ditanya tak mengaku. Katanya, memang hidungnya begitu. Tengok keturunanlah beb.
Bagaimanapun baru- baru ini, dengarnya dia jumpa pakar kosmetik untuk buat hidung lagi. Kali ini dia yang pecah rahsia sendiri.
Bagi mengelak kantoi dengan peminat, dia minta teman rakan media dan jurugambar siarkan gambar terpilih saja di akhbar.
Gelak sakan kawan Sha bila mendengar permintaannya. Mintanya jangan keluarkan foto ‘close-up’ dengan alasan muka bengkak dan hidung tak sempurna sebab baru lepas pembedahan.
Baik hati sungguh bercerita walhal seingat Sha, dia mati-mati tak mengaku cucuk dan buat hidung bila ditembak wartawan.
|