View: 1774|Reply: 3
|
[Tempatan]
15 GRO Thailand ditahan imigresen di Melaka
[Copy link]
|
|
MELAKA 9 Julai - Lima belas warga Thailand termasuk seorang 'pondan' dipercayai pelayan pelanggan (GRO) merupakan antara 21 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam operasi di sekitar Melaka, semalam.
Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata, wanita dan 'pondan' yang berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun itu ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Merdeka Permai di sini ketika sedang melayan pelanggan di dalam beberapa bilik berasingan.
Beliau berkata, serbuan yang melibatkan 17 pegawai dan anggota dalam operasi dari 6 petang hingga 12 tengah malam itu merupakan yang kedua di premis berkenaan pada tahun ini.
"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang, namun dapat dihalang oleh anggota penguatkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan dan menggunakan pas lawatan sosial untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Sementara itu, dua wanita pekerja kilang dari Indonesia yang sedang asyik menyanyi di sebuah pusat karaoke di Plaza Mahkota di sini turut ditahan pihak imigresen.
Kamalludin berkata, pihaknya juga menahan tiga lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh di sebuah rumah dan kedai sekitar Melaka Raya di sini atas kesalahan masuk dan tinggal tanpa permit yang sah dan permit tamat tempoh atau dibatalkan.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Machap Umboo, Alor Gajah untuk tindakan lanjut. - BERNAMA
• Petikan Berita Online •
|
|
|
|
|
|
|
|
ada juga pondan tertangkap~ |
|
|
|
|
|
|
|
sejak ada menteri besar baru...kelantan dah kurang popular...perlantikan KM Melaka yang baru mmg memajukan melaka punya industri pelancoran
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, dua wanita pekerja kilang dari Indonesia yang sedang asyik menyanyi di sebuah pusat karaoke di Plaza Mahkota di sini turut ditahan pihak imigresen.
tempias ke pusat karaoke |
|
|
|
|
|
|
| |
|