CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8268|Reply: 0

Suami isteri seludup tenggiling

[Copy link]
Post time 10-6-2013 04:07 PM | Show all posts |Read mode



GERIK - Demi memperoleh keuntungan dengan menjual haiwan eksotik tenggiling, sepasang suami isteri sanggup menjadikan kenderaan mereka sebagai tempat tinggal selama lebih sebulan.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak, Kasturi Othman berkata, hasil intipan dan maklumat orang awam, pihaknya berjaya menahan pasangan dari Batu Pahat, Johor itu di sebuah rumah di Jalan Duku, Taman Sinaran, di sini, awal pagi semalam.

Katanya, hasil penahanan itu, pihak UPP menemui 16 ekor tenggiling seberat 120 kilogram di but belakang kereta Proton Waja milik suspek.

“Pada mulanya, suami isteri yang berusia 25 dan 20 tahun itu enggan bekerjasama kerana tidak mahu keluar serta menutup tingkap keretan selain cuba memecut kenderaan dinaiki mereka.

“Bagaimanapun kita berjaya menahan suspek di rumah rakan lamanya di Taman Sinaran, di sini,” katanya kepada media semalam.

Kasturi berkata, pihaknya berjaya mengesan haiwan itu selepas but belakang kereta suspek tidak ditutup rapat dipercayai  bagi membolehkan haiwan yang disembunyikan itu bernafas.

Menurut beliau, suspek mengaku membeli haiwan itu daripada beberapa penjual di Kuala Kangsar dengan nilai RM31,200 iaitu RM260 sekilogram sebelum menjualnya semula di beberapa restoran di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pegawainya dibantu lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi memudahkan memeriksa sebelum menahan pasangan berkenaan.

“Kita turut menemui beberapa jenis sabun mandi dan sabun membasuh pakaian dalam kereta  suspek selain pakaian mereka dalam jumlah yang banyak dipercayai sebagai bekalan untuk  beberapa minggu bagi menjalankan kegiatan mereka..

“Suami isteri berkenaan juga mengaku menjadikan kereta sebagai tempat tinggal bagi memudahkan mereka menjalankan urusan jual beli haiwan itu dan meninggalkan seorang anak kecil mereka kepada keluarga di kampung,” jelasnya.

Jelasnya, suspek dan barang kes diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Menurut Kasturi, kes disiasat di bawah Seksyen 68(1)(b), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 86(1)(1) di bawah akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan lima tahun penjara.


Anggota UPP Perak menunjukkan barang rampasan berupa haiwan eksotik tenggiling
bernilai lebih RM31,000 daripada pasangan suami isteri di Gerik, semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.173713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list