CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 0

Skuasy ke Olimpik ditentukan esok

[Copy link]
Post time 28-5-2013 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Nicol tewas, 4-11, 11-3, 10-12, 7-11 pada pertembungan final Terbuka Britain, kelmarin.




NASIB skuasy sama ada dipertandingkan di Sukan Olimpik 2020 atau tidak hanya akan di tentukan esok.

Bertempat di St Petersburg, Rusia, sekali lagi barisan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), akan menilai pembentangan lapan jenis sukan yang membida untuk disenaraikan pendek pada acara berprestij itu.

Bagaimanapun menurut sumber berkemungkinan tiga acara yang disenarai pendek adalah gusti, karate dan skuasy, sekali gus mengetepikan peluang lima sukan lain iaitu baseball/softball, sukan roller, mendaki, wakeboarding dan wusyu.

Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, hanya tiga acara akan disenarai pendek, namun berharap pembentangan disampaikan Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) berjaya menyenaraikan skuasy sebelum diputuskan, September depan di Argentina.

“Kemungkinan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David juga akan turut hadir pada sesi pembentangan itu, dan kita di sini mendoakan yang terbaik,” katanya, semalam.

Dalam perkembangan berasingan, kekalahan Nicol David kepada Laura Massaro (England) pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain kelmarin bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

“Beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong tempatan memberi banyak kelebihan buat Massaro dan keadaan itu sedikit sebanyak mungkin mengganggu tumpuan Nicol.

“Namun, saya tidak pasti apa yang berlaku (keadaan) di sana, tetapi saya percaya, Nicol akan segera bangkit,” katanya.

Syed Mustafa juga menolak kekalahan Nicol, 30, berpunca atas faktor usia sebaliknya ratu skuasy negara itu, sentiasa menunjukkan aksi konsisten dan hanya tewas pada peringkat akhir dan sekali pada separuh akhir tahun ini.

Sepanjang tiga kejohanan disertai, Nicol tewas pada aksi separuh akhir Terbuka Kuala Lumpur CIMB, Mac lalu kepada Massaro, tewas di peringkat akhir Terbuka Cleveland (Februari) kepada Raneem El Weleily dan terkini di Terbuka Britain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.277553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list