CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 5

[Tempatan] Siswa lapor polis dakwa dipaksa bantu kempen

[Copy link]
Post time 3-5-2013 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan hari ini mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.

Pelajar terbabit telah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Serdang, dekat ibunegara.
   
Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.
   
"Saya dan rakan-rakan diugut akan diturunkan gred tugasan sekiranya tidak melibatkan diri dalam kempen parti politik berkenaan. Selain itu pensyarah tersebut turut meminta kami mengumpul duit daripada pelajar bagi membeli dua tabloid parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.

Pelajar-pelajar kursus pendidikan itu turut menyerahkan kepada polis dan wartawan salinan video cakera padat sebagai bahan bukti dakwaan mereka.
   
Wakil pelajar itu berkata akibat ugutan pensyarah itu, beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan dilema kerana bimbang digagalkan oleh pensyarah berkenaan sekiranya tidak melakukan seperti apa yang dikehendaki.
   
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata kementerian itu memandang serius dakwaan mengenai ugutan tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan.
   
"Saya akan meminta mereka memberi bahan bukti dan saya memberi jaminan bahawa mahasiswa berkenaan akan dilindungi," katanya.
     
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata dakwaan itu akan segera disiasat.
   
- Bernama











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 09:55 AM | Show all posts
pensyarah aku skrg ni pun sama dok promote suh undi BN dalam kelas.
tiap-tiap minggu lak tu promote.
naik meluat aku. siap tanya "dalam kelas ni, masa PRU13 nanti awak semua nak undi siapa? Ada yang nak undi PAS?"
kebetulan aku pakai baju hijau, dia pun cakap kat aku "awak yang pakai baju hijau, nanti nak undi PAS ke?"
aku pun cakaplah "ya, saya nanti memang nak undi PAS"
dan sebenarnya dalam kelas tu, sorang pon tak respon dengan soalan dia..semua pakat cakap "undi adalah rahsia"


masa aku undergrad dulu pon, lecturer aku siap suruh masing-masing bawa satu salinan i/c. untuk apa?
gigih nak registerkan kitorang under ahli UMNO seumur hidup.
bila dia tanya aku "salinan i/c awak mana?"
aku cakap "sorry, tak berminat".
dia pun cakap lagi "kalau awak ada kad keahlian umno, lepas belajar nanti senang nak cari kerja, kalau nak buat bisnes pun..senang"
aku (masih lagi dengan muka tak berminat).
dan untuk subject dia still aku dapat A.

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 09:58 AM | Show all posts
lecturer aku takdelah terang2 sngt.. tp die dok beri pendapat die..kiasan2.. tp dalam ramai2 tuh.. takde satu pon.. sokong BN..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:04 AM | Show all posts
Kambeng_Gurun posted on 3-5-2013 09:55 AM
pensyarah aku skrg ni pun sama dok promote suh undi BN dalam kelas.
tiap-tiap minggu lak tu promote ...

baguslah...dia x memaksa, still boleh bg A, x emo.

sebenarnyer x susah pon nak cari siswa yg bole ikut kempen, x tau la kenapa lect tu nak paksa gak 15 student dia tuh, pdhal mesti ada grup sana yg sealiran.... zaman aku dulu..ada je kawan2 ikut kempen pas, tiap pilihanraya kecik pon pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:08 AM | Show all posts

ada satu tu guna warga aseing untuk mengundi mereka selepas diberi ic....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:09 AM | Show all posts
abil_tetra posted on 3-5-2013 10:04 AM
baguslah...dia x memaksa, still boleh bg A, x emo.

sebenarnyer x susah pon nak cari siswa yg bo ...

that's the good side of her (my undergrad lecturer)..
tak bias dan memang beri markah based on student punya performance.
cuma lecturer yg sekarang ni la memang obvious berkempen.
result utk subject dia sem ni? tak taulah..misteri..
hahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061169 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list